Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

38

Matanya terpinar-pinar oleh kerana satu cahaya yang amat terang dihadapannya.
Cahaya itu semakin lama semakin kelam dan keluar figura seorang lelaki yang sedang berjalan menghampirinya

"Assalamualaikum sahabat" kata lelaki berwajah cahaya itu seraya senyuman dilemparkan

"Waalaikummussalamwarahmatullah.." balasnya lalu cuba mengamati wajah dihadapannya itu.

Saat dia cuba mengamati wajah itu , dia terdengar bunyi wanita ketawa sekuat-kuatnya . Dia cuba mencari dimana arah bunyi itu . Belum sempat dia menemui wanita yang ketawa itu , dia terdengar pula suara seorang wanita menangis teresak-esak.Dia mencari pula dimanakah arah wanita menangis itu . Dia terlihat sekujur tubuh sedang menangis meronta-ronta minta dilepaskan. Dia menghampiri wanita itu. Dia kaku saat melihat wanita dihadapannya itu.Wajahnya sama seakan wajah Aisyah Qistina.

"Aisyah ?"terpacul nama itu dibibirnya.

Namun , Aisyah menghiraukannya seolah-olah Aisyah tidak nampak akan dirinya disitu.

"Dasar perampas ! Kau ! Aku benci kau ! Kau buat aku macam sampah !" getus satu suara di belakangnya.

Dia memusingkan badannya ke arah belakang . Terbuntang luas matanya saat melihat seorang wanita sedang berlari ke arahnya dengan membawa sebilah pisau . Dia gelabah kemana dia harus pergi. Dengan tiba-tiba , dia terasa seperti dirinya dilindungi oleh seseorang . Dia membuka matanya lalu terpapar satu figura gadis yang amat dicintainya telah tercucuk oleh pisau tadi.

"Aisyah !"jeritnya seraya terbangun dari mimpinya. Dia meraup wajahnya sambil beristighfar.

"Ya Allah , apa maksud semua mimpi tu ? Amir ? Aisyah ? dan perempuan tu siapa ?" bertalu-talu soalan yang bermain di mindanya.

"Mungkin mainan tidur sahaja"katanya cuba menenangkan dirinya. Jam di telefonnya sekilas dipandang . Jam menunjukkan pukul 4 pagi.

'mungkin betul mainan tidur sahaja'katanya ingin menenangkan hatinya.

❤️❤️❤️❤️❤️

KRING KRING

Tangannya cuba menggapai mencari telefon bimbit yang berdering itu. Dia mengangkatnya lalu diletakkan di tepi telinga.

"Kau nak apa call aku waktu macamni.. Subuh pun belum lagi.."

"Parah kau ni..Belum subuh kau cakap.. Matahari dah tegak atas kepala pun kau cakap belum subuh lagi ! Kepala hotak kau !" degus Haikal didalam panggilan

Daniel melihat jam di telefonnya . Jam menunjukkan pukul 7.15 minit. Entah mengapa dia berasa tak bersemangat untuk ke Universiti.

"kal , kau tolong cakap dengan madam.. Aku tak hadir harini..Aku.."ligat kepalanya cuba mencari alasan apa yg patut diberikan

"Aku sakit perut..Ha sakit perut..Well semalam aku nak makan pun takde selera bila kenang balik apa yg dah berlaku pada Aisyah" sayu sahaja suaranya

"Okey bro. Apa-apa call aku balik " Haikal menutup panggilan .

❤️❤️❤️❤️❤️

Dua beradik itu sedang sibuk memasakkan sarapan untuk anak-anaknya.Rindu sekali mereka ingin masak bersama-sama. Kalau dulu waktu muda-muda pasti berebut nak masak oleh kerana zaman dulu dapur kecil. Sekarang tidak lagi , dapur yang sememangnya luas lebih membuatkan mereka bersemangat untuk memasak.

"Haih rindukan kak nak masak sama-sama macamni.."kata Datin Alya sambil memotong sayur

"Haah..Akak masih ingat lagi dulu siapa paling awal bangun..Dialah yang kena masak..Siap berebut bagai..Yerlah dulu dapur kecil..Tak macam sekarang"dia tersenyum apabila teringat balik akan zamannya muda-muda dahulu.

"Goodmorning ma , makngah" sapa Anis mesra

"Goodmorning" balas dua beranak itu mesra

"Meh makan..Makngah ada buatkan mi goreng.. Mama Anis ada buatkan sandwich telur.." ajaknya sambil menghulur pinggan kepada anak buahnya itu

"Terimakasih makngah.."dia melemparkan senyuman

"Marilah makan dulu dik..Nanti laa sambung buat semua tu.."katanya pada Datin Alya seraya menuangkan air ke dalam cawan

"Ha Syafiq.. Dah bangun..Marilah makan sama dengan Anis ni.."sapa Puan Siti pada anak bujangnya itu

Syafiq mengambil tempat untuk duduk di sebelah ibunya dan berhadapan dengan sepupunya iaitu Anis.

"Mak..Syafiq ada jumpa seorang ustaz yg boleh rawat adik.."katanya memecahkan kesunyian .

"Alhamdulillah. Bila dia boleh datang sini ?" soal Puan Siti teruja

"Syafiq ada call ustaz tu semalam.. Dia cakap dalam minggu ni dia akan datang cuma tak pasti hari apa.."jelasnya

"Ouh..Mak tak kisah laa bila-bila pun.. Asalkan adik cepat sembuh..Lagi cepat lagi bagus.." segaris senyuman terbit dibibirnya.

SO SORRY GUYS IF THIS CHAPTER AGAK MEMBOSANKAN.. SIS KEKERINGAN IDEA.. PLEASE VOTE 😭 DAPAT SIKIT SEMANGAT SIS NAK CARI IDEA !

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro