18
Suasana disitu menjadi renggang apabila datangnya lelaki berkulit sawo matang itu.
"Tak ingat ke ?" soal lelaki itu kepada Aisyah
Aisyah membalas dengan gelengan
"Buai laju-laju , sampai pokok sena , siapa paling laju , dapat bunga cina"nyanyi lelaki itu merdu
Semua memandangnya pelik. Mereka juga memandang Aisyah dan lelaki tadi bersilih ganti. Aisyah yang mula hanyut ke zaman kanak-kanaknya kini tahu siapakah lelaki dihadapannya sekarang.
"Alif ?" teka Aisyah teragak-agak.
Dia hanya mengangguk.
"Ya allah , bila kau datang sini ? Aku rindu kau lif" kata Aisyah lalu menepis bahu rakannya itu
Daniel mula bengang dengan sikap Aisyah. Nak manja bagai , dengan aku taknak.
"Baru je minggu lepas , suprise tak ?" soal Alif dengan nada romantis
"Hmm..mana kau tahu aku ade kat sini ?" dia memandang Alif penuh tanda tanya
"Hehe , siapa lagi kalau bukan mak kau" dia menunduk malu
"Ya tak ya juga kan ?" gumam Aisyah lalu ketawa
"Cah siapa tu ?" soal Anis membuka muluy
"Ouh , btw Alif ni semua rakan sekolej saya , yg tu Anis , tu Hafiz , tu Haikal and.." belum sempat Aisyah menghabiskan ayatnya Daniel menyampuk
"Daniel" kata Daniel lalu berjabat tangan dengan Alif
"Ouh , hi selamat berkenalan.. Saya Alif student baru fakulti sains dan kedoktotan" jelasnya memperkenalkan diri
"Ehh sekelas laaa dengan kiteorang.. duduklah" ujar Haikal ramah
"Takpelah , saya dah makan tadi , korang makanlah kita jumpa kat kelas nanti ya" dia mengukir segaris senyuman
Mereka mengangguk lalu Alif pergi meninggalkan mereka disitu.
❤️❤️❤️❤️❤️
"Ehh aku dengar ada pensyarah baru , katanya dia ganti Mr Amri" kata salah seorang pelajar lelaki disitu
Aisyah dan Anis terdengar perbualan pelajar lelaki tadi terus bergegas masuk kedalam kelas kerana bimbang akan terlewat.Setelah sampai didalam kelas , kelihatan Puan Hamidah sedang memberikan taklimat pada pelajar Jurusan Sains dan Kedoktoran itu .
"Maaf puan kami terlewat" pinta Anis memohon maaf
"No, is okay.. By the way i want to kenalkan you guys semua dengan pensyarah baru yg akan menggantikan Mr Amri" jelasnya senang
Anis dan Aisyah berlari anak mencari tempat untuk diduduki, namun belum sempat mereka melabuhkan punggung
__________
"Assalamualaikum" gumam seorang lelaki yang bersuara garau saat melangkah masuk kedalam kelas itu.
Saat itu , hati Aisyah bagaikan disentak sesuatu.Dia sangat mengenali suara itu. Entah kenapa perasaan begitu muncul dalam dirinya.
"Waalaikummussalam , here you are" balas Puan Hamidah mesra
"Okay class , this is your new sir Tuan Ismail" jelas Puan Hamidah memperkenalkan
Saat nama itu disebut , Aisyah lantas memusingkan kepalanya ,
"a..ayah?" kata Aisyah tergagap. Secara tidak sedar air matanya menitis.
"Aisyah kau okey tak?" soal Anis setelah melihat Aisyah kaku tidak bersuara.
"Anis , teman aku pergi toilet jap" ajaknya didalam tangisan seraya mengesat air matanya
Daniel hanya mampu memandang mereka dari jauh . Dia tahu akan kisah silam Aisyah dan ayahnya , oleh itu dia faham kenapa Aisyah bertindak sedemikian.
tu bukan pak mail ke ? ayah aisyah ? omel Alif didalam hati
❤️❤️❤️❤️❤️
Aisyah menangis teresak-esak didalam tandas . Anis cuba untuk menenangkan rakannya itu , tetapi tetap juga tidak berjaya.
"Aisyah jgn laa macamni...kau jangan risau okey , aku ada dengan kau . Aku tahu kau dah lama rindu dengan ayah kau , dan aku tahu juga kau masih tak boleh lupakan apa yg ayah kau buat pada kau..Aku faham apa kau rasa cah.. sabar okay.."pujuk Anis sambil membelai lembut belakang rakannya itu.
Aisyah mengesat air matanya lalu memeluk Anis.
"Terimakasih anis" ucapnya terharu
"Ya..Dah jom masuk kelas , nanti belebel pula Puan Hamidah kita lambat"bebel Anis
❤️❤️❤️❤️❤️
Kelas telahpun berakhir dan semua pelajar sedang beransur pulang .
"Korang teman aku dan Aisyah pergi shopping nak tak?" ajak Anis kepada Hafiz , Haikal dan Daniel
"Boleh juga"gumam Hafiz
"Nis , kau pergilah shopping dengan diaorang , aku tak laratlah , aku nak balik , takpe jangan risau aku boleh balik naik teksi" dia tiada mood untuk bersuka ria .
"Cah.. pleaseee..."rayu Anis sambil memegang tangan Aisyah
"Takpe Anis awak pergilah shopping dgn Hafiz dan Haikal , biar saya yg hantar Aisyah pulang" balas Daniel menenangkan
"Takpe saya taknak susahkan awak"dalih Aisyah.Anis menarik tangan Hafiz dan Haikal untuk meninggalkan mereka berdua disitu
"Awak tunggu kejap ehh , saya ambilkan kereta" kata Daniel."Tak..."belum sempat Aisyah menghabiskan ayatnya , Daniel telah pergi meninggalkannya
AGAK-AGAK APA YANG AKAN BERLAKU LEPASNI YA ? HEHE , NEXT PART NI SWEET-SWEET SIKIT , HATI-II TAKUT NANTI ADA SEMUT DEKAT PHONE 🤣
BTW DONT FORGET TO VOTE , THANKYOUU !
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro