Bab 55
"Aira patut tengok surat khabar pagi ni."
Haril menyerahkan akhbar metro kepadaku. Tak semena-mena aku menyambut akhbar itu lalu aku membeleknya. Tajuk utama pun sudah buat fikiranku jadi haru. Aku tak sangka ada duri dalam keluarga Tan Sri Mukim.
'Puan Sri Yati didapati bersalah atas cubaan membunuh Aira Firzan, anak saudaranya sendiri.'
Tak sangka kerana harta, nyawa menjadi galang gantinya. Kenapa perlu korbankan aku semata-mata mahukan harta itu. Kalau mereka perlukan pertolongan, aku sudi untuk hulurkannya pada mereka. Mintalah, aku berikan sebab harta itu bukan harta aku atau ayah tetapi harta Tan Sri Mukim yang diberi untuk dikongsi bersama.
Terimbau pula surat yang aku jumpa di bilik stor rumah Tan Sri Mukim. Kandungannya sangat menyentuh hati.
'Ke hadapan anakanda ku, Ridhwan.
Papa minta maaf pada kamu dan keluargamu. Papa yang salah. Papa tak sepatutnya menuduh Qaisara melulu. Orang seperti dia tak layak dituduh sebagai seorang pencuri.
Maafkan papa, Ridhwan. Papa harap kamu ingin kembali semula ke rumah papa ni. Bawa Qaisara dan anak kamu sekali ke mari. Kita mulakan hidup baru bersama. Papa juga mahu melihat wajah cucu bongsu papa itu.'-Tan Sri Mukim.
Terdapat sekeping lagi surat dan di atasnya tercatat nama penulisnya. Surat daripada papa! Terus aku membuka sampulnya lalu ku buka.
'Kepada papa yang dikasihi,
Ridhwan dan Qaisara dah lama maafkan papa. Kami langsung tak menyimpan marah inikan lagi dendam pada papa. Alhamdullilah, cucu papa ni sihat. Qaisara besarkannya dengan baik sekali. Namanya saya beri Aira Firzan. Nama seorang perempuan yang kuat pada pandangan saya.
Tentang permintaan papa untuk kami pulang ke rumah itu masih saya pertimbangkan. Saya tak mahu Aira hidup dalam kemewahan. Saya nak dia belajar erti kepayahan hidup. Saya tak mahu dia terajar hidup mewah. Saya harap papa faham. Ini juga atas permintaan Qaisara sendiri dan saya setuju akan permintaannya itu.'
Berlinangan air mataku tatkala membaca isi surat itu. Lalu, aku peluk surat itu erat. Andai aku berpeluang untuk memeluk ayah, aku mahu peluknya erat-erat. Kenapa ayah perlu pergi secepat itu dari hidupku? Hmmm....
"Saya tak sangka ibu saudara awak sanggup bunuh awak. Sepatutnya, dia belai awak dengan kasih sayang tapi.. huh, memang dunia ni dah makin sampai ke penghujung agaknya. Itulah sebab nyawa manusia dah tak ada harganya."bebel Haril geram.
Aku mendiamkan diri saja. Aku masih fikirkan apa yang terjadi pada ku setakat ini.
"Aira."seru seseorang memecahkan lamunanku.
Aku dan Haril mengerling ke arah Airin yang menghampiri kami berdua di meja makan. Haril melirik senyum menggoda tatkala Airin menghampiri. Airin sudah buat muka jengkel. Aisyy... kenapa ada dia ni?
"Hai, sayang..."selamba batak panggil orang sayang. Airin sudah mendengus.
"Siapa sayang you?"pangkas Airin dengan muka menyampah. Dia terus mengambil tempat disebelahku.
Aku yang melihat karenah mereka sekadar menggelengkan kepala. Airin ni memang tak suka Haril. Entah macam mana diorang boleh kenal pun tak tahulah tapi memang Airin tak suka perangai Haril itu. Playboy.
"You lah."spontan Haril membalas. Dia sudah menopang dagu memandang Airin di hadapannya.
Airin mencebik. "Pleaselah.."
Terus Airin tak hiraukan Haril. Dia memandangku. Tangannya laju merampas akhbar di tanganku lalu dia menunjuk-nunjuk ke muka Puan Sri Yati di muka akhbar.
"Aira, kau tahu siapa yang laporkan semua ni?"soal Airin sengaja memancing minatku.
Aku sudah berkerut dahi. "Siapa?".
"Puan Dayana, isteri Fakhrul." balasnya.
Aku dan Haril sama-sama terdiam. Aku lagilah terkejut gamaknya. Dayana? Kenapa dia buat semua ni? Bukan, sepatutnya dia bela Puan Sri Yati ke sebab itu adalah ibu mertuanya? Aku sudah bingung. Tapi, pada masa yang sama aku turut berterima kasih pada Dayana. Kerana dia, semuanya dah terbongkar.
...
Sudah lima hari berlalu sejak Puan Sri Yati didakwa atas kes pembunuhan. Semenjak hari itu, Fakhrul terus menerus berkurung dalam biliknya. Tak makan dan tak minum. Dia sudah lagi tak terurus. Dayana sedih.
Namun yang lebih menyedihkan lagi, Fakhrul langsung tak mahu melihatnya, bercakap dengannya apatah lagi berbicara mengenai dirinya. Merasakan itu, Dayana jadi sakit dan terluka. Namun, dia sudah sediakan diri untuk semua ini. Fikir Dayana, dia pasti kuat untuk menghadapi semua ini namun nampak gayanya dugaan itu benar-benar menyeksanya.
"Auntie Tania...!"seru Dayana.
Puan Sri Tania yang ketika itu mahu menaiki tangga untuk ke bilik Fakhrul terus terhenti. Dia menoleh ke arah Dayana yang menghampirinya. Tak semena-mena segaris senyuman terlukis di birai bibirnya.
"Kenapa Dayana?"soal Puan Sri Yati dengan nada lembut.
Dayana mengetap bibir. Dulang berisi makanan yang ditatang oleh Puan Sri Tania dipandangnya sekilas lalu dia memandang wajah wanita itu semula. Serba-serbi pula pada permintaannya yang satu ini.
"Boleh tak kalau Dayana nak bawakan makanan ni pada Fakhrul?"pintanya dengan wajah penuh mengharap.
"Tapikan.."
"Auntie jangan risau, saya yakin takkan ada benda yang jadi antara saya dengan Fakhrul."celah Dayana penuh yakin.
Pada mulanya Puan Sri Tania berkira-kira namun setelah melihat wajah Dayana itu buatkan dia jadi serba salah. Akhirnya, dia menyerahkan dulang tersebut pada Dayana. Teruja Dayana dibuatnya. Dia terus menyambut dulang tersebut dengan senang hati.
Setelah lima hari tak nampak muka Fakhrul, akhirnya hari ini dia akan bersemuka dengan lelaki itu. Dia harap dia dapat memujuk Fakhrul semula. Dia mahukan suaminya semula.
"Hati-hati, tau."nasihat Puan Sri Tania risau.
Dayana mengukir senyum nampak gigi. "Auntie jangan risau. Saya naik ke bilik dulu."ujar Dayana lalu mengatur langkah menaiki tangga.
Setibanya di hadapan bilik, Dayana mengetuk pintu dua kali. Tiada orang yang menyahut dari dalam. Perlahan-lahan dia menolak dedaun pintu dan terlihat sesosok tubuh yang duduk memeluk lutut di atas katil sambil merenung beranda yang terbuka luas.
Entah kenapa, Dayana rasa berdebar semacam saat-saat ini. Gelagat Fakhrul itu buatkannya jadi hiba. Dengan langkah kemas, Dayana menuju ke katil lalu meletakkan dulang di atas laci meja. Setelah itu dia berdiri menghadap Fakhrul yang membelakanginya.
Lelaki itu masih diam dan memandang luar. Langsung tak bersuara. Dayana pula diam saja dan membelek Fakhrul dari belakang. Tubir matanya bertakung air mata. Rindunya dia mahu berjumpa Fakhrul. Namun, dia tak mampu untuk bersuara. Jadi, Dayana diamkan diri.
Tiba-tiba terdengar batuk yang sangat kuat dari Fakhrul buatkan Dayana bersuara menyeru nama Fakhrul.
"Abang.."seru Dayana dengan nada risau.
Fakhrul menoleh ke arah Dayana. Namun sekilas itu, dia memandang ke luar semula. Wajahnya sudah berkerut.
"Kau buat apa datang sini? Aku dah inform pada auntie Tania, aku taknak jumpa kau. Maksudnya, aku taknak nampak muka kau depan aku."jerkah Fakhrul kasar. Langsung 'berkau aku.' Tak ada lagi perkataan sayang dan cinta.
Walaupun rasa pahit untuk ditelan, namun Dayana telan juga. Dia sedikit terguris hati namun, dia cuba untuk kuatkan diri.
"Dayana saja nak jumpa abang. Dayana nak.."belum sempat Dayana menghabiskan ayatnya. Fakhrul memangkasnya.
"Aku ingat kehadiran Aira adalah kesialan dalam keluarga ni tapi nampaknya ambil kau sebagai isteri aku adalah paling memalangkan aku dan keluarga aku! Kenapa lah tak dari awal, aku batalkan perkahwinan itu? Mama beria-ia nak aku kahwin dengan kau sebab dia sayangkan kau tapi ini yang kau balas pada dia? Dengan hantar dia masuk ke dalam penjara?"lantang Fakhrul meluahkan isi hatinya. Langsung tak berhati perut, kasar sahaja ayat digunakannya.
Dayana termangu. Tak semena-mena dia tunduk memandang lantai. Air matanya bercucuran. Namun, dia tak mahu membalas. Hanya telinganya saja dia lebarkan untuk menerima segala caci maki yang Fakhrul hamburkan padanya. Dia tahu Fakhrul sudah bencikannya.
"Aku tak sangka orang yang paling aku cinta dulu, adalah orang yang paling aku benci sekarang. Legalah sekarang, kau dah kenakan keluarga aku? Puas dah tengok keluarga aku porak peranda macam ni? Kau ni manusia ke tidak sebenarnya? Langsung tak ada hati perut." tambah Fakhrul lagi dalam nada kesal.
Dayana makin menjadi-jadi sedihnya. Terdengar sendu-sendan dari mulutnya. Fakhrul langsung tak menghiraukan tangisan Dayana. Hatinya juga sudah keras.
"Abang, maafkan Dayana. Dayana tahu apa yang Dayana buat ni tak dapat diterima abang tapi.." ujar Dayana dalam nada teresak-esak.
Fakhrul mencemuh. "Huh, alasan! Aku malas dah nak dengar alasan. Apa yang aku nak, aku cuma taknak tengok muka kau kat sini." keluhnya marah.
"Abang.."seru Dayana. Berharap dia masih dapat melembutkan hati suaminya itu.
"Dayana, aku ceraikan kau talak satu dan kau boleh keluar dari rumah ni sekarang. Aku taknak tengok muka kau kat sini. Kau boleh angkut semua barang kau dan berambus dari rumah ni hari ni juga!"tegas Fakhrul melepaskan talak.
Terpana Dayana dibuatnya. Terus dia meapatu Fakhrul lalu duduk berlutut di hadapan Fakhrul. Kaki Fakhrul dipeluknya sambil air matanya bercucuran deras meminta-minta.
"Abang, jangan buat saya macam ni, bang! Abang, saya mengandungkan anak abang! Abang tak kesian ke?! Abang!"berkali-kali dia merayu dilimpahi air mata.
Namun wajah Fakhrul langsung tak memainkan apa-apa reaksi. Dia terus menolak tubuh Dayana kasar membuatkan Dayana jatuh terjelepuk ke lantai. Setelah itu, Fakhrul meninggalkan bilik.
Tinggallah Dayana sendirian. Dayana menangis semahunya. Perutnya yang sedikit senak dipegangnya. Fakhrul....
....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro