Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

15

Minyak Gamat yang berada didalam rak itu diambilnya lalu diserahkan pada abangnya

"macam mana kau boleh jatuh ni ?" soal Syafiq sambil melihat kaki Daniel yang sudah bengkak itu

"entahlah bang , tiba-tiba jee lantai tu licin.." balasnya lalu menyentuh kakinya yang sakit itu

"Arghhh !" jerit Daniel apabila kakinya yang bengkak itu disentuh oleh Syafiq

"ehh kau ni , baru sentuh sikit , cuba kuat sikit !" sindir Syafiq sambil ketawa

Aisyah dan Laila hanya ketawa melihat karenah abangnya dan Daniel itu .

❤️❤️❤️❤️❤️

Setelah tiba di sebuah rumah pangsapuri yang agak besar , dia mematikan enjin keretanya lalu keluar dari kereta menuju ke arah rumah itu .

DING DONG !

Batrisya menekan loceng , malah tiada siapa yang menyahut . Dia menekannya buat kali kedua .

"sayang... ade orang datang ke ?" soal lelaki simpanannya

Hani hanya mengerutkan dahinya kerana terlupa dengan siapa dia ingin berjumpa . Lantas dia terus menuju ke pintu utama untuk membukanya.

"laaa you betty.. sorry i terlupa you nak datang tadi" kata Hani sambil berlaga pipi dengan Batrisya

"its okay" balas Betty ringkas

"Jomlah masuk " kata Hani . Tanpa segan silu , Batrisya masuk lalu melabuhkan punggungnya diatas sebuah sofa .

"so ada apa you nak jumpa i ni ?" soal Batrisya setelah beberapa minit mendiamkan diri

"okey , i sebenarnya nak dapatkan balik harta i dengan afiq.. well you know me.. harta tu pun bukannya harta dia ! tu semua harta my dad !" degus Hani sambil tangannya menghentak meja melepaskan geramnya yang sudah lama terbuku didalam hati

"okey... so apa kau nak aku buat ?" soal Batrisya yang masih kehairanan

Hani hanya tersenyum sinis sebagai balasan.

❤️❤️❤️❤️❤️

Baju-bajunya yang berada ditepi katil itu diambilnya lalu dimasukkan kedalam beg bajunya . Sayu hatinya apabila hari ini adalah hari terakhir dia berada disini .

TOK TOK TOK

Daniel berpaling ke arah pintu melihat siapa yang mengetuk pintu. Senyuman manis terukir di bibirnya apabila melihat Aisyah yang berada dihadapannya .

"daniel... kaki awak betul-ii dah baik ke ?" soal Aisyah kerisauan

"ye , jangan risau.. kaki saya dah okey .. awak jangan risau laa.." balas Daniel lalu senyuman manis diukirnya

Aisyah hanya mampu tersenyum melihat lelaki dihadapannya telah sihat seperti biasa. Walaupun jauh dilubuk hatinya , masih berat ingin membiarkan Daniel pulang ke Kuala Lumpur seorang diri. Bukannya dia tidak tahu , dari Kedah ke Kuala Lumpur sejauh mana.

"so maksudnya , awak dah jadi milik saya kan ?" soal Daniel sengaja ingin menyakat Aisyah

"eii memang taklah ! walaupun abang dengan mak saya sukakan awak ! jangan harap saya akan sukakan awak balik " degus Aisyah dengan nada geram

"eleh.. sombong ! betullah orang kata .. mulut kata lain , hati kata lain.." balas Daniel dengan nada sindiran

"eii awak ni memang sengaja kan.." gumam aisyah sambil menjelingkan matanya

"hmmm , sedar tak sedar , dah seminggu saya tinggal dekat rumah awak.. terimakasih tauu.." kata daniel lalu bangun menggalas begnya

"terimakasih untuk apa ?" soal Aisyah

"sebab sudi terima kedatangan saya dekat rumah awak , yerlah tiba-ii je datang.. sorry kalau saya dah menyusahkan awak satu family" balas Daniel dengan nada serba salah

"alaaa , takde apalah..lagipun ABANG saya tu jugak yang jemput awak kan.. so apa saya boleh buat" balas Aisyah sambil menekankan ayat 'abang' itu

Daniel hanya ketawa melihat karenah Aisyah

"kenapa awak ketawa ? ingat lawak ke !" degus Aisyah , geram dgn tingkah laku abangnya yang mengajak Daniel secara tiba-tiba ke rumah mereka

Daniel menghentikan ketawanya lalu mula menuju ke pintu dan berbisik di telinga Aisyah

"its okay , janji plan saya nak pikat abang dan mak awak , dah berhasil.. cuma awak jee susah nak pikat sikit.."kata Daniel dengan nada gurauan

"awak takkan dapat pikat hati saya ! kita cuma kawan , tak lebih dari tu !" degus Aisyah

"ye ke tak terpikat ? nanti bile saya dah pergi jangan rindu saya pula..yerlahh hati awakkan milik saya.." balas Daniel dengan nada romantik

Aisyah hanya mampu berdiam diri , walaupun hatinya sudah lama terpikat dengan Daniel , tetapi dirinya masih belum bersedia untuk bercinta , bahkan tak pernah terfikir di lubuk fikirannya

"eiii dahlah , kalau awak nak balik , baik awak balik cepat !" degus Aisyah lalu pergi meninggalkan Daniel disitu

"Aisyah" jerit Daniel dari belakang

"apa lagi ?" soal Aisyah dengan nada geram

"saya ada sesuatu nak cakap dekat awak ni" balas Daniel

"apa ?" soal Aisyah tanpa berpaling pada Daniel

Daniel mula bergerak beberapa langkah mendekati Aisyah . Lalu berdiri dihadapan Aisyah , malah Aisyah hanya menghiraukannnya dengan melihat ke arah lain .

"awak...." panggil Daniel dengan nada manja

Aisyah hanya mengangkat dagu sebagai balasan

Daniel mula mendekati Aisyah , saat itu hatinya berdepup kencang , hanya tuhan sahaja yang tahu. Setelah tubuh Aisyah dan Daniel berada pada jarak yang agak dekat , Daniel memulakan bicaranya

"i... love... you !" bisik Daniel ditelinga kanan Aisyah dengan nada romantik , lalu pergi meninggalkan Aisyah sendirian

"i love you ? dia cakap i love you dekat aku ?" soal Aisyah yang masih terpaku dengan kata-kata Daniel sebentar tadi

vote ♡

sorry if banyak kesalahan tatabahasa.. sorry if storyline bosan and hambar 😭
thankyou for the support ✨




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro