27
Gambar yang tertera itu diusapnya seraya menitiskan air mata
"adik rindu abang..."luahnya lalu dipeluk gambar itu
"adik rindu keluarga kita yang dulu..abang.. ayah dah minta maaf pada adik.. tapi.. adik susah sgt nak terima ayah balik.. bila adik kenang balik apa yang ayah dah buat pada kita.. Sakit. Ya , sakit sangat.."luahnya lagi
❤️❤️❤️❤️❤️
Dato Jefri yang khusyuk sedang melayan televisyen itu ditegur oleh Puan Hasnah
"bang"sapa Puan Hasnah seraya melabuhkan punggung ditepi Dato Jefri
"hmm"balasnya tanpa mengalihkan mukanya ke arah isterinya
"abang , macam mana muka menantu kita ? cantik tak ?"soal Puan Hasnah bersungguh
"cantik . abang berkenan dan suka sangat kalau dia jadi menantu kita"pujinya
"ishhh..ruginya saya tak ikut abang pergi haritu.."kesalnya kerana tak dapat ikut sama sewaktu Daniel dan suaminya pergi ke Kedah untuk masuk meminang Aisyah .
Kalau diikutkan hati mahu saja dia pergi , tapi disebabkan staff di butiknya memerlukannya terpaksa dia bekerja.
"dia macam mana bang ? ada ala-ala dato tak ?"soal Puan Hasnah lagi
"ishh awak ni, banyak betul soalan...sebenarnya masa saya pergi tu dia tak ada pun..Daniel je yg tunjuk gambar pada saya.."jelasnya menceritakan hal sebenar
"lahh abang ni..ingatkan jumpa depan mata.. Dalam gambar buat apa ? Zaman sekarang semua benda boleh edit lah"degus nya tidak berpuas hati
"kalau awak nak tau sangat dia kat depan macam mana..Ajakla dia datang rumah kita.."cadang Dato Jefri
"ermmm..betul juga cakap abang.."
"tapi kan..awak tak rasa ke ni terlalu awal untuk Daniel..and awak tak rasa pelik ke tiba-tiba je Daniel beritahu kita untuk masuk meminang si Aisyah tu ? Cuba abang ingat dia dgn arwah Sofea dulu macam mana..Kalau ada yang dia berkenan mesti dia bawa balik rumah jumpa dengan saya.. Tapi si Aisyah takde pula..Saya rasa ada sesuatu yang tak kena ni.."
Katanya panjang lebar . Dia sebagai seorang ibu dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena.Naluri seorang ibu tak pernah salah
"ishh apa kamu ni hasnah..sepatutnya doakan lah yg baik..kamu tu ibu..doa kamu tu makbul..ada ke patut fikir yg tak baik.. saya percaya Aisyah tu seorang yang baik.. Family dia semua baik dengan saya , and i know dia pun baik"jelas Dato Jefri bagi menenangkan isterinya itu . Biasalah kalau perempuan ni mmg tak lari dari sifat overthinking.
Puan Hasnah hanya mencebik. Walaupun berkemungkinan kata-kata Dato Jefri itu betul . Tapi naluri dia tak henti-henti mengatakan ada sesuatu yg tak kena . Dia perlu siasat
❤️❤️❤️❤️❤️
Hujan di apartmen Johor itu telah membuatkan Zaidi terpaksa untuk pulang dari kerja
Dia melabuhkan punggung di atas kerusi seraya mengambil dan membaca surat khabar yg berada di hadapannya
"auchh"jerit Yati dari dapur
Zaidi hanya menghiraukannya , malas dia hendak melayan Azyati. Entah mengapa setiap kali dia pandang muka Azyati , pasti perasaan benci datang pada dirinya
TOK TOK TOK
Ketukan yang melulu dari luar pintu membuatkan Zaidi marah. Siapalah yang datang waktu malam-ii macam ni..Tak reti tidur ke apa? Dia membuka pintu lalu memandang tajam ke arah siapa yang mengetuk pintu
"kau nak apa ?"degusnya
"hutang aku ? bila kau nak bayar ?"kata seorang lelaki yang berbadan sasa
"ishh kau lagi ! kan aku dah bayar haritu !" bentaknya lalu cuba menutup pintu tetapi dihalang oleh lelaki tadi
"duit aku mana ? Aku datang cara baik , kau jgn sampai isteri kau dekat dapur tu jadi mangsa aku lepas ni"ugutnya seraya memandang Azyati yg sedang memasak di dapur
"kau jgn berani sentuh dia ! Ishh aku dah bayar kan RM500 haritu.. takkan tak cukup lagi?"degusnya . Seingatnya dia cuma meminjam RM500 sahaja pada along itu.
"kau jgn buat-buat lupa ! dengan aku.. kalau bayar lewat mmg kena bunga laaa"desisnya berbaur ugutan
"ishh yerlah-yerlah , kau nak berapa ?" soalanya malas ingin memanjangkan cerita
"RM200"
"tunggu kejap"balasnya lalu melangkah ke biliknya ingin mengambil wang .
Dia datang membawa sejumlah wang lalu diserahkan kepada along itu .
"dah pergi ! aku taknak tengok muka kau lagi ! pergi ! " bentaknya lalu menutup pintu utama itu
❤️❤️❤️❤️❤️
Telefon yang sudah 10 kali berdering itu akhirnya diam. Aisyah yang baru sahaja keluar dari bilik air bergegas ke almari . Setelah itu dia melabuhkan punggung di atas katil seraya mengambil telefonnya .
"10 misscall ? dah kenapa dgn Daniel ni ?" risau Aisyah apabila melihat Daniel tak henti-henti dari menelefonnya
Dia menekan button call untuk menelefon Daniel kembali . Akhirnya panggilan itu dijawab.
"awak kenapa ni ? sampai 10 misscall ?" soal nya cemas
"saya nak ajak awak datang rumah saya" balas Daniel tenang
"laaa sbb tu je ke ? tapi untuk apa ? family awak ada buat makan-makan ke ?"soal Aisyah hairan
"takdelah , mama dgn papa saya ajak awak datang ke rumah , nak jumpa bakal menantu katanya"usiknya pada Aisyah
"ermm..saya segan laa awak.."balasnya .
"Aisyah , tak perlulah awak segan-segan macamtu..Insyaallah mama saya okay , papa saya lagi okey.. Kan mereka yg masuk meminang awak.. cuma waktu kami datang meminang awak.. Awak takde kat Kedah.. Tu yg mama and papa saya nak jumpa awak.."jelasnya panjang lebar
"ermm okey , bila awak nak ambil saya ?" soal Aisyah lalu dipandang cincin merisik di tangan kanannya . Setiap kali dia pandang cincin itu , pasti dia merasa tenang . Ya cincin itulah yg diberikan oleh Daniel tempoh hari .
"petang nanti saya dtg rumah awak.. makesure pakai cantik-ii tau.. biarlah mama saya tengok betapa cantiknya bakal menantu dia.."usik Daniel lagi
Aisyah hanya tergelak didalam panggilan .
Dalam hati Daniel sekarang , dia tak henti - henti mendoakan semoga semuanya berjalan dgn lancar
SIS DAH UPLOAD ! 🤗 AND SIS DAH TUKAR SINOPSIS TU TAU ! HEHEH , TIBA-TIBA DATANG IDEA LAIN . TUKAR SIKIT JEE..JALAN CERITA TTP SAMA.. THANKYOU SEMUA ! VOTE JGN LUPA ♡
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro