17
Tudung sarung yang berwarna biru itu disarungnya . Lalu dipakaikan sedikit bedak ke mukanya
"makanan aku mane ?" jerit seseorang diluar biliknya
Azyati terus keluar dari biliknya dan menuju ke dapur
"maaf bang , yati tak sempat nak masak tadi..." jelasnya
"erghh !" bentak lelaki itu lalu disepaknya kerusi di meja makan
"ada isteri pun tak guna ! hei kau ni dari dulu lagi menyusahkan hidup aku !"bentaknya lagi
"abang..."panggil azyati dengan sayu , lalu mengesat air matanya dengan hujung baju lengannya
"apa ?" degusnya
"maafkan saya kalau selamani saya cuma menyusahkan hidup abang..tapi saya tak pernah mintak semua ni..kalau memang saya ni cuma bawak malang , menyusahkan hidup abang..abang lepaskan sahaja saya.. saya tak sanggup nk susahkan abang lagi.." luah Azyati panjang lebar
"eiii kau ni ! menyemak je keje ! heh yati , kau tu penting untuk aku ! nanti kalau aku takde duit , bolehlaa aku mintak dengan kau! yerlaaa , lagipun dulu kan kau kaya.." balas Jali
"astaghfiruallahalazim , maksudnya selamani abang gunakan saya.. sampai hati abang.."gumam Azyati
"tak payah berlakon baik laaa pompuan ! kau tu dulu lagi teruk dari aku ! lagi jahat dari aku ! kau ingat sikit siapa yang heret kau keluar dari kerja haram tu !" degus Jali
"saya sedar saya memang jahat bang.. tapi siapa awak nk hukum saya macamni.. saya pun manusia biasa tak lari dari kekhilafan." balas Azyati lagi lalu mengesat air matanya.
Sememangnya dia tidak mahu untuk ingat segala apa yang pernah berlaku padanya dahulu . Dia sedar akan kekhilafannya . Walaupun perit untuk diingati tapi itulah pengajaran hidupnya.
❤️❤️❤️❤️❤️
Anis dan Aisyah yang baru sahaja keluar dari kelasnya terus menuju ke kafe-kafe universiti yang berdekatan.
"aku laparr...."kata Anis sambil menyetuh perutnya yang kini sedang berbunyi-bunyi
"kau ni pagi tadi dah makan nasi goreng sepinggan pun lapar lagi ?" gumam Aisyah
"mungkin sebab semalam aku tak makan kot..."jelas Anis sambil meraba-raba poketnya ingin memastikan dompetnya ada didalam poketnya itu
"ishh kau ni...lain kali kenelah makan. Diet-diet jugak , janganlah sampai siksa badan kau tu"kata Aisyah dengan nada nasihat.Bukannya dia tak kenal dengan sifat Anis yang memang degil itu.
Setelah sampai di sebuah kafe , mereka mencari tempat untuk duduk , tetapi tiada satu tempat pun yang kosong.
"anis kafe ni takde tempat kosong laa..kite pergi kafe lain lah , okey ?" soal Aisyah pada rakannya itu
"alaaa..kafe ni je yg ada sandwich telur tiptop, kafe lain semua takde..."balas Anis sayu
"weyhh , tu bukan ke student yang ramai cakap lawa tu.. tak silap aku dari fakulti sains dan doktor tu kan ?"kata seorang pelajar lelaki yg berada disitu
Daniel yang terdengar perbualan lelaki itu dengan rakannya terus mencari kelibat Aisyah menginginkan kepastian.Daniel menghampiri Aisyah dan Anis yang berada di kaunter.
"hai Aisyah" sapa Daniel dengan seukir senyuman
"errr hai.." balas Aisyah tergagap-gagap
"kenapa tak duduk ? ke dah siap makan ?" soal Daniel kehairanan
"tak..." belum sempat Aisyah menghabiskan ayatnya , Anis menyampuk
"sebenarnya , Aisyah nak sangat makan dekat kafe ni , tapi takde tempat kosong.. jadi sebabtu Aisyah tunggu kat sini..."sampuk Anis
"ouh" balas Daniel lalu senyuman manis diukirnya
"kalau macamtu jomlah join kami makan kat sana, jangan risau kerusi masih ada berbaki tiga, marilah" ajak Daniel sambil memandang Aisyah dan Anis bersilih ganti
"boleh jugak, lagipun perut aku dah lapar sgt ni.. tak pasal-pasal kene gastrik pulak nanti" balas Anis sambil menyentuh-menyentuh perutnya , pura-pura sakit
Belum sempat Aisyah mengatakan apa-apa , Anis menarik tangannya menuju ke meja makan Daniel yang tak berapa jauh dari kaunter itu
Anis melabuhkan punggung di kerusi yang berada di sebelah Haikal dan Hafiz. Aisyah yang sudah kenal dengan sifat Anis itu terus duduk di kerusi berhadapan Anis , manakala Daniel duduk di sebelah kerusi Aisyah
"korang nak order apa ?" soal Hafiz
"aku cuma nak sandwich telur dan air kosong" balas Anis
"kau tak payah diet laa Anis..kau dah memang kurus" sinis Hafiz
"tak boleh.. bukan sebab nk diet jee , kesihatan badan kene jaga jugak" balas Anis dengan nada selamba
Sambil-sambil mereka rancak berborak , tiba-tiba
"hai , awak ni bukan ke anak pak mail?" soal seorang lelaki yang berkulit sawo matang itu
Aisyah mengalih matanya kepada lelaki dihadapannya itu.
"haah kenapa?" soal Aisyah yang ragu-ragu dengan lelaki dihadapannya itu.
asal muka mamat ni familiar sangat ehh , macam aku pernah kenal omel Aisyah didalam hati
AGAK-AGAK NAMA APA PULA WATAK BARU KITA NI ? JGN LUPA VOTE TAU 🙏❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro