Bab 48
Airin segera bangun lalu memberikan tundukan hormat apabila Karl dan Haril datang menghampirinya. Setelah Karl memintanya duduk, dia terus melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Haril dan Karl. Sebenarnya, Airin pelik juga sebab ini kali pertama Karl mahu bersemuka dengannya.
"Dah order?"soal Karl dengan nada ramah.
Airin sekadar menggelengkan kepala. Mak aih! Karl yang dulu memang berbeza dengan Karl yang sekarang. Nampaknya, Aira betul-betul berjaya mengubah seorang lelaki playboy kepada yang lebih baik. Tabik!
Selesai membuat pesanan, Airin diam membisu. Matanya beralih dari Karl ke Haril dan dari Haril ke Karl. Karl dah elok dah perangainya tapi si Haril ni pula yang problem. Setiap kali mata Airin bertembung dengan Haril, lelaki itu asyik mengerdipkan mata ke arahnya. Ya Allah, ada juga playboy kat sini!!
"Kenapa encik Karl minta saya datang bertemu encik?"soal Airin tidak mahu melengahkan masa. Rimas sebenarnya dengan si Haril yang tersengih-sengih melihatnya. Pantang betul mata itu bila nampak perempuan. Miang!
"Saya nak tanya awak pasal Aira." balas Karl dengan wajah serius.
Airin berkerut dahi. "Kenapa dengan Aira?"
"Ada orang beritahu saya yang awak ni rapat dengan isteri saya. Saya harap awak beri kerjasama yang baik. Boleh awak beritahu saya rumah Aira kat mana?"soal Karl penuh mengharap.
Airin tak semena-mena mengetap bibir. Apa kena dengan Aira ni? Kenapa pula tiba-tiba Karl cari dia? Mungkin ke Aira lari dari rumah? Aik, apsal aku tak tahu apa-apapun. Sanggup kau Aira? Bertubi-tubi soalan menghentam fikiran Airin. Dia langsung tak tahu apa jadi sekarang ni. Matanya tak semena-mena beralih pada Karl. Patut ke aku beritahu Karl?
"Cik Airin, untuk kali ini tolong Karl. Kalau taknak tolong atas nama Karl pun, cik tolonglah atas nama saya. Saya kasihan tengok kawan saya ni."celah Haril yang sedari tadi tidak mengujarkan kata.
Tak semena-mena Karl menyiku lengan sasa Haril. Haril mengaduh sakit. Namun tak lama kemudian, dia menongkat dagu sambil merenung wajah Airin yang baginya cukup cantik. Tak dapat Aira pun, dapat kawan dia pun okey.
Airin tersengih sumbing. Apa merepeknya si playboy ni? Tak ada maknanya aku nak tolong Karl atas nama dia.
"Erm, boleh saya tahu kenapa encik nak tahu rumah dia?"soal Airin cuba untuk menyelidik.
Karl membisu. Matanya dialihkan ke tempat lain. Haril yang menyedari riak wajah Karl yang berubah terus mengambil peranan.
"Boleh tak cik jangan banyak tanya. Erm, cik cuma beritahu saja.. kat mana dia tinggal. Please."ujar Haril memandang wajah Airin.
Airin mengacip gigi. "Kalau saya taknak beritahu?"
Karl menarik nafas dalam. "Saya dengan Aira ada masalah. Aira lari dari rumah dan sekarang saya nak cari dia. Puas?"jawab Karl dengan nada kesal.
Airin diam seketika. Namun tak lama lepas itu, bibirnya menguntum senyum nipis.
"Untuk kali ni, saya tolong encik Karl. Saya akan beritahu encik lokasi rumah Aira. Saya harap ini dapat perbaiki masalah antara encik dengan kawan saya itu."ujar Airin.
"Terima kasih sebab tolong saya."ucap Karl merendah diri.
Bukan dia tak kenal siapa Airin. Gadis itu pernah meluahkan perasaan padanya semasa zaman sekolah dulu. Dia memang kejam di sekolah dulu. Dia bukan setakat tolak cinta Airin malah dia turut malukan gadis itu di hadapan semua rakan-rakannya. Kerana tingkahnya itu, Airin kena tempiasnya. Dia ada dengar khabar yang Airin diejek satu sekolah selepas kejadian itu.
Namun, sekarang. Karl benar-benar terhutang budi pada Airin. Nampaknya, ada saja jalan Allah membalasnya. Gadis yang dimalukannya di hadapan orang adalah orang yang telah membantunya untuk berjumpa dengan isterinya semula. Karl jadi khilaf. Tak sepatutnya, dia mengagungkan egonya.
"Saya tolong encik sebab saya nak tengok Aira bahagia. Ini kali pertama saya lihat Aira segembira ini bila bersama encik. Setiap kali saya jumpa dia, dia tak pernah lekang bercerita tentang encik. Dia bahagia bila jadi isteri encik. Saya harap encik akan jaga dia baik-baik."balas Airin dalam nada rendah.
Karl terdiam sejenak. "Belun pernah lagi saya jumpa perempuan seperti Aira. Selama ni, saya anggap perempuan hanya permainan untuk menghiburkan hati tapi bila Aira datang dalam hidup saya, dia ajar saya bahawa perempuan itu suatu barang yang tak ternilai harganya."ujar Karl dalam nada lirih.
"Encik tahukan yang Aira mengandung?"soal Airin.
Karl mengangguk perlahan. Itu yang menambahkan kekesalan di hatinya. Dari situ, Karl dapat menilai bahawa dirinya ini sangat kejam.
"Saya tahu."
Airin melirik senyum nipis. "Berita itu paling buat dia gembira. Dia cakap dia tak sabar nak tengok reaksi encik bila tahu berita itu. Saya harap encik gembira."ujar Airin.
Haril yang turut sama terkejut mendengar penjelasan Airin tak semena-mena tergamam. Terus dia menoleh ke arah Karl. Itu satu hal! Kenapa Karl sanggup buat macam itu pada Aira yang sedang mengandung?
"Bro?"celah Haril yang sedari tadi mendiam diri.
"Aku tak tahulah."balas Karl seakan-akan mengerti pada soalan Haril itu.
Makanan yang dipesan sampai ke meja makan mereka. Haril dan Airin menikmati hidangan mereka manakala Karl pula sudah hilang selera. Spaggeti di depan mata langsung tak menyauk seleranya. Kini fikirannya masih buntu memikirkan cara bagaimana mahu memujuk Aira.
...
Aku segera menghampiri cikgu Aisyah dan cikgu Anita yang sedang berkumpul di meja cikgu Dila. Sejak kebelakangan ni, aku terdengar desas-desus mengatakan akan ada cikgu baru yang akan masuk mengajar. Nampak gayanya, aku akan ada kawan baru lagi lepas ni. Sukanya!
"Puan?"terkejut cikgu Anita apabila melihat kelibatku sudah berkumpul bersama mereka bertiga.
Aku memberikan sebingkis senyuman kepada mereka bertiga. "Cikgu semua tengah borak fasal apa?"soalku mahu ikut serta.
"Kami tengah bincang fasal cikgu baru yang akan masuk petang ni, puan. Katanya, dia datang jauh dari Perlis."balas Cikgu Dila menjawab soalanku.
"Dia itu pernah jadi cikgu bahasa Melayu dulu tapi lepas itu, dia berhenti sebab ikut suami."tambah cikgu Anita pula.
Aku sekadar menjungkit kening. Haih, jauh betul cikgu itu merantau. Dari Perlis nak ke Selangor semata-mata nak mengajar di sekolah ini. Hmm.. satu pengorbanan yang sangat besar.
"Kalau boleh saya tahu, siapa nama dia?"soalku ingin tahu.
"Nama dia Mia. Katanya, dia ada saudara jauh kat kampung ni. Saudara dia itulah yang recommend kan dia kerja kat sekolah kita ni, Puan."ajuk Cikgu Dila. Memang cikgu Dila ni terkenal dengan mulut propanya. Tapi, dia baik.
"Macam mana puan tahu fasal cikgu Mia ni?"soal Cikgu Aisyah.
Aku melirik sengih. "Saya ada terdengar cikgu Anita cerita fasal ni dua hari lepas. Itu yang saya boleh tahu tu."balasku.
Mereka bertiga sekadar mengangguk kan kepala. "Cikgu Mia ni umur dia pun sebaya aje dengan saya, puan."ujar cikgu Aisyah.
"Dia itu muda lagi."sampuk cikgu Anita.
"Bila dia nak datang?"soalku.
Ketukan di pintu hadapan buatkan perbualan kami terhenti serta-merta. Cikgu Anita segera meluru ke pintu depan manakala aku dan cikgu-cikgu yang lain menanti di meja cikgu Dila.
Lama kami menanti kehadiran cikgu Anita. Selang beberap minit kemudian, cikgu Anita datang bersama dengan seorang gadis berbaju kurung Kedah menghampiri kami. Aku melemparkan sebingkis senyuman kepada gadis itu. Gadis itu tak semena-mena membalas.
"Cikgu Mia ke?"soalku ingin memastikan.
Gadis itu menganggukkan kepala perlahan. Dia menghulurkan salam kepadaku. Aku sambut salamnya dengan mesra.
"Selamat berkenalan, puan Aira."ucapnya santun dan terang.
Walaupun sedikit pelik, namun aku senyum saja. Macam mana dia boleh tahu nama aku? Sedangkan kami baru berjumpa hari ni?
...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro