Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

30

Gambar yang tertera ditelefon bimbitnya itu terus diusap lalu senyuman jahat diukirnya .

"Awak..Kenapa awak tak pilih saya..Saya lebih cantik dari perempuan ni ! Saya lebih bagus dari perempuan ni !"degusnya lalu membaling telefon itu ke arah dinding . Masih dia ingat perkara yang berlaku didepan matanya petang tadi . Daniel dan Aisyah berjalan seiringan. Bukan itu sahaja , malah Aisyah menaiki kereta mewah milik Daniel .

"Kau memang perempuan tak guna Aisyah ! Aku dah bagi kau warning ! Kau tetap dekat dengan Daniel ! Daniel milik aku ! Dia tak boleh jadi milik sesiapapun selain aku! Kau tunggu Aisyah ! Takda siapa yang boleh melawan Iris Danisya ! You wait Aisyah Qistina !" degusnya lalu ketawa sekuat hatinya

❤️❤️❤️❤️❤️

Ohok Ohok !

Dia menuju ke bilik air lalu menuju ke sinki ingin membersihkan mulutnya yang penuh dengan darah. Aisyah mula rasa tak sedap hati apabila melihat tangannya dipenuhi darah . Setahunya sebelum ini dia memang tak ada penyakit-penyakit yang merbahaya.

Setelah selesai berkumur dan mencuci tangannya , dia menuju ke katil ingin berehat . Entah mengapa badannya terasa letih sangat setelah batuk darah tadi .

❤️❤️❤️❤️❤️

Puan Siti mengangkat pinggan-pinggan untuk diletakkan ke tempat asalnya . Setelah itu , dia menuju ke ruang tamu ingin membersihkannya . Dia menyentuh-nyentuh gambar dan frame kaca yg berada di atas meja . Dengan tiba-tiba gambar dia bersama Aisyah terlucut dari tangannya dan menyebabkan frame itu pecah .

"Arghh ! Allahuakbar !"jerit Puan Siti apabila dia terpijak kaca dikakinya . Dia menariknya keluar . Mujur sahaja kaca itu mudah ditarik . Tercungap-cungap nafasnya . Dia sebagai seorang ibu dapat merasakan ada sesuatu perkara buruk menimpa anaknya .

"Yaallah , kenapa ni Ya Allah ? Kenapa aku rasa seperti ada sesuatu perkara buruk yg dah berlaku pada anak aku Ya Allah ? Kau selamatkanlah dia Ya rabb"rintihnya seraya menitiskan air mata

❤️❤️❤️❤️❤️

Pintu rumah dikucinya dari luar lalu menuju ke sebuah teksi yg sedang menunggu dihadapannya .

Dia memasuki teksi itu seraya begnya diangkat oleh pemandu teksi itu .

'yaallah harap abang Jali baca surat tu dan mengizinkan aku pergi buat sementara waktu demi mencari anakku' doanya didalam hati . Kalau diikutkan hati dia memang mahu menunggu suaminya pulang , tetapi kerana tak ingin mencetuskan pergaduhan . Dia terpaksa menulis surat untuk meminta izin keluar dari rumah.Mungkin itu lebih baik.

"Cik ?"sapa pemandu teksi setelah dari tadi bertanya padanya malah tiada sahutan . Azyati tersedar dari lamunannya .

"hah apa dia pakcik ?"

"kamu nak ke mana ?"soal pemandu itu lagi

"Saya nak ke Kedah , Alor Setar"balasnya mesra

"Agak-agak berapa jam boleh saya sampai ke sana pakcik ?"soal Azyati ingin menepati masa

"Dalam 4 jam juga..Tapi cik jangan risau , pakcik cuba bawa selaju yang boleh" kata pemandu itu seperti tahu sahaja apa yg Azyati ingin katakan padanya

Azyati hanya mengangguk dan mengukirkan senyuman

❤️❤️❤️❤️❤️

Syafiq membalut kaki ibunya yang terluka oleh kerana terpijak serpihan kaca . Agak dalam lukanya , mujurlah Syafiq pernah belajar dalam bidang kedoktoran bolehlah dia bantu membalutkan kaki ibunya .

"mak lagumana boleh luka ni ?"soal Syafiq risau

"mak nak mengemas petang tadi , tiba-tiba je frame gambar tu jatuh" jelas Puan Siti

"Syafiq..Mak rasa macam ada benda tak elok ja tengah berlaku pada adik" luahnya . Dari siang tadi lagi dia berasa tak sedap hati .

"hah awat mak cakap laguni ?"soal Syafiq apabila emaknya mula bercakap yang bukan-bukan

"Mak tak tipu..Mak ni ibu kamu..Mak dapat rasa ada sesuatu yang buruk sedang berlaku pada adik kamu..Naluri seorang ibu tak pernah salah.."luahnya lalu memegang tangan Syafiq supaya mempercayakannya

"Mak..Mak penat ni..Dahlah mak rehat ya ?" balas Syafiq.Bukannya dia tak mahu mempercayai apa yang ibunya beritahu tetapi dia risau akan keadaan ibunya. Takut semakin teruk.

"Syafiq tolong mak..Telefon Aisyah tanya dia okey dak ? Mak betui-betui tak sedap hati ni..Mak nak tidur pun tak tenang nak.." luahnya seraya menitiskan air mata

"Ya Allah mak..Tolong jangan macamni mak..Ya Syafiq telefon Aisyah..Tapi mak kena tidur na ? Dah-dah , Inshaallah adik takda apa-apa"luahnya ingin menenangkan hati ibunya

Puan Siti mengangguk lemah . Syafiq menarik selimut lalu menutupi separuh badan ibunya .

❤️❤️❤️❤️❤️

"Assalamualaikum adik" sapa Syafiq didalam panggilan

"Waalaikummussalam bang"balasnya mesra

"Adik sihat"soalnya didalam panggilan

"Adik sihat , cuma batuk sikit ja"balas Aisyah

"Abang sihat ? Mak sihat ?"soalnya pula

"Abang sihat , mak terpijak kaca tadi tapi hang jangan risaulah abang dah balut kaki mak"jelasnya

"Ya Allah lagumana boleh jadi lagutu bang ?" soal Aisyah cemas

"Mak cakap , mak tengah mengemas pastu waktu mak bersih frame gambar hang , tiba-tiba terlucut dari tangan mak.."jelasnya lagi

"Ouh"

"Mak risaukan betul kamu dik..Mak habaq ada sesuatu perkara buruk tengah berlaku kat hang...Tu yang abang telefon hang ni Cah...Mak yang suruh abang telefon hang.." jujurnya

Aisyah hanya diam tak mampu bersuara . Ingin sahaja dia peluk ibunya sekarang . Rintihan sahaja mampu diberi . Syafiq terkejut saat mendengar suara adiknya menangis di dalam panggilan .

"adik awat ni ? okey dak ? jangan buat abang risau laguni"

"adik okay bang..Cuma adik rindu mak.." balasnya sayu

HEHEHE , KINI PELBAGAI KONFLIK TELAH BERMULA... DONT FORGET TO VOTE ♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro