Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Prolog:-

Siapalah aku jika nak dibandingkan dengan perempuan itu. Dayana memiliki segalanya. Harta, wajah dan karisma dalam tangan gadis kacukan itu sedangkan aku? Aku sangat berbeza 200% daripadanya.

Aku hidup tak kaya, pemalu bukan main dan yang paling menyedihkan aku tersenarai dalam nama-nama pelajar berwajah tak famous.. Hmm.. sedihnya hati aku.

Aku sekadar menopang dagu sambil mataku asyik memerhati sebuah kumpulan yang sedang leka bersembang sakan. Mataku lebih tertarik untuk melihat Fakhrul, lelaki yang menjadi pujaan ramai gadis di sekolah kami.

Sejak tingkatan 1 lagi, aku sudah tertarik pada Fakhrul. Orang kata dia berlagak. Bagi aku, dia patut berlagak dengan apa yang dia ada. Wajah yang tampan dan datang dari keturunan berada, tak salah rasanya untuk dia meninggi diri tetapi berpada-padalah. Bagi aku, dia lelaki yang okey compare dengan lelaki lain.

Sedang asyik memerhatikan dia, tiba-tiba aku tergamam. Mata Fakhrul tepat memandang ke arahku. Bibirnya menguntum senyum tatkala mataku dan dia bersatu. Dia senyum kat aku? Seriously? Arghh!!! Mahu sahaja aku menjerit ketika itu.

Apa yang patut aku buat? Balas semula senyumannya atau hiraukan sahaja. Erm.. aku jeling ke arah lain. Itu sahaja reaksi yang mampu aku bagi setakat ini.

"Fakhrul!!"suara manja itu menyeru.

Dan, aku tahu siapa gerangan pemilik suara itu. Tak lain dan tak bukan pasti Dayana. Dari arah belakangku, dia melintas menuju ke arah Fakhrul yang masih dalam kerumunannya.

Dayana masih dengan gaya divanya. Berjalan ala-ala model mendekati Fakhrul. Sempat mataku meliar pada lelaki itu. Senyuman lelaki itu melebar apabila Dayana duduk bersebelahannya. Melihatkan itu, hatiku sakit.

Pemandangan yang tidak begitu indah itu membuatkan aku mahu cepat-cepat beralih dari situ. Air milo tawar itu aku sedut rakus. Dari separuh, kini tinggal ais batu kecil. Tak semena-mena aku bangun mahu pergi.

Belum sempat aku mahu berganjak dari tempat duduk ku, cawan yang berisi ais itu tertumpah ke atas tubuh seseorang. Aku tergamam. Sepasang mata itu garang menikam mataku kembali. Aku menikus ketakutan.

"What the..."gerutunya sambil menyapu seragam sekolahnya yang bercorak sisa milo.

Pelajar yang lalu lalang memerhati tanpa banyak bicara. Daripada menjadi orang tengah, mereka rela menjadi penonton tak dipinta. Lagipun, drama percuma tiada siapa mahu lepaskan.

Aku yang masih diam hanya mampu berdiri di hadapannya. Sempat kaca mataku, aku betulkan. Gemuruh yang beberapa kali mengusik jiwa sungguh buatkan aku jadi tak tentu hala. Bisikan-bisikan kecil makin buatkan aku jadi bertambah resah.

"Dah pakai kaca mata tapi still buta ke apa? Ke kau nak kaca mata yang lebih besar lagi? Hah!!?"perli lelaki itu masih tak lepas memandangku.

Kata-kata lelaki itu diselangi dengan tawa sinis pelajar-pelajar lain. Suka benar mereka kalau melihat ada pelajar yang mahu bertikam lidah.

"Aku min-minta maaf. Aku tak sengaja."terketar-ketar aku menyusun ayat maaf.

"Maaf-maaf.. Tak habis-habis. Semalam kau dah tumpahkan kuah mi sup kat baju aku, selarang kau tumpahkan milo kat baju aku... Cuma maaf aje yang kau mampu bagi?"makin melebar rungutannya.

Aku mengetap bibir. Aku tahu aku salah. Kerana itu aku takut kerana aku salah. Kalau tak salah, mahu saja aku ajak lelaki itu bertumbuk. Bergusti bak WWE pun aku sanggup.

"Maaf.. maafkan saya."aku ulang ayat keramat itu semula. Mana tahu kali ini dia memaafkanku.

Lelaki itu sudah menggeleng-gelengkan kepala. "Kali ini tidak ada kata maaf untuk perempuan macam kau. Sekali kau buat salah dengan aku, tak ada chance untuk kali kedua.!!"

"Aku akan report benda ni pada papa aku dan kau akan berurusan dengan dia. Face to face. Enough!"noktahnya tegas.

Aku buntangkan mata. Terkejut aku bukan main kepalang. Wajahnya yang masih mencuka geram aku pandang sekejap. Bibirku aku gigit kejap. Takut dan marah bergumpal dalam hati ini.

Siapa yang tak kenal Karl Hazriq. Maaf, aku tersalah announce. Fakhrul bukannya lelaki pertama yang paling famous dalam kalangan perempuan tetapi Karl adalah lelaki yang paling famous antara empat buah sekolah termasuk sekolah aku.

Lelaki itu adalah pemain ragbi sekolah dan juga dia pernah ikut bertanding dalam pertandingan hoki peringkat kebangsaan. Jadi, tak ada sebab untuk dia tak jadi famous. Hampir setiap hari, ada sahaja kerumunan gadis mengelilingi lelaki itu. Bukan calang-calang.

Lelaki itu juga merupakan anak kepada ketua PIBG sekolah. Pengetua sekolah pula pakciknya a.k.a ayah kepada Fakhrul. Senang cerita, Fakhrul dan Karl merupakan sepupu yang tak serumpun. Kenapa? Sebab jarang nampak mereka berdua together-gether.

Fakhrul lebih peramah compare dengan Karl. Karl pula jenis yang acah-acah cool dan layan perempuan-perempuan cantik sahaja. Perempuan yang tak cantik, dia tak layan. Macam aku ni.

"Karl.."seru suara garau itu menarik perhatian aku dan Karl.

Fakhrul sudah berdiri di sebelahku sambil matanya tak lepas dari memandang Karl. Aku tergamam. Serious, aku tak perasan Fakhrul. Mulalah jantung memainkan rentaknya yang laju.

"Apehal?"

"Benda kecil kau jangan perbesarkan. Dia tak sengaja jafi jangan judge dia macam dia pembunuh. Simple thing can be solve by simple way right?" ujar Fakhrul berpeluk tubuh.

Aku sekadar diam membisu. Tenang sedikit bila ada pihak yang membela. Lagi-lagi kalau pihak itu adalah orang yang aku suka. Erm.. seronoknya!!!

"Simple you say? Kalau tiap-tiap hari kena simbah dengan minah ni.. kau rasa berapa kali aku nak kena pergi laundry? Think, man."kepalanya ditunjal beberapa kali.

Fakhrul mengeluh. Tiba-tiba dia memusingkan kepalanya menghadapku. Aku tidak membalas pandangannya. Cukuplah debaran kencang ini yang aku terima. Tak mahulah bertambah kencang pula hati ini berlagu. Cewaaahhhh....!!!

Kringggg!!!

Bunyi loceng waktu rehat berbunyi menandakan waktu rehat pelajar sudah tamat. Bunyi itu sempat mem'pause' kan pergaduhan kecil itu untuk sekejap cuma. Masih tak ramai pelajar yang beralih. Masih asyik melayan drama pagi ini.

"Kau tak sengaja kan?" sempat lagi Fakhrul tanya soalan pada aku.

Cepat-cepat aku gelengkan kepala. Masih ada chance untuk membela diri. Cuba bagi aku sebab kenapa aku nak simbah dia? Okey, memanglah aku bengang dengan dia tapi tak adalah guna cara kasar sampai simbah makanan.  Aku juga yang rugi kalau buat benda tu selalu. Dahlah duit belanja tak cukup.

"Dia dah cakap dia tak sengaja. Maafkan ajelah. Tak payahlah sampai report pada uncle."pertahan Fakhrul.

"I will!"tegas Karl.

Tak semena-mena tanganku direntap kasar. Aku tergamam. Dia mahu menarik ku untuk menurutinya namun aku cuba untuk melawan. Namun kekuatannya tak setanding aku. Maka aku diseret paksa menurutinya.

Namun belum menjauh. Pantas, tangan aku digenggam oleh Fakhrul. Dengan kasar, Fakhrul menarik ku ke belakang. Kaca mata yang aku pakai terlepas dari wajahku. Aku terlepas daripada Karl dan berada di belakang Fakhrul.

"Jangan layan dia.."bisik Fakhrul lalu menarikku menurutinya. Aku turutkan saja.

Sempat Karl aku kerling. Matanya menjeling aku. Terus aku menunduk takut. Muka serupa singa kelaparan. Takut pula aku jadi mangsa seterusnya pula. Sudah berapa banyak orang-orang tak cantik jadi mangsanya.

Lagipun, aku jenis tak berharta. Entah macam mana aku boleh sesat masuk sekolah orang kaya. Sekolah Menengah Darul Zafhran ini merupakan sekolah orang-orang kaya. Seragam diapun bukan main mewah lagi. Skirt paras buku lali dan ditambah tali pinggang. Tak segak ke tu? Kemeja ungu berlengan panjang.

Aku ni datang dari keluarga tak kaya. Senang cerita, aku dapat biasiswa tajaan pengetua untuk belajar di situ. Alasannya sebab nama aku terpilih antara 50 buah sekolah yang mendaftar. Ibu yang paksa aku untuk masuk sekolah itu.

Sejak aku berumur 10 tahun, aku sudah tidak menerima belaian seorang ayah. Ayah meninggal dalam kemalangan selepas itu hanya ibu sahaja yang membesarkan aku. Ibu bekerja sebagai peniaga nasi lemak tepi jalan Kampung Jamu. Dengan duit jualan itulah, dia sekolahkan aku.

Awalnya, aku tak mahu belajar di sekolah ini tapi ibu terus-menerus memujuk aku. Akhirnya, aku turutkan saja. Belajar sahaja pun. Bukannya bekerja kat situ.

"Baliklah kelas kau semula." arah Fakhrul setelah merasakan kami sudah jauh dari kantin sekolah.

Aku masih tak lekang memandangnya. Jujur, aku rasakan semuanya seperti mimpi. Dua orang lelaki bergaduh kerana aku? Wou, tak rasa macam Cinderella ke? Hehehe...

"Terima kasih,Abang Fakhrul." ucapku menunduk ala-ala orang jepun beri hormat.

Lelaki itu tidak membalas. Matanya ralit memandang mataku. Segan aku dibuatnya. Bukannya sekejap. Lama kot. Selepas itu dia senyum. Aku pula jadi tak keruan.

"Kau ada mata yang cantik." pujinya.

Aku telan liur. Terus aku memegang wajahku. Cermin mata aku!!! Omaigod. Mesti terjatuh kat kantin tadi.

"Kenapa nak pakai kaca mata kalau tak rabun?"soalnya tiba-tiba.

Makin sunyi suasana. Aku tak mampu bagi jawapan. Aku pun tak boleh nak bagi reason. Yang aku tahu, ibu yang suruh aku pakai kaca mata tu. Katanya, untuk lancarkan penglihatan. Disebabkan aku ni jenis lembab sikit, aku percaya aje.

"erm.. sebab nak lancarkan penglihatan." setepek jawapan ibu aku berikan.

Fakhrul menganggukkan kepala. Entah dia percaya ke tak. Aku pun tak tahu.

"Nama kau Aira Firzan binti Ridhwan Amri ke?"nama penuh aku disebut Fakhrul lancar.

Aku tergamam. Jadi, Fakhrul sedar kewujudan aku? Aku ingatkan aku hanya sekadar perempuan tak famous yang tak dikenali ramai. Untunglah.. ada juga orang famous dalam sekolah ni kenal aku.

Sebuah anggukan kecil aku berikan.

"Nice people."ucapnya. Tanpa pamitan, dia pergi begitu sahaja. Sempat satu senyuman diberikan padaku. Aku kaku melihat senyumannya. Omaigod. Kenapa baik sangat nasib aku hari ni? Akhirnya dapat juga bercakap dengan lelaki idaman...

Aku sudah tersengih-sengih sendiri. Kepala sudah ligat memikirkan perkahwinan bahagia antara aku dan Fakhrul. Omaigod.. Seronoknya!!!!

"Woi, kau buat apa kat sini?"sapa suara sumbang dari belakang.

Terus aku toleh ke belakang. Airin sudah bercekak pinggang memandangku. Hanya Airin seorang sahaja kawan yang aku ada di sekolah ini. Yang lain, hampeh. Racist dengan orang yang tak mampu macam aku ni.

Airin pula orang berada baik hati. Sejak tingkatan satu lagi, kami sudah berteman rapat. Dia jenis gila-gila maka aku pun ikutlah perangai dia. Bak kata aku tadi, aku ni jenis slow people sikit.

"Hmm.. mana kaca mata kau?"soal Airin sambil membelek muka aku.

"Terjatuh kat kantinlah. Mamat poyo tu yang buat aku. Hmm.."adu ku buat muka geram.

Airin menggelengkan kepala. Tak tahu nak cakap apa. Sebenarnya dia pun tak suka dengan mamat poyo a.k.a. si Karl itu. Maklumlah, Airin pernah crush pada Karl tapi lelaki itu tolak mentah-mentah siap announce pada semua orang yang Airin minat kat dia.. Watdehek?!

Maka cinta berubah benci. Benci terus menyematkan dendam. Maka, Airin dan aku senasib. Bencikan orang yang sama kerana menjadi mangsa buli orang yang sama. Si Karl tu.

"Teacher dah masuk ke?"soalku pinta kepastian.

Airin sekadar gelengkan kepala. "Dia MC hari ni jadi kita tak payah masuk kelas sekarang."cadang Airin.

Aku anggukkan kepala. Teacher Dora adalah guru bahasa inggeris aku dan Bahasa inggeris merupakan subjek yang paling aku tak suka. Disebabkan tak suka, aku tak mencintai Bahasa Inggeris.

"Jom, aku teman kau cari kaca mata kau."pelawa Airin.

"Okey jom."

Aku memulakan langkah menuju ke kantin semula.Airin menuruti dari belakang. Sempat juga dalam perjalanan kami mengumpat tentang si Karl itu.

Setibanya di kantin, aku mulakan misi pencarian kaca mataku. Aku cari ditempat pergaduhan kecil tadi berlaku. Lama aku cari namun masih tak jumpa.

"Aira!!!"melaung si Airin memanggil aku.

Segera aku mendekatinya. Aku pandang wajahnya. Dia sudah buat muka yang sukar untuk aku fahami. Tak semena-mena jari telunjuk Airin menuding ke arah longkang kecil di sebelah kantin. Aku ikut memandang arah yang ditujunya.

Mataku buntang. Kaca mata yang dibelikan ibu sudah lunyai dan tak berupa. Aku tergamam. Perlahan-lahan aku kutip kaca mata itu lalu aku belek. Terlihat kesan pijakan kasut pada bingkainya.

"Sah, ni mesti kerja Karl! Kenapa dia itu? Gila ke?"bentak Airin dengan bengang. Gadis itu sudah bercekak pinggang.

Airin memandang aku semula. Bahu aku ditepuk perlahan. Hanya itu sahaja yang mampu dia berikan.

"Kau jangan sedih, eh. Nanti kita cari yang baru."pujuk Airin.

Aku masih kelu. Terasa air mataku sudang bertakung di tubik mata. Tinggal mahu bah membasahi pipi sahaja.

"Aku benci dia!"keluhku geram.

Kaca mata itu aku genggam erat. Karl perlu bayar balik. Cermin mata ini cermin mata kepunyaan ayahku. Kerana hidup susah, ibuku menjual kaca mata itu. Selepas itu ibunya simpan duit  untuk dapatkan kaca mata itu semula. Dan sekarang, cermin mata itu rosak di bawah kaki seorang lelaki bernama Karl.

Lelaki itu perlu bayar.
...........
Di rumah agam neneknya, Fakhrul mengatur langkah menaiki tangga satu persatu. Secara senyap-senyap dia menerobos masuk ke dalam bilik neneknya.

Nasib baiklah hari ini neneknya sedang ada mesyuarat tergempar. Kalau tidak, tak ada chance untuk dia jalankan projeknya.

Almari baju dipanjatnya dengan berhati-hati. Lalu, kotak bersaiz sederhana itu dicapainya. Setelah turun daripada almari, Fakhrul mencampakkan kotak itu ke atas katil.

Termasuk kali ini sudah dua kali dia membelek kotak itu. Kotak yang menyimpan seribu satu rahsia. Rahsia tentang keluarganya.

Fakhrul duduk di birai katil. Kotak itu dibeleknya sejenak lalu dibukanya perlahan. Sekeping gambar dicapainya lalu ditilik lama. Satu persatu wajah dalam gambar itu dipandangnya.

Wajah ayahnya semasa muda bersama dengan dua orang kanak-kanak lelaki yang lain. Salah seorang antara mereka dikenali oleh Fakhrul. Ia adalah papa Karl, Tan Sri Imran Amar. Seorang lagi... Fakhrul tak mengenalinya.

Setelah itu dia mencapai sepucuk surat yang kelihatan sudah tua usianya. Dia membaca isi kandungan surat itu penuh tekun. Surat yang ditulis oleh datuknya.

Ke hadapan anakku Ridhwan,
Maafkan papa kerana marahkan kamu. Papa tak berniat untuk sakitkan hati kamu dan istri kamu. Baliklah ke rumah papa semula. Papa rindukan cucu papa. Dia satu-satunya cucu perempuan yang papa miliki. Dan, kamu adalah anak sulung papa yang papa jaga penuh dengan kasih sayang. Papa minta maaf sebab papa tanpa sengaja menghina istri kamu. Papa minta maaf.Pulanglah ke rumah semula.

Fakhrul sudah berkerut dahi. Tiba-tiba kejadian sewaktu di kantin tadi menyergah fikirannya.

"Aira Firzan binti Ridhwan Amri."sebutnya lancar.

Dia sudah berfikir jauh. Kalau benarlah tebakannya. Aira mungkin ada kaitan dalam keluarganya.

Setelah itu, Fakhrul mencapai surat wasiat yang berada di dalam fail. Fail itu sebenarnya sulit. Namun,secara tak sengaja dia menjumpai fail itu di laci meja arwah datuknya.

Isi kandungan surat itu dibacanya sekali lagi. Lalu, bibirnya menguntum senyum penuh misteri.

'Tan Sri Hashim Mukim bin Tan Sri Izhar Shafzan mewasiatkan 1/2 daripada hartanya kepada Ridhwan Amri bin Tan Sri Hashim Mukim manakala 2/4 daripada hartanya akan dibahagikan sama banyak kepada isteri dan kedua anaknya, Tan Sri Afran Amar dan Tan Sri Imran Amar.'

............




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro