Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 51

"Macam mana so far?"soal Puan Sri Yati ingin tahu.

Panggilan yang dinanti-nantinya akhirnya dijawab. Resah gelisah saja dia sejak tadi mengenangkan nasib seseorang. Dia perlu tahu berita fadal Aira. Tak lama lagi, Aira takkan ada kat dunia ini dan harta Tan Sri Ridhwan akan berpindah milik pada suaminya. Itu yang dia mahukan.

"Puan Sri, encik Karl jumpa dengan Aira petang tadi. Itu yang saya sangkut tu."dalih suara di hujung talian.

Puan Sri Yati sudah berkerut dahi. Apa masalahnya kalau Karl ada pun. Langgar aje dua-dua sekaligus. Senang sikit kerjanya lepas ni. Huh! Benda senang pun tak boleh setel.

"Kalau ada Karl pun, bukan masalah besar sangat pun kan? Aku bayar kau buat kerja bukan free tau."balas Puan Sri Yati dalam nada geram.

"Problemlah, Puan Sri."ujar suara lelaki tersebut sedikit resah.

"Dah, dah. Aku tak nak dengar alasan lagi. Walau apapun, aku nak esok kerja kau setel."tingkah Puan Sri Yati lalu mematikan talian.

Telefon pintar jenama iPhone dibaling ke atas katil. Sementelah itu, Puan Sri Yati terus menghempaskan punggungnya di atas sofa. Baru tadi, dia ingat nak buka berita. Dia nak sangat dengar tajuk berita 'Kes langgar lari melibatkan anak Tan Sri Ridhwan'. Namun hampa, nampaknya bukan malam ini.

"Woi, Qaisara!"sergah Puan Sri Yati merapati Puan Qaisara yang ketika itu sedang sibuk membersihkan ruang tamu.

Meluat betul dia tengok perangai Qaisara yang acah-acah baik itu. Kononnya, rajin sebab nak dapat pujian daripada Tan Sri Mukim. Huh, ingat aku tak tahu taktik kau budak kampung? Puan Sri Yati berpeluk tubuh.

"Kau dengar tak aku panggil kau ni?"ulang Puan Sri Yati apabila merasakan Puan Qaisara langsung tak melayan panggilan keramatnya itu.

Serta-merta Puan Qaisara mematikan tindakannya. Dia menoleh pada adik iparnya itu. Dia bukannya bodoh untuk bezakan benci dan sayang. Sudah terang lagi bersuluh, Puan Sri Yati tak menyukainya sejak dia menjejakkan kaki ke dalam rumah Tan Sri Mukim.

"Apa dia, Yati?"balas Puan Qaisara dengan mendatar.

Puan Sri Yati tersengih sinis. Dibeleknya apron yang dipakai Puan Qaisara. Hahaha.. memang layak pun kau sarungkan apron buruk tu kat tubuh kau. Memang kena dengan title pembantu rumah.

"Kau buatkan aku teh panas. Aku hauslah. Cepat sikit. Ni, kau tinggalkan semua ni dulu, buat air aku cepat."arah Puan Sri Yati dalam nada bongkak.

Puan Qaisara menarik nafas dalam-dalam. "Saya bukannya maid awak, Yati yang awak boleh suruh-suruh."

"Eh, memang kau layak pun jadi pembantu rumah. Budak kampung macam kau tak layak digelar menantu Tan Sri Mukim tau. Ingat tu!"jerkah Puan Sri Yati lantang.

"Apa yang bising-bising ini? Tak cukup lagi nak cari fasal semalam, hari ni nak sambung balik ke?"celah Tan Sri Ridhwan menuruni tangga. Lengan bajunya dikancing. Dia mengatur langkah mendapati isterinya.

Puan Sri Yati terdiam serta-merta. Baru saja tadi, dia ingat mahu hamburkan perlian dan hinaannya tapi semuanya mati bila Tan Sri Ridhwan di depan mata. Telan liur Puan Sri Yati dibuatnya.

"Cuba ulang semula apa yang Yati cakap pada Qaisara? Saya nak dengar semula dari A sampai Z." ujar Tan Sri Ridhwan bercekak pinggang. Selama ini dia memang sudah cukup sabar dengan perangai Puan Sri Yati yang mengada-ngada itu.

Inilah akibatnya bila manusia terlalu mengagungkan kuasa sampai terlupa ada lagi yang lebih berkuasa daripadanya. Bila dunia diletakkan pada level, orang yang tak berharta diperlekehkannya.

Puan Sri Yati mengunci mulut. Tak berani dia ulang ayat penghinaan yang telah dihamburkan pada Qaisara tadi. Dia diam saja.

Tan Sri Ridhwan menarik sengih. Bahu isterinya dipeluk erat.

"Jangan disebabkan Qaisara tak sama macam kita, kau layan dia teruk. Kau kena ingat Qaisara ini kakak ipar kau. Huh!! Tak faham aku macam mana orang macam kau ni boleh bersangkut paut dalam keluarga aku. Huh! Hati busuk."cela Tan Sri Ridhwan lalu menarik Puan Qaisara meninggalkan Puan Sri Yati memendam hati.

Apa yang dikatakan Tan Sri Ridhwan padanya benar-benar menyemat dendam.

Bila hati busuknya menguasai jiwa dan fikiran, apa yang dilakukannya dianggap halal. Jika membunuh adalah jalan yang terbaik, kenapa dia perlu katakan tidak.

Ya, apa yang berlaku pada keluarga Tan Sri Ridhwan semuanya atas hasil kerjanya. Kerana dia, keluarga Ridhwan dihalau keluar dari rumah. Kerana dialah, Tan sri Ridhwan mati dilanggar lagi. Nampaknya nasib dia memang baik. Dia anggap kerjanya diberkati Tuhan. Buktinya, selama dia buat kerja kotor ni, belum ada yang kantoi.

Nampaknya, kematian Tan Sri Ridhwan memang betul-betul bonus yang cukup lumayan untuknya. Selepas kematian Tan Sri Ridhwan, Qaisara hidup melarat. Huh, memang padanlah dengan status orang kampung kau tu. Memang layak sangat kau jual nasi lemak tepi jalan. Memang kena. Nampaknya, aku dah bantu kau kembali pada tempat kaulah, Qaisara.

Bila dia dapat tahu pembacaan wasiat. Dia pasang taktik kotor lagi. Kali ini, dengan membunuh Qaisara supaya harta Tan Sri Ridhwan tak jatuh pada orang kampung seperti Qaisara. Layak ke orang kampung itu menyentuh harta yang banyak tu? Huh, sepatutnya harta itu jatuh pada tangan suaminya tapi entah masalah mental apa Tan Sri Mukim itu, dia pergi serahkan harta yang banyak tu pada Tan Sri Ridhwan.

Dia fikir kematian Qaisara akan menjadi penamat yang indah tapi bila dia dapat tahu yang Aira mewarisi harta itu. Dia betul-betul bungkam! Namun, walau apapun. Dia takkan pernah putus asa. Selagi dia masih bernafas, dia akan cuba dapatkan harta itu. Walaupun dengan cara kotor. Dia sanggup.
...
Daun pintu bilik ditolak membuatkan Fakhrul yang ketika itu sedang membutang baju tidurnya terus mengalihkan matanya ke pintu. Bibirnya menguntum senyum tatkala melihat Dayana memasuki bilik. Wajah Dayana yang langsung tak berperasaan itu disedarinya.

"Kenapa monyok aje tu?"sampuk Fakhrul kembali memandang cermin.

Dayana melabuhkan punggung di sofa. Terdengar keluhan berat meniti di bibir merahnya. Dia langaung tak menyahut soalan Fakhrul. Fikirannya melayang memikirkan benda lain.

Fakhrul terus merapati isterinya itu. Bahu Dayana dipeluknya. Serentak itu, Dayana melentokkan kepala pada bahu suaminya. Senang bila buat begitu pada Fakhrul. Rasa dimanjakan.

"Nampak sangat ke sayang punya muka ni macam tak ada mood?"duga Dayana sambil menuding pada wajahnya.

Fakhrul menganggukkan kepala. Pipi Dayana dicubitnya. Dayana biarkan saja. Memang Fakhrul jenis yang suka bermain dengan pipinya yang tembam ini. Haih, lepas mengandung ni.. memang cepat betul pipinya jadi bambam!

"Tak comellah kalau sayang monyok aje. Tak indah malam abang nanti."sakat Fakhrul.

Dayana tersenyum. Nampaknya sakat Fakhrul itu berjaya mengusik hatinya.

Dayana mencuit dada sasa Fakhrul. Malulah diusik begitu. "Hmm.. abang..."panggil Dayana dengan suara manja. Lengan sasa Fakhrul dipeluknya.

"Ya, sayang?"sahut Fakhrul.

Bibir Dayana menguntum senyum nipis namun tak lama lepas itu, berubah hambar. "Sayang nak abang tahu yang I love you."ucap Dayana.

Fakhrul tersengih. Terus dia mengalihkan pandangannya pada Dayana. "Kenapa cakap macam itu? Takut tak cintakan abang lepas ni ke?"duga Fakhrul.

Seraya itu, Dayana menggelengkan kepala. Dia melepaskan pelukannya pada lengan Fakhrul. Dia perbetulkan posisi duduknya menghadap lelaki itu. Kini, mereka berdepan.

"I want you know that, I always love you even there something happen after this."ujar Dayana. Anak matanya bertembung dengan mata Fakhrul.

Kali ini, sengihan Fakhrul menghilang. Okey, ini dia rasakan suatu perkara yang serius. Wajah bersih Dayana ditatapnya.

"Kenapa you cakap macam itu?"soalnya dalam nada sedikit menggertak.

Dayana tersenyum nipis. Dia menggelengkan kepala perlahan. Kedua-dua tangan Dayana mengenggam kedua-dua belah tangan Fakhrul.

"Abang nak Yana buat benda yang betul atau salah?"soal Dayana.

Makin pening kepala Fakhrul dibuatnya. aih, memang perempuan selalu rumit ke?

"Of course abang nak Yana buat benda betul."balas Fakhrul masih berkerut dahi.

"Walaupun benda itu akan ancam Dayana?"soal Dayana.

Fakhrul mengeluh perlahan. "Kenapa tiba-tiba Yana cakap macam itu? Please stop make me thinking. Let me rest."spontan Fakhrul.

"But, before you rest.. please answer my last question. Please, darling."pinta Dayana sambil buat muka bebek itiknya.

Fakhrul menarik sengih pendek. Comel betul bila Dayana buat muka duckfacenya itu. "If you happy with your decision and feel more comfortable for it.. so it was the right decision."ujar Fakhrul.

Fakhrul tak semena-mena bangun lalu bergerak ke katil. Dayana diam lalu memusingkan kepala memandang Fakhrul yang sudah terbaring di atas katil. Fakhrul nampak letih.

Tak semena-mena birai mata Dayana basah dengan air mata. Maafkan I, Fakhrul. I terpaksa korbankan kebahagian kita demi orang seperti Aira. No or yes, I must let her save.
...



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro