Bab 47
"Terima kasih sebab kau sudi tolong aku, Linda."ucapku dalam nada terharu.
"Tak banyak benda pun. Tapi, serious aku tak sangka yang Encik Karl akan datang cari kami. Ingatkan dia tak kenal kami langsung."balas Linda.
Aku mengetap bibir. "Aku pun tak sangka juga. Selama ni baru aku sedar, dia tak pernah pun nak tahu fasal latar belakang aku. Dia pun tak pernah nak ambil tahu fasal kawan-kawan aku semua. Hmm.."
Suasana senyap menyelebungi kami berdua buat seketika. Aku termenung sejenak. Betullah agaknya. Karl memang tak ada niat langsung nak mencintai aku. Kalau dia betul-betul cintakan aku, mungkin dia akan tahu semuanya fasal aku. Selama ni, dia tak pernah pun tanya aku apa-apa. Yang dia tahu tanya cuma, seronok tak hidup bersamanya. Huh, sungguh cliche!
Aku malas dah nak menangis. Apa guna aku menangis pada perkara yang sia-sia. Bagi aku, Karl adalah perkara yang sia-sia untuk aku kenang. Dia masa lalu yang menyakitkan. Setiap kali aku fikirkan fasal dia, hati aku sakit. Bila hati aku sakit, aku menangis. Bukankah perkara itu buang masa saja? Entah-entah dia pun dah malas nak ambil tahu fasal aku. Mungkin sekarang dia sedang berfoya-foya dengan perempuan. Ya lah, bini dah lari. Lagipun, buat apa dia nak terkejar-kejarkan budak kampung ni. Menyusahkan saja.
"Aira, aku nak tanya something." ujar Linda mematikan lamunanku sekaligus.
Aku berdiri dari tempat dudukku dan aku mengatur langkah menuju ke pintu pejabat.
"Apa dia?"soalku.
"Apa sebenarnya yang terjadi antara kau dengan Encik Karl?"
Aku menelan liur. "Buat masa sekarang ni, aku taknak kongsikan benda ni pada sesiapa. Biarlah aku dan Karl aje yang tahu."balasku sedikit tegas dengan jawapanku.
Linda mengeluh perlahan. "Haih, tak apalah kalau macam itu. Aku yakin kau boleh selesaikan masalah kau ni. Jaga kesihatan kau. Jangan lupa, kau tu sedang mengandung. Jangan lupa makan."nasihat Linda berjela-jela.
Aku mengukir senyum bila dengar nasihat Linda itu. Aih, aku pandailah jaga makan. Sekarang ni, selera makan aku makin bertambah. Siang malam pagi petang, makan saja kerja aku. Haih, bertambahlah berat badan aku lepas ni.
Aku bersandar pada bingkai pintu sambil mataku ralit memerhati seseorang dari jauh. Haih, kesian betul aku tengok si Lokman duduk sorang-sorang di laman sekolah. Wajahnya sedih sahaja aku lihat. Mungkin dia cemburu melihat kawan-kawannya yang lain balik dihemput ibubapa masing-masing. Entah kenapa, aku dapat rasakan kesedihannya itu.
"Linda, aku rasa aku terpaksa endcall. Ada benda aku nak buat lepas ni."pintaku.
"Okey, aku pun dah nak bersiap pergi kerja lepas ni. Bye, Assalamualaikum."ucap Linda lalu menamatkan panggilan.
Aku menyimpan telefonku ke dalam poket baju kurungku. Tak semena-mena, aku menghayun langkah menuju ke tempat Lokman duduk. Dia tak sedar langsung kehadiranku sehinggalah akhirnya aku ambil tempat di sebelahnya. Barulah dia toleh padaku. Bibir mungilnya menguntum senyum nipis.
"Lokman buat apa tu?"soalku. Bodoh betul soalan kau tu, Aira. Kalau dah nampak, buat apalah kau tanya lagi?
"Duduk, cikgu."balasnya. Matanya terus beralih pada Kamil yang berjalan ke arah ibunya. Tak semena-mena aku dengar keluhan meniti dari bibir kecilnya itu.
"Kenapalah ibu dan ayah pergi tinggalkan Lokman? Diorang tak sayangkan Lokman ke? Kenapa diorang pergi?"bertubi-tubi soalan dia hamburkan.
Sebak pula dadaku bila terdengarkan soalannya yang mengayat hati itu. Lokman bukannya budak yang biasa-biasa. Dia lincah dan mudah mesra tak kiralah dengan cikgu atau budak lain. Otaknya pun boleh tahan juga. Budak-budak pandai.
Tanganku menjalar memeluk bahunya. Tak semena-mena dia bersandar pada badanku.
"Kan cikgu dah pesan. Allah sayangkan diorang lebih dari Lokman sayangkan diorang. Apa yang Lokman perlu buat sekarang, doa banyak-banyak supaya ibu dan ayah Lokman berada dalam syurga. Ingat tak pesan cikgu tu? Hmm?"pujukku. Tanganku mengusap rambut lebatnya.
Lokman menganggukkan kepala. "Tapi, Lokman cemburu. Kawan-kawan lain semuanya ada ibu dan ayah yang sayangkan diorang. Setiap hari, ibu diorang akan jemput."ujar Lokman dalam nada sebak.
Aku sedih bila dengarkan dia cakap begitu. Apa yang budak enam tahun ini mahukan hanyalah belaian seorang ibu dan kasih seorang ayah. Tapi, dia hilang semua itu dalam usia yang masih muda. Sekurang-kurangnya aku masih mendapat kasih seorang ayah dan ibu ketika aku seumuran dengannya tapi dia.. Haih, nampaknya ada lagi manusia yang lebih sedih nasibnya daripada aku.
"Kenapa Lokman cakap macam itu. Cikgu kan ada?"soalku cuba memujuknya.
Lokman tak semena-mena memandangku. Wajahnya masam sahaja. "Cikgukan cikgu saya."
"Kalau Lokman nak panggil cikgu mama pun tak apa. Cikgu tak kisah. Cikgu pun dah anggap Lokman macam anak cikgu sendiri."ujarku dalam nada teruja.
"Cikgu nak jadi mama saya?"
Aku anggukkan kepala bersungguh. "Cikgu memang nak ada anak macam Lokman. Budak yang baik, pandai dan berdikari. Sebab itulah, Lokman istimewa di hati cikgu."pujiku sambil mengusik rambut hitamnya.
Terdengarkan pujianku, tak semena-mena Lokman tersenyum lebar. Hmm.. nampak pun senyuman cantiknya itu. Isy, tak suka tau bila tengok muka dia yang sedih itu. Tak comel. Erm, bukan tak comel tapi kurang kecomelannya di situ.
"Mama."serunya dengan teruja.
"Ya, sayang."balasku. Tanganku merapiku rambutnya yang sedikit kusut.
"Lokman sayang mama."ucapnya lalu memelukku. Aku tersentuh bila budak itu katakan begitu. Perlahan-lahan aku membalas pelukannya.
Sedang aku leka memeluknya, aku mendongakkan kepala. Mataku tak semena-mena terpandangkan kereta putih jenama Honda Almera yang terparkir tidak jauh dari sekolah mengaji. Kereta itu? Bukankah itu kereta yang cuba melanggar aku tempoh hari? Aku telan liur.
Lokman aku peluk erat. Mataku perhatikan saja kereta itu. Aku cuba untuk sedapkan hati. Mungkin dugaan ku silap.
Kereta putih itu tak semena-mena bergerak meninggalkan perkarangan perlahan. Aku rasa risau. Haraplah, bukan kereta itu!
...
Tan Sri Imran memasuki bilik pejabat Karl. Karl yang ketika itu sedang ralit menyiapkan tugasannya menjedakan kerjanya buat seketika. Matanya beralih pada papanya. Namun tak lama lepas itu, dia sambung kerjanya semula. Gayanya seperti acuh tak acuh sahaja pada papanya itu. Merajuk barangkali.
"Karl, bila kamu masuk kerja ni?"soal Tan Sri Imran menghampiri meja kerja Karl.
"Baru pagi tadi, pa."balasnya senada.
Tan Sri Imran menganggukkan kepala. Tanpa meminta izin, dia melabuhkan punggungnya berhadapan Karl. Suasana hening antara Tan Sri Imran dan Karl itu buatkan Tan Sri Imran sedikit kekok. Karl pula tampak biasa. Masih mengerjakan tugasnya yang tertangguh.
"Banyak ke kerja yang kamu perlu siapkan?"Tan Sri Imran cuba mencari topik.
"Erm, banyak."balas Karl sepatah. Matanya langsung tak beralih daripada komputer ribanya.
Sedikit sebanyak, Tan Sri Imran terguris hati. Karl kalau marah memang akan menyentapkan hati. Anak tunggalnya itu pasti akan bersikap dingin tak fasal-fasal.
Tan Sri Imran tak semena-mena mengeluh. "Maafkan papa fasal beberapa hari lepas. Papa khilaf. Papa terlalu tamak sampai sanggup bebankan kamu dan Aira. Maafkan papa, Karl."pintanya bersungguh.
Karl mematikan kerjanya serta-merta. Barulah matanya sudi memandang wajah tua Tan Sri Imran. Kalau tak, takkan beralih punya anak matanya daripada menghadap skrin komputer ribanya itu.
"Benda dah jadi pa. Buat apa papa nak minta maaf. Inikan yang papa nak, papa dah dapatkan semuanya. Karl pun dah tak bersama dengan Aira sekarang ni." ujar Karl dalam nada mendatar.
Tan Sri Imran mengeluh perlahan. Kepalanya menunduk memandang lantai.
"Papa tahu papa salah. Kamu janganlah hukum papa sampai macam ni. Kamu anak papa Karl."
Karl tersengih sinis. "Baru papa nak cakap Karl ini anak papa? Selama ni, papa tak pernah nak cakap macam itu. Bila musibah ni dah datang, baru papa nak cakap semua ni. Huh..!"sinis Karl mengutarakan kata-katanya.
"Karl.."seru Tan Sri Imran kesal.
Karl mengeluh perlahan. "Tak apalah pa. Karl malas nak panjangkan masalah. Kalau perkara dah jadi, Karl malas nak bincang."
"Papa nak tolong kamu supaya papa dapat tebus kesalahan papa pada kamu."
Karl mengerutkan dahi. "Maksud papa?"
"Papa akan tolong kamu cari kat mana Aira berada sekarang ni."ujar Tan Sri Imran.
Makin berkerut dahi Karl dibuatnya. Dia menunggu butir bicara Tan Sri Imran yang seterusnya.
"Papa kenal seseorang yang rapat dengan Aira."
"Siapa pa?"
"Airien, penasihat harta atuk kamu." ujar Tan Sri Imran.
....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro