45
Setelah kian lama tidak bersiar-siar , dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki menuju ke kedai runcit.
Haih rindunya nak tengok sawah padi.. tak balik 2 bulan macam tak balik 2 tahun..Haih rindunyaa hati..katanya senang didalam hati
Setelah sampai di kedai runcit , dia menuju ke ruangan sayur-sayuran. Saat sedang khusyuk memilih sayuran , dia terdengar perbualan beberapa orang makcik disitu.
"ehh kau ada dengar cerita tak pasal yati ?"bisik seorang wanita dihadapannya
"kenapa dengan dia ? dia buat hal lagi ke ?" soal wanita disebelahnya pula
"entah. takde angin , takde ribut tiba-tiba je balik sini..aku rasa mesti ada sesuatu yang dia nak , sebabtu dia datang sini.."kata wanita itu pula
"kau rasa apa ehh ? ishh , jangan-jangan dia nak rampas laki orang lagi ? ishh , kita jangan biarkan dia rampas laki kite pula ! sebelum ni dah rampas laki kakak sendiri.. ishh , teruk betul manusia zaman sekarang ni !"getus wanita disebelahnya
Aisyah hanya memasang telinga dan tidak mahu menyampuk atau mengacau makcik bawang itu. Dia mengambil keputusan untuk ke ruangan lain . Dia menuju ke ruangan barangan berat seperti beras dan gula . Secara tidak sengaja , dia melanggar seorang wanita yang sedang membawa gula dan susu.
"err sorry makcik..saya tak sengaja" katanya lalu membantu wanita dihadapannya mengangkat tin susu dan gula yang jatuh .
"ehh takda apa dik.."balasnya seraya bangun dari tunduk , begitu juga dengan Aisyah. Mereke bertentang mata untuk beberapa saat.
"Makcik ? Kenapa pandang saya macamtu?" soal Aisyah kehairanan
Azyati tersedar dari lamunannya.
"Takde apa lah dik..Makcik minta maaf.. Mata adik cantik sangat.."katanya sambil tersenyum
"Alhamdulillah"ucapnya mesra
"Makcik..saya minta diri dulu ya , mak saya tengah tunggu kat rumah" jelasnya meminta diri
Azyati hanya mengangguk lalu senyuman manis dilemparnya
"Nak"
Langkah Aisyah terhenti . Dia memusingkan badannya ke arah wanita tadi.
"Ye makcik kenapa ?"soal Aisyah hairan
"Nama kamu siapa ?"soal Puan Azyati lagi
"Nama saya ? Ouh, nama saya Aisyah" balasnya mesra
"Aisyah ?"soalnya dengan riak sedikit terkejut
Aisyah mengangguk
"Kenapa ?"soal Aisyah pula
"Takde apa , cantik nama tu.."katanya seraya segaris senyuman dilemparnya.
"Terimakasih makcik..Saya minta diri dulu , Assalamualaikum" katanya seraya melangkah keluar dari kedai itu
❤️❤️❤️❤️❤️
Drama di televisyen ditenungnya lama. Drama korea bertajuk 'Descendant of The Sun' itu menjadi salah satu drama korea kegemarannya.
Babak romantik Song Hye Kyo dan Song Jong Ki membuatkan dia teringat akan Aisyah .
Lamunannya terhenti apabila Dato Jefri duduk di sebelahnya.
"Termenung apa ?"soal ayahnya
"Takde apalah pa.."balasnya acuh tak acuh
"Fikirkan Aisyah ke ?"tekanya tanpa berpaling
Keluhan dilepaskan.
"Kenapa ni ? Ada masalah , cerita je dengan papa.." katanya seperti tahu sahaja bahawa anaknya itu ada masalah
"Daniel tak tahu macam mana nak cakap dekat papa..Daniel cuma terfikir kenapa Luna sanggup buat kerja terkutuk tu semua...How can dia nak sihir papa dengan mama..Sebelum ni , mama dgn papa jaga layan dia dengan baik..Ini ke balasan dia pada mama and papa.." getusnya geram
"Hmm..Papa pun tak sangka sampai macamtu sekali dia berdendam pada kita.. Biarlah daniel.. Biar orang buat kita , jangan kita buat orang..Ada hikmah semua ni berlaku.." luahnya pasrah
"Aisyah macammana dah okey ?"soalnya saat teringatkan bakal menantunya itu
"Alhamdulillah , Aisyah dah sihat..Sihir tu semua ustaz Faiq Khalis dah buang..Daniel rasa bersalah laa pa..Sebab Daniel Aisyah sakit macamtu.."
"Kamu tak salah Daniel..Aisyah pun tak salah..Anggaplah ini ujian dalam hubungan kamu.." katanya memberi nasihat
"Sebabtulah papa nk kamu percepatkan tarikh perkahwinan..Takut nanti terlambat"
jelasnya lagi
"Aisyah dah setuju untuk nikah lepas habis semester ketiga nanti..InsyaAllah , harap- harap semuanya dipermudahkan" ucapnya
"Aamin ."
❤️❤️❤️❤️❤️
Gambar di telefonnya dikucup lalu air matanya bercucuran jatuh.
"Kamu dah besar nak..Maafkan ibu nak..Ibu tahu kalau ibu jujur dan beritahu perkara sebenar , pasti kamu benci ibu kan ?" katanya bermonolog sendirian . Gambar ditelefon itu dipandangnya sayu
❤️❤️❤️❤️❤️
"Mak masak apa tu ?"soal Aisyah teruja . Sudah lama dia rindukan air tangan ibunya itu.
"Mak masak lauk kegemaran hang , Ikan Pari Masak Cili Api" balasnya seraya memasukkan garam kedalam masakannya
"Sedapnya.. Dah lama Aisyah tak rasa ayaq tangan mak.." katanya manja
Puan Siti membalas dengan senyuman
"Mak" panggilnya selamba
"Awat ?"soal emaknya pelik
"Tadi dekat kedai runcit..Aisyah ada jumpa seorang makcik ni..Aisyah tak kenal dia siapa..Tapi muka makcik tu , ada iras-iras macam muka arwah abang Amir" jelasnya
Puan Siti terkejut dan tahu wanita yang dimaksudkan oleh anaknya itu pasti adiknya , Azyati.
Aisyah perasan akan perubahan riak wajah ibunya.
"Mak okey dak ?"soal Aisyah saat melihat wajah emaknya seperti risaukan sesuatu
"Mak okey..Lepastu Aisyah borak apa lagi dengan makcik tu ?"soalnya pula
"Takde apa , dia cuma tanya nama adik apa" jelasnya sambil menyuap kuih bunga pudak kedalam mulutnya
"Ouh"gumamnya perlahan .
Hatinya mula tak sedap hati. Nalurinya sebagai seorang ibu dapat rasakan ada sesuatu yang akan berlaku selepas ni.
Rahsia bakal terbongkar 🤫 Get ready mental fizikal semua 🤣 Show me some love with vote 🤗❤️Sorry sis dah lama tak aktif , i'm busy but dont worry i'm back ! ♡
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro