37
Bunyi ayat suci Al-Quran menyedarkannya dari tidur . Dia cuba untuk membuka matanya perlahan-lahan walaupun sebenarnya amat berat untuk dibuka. Pandangannya yang kabur cuba untuk difokuskan sehinggalah dia terlihat satu wajah yang amat dirinduinya.
"Mak"terbit panggilan itu dibibirnya.
"Ya nak..Mak kat sini.."balasnya lalu cuba membantu anaknya bangun
Aisyah mengalihkan pula matanya ke arah kiri . Dia terlihat wajah Daniel , Hafiz , Haikal , Dhiya dan Balqis . Di bahagian hadapannya pula Anis dan Maksu dan disebelah ibunya terpapar wajah abangnya dan Laila. Dia terharu semua yang disayanginya berada melawatnya sekarang .
"Semua ada dekat sini.."tersenyum bibirnya saat memandang semua kenalannya berada di situ.
"Aisyah kami semua ada untuk awak.."kata Daniel lalu segaris senyuman dilemparkan untuknya .
"Mak kenapa dengan Aisyah ?"dia menyentuh-nyentuh kepalanya yang terasa berat .
"Aisyah tak ingat apa-apa ke ?"soal abangnya pula
Aisyah hanya membalas dengan gelengan.
"Maksu kenapa dengan Aisyah ? Anis ?" mungkin ibu dan abangnya tidak tahu apa yang telah berlaku padanya tetapi mungkin dua beranak itu tahu.
"Kau dah tiga hari pengsan tak sedarkan diri..Kau betul-betul tak ingat apa-apa ke ?" sayu sahaja Anis memandangnya
"Ya Aisyah..Maksu datang nak kejutkan Aisyah sarapan tapi bila maksu masuk bilik Aisyah..Aisyah dah terlantar jatuh dekat atas lantai bilik air.."jelas Datin Alya ingin mengingatkan tentang perkara yang berlaku
"Dahlah. Sekarang Aisyah berehat ya nak.. Kesian anak manja mak ni.. Dah 3 hari tak makan.. Nak makan tak ?"soal Puan Siti sambil memandang anaknya sayu . Senyuman palsu diukirnya.
"Nak..Aisyah lapar.."katanya manja
Semua yang berada disitu turut ketawa melihat gelagat manja Aisyah dan ibunya itu.Mereka bahagia melihat Aisyah ceria seperti dahulu. Lega hati mereka setelah melihat senyuman terbit dibibir Aisyah.
❤️❤️❤️❤️❤️
Semua yang berada di ruang tamu bersyukur dan lega setelah hampir 2 jam menunggu Aisyah sedar.Bukan itu sahaja senyuman yang selama ini dirindui turut terbit dibibirnya.
"Kau rasa betul ke apa yang doktor tu cakap ?"soal Haikal memecahkan kesunyian
"Entahlah.Tapi setahu aku Aisyah tiada musuh." balas Dhiya pula
"Walau apapun , kita cuba ikhtiar guna perubatan Islam..Janji Aisyah sihat macam dulu.."jelas Anis lalu meletakkan talang yang dipenuhi dengan cawan
"Jemput minum semua.."kata Anis seraya menuangkan air teh panas kedalam cawan untuk kawan-kawannya
"Thanks Anis"
❤️❤️❤️❤️❤️
Gambar seorang gadis tersenyum riang itu ditatapnya seraya senyuman jahat ditayangkan. Dia meletakkan gambar itu kedalam sebuah kotak lalu sebuah patung kecil dipegangnya . Dia membaca jampi- jampi lalu jarum di sebelahnya dicucuk pada patung itu dengan penuh amarah.
Dia tersenyum puas setelah setitik darah keluar dari patung yang dipegangnya . Setelah itu sekeping gambar lagi ditatapnya , dia mengambil pisau lalu dicucuk pada gambar itu .
"Aku sayang kau ! Tapi kau buat aku macam sampah ! Dasar jantan tak guna ! Puas hati aku ! Biar kau rasa macam mana sakitnya hati aku yang kau dah hancurkan !" getusnya lalu ketawa sekuat hatinya .
Eii manusia bertopengkan syaitan betul !
❤️❤️❤️❤️❤️
Syafiq dan Puan Siti mengambil keputusan untuk tinggal dirumah Datin Alya sehinggalah Aisyah sembuh.Dia tak mahu lagi berjauhan dengan Aisyah.
Uwerkk ! Ohok ohok !
Puan Siti dan Anis bergegas naik ke bilik Aisyah setelah mendengar suara muntah dan batuk .
Setelah sampai di bilik Aisyah . Aisyah sudah pun jatuh tersungkur di lantai bilik air. Puan Siti mula cemas lalu dia menuju ke bilik air dan mengangkat anaknya turut dibantu oleh Anis.
"Selalunya memang macam ni ke ?"soal Puan Siti sayu. Dia sedih saat melihat anaknya sakit sebegitu .
"Ya makngah..Tiap-tiap hari macam tu lah Aisyah..Batuk muntah pengsan.. Kadang-kadang pengsan sekejap.. Kadang-kadang pengsan sampai tak sedarkan diri seharian.."jujurnya sambil memandang wajah pucat Aisyah
"Makngah bila kita nak bawa Aisyah pergi berubat ? Kita cuba ikut apa yang doktor tu cakapkan..Ada betulnya juga apa yang doktor Manis beritahu.."dia cuba membuka mulut.Sememangnya dia risau akan keadaan Aisyah . Dia sudah tidak sanggup setelah setiap hari melihat Aisyah sakit begitu.
"Makngah ada suruh Syafiq carikan ustaz yang mahir dalam perubatan islam.. Tapi makcik sukar nak percaya.. Siapalah yang sanggup buat Aisyah macamtu..Setahu makcik Aisyah ni seorang gadis yang sangat baik" perasaan ingin tahu mula hadir dalam dirinya. Jika dia tahu siapa yang sanggup buat kerja terkutuk begitu terhadap anaknya , dia memang tak akan maafkan .
"Harap sangat-sangat abang Syafiq dapat jumpa ustaz untuk rawat Aisyah secepat yg mungkin.." Puan Siti terharu dengan sifat prihatin anak saudaranya itu.
❤️❤️❤️❤️❤️
Kereta Audi berwarna kuning terhenti di hadapan sebuah kawasan perkuburan . Dia mengambil surah Yaasin dan sebotol air untuk dibawa keluar.
Setelah sampai di satu kubur yang tidak jauh dari pagar masuk . Dia terus mengambil langkah untuk duduk disitu .
"Assalamualaikum mir.." katanya seraya memandang batu nisan di hadapannya itu.
"Amir...Aku rindu kau..Sejak dua menjak ni macam-macam perkara berlaku pada adik kau..Aku sendiri pun buntu macam mana nak bantu adik kau..Maafkan aku mir..Sebagai seorang sahabat , aku akan bantu sedaya upaya untuk bantu adik kau..
Dia adalah amanah kau untuk aku jaga.. Terimakasih sebab beri kepercayaan pada aku..Insyaallah akan aku jaga adik kau melebihi nyawa aku sendiri"luahnya sendirian .
Setelah itu dia mengambil surah Yaasin ditepinya untuk dibaca.
"Yaasin..Walquraanilhakiim..."
Korang boleh agak tak apa rahsia yang dah terbongkar dekat sini ? Hehehe , cuba komen sikit.. Dont forget to vote !
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro