Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

42

Dentuman guruh menambahkan kesakitannya malam itu.Dirinya sudah mula serabai. Entah sudah berapa hari dia tidak membersihkan diri.Hanya berkurung didalam bilik sahaja.Jeritan dan ngilaian dari dalam bilik itu membimbangkan si ibu yang berada diluar.

"Iris..Kenapa ni ?"soal Puan Marina sambil mengetuk pintu.Dia cuba untuk membukanya namun pintu itu terkunci dari dalam.

"Aku benci kau ! Arghh !"jeritnya lalu mengambil pisau dan menores tangannya.

"Iris kenapa ni ?"soal Puan Marina lagi. Dengan tiba-tiba hidungnya terbau sesuatu yang amat busuk.Baunya seakan-akan sama dengan kemenyan.

Hatinya sudah mula berasa tak tenang. Jangan-jangan anaknya itu masih buat kerja terkutuk itu. Dia bergegas ke bilik suaminya untuk meminta tolong.

"Abang anak kita..Anak kita abang.." tercungap-cungap dia mencari nafas

"Iris ? Kenapa dengan dia ? Dia masih buat hal lagi ?"soalnya yang sememangnya dah kenal dengan perangai anaknya itu.

TOK TOK TOK !

Tuan Ahmad mengetuk bilik anak gadisnya itu namun masih tiada sahutan . Yang hanya kedengaran ditelinganya hanyalah ngilaian dan tangisan. Dia terpaksa merempuh pintu bilik itu .

Setelah berjaya merempuh pintu bilik anaknya itu.Dia terkejut melihat bilik anaknya dipenuhi dengan benda khurafat. Hatinya sedang melonjak api kemarahan.Anak gadisnya itu pula sedang menores-nores tangannya dengan menggunakan pisau.

Puan Marina bergegas mendapatkan anaknya. Dia cuba menenangkan anaknya itu.

Jikalau semua ingin tahu , Iris Danisya sebenarnya ada masalah mental . Sudah bertahun-tahun dia menghidap penyakit tersebut. Sudah ramai pakar psikiatris cuba merawatnya namun semuanya mengalah kerana hilang sabar dengan sifat Iris Danisya.

Puan Marina dan Tuan Ahmad hanya mampu mengeluh dan memohon ampun serta pertolongan sahaja dari Dia Yang Maha Esa. Tiada dia sangka anak gadisnya itu masih lagi buat kerja terkutuk itu. Dia kecewa dan menyesal.Ini semua salahnya kerana tak mengajar anaknya tentang agama sehingga terpesong dari jalannya.

"Ya Allah..Ampunkan anakku..Aku gagal menjadi seorang ayah yang terbaik buat anakku.."rintihnya seraya air mata jantannya turun.

❤️❤️❤️❤️❤️

Perbualannya dengan Ustaz Faiq Khalis petang tadi masih berlegar-legar dalam fikirannya.

flashback

"tujuan saya panggil kamu ke sini sebenarnya sebab ada beberapa hal yang saya ingin bincangkan dengan kamu" jelasnya serius

"hal apa ustaz ?" soal Daniel ragu-ragu

"boleh saya tahu , kamu ada musuh ?"soal ustaz Faiq tegang

Dia membalas dengan anggukan

"Okey . Saya cuma nak bagi awak peringatan dan langkah berjaga-jaga..Saya bimbang kalau nanti family awak pula yg menjadi mangsa.. Kerana si musuh yang menghantar sihir ni sangat berdendam dengan kamu.. Bukan seperti sihir pertama tadi , kerana hasad dengki.." jelasnya lagi

"Apa yang saya dapat buat ustaz untuk lindungi keluarga saya ?"soal Daniel risau

"Apa yang saya dapat bantu ialah , bagi ahli keluarga kamu minum air ni..Minum setiap kali subuh dan tolong sangat-sangat..Jangan tinggal solat dan amalkan baca Al-Quran.. Boleh ?" pintanya pada lelaki muda itu

Dia membalas dengan anggukan.

Dia meraup wajahnya seraya air matanya mengalir.

"Ya Allah..Ampunkan aku..Aku berdosa dan khilaf selama ini Ya Allah..Bantulah aku dalam mencari hidayahmu..Lindungilah orang yang aku sayang dari kejahatan manusia..Aamin Ya rabb" doanya lalu memeluk sekeping gambar .

❤️❤️❤️❤️❤️

Ngilaian menghantui biliknya . Puas hatinya saat berjaya menghancurkan musuhnya. Ilmu hitam itu dipelajarinya saat dia berada di Thailand.

"Tak sia-sia aku belajar ilmu ni.. Siapa sahaja yang menyakitkan hati aku ! Pasti ada balasannya !" getusnya lalu ketawa jahat menguasai dirinya

"Daniel..Daniel..Tunggu laa pula , nasib family kau.. Aku takkan sakitkan orang yg aku sayang..Tapi aku akan sakitkan orang yang kau sayang !" degusnya lalu senyuman jahat diukirnya

"Puan Hasnah dan Dato Jefri mangsa seterusnya ! Bye bye !" gumamnya lalu melemparkan sekeping gambar ke dalam api .



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro