41
Tergopoh-gapah dia menyiapkan diri setelah mendapat mesej daripada Syafiq sebentar tadi.Dia pelik apabila Syafiq memberitahunya bahawa ustaz yang mengubati Aisyah ingin berjumpa dengannya.Dia bimbang jika Aisyah sakit oleh kerananya.Dia sememangnya ada ramai kenalan , begitu juga musuh.Dia takut jika Aisyah yang menjadi mangsa.
"Bik..cakap dekat mummy and daddy , Daniel nak keluar sekejap ada hal penting" pesannya seraya memakai topi keledar lalu menghidupkan enjin motornya dan memecut keluar dari perkarangan rumahnya.
❤️❤️❤️❤️❤️
Dia mematikan enjin motosikalnya lalu mengorak langkah masuk ke rumah agam mewah milik keluarga Anis Suraya.
"Assalamualaikum" salamnya disambut oleh Puan Siti dan Anis
"Daniel dah sampai..Jom naik ke atas"kata Puan Siti lalu mengorak langkah menaiki tangga juga diikuti oleh Anis dan Daniel.
Setelah sampai di bilik Aisyah. Ustaz Faiq memanggilnya untuk berada di sebelahnya.
"Semua sudah ada disini..Boleh saya mulakan ?"soal Ustaz Faiq seraya memandang muka Syafiq. Syafiq membalas dengan anggukan.
Ustaz Faiq Khalis memulakan dengan membaca ayat ruqyah.Dia menyentuh jari kaki Aisyah berlapikkan sejadah.
"Arghhh ! Sakit !" jerkahnya
"Kalau kau taknak sakit..Jawab soalan aku sekarang " dia cuba berlembut dengan makhluk halus itu
"Siapa tuan kau ? Kenapa kau masuk dalam badan gadis ni ?"soalnya lagi
"Aku taknak beritahu !" nafinya
"Kamu dan Syafiq tolong pegang tangan dia. Selagi saya kata jangan lepas , jangan" pesannya lalu membaca ayat kursi
"Kau sihir dia melalui apa ?" soalnya lalu mengambil air yang telah dibacakan Al-Fatihah 7 kali dan disimbah ke mukanya
"Arghh ! Panas ! Lepaskan aku !" jerkahnya
"Jawab soalan aku dulu! "
"Gambar ! Arghhh !"jerkahnya lalu mengamuk dan menyebabkan Syafiq dan Daniel terdorong ke belakang.
"Kamu berdua tolong ke belakang sikit.. Begitu juga dengan yang lain..Jauhkan diri dari gadis ini" pesannya , inginkan langkah berjaga-jaga
Ustaz Faiq menguatkan bacaan ruqyahnya .
"Panas ! Arghh ! Diamlah ! Baik aku mengaku ! Aku mengaku!"jeritnya lagi
"Siapa tuan kau ? Aku tahu ada 2 sihir dalam badan gadis ni.. Sekarang yang sedang bercakap , siapa kau ?" soalnya lagi
"Tuan aku...I..I.." berat sungguh untuk dia sebut nama tuannya
"I apa ? Siapa tuan kau ? Sebelum aku sakitkan kau , baik kau mengaku !"
degil betul jin ni 😂
"I..Iris..Arghh !"akuinya lalu tangisan mula menguasai dirinya.
Saat nama itu disebut , semua yang berada di situ terkejut . Terutama sekali Anis , dia sangat mengenali Iris.
"Kenapa kau sihir dia ?"soal Ustaz Faiq lalu mengcengkam ubun-ubun gadis itu.Berbaik dengan makhluk halus itupun tiada guna .
"Dia..Dia rampas Daniel dari aku ! Aku dah bagi dia amaran jangan dekat dengan dia ! Tapi dia degil ! Biar dia rasa padan muka ! Hahahahaha ! " akuinya lalu ngilaian mula terdengar dari bilik itu.
"Sekarang kau pilih ! Kau nak keluar atau aku bunuh kau !"
"Aku taknak keluar ! Tiada siapa boleh melawan Iris Danisya ! Kau pun sama ustaz! Kau tu manusia lemah !" jerkahnya lagi
"Dengan nama Allah..Aku berserah segalanya padamu Ya rabb.." Ustaz Faiq meneruskan dengan bacaan Al-Fatihah dan ayat kursi
"Arghh !"jeritnya lalu pengsan jatuh terlantar di atas katil.
Semua yang berada disitu hanya mampu menjadi penonton.Mereka diam seribu bahasa. Mereka masih terkejut dengan apa yang berlaku.
"Sihir satu lagi tu..Saya akan settlekan esok.. Bagi dia rehat dulu..Sihir kedua ni terlalu kuat.." jelas Ustaz Faiq lalu mengatur langkah keluar.
Hshshsh , maaflah kalau tiba-tiba jadi macam novel hantu pulak😂 Hehehe , sorang dah mengaku , lagi seorang siapa ehh ?🤫 Vote okay ! Tq still baca until now 🤗❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro