Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

14

Kereta Honda yg berwarna putih itu berhenti di sebuah kedai pakaian kanak-kanak

"jom turun" kata Tuan Ismail kepada anaknya itu

"daddy nk bawa anisah pergi mana?" soalnya dengan nada kehairanan

"daddy nak bawa anisah pergi shopping !" balas Tuan Ismail sambil mendukung anaknya

"wah bestnyee ! " balas Anisah kegirangan

Mereka memasuki kedai pakaian yg berada tidak jauh berapa meter dari mereka .

"ye cik ada apa-apa boleh saya bantu ? " soal salah seorang pekerja disitu . Tuan Ismail terus memusing ke belakang untuk melihat siapa yang menyapanya tadi .

"saya nak cari satu dress kanak-kanak warna merah or putih untuk anak saya" balas Tuan Ismail

"ouh , kalau macamtu , tuan tunggu sekejap ya.." kata wanita itu. Tuan Ismail melabuhkan punggung diatas kerusi , manakala Anisah sibuk bermain anak patung di sebelahnya .

Tuan Ismail yg sibuk bermain telefon itu tiba-tiba menyedari bahawa anaknya yg berada disebelah tadi telah tiada .

"anisah ?" soal Tuan Ismail dengan nada cemas , dia mula mencari di kawasan yg berhampiran di kedai

"ya allah dekat sini rupanya anisah , buat apa dekat sini sayang ?" kata tuan ismail lalu mendukung anak perempuannya yg sedang bermain di sebelah seorang wanita

Wanita itu mula kaku melihat lelaki di hadapannya . Terasa seperti dadanya disentak oleh sesuatu. Tuan Ismail yang menyedari dia dipandang oleh wanita disebelahnya , terus mengalihkan matanya ke arah wanita tersebut .

Setelah melihat wajah manis wanita dihadapannya , dia terus mengundurkan dirinya ke belakang beberapa langkah.

"mail ?" soal wanita itu

Tuan Ismail tidak menjawab , malah jelingan tajam diberinya . Tuan Ismail yang dari tadi kaku kini mula cuba untuk pergi dari situ. Tetapi langkahnya terhenti apabila wanita itu memulakan bicara.

"abang apa khabar ?" soal wanita itu lagi

"kau tak payah berlakon ambil kisah pasal aku lah !" sinis Tuan Ismail

"abang... saya sedar saya banyak salah.. tapi walau bagaimanapun saya tetap.." belum sempat dia menghabiskan ayatnya , tuan Ismail mencelah

"kau tak layak jadi ibu untuk anak-anak aku !" desisnya dengan nada benci

"abang , tu anak kita ke ?"soal wanita itu dengan nada sedih

"tak kisahlah anak kau ke , bukan anak kau ke , takde kene mengena dengan kau !" bentaknya lagi

"saya minta maaf..." kata wanita

"sudahlah yati , kita dah takde apa-apa.. yang berlalu biarlah berlalu.." balas Tuan Ismail lalu pergi meninggalkan wanita itu sendirian .

"daddy siapa tadi tu ? cantiklah aunty tu... macam mama Anisah.." kata anaknya yang berumur 9 tahun itu . Tuan Ismail hanya membalas dengan senyuman lalu menggosok kepala anaknya itu .

❤️❤️❤️❤️❤️

Pisang yang berada disebelahnya disuapkan kedalam mulut kera peliharaanya atau diberi nama 'oyot' .

"amboi hang , lapaq macam kebuluq na.." kata Aisyah sambil membelai badan 'oyot'

KEDEBUSH !

"kenapa pulak tu ?" soalnya sendirian , lalu bangun ingin mencari dari mana arah bunyi itu

"aduh... siapa pulaklah yang letakkan sabun dekat sini ?" soal Daniel sendirian yang cuba bangun dari tersungkur jatuh ke lantai

Aisyah memasuki rumah dan langkahnya terhenti apabila melihat Daniel yang terlantar jatuh di atas lantai bilik air .

"HAHAHAHAHAH ! macam mana awak boleh jatuh ni ?" soal Aisyah dengan nada sindiran sambil menyandar di hadapan pintu

"awak tolonglah saya... mana lah saya tahu tiba-tiba lantai ni licin.." balas Daniel yang cuba untuk bangun

"tak payah salahkan lantailah daniel , kalau sebenarnya awak tu yg memang kaki lembik" sindir Aisyah

"amboi... tkpe awak tunggu.." sinis Daniel lalu memegang kepala paip dan dibuka .

"awak nak buat apa tu ? awak jangan macam-macam ehh , saya baru jee lepas mandi !" desis Aisyah

"kalau macamtu tolonglah saya , minta tolong pun susah awak ni.." bentak Daniel

Aisyah hanya ketawa apabila melihat Daniel yang sudah 'fadeup' dengan karenahnya

"eii mana boleh ! tak pasal-pasal kawin free" degus Aisyah

"ha lagi bagus , tak payah saya susah-susah masuk meminang awak.." sindir Daniel

"eiii taknak saya ! apa awak ni ..! " degus Aisyah

"alaaa saya gurau je laa.." balas Daniel sambil ketawa

"hmm" gumamnya lalu memeluk tubuh berpaling ke arah lain

"aisyah tolong laa saya" kata Daniel

"taknak !"

"takpe , nanti saya report dkt mak awak !" sindir Daniel

"ish yela yela" balasnya dengan nada geram

"ehh nak pergi mana tu ?" soal Daniel apabila Aisyah hendak meninggalkannya

"awak tu berat , kejap saya panggil abang saya tolong angkatkan awak.. tunggu tau.." kata Aisyah lalu meninggalkannya sendirian

Daniel hanya tersenyum melihat telatah Aisyah yang comel itu

HEHEHE , NAK NEXT PART TAK ? Sorry if banyak part hambar or membosankan ❤️ Btw thankyou sudi baca ✨

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro