Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

33

Perbualannya bersama Puan Hamidah tengahari tadi masih berlegar di fikirannya

flashback

"Macamni tuan..Daripada rekod kehadiran saya dapati bahawa anak tuan , Nur Aisyah Qistina dah tak hadir nak dekat seminggu.. Kami bukan apa tuan..Kami cuma risau takut dia banyak terlepas kerana dia adalah salah seorang pelajar top di universiti ini.. Boleh saya tahu kenapa dia tak hadir ?" tegang sahaja wajah Puan Hamidah.Dia yang memegang bahagian disiplin pelajar sememangnya dah menjadi tanggungjawabnya untuk memeriksa rekod kehadiran pelajar.

"Maaf puan..Tapi saya pun tak tahu kenapa anak saya Aisyah Qistina tak datang.. Walaupun dia anak saya , tapi kami tak serumah..Tapi saya yakin puan , dia mesti ada sebab yg tertentu..Saya mohon sangat- sangat dari pihak puan , untuk tidak mengambil apa-apa tindakan kepada anak saya.. Insyaallah , saya akan cuba untuk hubunginya dan soal tentang ketidakhadirannnya"jelasnya ingin membela Aisyah . Dia sendiri terkejut dengan tindakan anaknya itu . Setahunya Aisyah seorang yang tidak suka memonteng kelas ataupun tidak hadir tanpa sebab . Masih ingat lagi dia saat Aisyah bersekolah menengah , walaupun demam panas tetap berdegil ingin ke sekolah demi menimba ilmu .

"Kamu kemana syah ? Ya Allah aku gagal menjadi seorang ayah yang baik..Aku tak pernah ambil tahu tentang dia..Selamatkanlah dia dari segala bencana Ya Allah.." rintihnya perlahan . Walau bagaimanapun Aisyah adalah darah dagingnya sendiri. Sebenci-benci Aisyah padanya , dia masih sayang pada anak gadisnya itu. Dia tak mahu kehilangan seorang lagi anak yang disayanginya.

❤️❤️❤️❤️❤️

Datin Alya mengambil tempat untuk duduk di sebelah Aisyah , manakala Anis duduk bersila di sofa sebelahnya .

"Aisyah dah sihat ?"soalnya , risaunya dia pada anak buahnya itu.Aisyah adalah tanggungjawab yang diamanahkan oleh keluarga kakaknya untuk dijaga.

"Alhamdulillah okey sikit aunty , tapi masih ada rasa loya dan kadang-kadang rasa nak pitam tiba-tiba"jelasnya lemah

"Hmm..Dah nak dekat seminggu lebih kamu berdua tak ke Universiti..Aunty bimbang kalau mereka ambil tindakan nanti.." risau juga dia tentang ketidakhadiran mereka berdua , lagi-lagi Anis..Aisyah mungkin diberi sebab sakit , tapi Anis ?

"Tulah mummy , Anis pun takut juga..Tapi.. Aisyah macammana ?"keluhnya . Kalau boleh dia mahu menjaga Aisyah sehingga dia benar-benar sihat.

"Aku takpelah nis..Kau pergi je U okey.. Aku taknak susahkan kau..Jangan risau mummy kau..Bibik Mimi pun ada untuk jaga aku.. Jangan risau okey.."pujuknya sambil menyentuh tangan sepupunya itu . Sayang betul Anis padanya . Aisyah terharu dengan sikap Anis.

Anis hanya membalas dengan segaris senyuman

❤️❤️❤️❤️❤️

Gambar seorang wanita tersenyum manis bersama gaun putih itu ditatapnya. Betapa rindu hatinya ingin menatap wajah itu.Hampir seminggu dia tak menemui gadis itu.Dia juga buntu mengapa. Ingin sahaja dia pergi ke rumahnya tetapi dia tidak mahu apa-apa persilisihan faham berlaku.Dia sedar , mereka masih belum ada apa-apa ikatan , hanya sekadar melamar belum tentu menjamin apa-apa ikatan.

"kemana awak pergi aisyah ?"rintihnya sambil mengusap wajah gadis didalam gambar itu

"saya rindu awak.."keluhnya sendirian

❤️❤️❤️❤️❤️

Gadis itu tersenyum lebar setelah mendapatkan info tentang musuhnya .

"ish ish kesian...muka cantik tapi tu lah perampas..hish manusia-manusia..kau ni memang bodoh ! senang-senang je kau post gambar kau dekat media sosial..bodoh betul !huh , kau memang memudahkan kerja aku !" sinisnya lalu ketawa sekuat-kuat hatinya

Setelah itu dilihatnya pula , sekeping kertas lalu dibacanya

"Nur Aisyah Qistina"terbit nama itu dibibirnya

"21 tahun , asal Kedah , Alor Setar.."mendatar sahaja suaranya

"Kesian kau perempuan..Aku tak benci kau.. Tapi aku benci jantan tak guna tu ! Hanya engkau sahaja umpan aku sekarang.. Aku taknak sakitkan dia , tapi aku nak sakitkan hati dia.. Biar dia rasa macam mana sakitnya hati aku ! And yahh , kau je yang dia sayang sekarang , so kau la mangsa..Huh , kesian betul kau ni kan.. Biar padan sikit muka kau tu , harapkan muka je baik cantik..Tapi perampas !" dia bermonolog sendirian didalam kereta .

Sah ! Perempuan tu memang gila !

❤️❤️❤️❤️❤️

"Auzubillahiminassyaitanirrajim..Bismillahirahmanirrahim..Yaasin..Walquranilhakim.."

Aisyah tersedar dari lenanya setelah mendengar alunan alquran dibaca dihadapannya . Dia cuba membuka mata melihat siapakah yang berada dihadapannya sekarang . Namun penglihatannya kabur , dia memaksa untuk memfokuskan matanya sehinggalah dia terlihat wajah seorang wanita yang dikenalinya .

"Aisyah dah sedar?"sapa Datin Alya setelah melihat Aisyah tersedar dari lenanya.Dia cuba untuk bangun namun badannya terlalu lemah untuk bangun .

"Ke..kenapa dengan Aisyah semalam?"soal Aisyah mamai . Dia lupa apa yang jadi padanya semalam

"Semalam Aisyah muntah darah , lepastu Aisyah tiba-tiba pengsan..Aisyah betul-betul tak ingat ke ?"sayu sekali dia melihat keadaan anak saudaranya itu . Ingin sahaja dia memberitahu perkara sebenar pada Puan Siti dan Syafiq namun Aisyah melarangnya untuk menceritakan hal sebenar oleh kerana tak ingin mereka risau.

Aisyah menggeleng sambil menyentuh kepalanya.Kepalanya terasa amat berat sekali.

Datin Alya meneruskan bacaan Yassin setelah melihat Aisyah cuba untuk berehat. Dia masih ingat pesanan arwah ibunya , saat orang sedang sakit , bacalah yassin ditelinganya , mudah-mudahan tuhan cepat sembuhkan penyakitnya.

Namun entah mengapa Aisyah berasa tak keruan dan serabut saat mendengar alunan ayat suci itu.Tidak seperti sebelum ini , setiap kali alunan ayat suci didengarinya pasti dia merasa sangat tenang dan hilang segala masalah. Dia cuba untuk menyuruh Datin Alya berhenti membaca Yassin untuknya namun mulutnya seakan-akan terkunci dan tak mampu untuk bergerak .

Kesian Aisyah kan ? Hehehe sengaja je main perasaan sikit , sebelum ni dah banyak sangat happy..Kita sedih-sedih laa pula😭. Dont forget to vote.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro