24
Semua yang berada didewan itu sibuk menikmati makanan.Ada juga yang memberi hadiah kepada Aisyah .
"Selamat hari lahir cah..Nah hadiah dari aku..Takdaklaaa mahal sangat.."kata Laila lalu menyerahkan sebuah kotak hadiah
"alaaa aku tak kisah pun mahal ka dak..Terimakasih tau laila.."balas Aisyah lalu memeluk Laila
Sambil-ii rakan kenalan Aisyah memberikan hadiah buatnya . Daniel kini sedang berdebar hendak memulakan bicaranya
Test test kata Haikal yang sedang memeriksa mikrofon untuk memastikan semuanya berjalan seperti yang dirancang. Semua mengalih perhatian kearah pentas yang berada dihadapan meja makan tetamu
"Assalamualaikum , harini saya akan nyanyikan sebuah lagu yang bertajuk Pertama Kali special untuk semua yang ada disini and this is for you Aisyah"kata Daniel dengan nada romantis
Setelah selesai menyanyikan lagu , Daniel meneruskan dgn ucapannya yang sebenarnya sangat usah untuk diungkapkan di khalayak ramai.Ya , ia adalah sesi meluahkan perasaannya
"ehem..ehem"sengaja Daniel ingin menarik perhatian semua yang berada disitu
"Aisyah , saat pertama kali saya lihat awak.. Saya mengaku memang saya dah jatuh cinta pada awak..Tapi bukan semudah tu untuk saya dapatkan hati awak..Setiap hari saya cuba untuk dapatkan hati awak..Sehinggalah saya berjaya dptkan hati abang dan mak awak..Saat itu , bahagia dia tak terucap.. Dan saya rasa harini adalah masa yang terbaik untuk saya luahkan perasaan saya pada awak..Aisyah anggaplah apa yang saya minta ni sebagai permintaan kedua saya pada awak"luah Daniel dengan nada romantis
Semua tertumpu pada Daniel dan ingin mengetahui apakah permintaan keduanya .Saat itu perasaan Aisyah bagaikan terhenti , tiada dia sangka Daniel meluahkan perasaannya dihadapan semua kenalannya termasuklah ibu dan abangnya sendiri.
"Makcik Siti , macam yang makcik pernah minta pada saya untuk jadi teman hidup Aisyah , begitu juga dgn abang Syafiq.. Harini saya nak minta izin makcik dan abang untuk melamar Aisyah menjadi isteri saya.."luahnya pada Puan Siti dan Syafiq
Daniel turun dari pentas dan menuju ke arah Aisyah . Puan Siti dan Syafiq hanya tersenyum memandang Daniel . Daniel melutut dihadapan Aisyah lalu mengeluarkan sebuah kotak cincin.
"Aisyah , sudikah awak menjadi bidadari saya ?"soal Daniel dengan nada romantis
Aisyah kaku dan diserbu pelbagai perasaan , malu , terharu , takut , bahagia semua hadir saat itu .
Aisyah memandang abang dan ibunya yang berada ditepi . Ibu dan abangnya tersenyum lalu mengangguk . Sememangnya itulah permintaan dari ibunya untuk terima Daniel dalam hidupnya . Aisyah tak mahu melukakan hati ibunya dan mungkin Daniel adalah jodohnya . Aisyah kini yakin dengan kata-kata hatinya sendiri . Aisyah yang dulu sangat takut untuk menyanyangi mana-mana lelaki kerana pernah disakiti oleh lelaki yang amat disayanginya iaitu ayahnya sendiri. Kini telah nekad dan berazam ingin bahagiakan ibu dan abangnya dengan menerima Daniel didalam hidupnya .
"ya"balas Aisyah dengan malu
Semua gembira mendengar jawapan dari Aisyah. Daniel memandang Aisyah dengan bahagia . Ingin saja Daniel memeluk Aisyah saat itu , hatinya saat itu jangan dikata hendak gugur hendak pecah pun ada . Tak disangka Aisyah akhirnya menerimanya .
"yes ! terimakasih aisyahh .. terimakasih banyak-banyak.. weyyy aisyah terima !"soraknya pada semua yang berada didalam dewan
"thankyou bro"kata Daniel kepada Alif sambil meletakkan tangan pada atas kepala tanda tabik padanya
"awww Daniel is so sweet"kata Balqis rakan sekelas mereka
"Alhamdulillah"kata Puan Siti perlahan
"Hai my brother in law , dah nak jadi adik ipar ni kenalah rajin sikit"sindir Syafiq sambil menempis bahu Daniel
Laila dan Anis datang memeluk Aisyah kerana gembira .
"kau buat pilihan yg betul cah.."bisik Anis dalam pelukan
"tahniah cah..akhirnya hati hang terbuka juga untuk mana-mana lelaki..alhamdulillah allah dah makbulkan doa aku.."kata laila didalam pelukan
Walaupun hatinya berat ingin menerima Daniel . Tapi dia sangat bahagia kerana dapat membahagiakan orang di sekelilingnya.Dia ingin belajar untuk menyayangi orang yang betul-betul menyayanginya .
❤️❤️❤️❤️❤️
Kring Kring
Dia menutup alarm di telefon itu lalu bangun menuju ke bilik air untuk membersihkan diri .
Selesai membersihkan diri , dia menuju ke ruang pakaian sambil bernyanyi.
"aunty perasan tak Daniel sekarang lain semacam ?"soal Luna pada Puan Hasnah
"lain macam mana ?" soal Puan Hasnah hairan . Baginya anak lelakinya itu sememangnya ada berubah sedikit tapi baginya itu semua biasa .
"yerlah aunty , selalunya daniel tu jenis yg pendiam , tak banyak cakap , keras kepala.. but sekarang...cuba aunty tengok siap nyanyi bagai.."luahnya pada Puan Hasnah sambil menyusun pinggan-pinggan di atas meja.
"yes aunty perasan tu..Tapi tak ada apa kot.. Aunty lagi suka bila Daniel dah berubah.. Yerlah lepas daripada dia kehilangan arwah Sofea lepastu kamu pulak tinggalkan dia..Mana tak sedihnya dia..mungkin dia happy balik sbb kamu dah ada kat sini.."jelas Puan Hasnah sambil mengacau air didalam jug
"hmm..entahlaaa aunty.."balas Luna acuh tak acuh
"goodmorning ma"sapa Daniel setelah turun dari tangga
"goodmorning..amboi awalnya daniel bangun harini..mengigau apa semalam sampai boleh bangun awal ni.."usik Puan Hasnah pada anak lelakinya. Anak lelakinya itu sememangnya berubah.
"hehehe , takde apalah mama..Saja bersemangat sikit nak ke U harini.."balas Daniel lalu menyuap sandwich ke dalam mulutnya
"papa mana ma ?"soal Daniel lagi
"papa ada kat atas..Tengah mandi lagi kot.." balas Puan Hasnah
"ma.."panggil Daniel dengan nada manja
"apa ?"soal Puan Hasnah pelik
"emmmm..."
"kamu ni dah kenapa daniel ? cakap jelah dengan mama..ni emm..emm.. bagai.." bebel Puan Hasnah dengan sifat anaknya itu
AGAK-AGAK DANIEL NAK BERITAHU APA ? HEHEHE , KITA HAPPY-II DULUAN..
DONT FORGET TO VOTE ! THANKYOU❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro