40
Seperti apa yang Ustaz Faiq Khalis pesan pada mereka . Mereka memasang ayat suci Al-Quran di penjuru bilik Aisyah .
Aisyah yang masih belum tersedar dari pengsannya itu ditatap seketika lalu dikucup dahi gadis itu. Dia tahu bukan mudah untuk anaknya itu hadapi semua dugaan ini.Dia sendiri tak sanggup melihat anaknya sakit sebegitu rupa.Namun cuba dikuatkan hatinya demi anak gadisnya itu.
"Aisyah bersabar ya nak..Mak sentiasa doakan adik..Cepatlah sihat nak..Mak rindu nak bergurau senda dengan Aisyah.." luahnya tanpa dia sedar air matanya bercucuran jatuh
❤️❤️❤️❤️❤️
Gambar seorang gadis tersenyum manis dibalingnya ke dinding . Dia mengambil pisau lalu menghiris-hiris gambar itu .
"Tak guna punya perempuan ! Kau panggil ustaz ! Takpe kau tunggu ! Kau nak main-main dengan aku ya ! Kau tunggu !"
getusnya sambil senyuman jahat terbit dibibirnya.
Dia mengambil gambar gadis tadi lalu diletakkan perlahan-lahan ke dalam api sambil mulutnya terkumat-kamit membaca jampi. Dia mengambil sebiji limau di tepinya lalu dihiris dan diperah atas gambar gadis yang telah terbakar tadi.
Dia tersenyum menang saat gambar tadi semakin hancur oleh kerana terbakar .
"Bye bye Aisyah Qistina ! Daniel is mine !" dia bermonolog sendirian lalu ketawa sekuat-kuat hatinya .
❤️❤️❤️❤️❤️
"Arghhh !"jerit Aisyah setelah tersedar dari lenanya .
Puan Siti turut terkejut apabila terdengar anak gadisnya meraung sebegitu.
"Aisyah kenapa ni nak ?"soal Puan Siti cuba memberanikan diri . Sejak anaknya sakit sebegitu dia sendiri hairan , adakah itu anaknya atau makhluk halus .
"Mak..Aisyah..Sakit..Sakit..Tolong Aisyah mak.."rintihnya sambil memegang tangan ibunya
"YaAllah Aisyah..Sabar ya nak.."pujuk lalu memeluk anak gadisnya itu
"Mak kenapa ni ?"soal Syafiq yang baru tiba di pintu.
Ibunya hanya menggeleng dan memberi isyarat mata supaya menelefon ustaz Faiq.
Syafiq mengangguk lalu terus menuju ke biliknya untuk menelefon ustaz Faiq.Ustaz itu ada memberitahunya untuk datang semula hari ini cuma belum ditentukan masa dan waktunya bila.
"Baiklah InsyaAllah nanti selepas Zohor saya datang" kata Ustaz Faiq di corong telefon
Dia mematikan panggilan . Kata-kata Ustaz Faiq kelmarin mula bermain di fikirannya.
flasback
"Ada sesuatu yang saya nak beritahu pada kamu.."bisik Ustaz Faiq lalu mengatur langkah ke depan . Syafiq mengikuti langkahnya dari belakang.
"Kenapa Ustaz ?"soal Syafiq dengan wajah serius
"Berat sebenarnya saya nak beritahu kamu.." dia menghela nafas
"Ustaz..Kenapa ?"soalnya lagi cemas
"Dalam badan adik kamu..Ada 2 sihir..Sihir tu sebenarnya bukan untuk adik kamu.. Tetapi sihir itu tempias kena pada adik kamu sebab orang yang dia nak hantar sihir tu sayangkan adik kamu.." jelasnya
"Maksud ustaz ?" dia tak faham apabila ustaz itu cuba berkias dengannya
"Adik kamu ada kekasih ataupun tunang ke ?"soal Ustaz Faiq lagi
Syafiq membalas dengan anggukan
"Kalau esok kamu jemput dia datang ke sini saat saya datang boleh ? Ada sesuatu yang saya perlu selesaikan dengannya" kata Ustaz Faiq tenang
"Boleh..Tapi kenapa ustaz ?"Syafiq pelik dengan permintaan Ustaz muda itu
"Kamu panggil sahaja dia esok..Saya akan ceritakan hal sebenar pada kamu esok.. Dan jangan lupa sediakan air mineral untuk lelaki itu minum pula.." jelasnya
"Daniel ? Apa kena Daniel dengan semua benda ni.." dia mula ragu-ragu dengan lelaki itu.
Sis sememangnya kekeringan idea.. But I tried my best.. Thankyou semua yang sudi baca until now ! We have a few chap more 🤗 Dont forget to vote ♡
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro