Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 56

"Aira.." bahuku tak semena-mena disentuh dari belakang.

Terus aku memusingkan kepala ke belakang dan aku lihat Dayana memberikan senyuman kepadaku. Aku terus teruja bangun mendapatkannya lalu memeluknya erat. Ya Allah, lama betul aku tak jumpa Dayana. Hmm, rindunya aku dekat dia.

"Silakan duduk."jemputku. Aku duduk berhadapannya di kafe hospital.

Setelah lama tak berjumpa Dayana, aku lihat wajahnya makin cantik bersih. Dia juga kelihatan sedikit berisi sama seperti ku. Hahah, dia mengandung sebab itulah bam-bam. Tapi rasanya, aku lagi bam-bam daripada dia.

"Lama tak dengar khabar, Dayana. Sihat? Kandungan macam mana?"soalku bertubi-tubi.

Dayana senyum saja. "Alhamdullilah, baby dalam perut sihat. Semuanya okey. Doktor kata baby dalam perut ni lasak sikit."beritahunya cuba menghiburkan suasana.

Aku tertawa kecil mendengar kata-kata Dayana. Namun setelah itu, aku beleknya dengan wajah penuh bangga.

Setelah berita penceraian Dayana dengan Fakhrul sampai ke telingaku, aku jadi serba salah. Aku tak sangka Dayana sanggup tolong aku dan berkorban demi aku. Sekarang, dia adalah bakal ibu tunggal. Bagi aku, gadis sepertinya patut diidolakan. Dia tabah dan dia kental.

Mungkin perangainya yang gedik dan mengada-ngada itu buat aku rasa menyampah. Terimbau pula kenangan sewaktu di sekolah dulu. Huh, suka sangat berkepit dengan Fakhrul lepas itu berlagak diva. Mentang-mentanglah dia cantik, mulalah perangai supernovanya yang mengada-ngada itu tapi sekarang Dayana yang ada di depan aku bukan lagi Dayana yang dulu. Dia seorang Dayana yang sudah resmi menjadi kawan baikku yang paling aku sayang.

Tangan Dayana yang berada di atas meja aku capai lalu aku genggam erat. Dayana tergamam namun setelah itu dia melirik senyum nipis. Aku pandang wajahnya dengan muka penuh terharu.

"Terima kasih, Dayana."ucapku dengan rasa bercampur-baur.

Dayana mengekalkan senyuman nya. "Tak perlu nak ucapkan terima kasih. Saya kan kawan Aira jadi saya akan tolong Aira selagi saya mampu."ujarnya dengan nada teruja.

Aku tahu dia paksakan diri untuk terimanya. Tapi, siapalah aku untuk bercakap.

"Sebagai seorang kawan, pengorbanan itu lebih dihargai daripada pemberian. Selama saya berkawan, belum pernah saya ada kawan rapat yang saya boleh share masalah saya. Saya boleh bergembira. Awaklah satu-satunya kawan saya itu."ujar Dayana lalu menghirup milo ais yang dipesannya.

"Tapi, Dayana. Saya..."belum sempat aku menghabiskan ayat. Dayana menepuk-nepuk lengan tanganku.

"Sebelum saya buat semua ni, saya minta izin daripada Fakhrul. Dia kata saya sepatutnya buat apa yang saya rasa saya patut buat. Jadi, saya ikut cakap dia dan saya terima semuanya."ujar Dayana dengan senada.

Aku tergamam. "Tapi, awakkan sayang Fakhrul."

"Kadang, cinta itu perlu dipertahankan tapi kawan itu segala-galanya. Fakhrul memang seorang suami yang baik. Dia layan saya sangat baik dan tak pernah marahkan saya tapi saya perlu lepaskan semuanya. Saya tak mahu bersekongkol dan bersubahat dengan Puan Sri Yati. Itu bukan cara saya."tegas Dayana membicarakan pendirian nya.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Apa yang dikatakan Dayana ada betulnya juga. Kadang cinta bukannya tiket untuk kita melakukan jenayah. Dayana memang memberi pedoman untukku. Dia tegas dan pada pandanganku dia seorang yang hebat.

"Erm, boleh kita melawat Karl sekarang? Dah lama juga saya tak melawat dia." sengaja Dayana berdalih.

Aku anggukkan kepala. "Jom, saya bawa Dayana ke biliknya." jemputku.

Kami bergegas ke luar dari kafe lalu mengatur langkah ke blok tempat Karl ditempatkan. Setibanya aku di hadapan bilik. Aku tolak dedaun pintu dan ketika itu jugalah telingaku menangkap suara mengerang kesakitan.

Aku dan Dayana sama-sama memandang ke arah Karl yang sudah meronta-ronta di atas katil. Tangannya bergerak-gerak ke sana sini manakala matanya masih tertutup rapat. Aku segera mendapatkan Karl manakala Dayana begegas ke bilik Doktor.

Tangannya aku pegang erat. Aku berharap agar Karl dapat bertenang namun dia masih meronta. Dia mengerang dalam kesakitan dan menjerit-jerit. Aku menangis melihat keadaannya begitu.

"Karl." aku cuba memanggil namanya namun dia langsung tak menyahut.

Dia masih meronta-ronta. Mata nya dipejam rapat. Wajahnya berkerut.

Pada ketika itu, pasukan medik tiba ke bilik kami. Beberapa orang nurse membawa aku keluar dari bilik. Aku cuba untuk meronta agar dilepaskan. Aku nak duduk sebelah Karl.. Aku nak ada di sisi dia.

"Biarkan saya dengan suami saya!"rayuku masih berdegil. Aku menghamburkan air mataku.

"Puan, saya mohon puan beri kerjasama. Pasukan kami akan cuba untuk merawat suami puan."ujar nurse berbangsa cina itu cuba untuk menenangkan aku.

Dayana memeluk bahuku lalu belakangku diusapnya perlahan. "Kita keluar dulu, Aira."pujuknya dengan nada lembut.

Aku memandang Dayana dengan linangan air mata. "Tapi, Karl?"

Dayana mengangguk faham. "Kita keluar dulu."pujuk Dayana lagi.

Aku akhirnya mengalah. Sempat aku memandang Karl yang masih menjerit dan meronta. Air mata mengalir deras setiap kali mendengar rintihan Karl.

Akhirnya aku dan Dayana duduk di kerusi menunggu. Aku masih menangis sama seperti tadi, Dayana pula memujukku dengan mengurut bahuku perlahan.

Setelah beberapa minit menunggu, seorang doktor lelaki keluar dari bilik rawatan. Dia membuka kaca matanya lalu menggosok matanya.

Aku dan Dayana sama-sama mendekati Doktor yang berusia sekitar 40-an itu. Dia memandang aku dan Dayana silih berganti. Sebingkis senyuman nipis dia berikan.

"Puan, isteri kepada encik Karl?" soalnya memandangku.

Sekilas itu aku mengangguk. Dia menganggukkan kepala.

"Buat masa sekarang ni, Encik Karl dalam keadaan baik. Berita baiknya, dia dah sedar daripada komanya dan keadaannya juga sudah semakin stabil cuma.."baru sahaja aku mahu bersyukur dalam hati, cuma doktor itu buatkan aku jadi resah tiba-tiba.

"Kenapa doktor?"celah Dayana ingin tahu. Aku turut sama memasang telinga.

Dia mengeluh perlahan. "Cuma, Encik Karl lumpuh pada bahagian kakinya. Saya tak pasti kelumpuhan itu sementara atau kekal tapi yang pasti kalau encik Karl rajin buat terapi, saya mungkin boleh pastikan 80% Encik Karl akan sembuh tapi tak sepenuhnya."ujarnya.

Aku mengetap bibir. Tak semena-mena aku tundukkan kepala. Aku jadi serba salah. Air mataku yang kering kembali basah.

"Terima kasih, doktor."ucap Dayana.

Setelah doktor dan para pegawai medik keluar dari bilik Karl, aku memasuki biliknya. Dayana menurutiku dari belakang. Dia memimpin tanganku sampailah aku duduk di birai katil.

Tangan Karl aku pegang erat. Wajahnya aku pandang dengan perasaan terharu.

"Maafkan saya, Karl. Kalau tak disebabkan saya, awak takkan lumpuh macam ni. Saya minta maaf. Saya betul-betul bersalah." ujarku berkali-kali.

Dayana mengeluh. Dia memegang bahuku erat. "Jangan cakap macam itu. Kita jadikan semua ni sebagai ikhtibar. Ada sebab semua benda ni terjadi."balas Dayana cuba mematahkan kata-kataku.

"Tapi, saya tak suka kalau benda jadi macam ni. Saya taknak dia selamatkan saya dan.. huh, berkorban untuk saya."lemah nada suaraku.

Dayana mengangguk faham. " Walau apapun, yang pasti sekarang... Karl dah sedar kan?" Dayana cuba cari topik lain.

Bibirku menguntum senyum. Air mataku aku kesat perlahan. "Syukurlah".
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro