Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 5

Kad nama Puan Sri Tania aku tilik lama. Perasaan aku jadi serba-serbi bila teringatkan tentang perbincangan antara aku dan Puan Sri Yati beberapa hari yang lepas.

"Apa ni?"serbu Linda terus merampas kad nama itu dari tanganku.

Terkebil-kebil aku dibuatnya. Terus aku menoleh memandang ke arah Linda yang sudah duduk satu meja makan denganku. Linda tanpa rasa bersalah membelek kad nama itu sambil menghirup jus orange yang baru dibelinya.

"Puan Sri Tania?"soalnya hairan. Kini matanya memandangku.

Aku tak semena-mena merampas kad nama itu kembali. Bengang betul dengan perangai Linda yang suka ambil barang orang tanpa izin. Kalau dah ambil, minta maaf tak apalah juga. Ini minta maaf pun tak ada.

"Siapa itu?"Linda masih dengan soalan yang sama.

Aku mengetap bibir. Malas mahu melayan soalan Linda yang bagiku akan membuka aib keluargaku. Aku berpura-pura tak dengar. Kembali aku meneguk jus limau yang sudah separuh di dalam gelas.

"Cepatlah!!! Siapa itu?"desak Linda.

Kali ini dia sudah mulai menggoncang tubuhku. Aku beberapa kali menepis. Namun, Linda masih tak berputus asa. Dia teruskan juga mogoknya itu. Sehingga akhirnya, aku mengalah juga.

"Dia makcik aku."ujarku lantang. Puas hati kau, nek?!.

Linda berkerut dahi. "Makcik kau? Bukan ke kau tak ada saudara-mara?"

"Aku pun sebenarnya baru tahu. Ayah aku rupa-rupanya anak Tan Sri Mukim dan Puan Sri Tania adalah makcik aku."terangku serba-serbi.

Melopong Linda dibuatnya. Matanya langsung tak berkedip memandang aku.

"Tan Sri Mukim? Tan Sri Mukim yang kaya itu? Yang tersenarai dalam 10 orang terkaya kat Malaysia itu?"meleret pula soalan yang dituju Linda padaku.

Aku pun tak kenal siapa Tan Sri Mukim itu tapi yang pasti dia orang kayalah. Dah nama pun Tan Sri tetapi kalau bab tercalon sepuluh orang terkaya itu.. hmm.. tak tahu pula.

"Mungkin."dugaku.

"Jadi, kau ni cucu Tan Sri Mukim? Oh my God!!!! Aku sekarang ini sedang bercakap dengan cucu perempuan Tan Sri Mukim? Kaulah rupanya cucu perempuan yang diuar-uarkan itu?"terkejut gamak Linda kali ini.

Dahi aku pula makin berkerut. Tak faham tentang maksud kata-kata Linda. Cucu perempuan yang diuar-uarkan? Jadi, datuk cari aku ke?

"Maksud kau?"

"Tan Sri Mukim pernah cari keluarga anaknya. Dia rasa bersalah dengan anak dan cucunya tu jadi dia upah orang untuk cari keluarga anaknya itu. Aku dengar cerita dia dah jumpa keluarga itu dan nama anaknya itu... Tan Sri Ridhwan.. A.. Amri." dihujung ayat suara Linda sedikit gementar.

"Itu nama arwah ayah aku..."perlahan aku sebut.

Linda masih dalam keadan terkejut. "Jadi, kenapa sekarang makcik kau cari kau?"

"Dia nak aku tinggal kat rumah arwah Tan Sri Mukim semula." ujarku perlahan.

Tak semena-mena Linda menampar bahu aku. "Baguslah itu. Kau duduk ajelah rumah itu. Tak payah kerja sebab kau dah jadi orang kaya. Kalau aku jadi kau, dah lama aku letak surat berhenti kerja lepas itu duduk rumah family aku yang kaya itu."luah Linda memberi pendapat.

Aku sekadar menganggukkan kepala perlahan. Ada betulnya juga kata-kata Linda ini. Kalau dah kaya, buat apa nak bekerja lagi? Goyang kaki ajelah.. tapi, itu bukan cara aku. Bagi aku, nak dapat duit perlu rasa susah bekerja.

"Tapi, itu bukan cara aku." tingkahku.

"Jadi, kau taknaklah tinggal dengan diorang?"soal Linda hairan.

"Entahlah."aku sekadar angkat bau. Tak tahulah jawapan apa yang tepat aku berikan ketika ini.

"Walaupun kau bekeras juga..tapi, kau tak fikir ke fasal family kau? Aku dengar cerita dah lama diorang cari family yang hilang itu. Aku tahu siapalah aku ni nak jaga tepi kain orang tapi.. bukan ke ini yang kau nak? Ada family yang besar?"ujar Linda.

Aku tergamam mendengar kata-kata Linda. Kadang sewel Linda ini, ada juga part serius dia itu datang. Kadang kata-kata Linda menyentapkan hati juga. Deep terlebih.
....
Bunyi loceng yang bergema membuatkan langkah kakinya laju diatur mendekati pintu rumah. Dalam mamai, ditabahkam juga diri untuk membuka pintu. Maklumlah, dia pun baru bangun tidur akibat kebisingan loceng yang melanda.

Buka sahaja pintu, kelibat Dayana sudah ada di depan mata. Gadis itu begitu teruja melihatnya. Mata Dayana tak semena-mena meliar ke dalam rumah. Mungkin mahu mencari kelibat orang yang dia mahu lihat.

"Mana Fakhrul?"soal Dayana hairan.

Hairan kerana suasana hening di dalam rumah villa yang besar itu. Takkanlah pukul 1 petang, suasana masih hening begitu. Sekurang-kurangnya adalah juga bunyi orang tengah memasak ke mengemas rumah ke.. ini tak ada langsung. Macam villa berhantu sahaja rumah arwah Tan Sri Mukim ini.

"Dia tidur lagilah kot.I don't know."ujar Karl sambil menggosok matanya yang masih mengantuk.

"Tidur?Are you sure, Karl? Fakhrul tak macam you okey. Selagi tak pukul satu, selagi itulah you tak bangun."bebel Dayana yang sudah mengaitkan nama Karl dalam topik Fakhrul.

"Aku penatlah. Kau apa tau."balas Karl. Dia sudah mulai mengatur langkah ke ruang tamu. Dayana menuruti langkah Karl dari belakang.

"Yah, penat. Penat melayan perempuan sana sini."

Pandangan mata Karl yang kuyu terus tajam menikam Dayana. Dia tak suka kalau ada orang ambil kisah fasal life dia. Dayanalah salah seorang yang dia tak suka itu. Gadis itu suka sangat jaga tepi kainnya. Jaga tepi kain sendiri-sendiri tak boleh ke?

"Habis.. Fakhrul tu suci sangat ke?"

"Dia tak seteruk you, Karl. Even kadang Im not sure why dia busy but I trust him. Hati dia hanya untuk I."tebak Dayana dengan senang hati.

Dia memang percaya bahawa takdirnya adalah Fakhrul. Dari gedik-gedik manja, Fakhrul berjaya ubahkannya seperti sekarang ini. Adalah juga gedik-gedik itu tetapi sekarang dia lebih matang. Erm.. mungkin hormon barangkali.

Sejak zaman sekolah, hati Dayana sudah tertarik pada Fakhrul. Lelaki itu ada tarikannya yang tersendiri. Walaupun Karl lebih handsome daripada Fakhrul tapi tak bermakna Karl boleh merembat semua hati perempuan sepertinya. Kerana yakin pada takdir, Dayana sudi menjadi suri hidup buat Fakhrul.

"Naaah.."perli Karl sambil membuka muka toya. Malas pula bila dengar ada orang yang memuji Fakhrul seperti tak ada dosa itu.

Pada masa yang sama, Fakhrul memasuki ruang tamu. Peluh renek yang membasahi tubuhnya disapu menggunakan tuala yang melingkar lehernya. Sepasang matanya tak semena-mena memandang ke arah Dayana dan Karl.

Dia lihat Dayana sudah teruja melihatnya. Gafis itu terus berlari-lari anak merapatinya. Karl sekadar membuat muka jengkel.

"You lepas buat apa ni, sayang? Comot."ujar Dayana menilik Fakhrul yang ketika itu selekeh dengan t-shirt putihnya yang sudah kotor dengan debu tanah.

"I bertukang tadi."

Bibir Dayana menguntum senyum. Tak semena-mena pandangannya dialihkan pada Karl yang sedari tadi buat muka menyampah.

"See. Fakhrul tak sama macam you, Karl. You tidur sedangkan dia bertukang buat something yang I sure it will give advantage to us. Kan, sayang?"puji Dayana lalu memeluk lengan Fakhrul serta-merta.

Fakhrul sekadar tersenyum nipis. Matanya memandang ke arah Karl yang sudah berura-ura mahu mencapai remote control. Sungguh, sekarang dia rasa tak selesa bila dipegang oleh Dayana. Benarkah perasaannya sudah tak cinta?

"Karl, do you want to know something?"ujar Fakhrul. Dia tak semena-mena menarik lengannya daripada Dayana. Langkah kakinya diatur mendekati Karl. Dayana pula menuruti dari belakang.

"What?"Karl menyahut. Dia perhatikan Fakhrul yang ketika itu sudh duduk di hadapannya. Dayana pula mengambil tempat di sebelah Fakhrul.

"Kau tahukan tentang sepupu kita yang lagi seorang, Aira?"soal Fakhrul mulai berwajah serius.

Karl sekadar tersenyum sinis. "Aku malas nak ambil tahu fasal dia. Lagipun, aku tak kenal siapa dia. Yang aku tahu, dia budak kampung."perli Karl dengan sinis.

"Betul kau tak kenal dia? Serius, kau tak pernah dengar nama dia?"

Karl sudah berkerut dahi bila melihat Fakhrul beria-ia mahu membincangkan tentang si Aira ni. Kalau betul dia kata dia tak kenal Aira, maknanya memang dia tak kenallah itu. Lagipun, tak sudi dia mahu berbincang pasal Aira ni, kampung girl..

Semasa pembacaan wasiat arwah datuknya, dia pun tak ikut sama. Ketika itu, dia busy keluar dengan teman wanita barunya, Iris. Dunia janganlah serius sangat, nikmatinya dengan keindahan dan kesenangan. Jadi, dia tak ambil tahu pun pasal Aira or what ever itu.

"Nope."

"Aira yang tu ke sayang? Budak tajaan biasiswa sekolah kita itu dulu ke sayang?"celah Dayana pula. Tertarik pula dia dengan topik yang sedang dibincangkan oleh Fakhrul dan Karl ini.

Fakhrul menganggukkan kepala. Dia kembali memandang ke arah Karl yang seperti tak sudi membahaskan fasal Aira ni.

"Kau pun mesti tak tahukan yang dia tak lama lagi akan tinggal dengan kita?"tebak Fakhrul.

Karl berkerut dahi. "Duduk dengan kita? Siapa yang ajak dia duduk dengan kita?"

"Auntie Tania."

Makin terbeliak mata Karl dibuatnya.Giginya sudah dikacip kuat. Kenapa mama pula yang beria-ia mahu Aira tu tinggal di rumah Datuk? Mesti ada udang di sebalik batu ini.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro