Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 6

Suasana dalam restoran sibuk seperti selalu. Namun hari ini, kemeriahannya dengan pengunjung yang datang dan pergi jelas terasa. Mungkin disebabkan hari ini hujung minggu jadi ramai pengunjung yang bercuti meluangkan masa buat diri sendiri.

"Aira!!"laung Encik Khalid dari dapur.

Terburu-buru aku merapati dapur. Encik Khalid kalau berteriak kalah suara arwah ibu. Kuatnya bukan kepalang. Kalah suara perempuan terpekik melolong cuma nadanya lebih garau.

"Ya, bos."sahutku setibanya di hadapan Encik Khalid.

Lelaki itu terus menyerahkan sedulang berisi segelas chocolate Machorces Lime. Aku tak semena-mena menyambut dulang itu. Aku fokuskan kembali perhatianku padanya.

"Bawakan minuman ini baik-baik.  Ini untuk pelanggan kita yang agak cerewet sikit."arahnya.

"Baiklah, bos."patuhku.

Lalu aku bawakan dulang itu ke ruang makan. Suasana sedikit sesak dengan pelanggan. Ada yang berdiri untuk beratur di kaunter dan ada juga kanak-kanak yang berlari sakan. Ruang juga sedikit terhad jadi aku terpaksa menyelit untuk lepaskan diri.

Sedang aku asyik menyelit, tak semena-mena salah seorang budak melintas di hadapanku membuatkan aku hilang imbangan. Gelas yang berada di atas dulang aku cuba imbangkan sehinggalah akhirnya aku jatuh tejelepuk di atas lantai manakala gelas itu membasahi salah seorang pelanggan yang ada.

"Sh*t!! Kau ni pekerja ke penjahanam sebenarnya hah?!"kasar pelanggan itu memarahiku.

Dari nada suaranya, aku tahu dia seorang lelaki. Aku tak berani untuk bangun. Pandangan aku tundukkan ke bawah. Aku rasakan perhatian semua orang kini beralih padaku. Dengar juga desas-desus bisikan yang menyapa halwa telingaku namun aku cuba untuk sabarkan hati. Salah sendiri, tak ada benda untuk dibela.

"Lain kali, kalau nak kerja buat cara orang bekerja!!"bentak lelaki itu dengan suara lantang.

Aku hanya mampu menadah telinga bila diherdik sebegitu rupa. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja tangan aku ni mahu melempang si gerangan pemilik suara. Bercakap seperti orang lain tak ada hati dan perasaan sepertinya.

"Ma-maaf encik.."aku dengar pula suara Encik Khalid mencelah.

Aku mengalihkan pandangan ku pada Encik Khalid di belakangku yang sudah terkebil-kebil memohon maaf. Aku jadi serba salah. Linda pula yang berdiri di sebelah Encik Khalid menghulurkan tangan menolong aku untuk berdiri. Aku sahut hulurannya. Berdiri sahaja, aku terus tundukkan pandangan ke lantai.Tak berani untuk bertatapan mata dengan pelanggan yang sedang marah itu.

"Kau cari pekerja yang okey sikit,boleh tak? Jangan cari pekerja jenis lepas tangan. Dah buat salah, tak tahu nak minta maaf!"herdiknya lagi. Kali ini Encik Khalid pula jadi sasarannya.

"Sa-saya minta maaf. Sa-saya tak sengaja."ucapku perlahan. Mataku masih menunduk ke bawah.

"Kau minta maaf ni ikhlas ke tak? Minta maaf tu pandanglah muka."perli lelaki itu yang sudah berpeluk tubuh.

Perlahan-lahan aku angkat wajahku memandang pelanggan itu. Baru sahaja ucapan maaf mahu meniti keluar dari bibir. Aku terus jadi kelu. Pelanggan tersebut juga turut sama terkejut bila pandang aku. Namun, wajah lelaki itu tak semena-mena berkerut marah.

"Kau ni memang tak habis-habis bawa sial dalam hidup aku kan?!"kini nada suaranya meninggi.

"Sa-saya minta maaf, abang Ka-Karl."ucapku tergagap.

"Aku dah cakapkan. No chance for twice. Sekali kau buat silap dengan aku, tak ada kata maaf yang perlu kau katakan kat aku. Now, tak ada siapa nak bela kau..."ujar Karl.

Aku tergamam bila mendengarkan kata-katanya. Apa sebenarnya yang cuba dia maksudkan.

Karl mengalihkan pandangannya pada Encik Khalid. Wajahnya masih masam mencuka. Marah mungkin.

"Kau pilih sama ada aku saman restoran ini atau kau buang dia dari kerja ni." tutur Karl pada Encik Khalid.

Tergamam Encik Khalid apabila diduga soalan seperti itu. Mata Encik Khalid tak semena-mena beralih padaku. Aku juga turut sama memandangnya. Terkejut juga bila Karl sanggup membuat perkara sedrastik itu. Kejam! Tak ada hati perut!

"Sa-saya minta maaf encik Karl. Kami janji kami takkan ulangi perkara ini. Kami janji perkara ini takkan terjadi lagi jadi tolong maafkan dia, encik Karl."Encik Khalid cuba membuat rayuan.

Terdengar dengua sinis dari lelaki itu. "No,no,no.. aku bagi kau dua pilihan kan tadi? Pilih. Buang dia atau saman?"

"Encik..."air mataku sudah mengalir deras.

Aku sedih kerana restoran ini sajalah satu-satunya tempat aku mencari rezeki. Kalau encik Khalid buang aku, kat mana lagi tempat untuk aku bekerja? Tak ramai yang mahu menolong aku.

Segarang-garang encik Khalid, dia merupakan seorang bos yang baik. Dia ada juga tolong aku bila waktu aku susah. Kat sini pun, aku ada juga kawan rapat terutamanya si Linda dan Danny. Tanpa diorang, kat mana lagi tempat untuk aku mengadu. Ibu pun tak ada, ayah pun tak ada..

Encik Khalid mengeluh berat. Dirasakan seperti keputusan yang dibuatnya sedikit membebankan. Sepasang mata encik Khalid memandangku. Aku tak semena-mena berasa resah. Entah kenapa, aku dapat baca pengakhirannya.

"Esok awak dah boleh letak surat berhenti kerja."ujar Encik Khalid.

Langkah kaki encik Khalid terus diatur ke office. Kini hanya tinggal aku, Karl dan pelanggan yang lain. Terkesima dengan jawapan encik Khalid. Sebak bila disingkirkan. Mataku tak semena-mena menatap Karl yang sudah berpeluk tubuh menghampiriku.

"No chance for twice."sinisnya dia berbisik.

Lelaki itu tak semena-mena pergi meninggalkan restoran. Aku sudah mengacip gigi menahan geram. Lelaki tiada hati perut seperti Karl memang tak patut dimaafkan
...
"Isy, aku bengang ajelah dengan Encik Karl itu? Maafkan ajelah, itupun tak boleh. Ego melangit sangat!"bebel Linda yang tak puas hati.

Aku sekadar menganggukkan kepala sambil air milo aku hirupkan perlahan. Selepas berhenti kerja ni, tahap stressnya dah melepasi level stabil. Cara terbaik nak redakan balik stress ni adalah dengan lepak kedai mamak. Jadi, aku ajak si Linda dan Danny join sekaki. Ada member, baru meriah sikit.

"Dia tulah customer kita yang paling cerewet sekali."tambah Danny cuba memerisakan perlian sedikit.

Aku anggukkan kepala. Ini yang best ni ada kawan sehidup semati. Aku yang kena, diorang pula yang bantai mengata Karl itu. Haha!! Tabik... !!

"Aku kenal dia dah empat tahun sejak sekolah menengah lagi. Aku tahulah perangai dia itu macam mana. Dah biasa.."ujarku dengan selamba. Gayaku seperti tak terkesan dengan tindakan Karl petang tadi.

Linda dan Danny berkerut dahi bila aku kata begitu. Aku yang perasan akan perubahan riak wajahnya sekadar mengangguk perlahan mengiakan apa yang aku katakan tadi.

"Jadi, kau pernah satu sekolah dengan Karl? Sekolah orang kaya itu?"soal Danny hairan.

Tiba-tiba Linda sudah menampar meja. Orang di sekeliling terus memandang ke arah kami bertiga. Tak semena-mena Linda minta maaf gaya puteri gunung ledang minta ampun pada raja.

"Kalau kau cucu Tan Sri Mukim, bermakna kau juga sepupu kepada si Karl lah kan?"celah Linda sudah tersenyum-senyum memandang aku.

Kali ini aku tergamam. Tak terfikir dek akal. Ingatkan indah bila jadi cucu Tan Sri Mukim. Ya lah, sekurang-kurangnya aku bersepupukan abang Fakhrul tapi terlupa pula mangkuk lagi sorang. Hmm.. abang Karl itu. Terus punah mimpi aku kali ini. Bersepupu dengan Karl? Itu nasib malang namanya?

"Cucu? sepupu Karl? Apa benda semua ini?"Danny yang tak memahami situasi sudah bertanyakan soalan bertubi-tubi.

Terus aku dan Linda memandang ke arahnya serentak sebelum Linda hulurkan senyum pada Danny. Aku masih dengan wajah blur.

"Kau tak cerita pada Danny ke, Aira?"soal Linda memandang padaku.

Aku sekadar menggelengkan kepala lalu aku larikan pandanganku ke tempat lain. Sengaja mengelak dari memandang wajah Danny yang makin berkerut.

"Cerita apa? Kenapa aku tak tahu? Aku kawan korang kan?"makin meleret pula lelaki itu bertanya.

Kedengaran suara Linda mengeluh. Penat agaknya menadah telinga mendengar bebelan si Danny yang mengalahkan mak nenek ini.

"Kau tahu tak yang Aira ni masih ada keluarga lagi? Dia rupanya adalah cucu Tan Sri Mukim. Kau kenal kan Tan Sri yang mana satu? Tan Sri Mukim yang tercalon dalam senarai Top 10 orang terkaya di Malaysia itu? Karl itu pun cucu Tan Sri Mukim.. jadi, Aira dan Karl ini sepupu." Linda buat penerangan secara pendek.

"Kau.. cucu Tan Sri Mukim?"kini wajah Danny sudah berubah terkejut. Matanya yang buntang memandang aku.

"Tak pastilah tapi macam ya.."

Tiba-tiba Danny tersenyum memandang aku. Dia menopang dagu ke arahku. Aku sudah angkat kening. Sewel ke apa mamat ni? Macam manalah aku boleh kenal dia ni?

"Orang kaya rupanya... Patutlah cantik."puji Danny.

Aku tersengih mendengar pujiannya itu. Gatal pula kulit telinga aku dibuatnya. Tak habis-habis. Aku jeling Linda cuba untuk lihat reaksi Linda. Seperti apa yang aku tebak, Linda sudah cemberut.

"Mulalah itu buat ayat pickup line dia itu."bebel Linda tiba-tiba.

Danny menjeling ke arah Linda. "Kau sibuk kenapa? Aira tak kisah, apsal kau pula yang membebel?"

"Dia cemburu tapi taknak mengaku."celahku cuba bocorkan perasaan yang tersembunyi dalam hati Linda.

Linda terus buat muka menyampah. Siap buat geli-gelaman satu badan. Danny juga turut beri reaksi yang sama. Aku yang melihat gelagat mereka berdua tertawa besar. Secocok betul merpati dua sejoli ini.

"Eh, tolong sikit okey. Setakat si Danny ni, kat tepi jalan pun orang boleh kutip. Taste aku tinggi tau. Tak hadap lah dia ni."tebik Linda cuba melindung perasaan sendiri.

Aku sekadar tersenyum memdengarnya. Alahai, menyampahnya dengar minah ni back up perasaan sendiri. Nak sepak aje rasa.

"Kau fikir aku nak kau ke? Kalau Aira ni boleh tahanlah juga."bebel Danny cuba membela diri.

Linda sudah menutup telinga berpura-pura tak dengar. Gayanya persis budak-budak. Kalau tengok dari sudut lain, jelas kemanisannya itu. Kemanisan benci-benci cinta.

"Kat mana kita tadi?"Linda cuba ubah topik. Malas mungkin mahu bertikam lidah dengan Danny.

"Ha.. part encik Karl kan?"Linda menjawab soalannya semula.

Baru sahaja aku mahu membuka mulut, tiba-tiba telefon pintar Danny berbunyi. Segera Danny menjawab dan meminta diri untuk pergi. Katanya, panggilan daripada adiknya yang menetap di Jengka, Pahang. Kini, hanya tinggal aku dan Linda sahaja.

Bila Danny pergi, terus aku ketawakan Linda sepuas hati sementara Linda tak henti-henti menumbuk lenganku. Aku cuba menepis namun masih tak bersisa lagi tawaku tadi. Jadi, aku terus gelakkan reaksi spontan yang Linda berikan tadi.

"Kau ni kenapa? Kalau nak ajak boxing, aku boleh tempah sekarang. Biar aku tumbuk kau sepuas hati kat situ."bentak Linda masih tak redha dengan marahnya. Aku tahu dia bergurau.

Lagipun, boxing mahal. Dia pun sekarang ini tengah berjimat nak simpan duit beli kereta kancil. Jadi, aku terus habiskan sisa tawaku tadi.

"Kenapa nak perlu sembunyikan? Cakap perasaan yang sebenar boleh tak?"

"Gila ke? Kau tak nampak ke cara dia tadi macam mana? Tolak direct tau tak?"ujar Linda sudah buat muka cuak.

Aku sekadar menarik senyum kecil. "Dah, kau yang menggeli dulu. Dia tu pun ikutlah sekali. Dia ingat kau gurau aje."

Linda mengetap bibir lalu mengeluh perlahan. Aku yang baru tadi berniat mahu gelakkan dia terus matikan tindakan itu. Kasihan pula melihat Linda kali ini. Sakit juga bila menanggung perasaan cinta pada orang lelaki ini. Lagi perit, bila orang itu langsung tak tahu tentang perasaan kita pada dia.

"Jadi, macam mana?"soal Linda tiba-tiba. Caranya seperti mahu mengubah topik lain.

Aku berkerut dahi. "Macam mana apa?"

"Karl sepupu kau tapi kenapa dia macam tak tahu? Lagipun, kau sebenarnya lagi kaya daripada dia tapi dia macam tak takut aje dengan kau."ujar Linda serius.

Aku hanya mampu angkat bahu. Tak tahulah nak bagi respons apa. Aku pun hairan. Kenapa reaksi Karl itu macam tak tahu apa-apa sedangkan Fakhrul tahu segalanya.

"Kau jadi tak tinggal rumah Tan Sri?"soal Linda. Makin mendalam pula soalan yang meniti keluar dri mulutnya.

"Aku tak fikir lagi."

"Bagi aku, sekaranglah masanya untuk kau ambil semula apa yang kau hilang. Kau dah hilang kerja sebab encik Karl itu. Kalau betul dia tak tahu apa-apa, kau bagi suprise sikit kat dia dan tunjukkan yang kau ni siapa sebenarnya. Tinggal kat rumah itu dan waktu itulah kau balaslah  dendam pada abang Karl itu secukup-cukupnya."cadang Linda dengan penuh beremosi.

Aku yang mendengarnya sedikit sebanyak terhasut juga. Semangat dendam aku perlahan-lahan membara. Aku sudah menggenggam penumbuk. Semua kenangan buruk yang aku lalui di sekolah dan juga hari ini bermain dalam kepalaku. Wajah Karl buatkan aku terhasut 100% pada kata-kata Linda.

"Maksud kau, aku balas dendam pada dia?"

Linda anggukkan kepala. "Inilah masanya, Aira. Buat apa kau perlu takut pada dia? Sekarang ini, kau dan dia di tahap yang sama."bisikan Linda jadi makin hebat.

Tanpa ragu-ragu, aku tersengih penuh makna. Serupa dengan watak jahat dalam komik. Aku menyapu-nyapu kedua belah telapak tanganku. Idea sudah mari.
....

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro