Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

47


"Assalamualaikum"ucapnya tetapi tiada sahutan . Dia memberi salam buat kali kedua namun tetap sama.

"Mak , ada orang beri salam ke tu ?"soalnya sambil menyapu dibelakang rumah

"Haah mak dengar macam ada orang beri salam juga"balas Puan Siti sambil menyiram pokok

"Biar Aisyah pergi tengok siapa yang datang" katanya seraya melangkah menuju ke pintu hadapan

"Waalaikummussalam"balasnya mesra . Dia memandang satu susuk tubuh dihadapannya.

"Ye makcik , kenapa ?"soalnya pada wanita dalam lingkungan 50-an itu

"Err..Mak kamu ada ?"soalnya tergagap-gagap.

"Mak ? Ada , sekejap ya"balasnya lalu memanggil ibunya

"Siapa yang datang ?"soalnya lalu memandang wanita dihadapannya

Aisyah dapat perasan akan perubahan wajah ibunya.

"Aisyah pergi masuk"pintanya tegas

"Tunggu" jerit wanita itu

"Mak..Kenapa ni ?"soal Aisyah yang masih tak faham dengan apa yang berlaku

"Aisyah..Ini ibu kamu.."kata wanita dihadapannya

"Apa makcik merepek ni ? Mak kenapa ni ?" soal Aisyah lagi

"Sudah Aisyah masuk..Biar mak yang selesaikan" pintanya pada Aisyah

"Taknak . Aisyah nak tahu apa yang sebenarnya berlaku ?"soalnya degil

"Aisyah tolong dengar cakap mak..Masuk sekarang !"getus ibunya perlahan

"Tunggu" jeritnya lalu memegang tangan Aisyah

"Makcik kenapa ni?"soal Aisyah pelik

"Kau lepaskan tangan anak aku ! Kalau kau datang sini semata-mata nak putuskan hubungan aku dengan anak aku , baik kau pergi balik ! Balik !" bentaknya lalu menepis tangan Azyati

"Kak tolonglah..Bagilah saya jumpa anak saya sekejap je.."rayunya seraya air mata bercucuran jatuh

"Sudah , kau tak payah merepek ! Pergi balik Yati ! Aku takkan bagi anak aku pada kau !" jerkahnya seraya kaki menuju masuk ke dalam rumah

Belum sempat dia masuk ke dalam rumah , sebuah kereta berhenti dihadapan rumahnya.

apa lagi masalah yang akan datang ni ! bentaknya didalam hati

Dia memusingkan wajah melihat siapakah yang datang . Saat enjin kereta dimatikan , Tuan Ismail keluar bersama seorang anak perempuan.

Tuan Ismail terkejut melihat kehadiran Azyati disitu . Dia juga terkejut melihat Aisyah turut berada disitu.

"Ayah buat apa kat sini ?"soal Aisyah membuka mulut

"Ayah datang nak lawat kamu..Daniel kata Aisyah sakit..Betul ke ?"soal Tuan Ismail risau

Aisyah hanya menggangguk sebagai balasan

"Apa hajat korang berdua sebenarnya datang kesini hah ?"soal Puan Siti malas memanjangkan cerita

"Siti..Abang datang betul-betul ikhlas kerana nak melawat Aisyah.."jelasnya

"Kak..Bagilah saya jumpa anak saya sekejap je.."pintanya pula pada wanita itu

"Sudah ! Kenapa sekarang baru kau kena datang balik hah ? Kenapa ? Aku yang jaga Aisyah dari dia kecil sampailah dia besar.. Sekarang , senang-senang je kau nak rampas dia dari aku !" bentaknya geram

"Mak kenapa ni ?"soal Aisyah pelik seraya memegang tangan emaknya

"Siti, sampai bila kamu nak rahsiakan hal sebenar ? Rahsia tetap akan terbongkar juga suatu hari nanti Siti..Anak yang kita jaga dah pun besar sekarang..Saya sedar saya bukanlah suami dan ayah yang baik untuk keluarga kita..Namun saya belajar dari kesilapan..Maafkan abang siti.." katanya seraya memegang tangan isterinya itu.

Walaupun mereka telah lama terpisah , namun Tuan Ismail tidak pernah melafazkan ucapan cerai pada isterinya itu .

"Ayah apa semua ni ? Rahsia ? Mak ? Makcik ? Kenapa ni ?"soal Aisyah inginkan penjelasan

"Kamu sebenarnya bukan anak mak.." jujurnya lalu air matanya bercucuran jatuh

"Apa mak cakap ni ?"soal Aisyah terkejut

"Aisyah , maafkan ayah dan mak sebab tak pernah cerita perkara sebenar pada kamu" kata Tuan Ismail pula .

"Hah ? Mak..Tolong jujur dengan Aisyah mak.."pintanya seraya memegang tangan ibunya

"Mak..Mak bukan ibu kandung kamu nak.. Ibu kandung kamu adalah makcik Yati ni.." jujurnya seraya air mata bercucuran jatuh

"Apa ? Aisyah tak percaya , apa semua ni mak ?"nafinya

"Maafkan ibu Aisyah..Dulu , ibu buang kamu macam sampah..Dan,kak Siti lah yang jaga kamu dari kecil sampailah sekarang..Maafkan ibu nak..Ibu menyesal nak" jujurnya sambil teresak-esak menangis

"Ayah betul ke semua ni ?"soal Aisyah lalu memandang wajah ayahnya sayu

Tuan Ismail teragak-agak untuk mengangguk

Aisyah cuba menahan air matanya dari jatuh namun apakan daya , hatinya yang sakit memaksa air matanya jatuh .

"Sampai hati mak , ayah , makcik buat macamni pada Aisyah.." katanya seraya air matanya bercucuran

"Maafkan mak sayang..Mak sayangkan Aisyah..Mak taknak kehilangan Aisyah.." jelas Puan Siti lalu memegang tangan anaknya itu

"Mak..Kenapa mak tak pernah jujur dengan Aisyah..Aisyah lebih rela terima yang Aisyah sebenarnya dari rahim orang lain , daripada terus ditipu macamni mak.."

"Hati Aisyah ni , sakit mak..Sakit sangat-sangat.." luahnya dalam tangisan

"Makcik..Siapa ayah saya ?"soalnya dalam tangisan

Puan Azyati hanya mengalihkan mata kepada Tuan Ismail

"Ayah adalah ayah kandung kamu nak.." jelasnya lalu memegang erat tangan anaknya

"Aisyah tak faham , apa yang sebenarnya berlaku ni ?"soalnya masih tak faham dengan apa yang berlaku

Hwaa kesian Aisyah kan☹️ Next chap sis cerita macam mana Tuan Ismail boleh kahwin dengan Puan Azyati , and apa hubungan Puan Azyati dan Puan Siti sebenarnya ? Jeng Jeng Jeng 😎 Vote for next chap ! 🤫

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro