29
Perbualan petang tadi masih berlegar dalam fikirannya
"kalau boleh mama nak perkahwinan kamu ni dipercepatkan..mama takut kalau mama tak sempat nak tengok kamu berdua naik pelamin"
"mama apa cakap macamtu.."
"Aisyah kalau betul Daniel jodoh kamu , mama minta sangat-sangat , Aisyah jaga dia baik-baik..anggaplah ni permintaan dari mama"
"insyaallah mama"balas aisyah lalu menyentuh tangan Puan Hasnah
"yaallah ya tuhanku ,jika benar Daniel adalah jodohku maka kau permudahkanlah segala urusan kami.. Dan kau bantulah aku untuk terima dia sepenuhnya..Tetapi jika dia bukan jodohku , maka kau jauhkanlah kami dengan cara yang baik..aamin ya rabbal alamin"doanya setelah selesai solat istikharah . Ibunya pernah berpesan , jika kita tak yakin dia adalah jodoh kita, buatlah solat istikharah . Minta petunjuk dari Allah.
Selesai solat istikharah , dia meneruskan dengan bacaan yaasin
❤️❤️❤️❤️❤️
Afiq bergegas masuk ke bilik adiknya Aisya setelah mendengar esakan dari adiknya
"adik kenapa ni sayang?"soalnya ingin memujuk
"adik...rindu mummy"luahnya dalam esakan
Afiq memeluk adiknya tanpa dia sedar air matanya juga mengalir.
"esok kita pergi melawat kubur mummy okey ? dah jangan nangis..Bila aisya nangis macamni , mummy kat atas sana pun turut sedih..Dah jangan nangis"pujuknya seraya mengesat air mata Aisya
"dah jom baca alfatihah untuk mummy" pujuknya
Miss Medina yang mendengar dari luar mula merasa sebak . Dia sedar dia hanyalah ibu tiri kepada Aisya dan Afiq . Tapi dia menyayangi kedua beradik itu seperti anak kandungnya sendiri .
❤️❤️❤️❤️❤️
Matanya terasa berat sekali untuk dibuka , walaupun matahari telah cerah . Namun dipaksa untuk buka , demi ke universiti .
Setelah selesai mandi dia meneruskan langkah menuju ke meja makan untuk bersarapan .
"goodmorning ma"sapa Daniel mesra lalu menyuap mi goreng ke dalam mulutnya .
Senyuman manis dilemparkan sebagai balasan . Puan Hasnah mengambil tempat untuk duduk di hadapan Daniel .
"daniel , nanti kirim salam rindu mama kat aisyah tau"kata ibunya manja . Entah mengapa baru sehari tidak berjumpa tapi sudah mula rindu pada bakal menantunya itu . Mungkin kerana tak sabar nak menerima menantu . Iyalah , Daniel sahaja anaknya . Dia hanya ingin anaknya bahagia bukan sahaja didunia juga di akhirat .
"Amboi mama , sejak Daniel bawa Aisyah kemari , kemain ehh mama sayang Aisyah.. Hmm , untungnya Aisyah semua sayang dia.."katanya dengan nada merajuk
"Amboi mengadanya.. Kata dah besar panjang.. Dah nak jadi suami orang pun kena manja lagi ke dengan mama ?"desis Puan Hasnah . Senang dia melihat perubahan anaknya itu. Kalau tidak sebelum ini hanya bermasam muka setiap kali berjumpa , kini setiap hari anaknya melemparkan senyuman buatnya.
"Takpelah..Sekarang nak manja dengan mama dulu..Nanti baru boleh manja-manja dengan Aisyah.."sinisnya sambil mengukir senyuman nakal
"Ish nakalnya anak mama ni..Amboi.. Kahwin tak lagi..Kalau macamtu kenalah cepat-cepat kahwin , tak sabar juga mama nak menimang cucu"balas Puan Hasnah sambil terbayang-bayang bagaimana meriahnya rumah ini jika anak cucunya tinggal disini.
"Ish mama ni , kesitu pula.."desisnya pula . Entah mengapa tentang cucu menjadi
perbualan mereka.
❤️❤️❤️❤️❤️
Aisyah melangkah keluar dari kereta vellfire hitam lalu bergegas menuju ke kelas bimbang akan kelewatannya ke kelas . Dalam perjalanannya ke sana , dia secara tidak sengaja melanggar Alif yg sedang membawa beberapa fail dan kertas kerja .
"sorry"kata Aisyah lalu membantu lelaki itu mengangkat fail
"its okay"balasnya seraya mengangkat semua kertas yg jatuh . Setelah itu dia berpaling ke hadapan untuk melihat siapakah yg melanggarnya tadi .
"Ehh Aisyah"gumamnya setelah berdiri .
"Laaa kau Alif..Sorry laa tadi aku nak cepat sangat..Tu yang sampai terlanggar kau tu.." jelasnya
"Kalau macamtu jomlah pergi ke kelas sama-sama , lagipun saya memang nak ke kelas ni"ajaknya mesra
"Boleh juga tu..Lagipun harini saya sendirian.. Anis tak dapat datang harini.."luahnya lalu berjalan menuju ke kelasnya .
❤️❤️❤️❤️❤️
Kelas telah berakhir dan semua pelajar telah beransur pulang . Begitu juga dengan Aisyah dan rakan sekelasnya yg lain
"ehemm.."sapa Daniel saat berjalan seiringan dengan Aisyah.Semua melihat Daniel menegur mereka . Mereka semua berlalu pergi meninggalkan Aisyah sendirian seperti tahu saja Daniel ingin berjumpa dengan Aisyah .
"awak"panggilnya dalam perjalanan menuju ke keretanya
"apa ?"soal Aisyah selamba
"mama kirim salam rindu kat awak"
"Waalaikummussalam , saya pun rindu mama awak..Tak sangka mama awak baik kan..Yerlah selalunya Dato Datin ni mana nak bermenantukan orang miskin macam saya.."luahnya sayu
"Bukan semua"jelasnya mendatar
"Awak balik dengan siapa ? Anis mana ?" soalnya bertalu-talu
"Saya balik dengan pakman laa kot , ataupun teksi.. Anis sakit sebabtu tak datang harini.."
"Ouh.. Kalau macamtu awak balik dengan saya.. Lagipun saya ada sesuatu nak beritahu awak" katanya
"Awak nak beritahu apa?"soal Aisyah ragu-ragu
"Adalah..Kalau awak nak tahu , awak kena balik dengan saya boleh ?"pujuknya dengan nada manja
"Ishh awak ni.. Malulah saya.. Dahlah awak tu parking kereta betul-betul depan pintu masuk U ni.. Dah macam VIP dah"sinisnya berbaur sindiran
"Amboi..Mengata nampak..Nur Aisyah Qistina , jom ikut saya !"pujuknya lagi
"Ishh saya malulah"tolak Aisyah
Daniel terus menuju ke keretanya dan menghidupkan enjin lalu berhenti dihadapan Aisyah .
"Aisyah masuk !"degus Daniel geram
Aisyah hanya menggeleng
"Saya cakap masuk!"bentaknya lagi . Daniel geram dengan sifat degil Aisyah lalu keluar dari kereta menuju ke arahnya .
"Sekarang ni saya bagi awak dua pilihan.. Awak nak masuk sendiri atau awak nak saya dukung awak masuk dalam kereta saya ?"getus Daniel berbaur ugutan
"Ishh yerlah-yerlah"terpaksalah Aisyah mengalah.Memalukan sungguh. Satu Universiti memandang mereka tadi. Harapnya tak menjadi buah mulut pelajar disitu.
HEHE , THIS ONE KITA HAPPY DULU.. AFTER THIS GET READY , KITA UJI KESABARAN SIKIT . DONT FORGET TO VOTE 🤗
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro