Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 40

Sudah dua hari berlalu semenjak pernikahan antara Fakhrul dan Dayana berlangsung. Aku sangat lega akhirnya semuanya sudahpun selesai. Memang Tuhan sudah tetapkan aku dan Fakhrul tidak berjodoh maka Tuhan kirimkan Karl untukku dan Dayana untuk Fakhrul. Lagipun, aku pasti.. cinta yang aku rasakan pada Fakhrul hanyalah cinta monyet semata-mata dan apa yang aku rasakan pada Karl sekarang ni mungkin cinta yang benar-benar ikhlas datang dari hati.

Hanya tinggal tiga hari saja lagi, Karl akan menyambut ulang tahunnya yang ke-24. Dan, aku nak dia sambut hari jadinya ini dengan penuh kegembiraan. Pasti Karl gembira bila dapat tahu aku berikan baby sebagai hadiah untuk ulang tahunnya kali ini. Hmm.. tak sabar betul nak tengok reaksi bakal ayah itu.

Usai membeli-belah barang-barang dapur, aku terus menyelusur keluar dari gedung pusat beli-belah Giant. Banyak barang dapur yang belum aku update lagi. Aku keluar ni pun, Karl tak tahu.

Ketika aku mahu melintas jalan, sebuah kereta berwarna putih memandu laju ke arahku. Aku tergamam tatkala melihat kereta itu makin lama makin maju ke arahku tanpa ada apa-apa tanda untuk berhenti. Barang-barang yang aku pimpin terjatuh. Kakiku terpaku diatas jalan kerana terlampau takut. Apa yang aku dengar hanyalah teriakan nyaringku yang bergema.

"Cik!!!" datang satu suara menyergahku dari belakang.

Tubuhku tak semena-mena dipeluknya lalu dia menarik aku ke tepi jalan. Aku dan dia sama-sama terjatuh di bahu jalan. Nasibku baik kerana tubuhku jatuh di atas tubuhnya. Cuma, lenganku saja yang sedikit luka. Lelaki itu pula sudah meraung sakit bila tubuhnya dihempap oleh tubuhku.

Kereta putih itu terus menyelusur laju meninggalkan kami berdua. Mungkin ke pemandu kereta itu memang berniat nak membunuh aku?

"Cik, beratlah."rungut lelaki itu dengan nada kesakitan.

Aku tergamam. Cepat-cepat aku bangkit dari jatuhku. Aduh, macam manalah aku boleh terjatuh di atas tubuh seorang lelaki? Hmm... Lelaki itu juga turut bangun dari jatuhnya lalu dia membersihkan kotoran yang menyinggah di atas pakaiannya.

"Te.. terima kasih sebab selamatkan saya tadi. Saya tak tahulah apa yang akan jadi kalau awak tak ada untuk selamatkan saya."ucapku dengan bersungguh-sungguh.

Lelaki itu hanya tersenyum nipis sambil matanya menjeling ke arah kelibat kereta putih itu pergi. "Cik ni.. kenal ke pemandu kereta putih itu?"soalnya tidak membalas ucapan terima kasihku.

Aku sekadar menggelengkan kepala. "Tak. Kenapa ya, encik?"

"Saya rasa orang tu ada niat nak bunuh cik. Ke, mungkin perasaan saya aje kot."lancang lelaki itu melontarkan pandangannya.

Kelu lidah aku dibuatnya. Bulu roma ku sudah merinding naik. Ada orang nak bunuh aku? Mungkin ke pemandu kereta putih itu adalah orang yang sama membunuh ibu dulu?

"Cik?? Cik?!" lelaki dihadapanku terus mengawang-awangkan tangannya di wajahku. Cepat-cepat aku tersedar dari lamunanku tadi. Segera aku alihkan pandanganku padanya.

"Ya?"
"Cik terfikirkan apa yang saya cakap tadi ke? Itu cuma andaian saya aje. Cik jangan ambil serius sangat."ujar lelaki itu.

Aku sekadar tersengih kerang. "Erm.. saya tak kisah pun. By the way, saya ucapkan thanks sebab tolong saya tadi."ucapku sebelum berlalu pergi.

Barang-barang yang aku beli tadi semuanya sudah rosak digilis kereta tadi. Aku mengeluh perlahan. Apalah nasib aku hari ni? Malang bertimpa-timpa. Terpaksa, aku kembali ke Giant semula untuk beli barang yang baru.

"Cik,cik!!"seru lelaki itu dari belakang.

Aku menoleh ke belakang. Jarakku sudah jauh darinya.
"Kenapa ya, encik?"

Lelaki itu menghulurkan senyumnya kepadaku. Setelah itu dia merapati ku. "Nama cik siapa?"

Aduh, nak tahu nama pulak dah! "Nama saya Aira."

"Nama saya Haril. Erm.. btw, cik.." lelaki itu tak semena-mena menyeluk saku seluarnya. Aku sudah pandang hairan bila dia terkebil-kebil mencari sesuatu dari dompetnya. Sekeping kad diberikannya kepadaku.

"Nah, ini nombor telefon saya. Kalau ada kelapangan, contact-contactlah saya, ok?"pelawanya sambil buat isyarat 'calling-calling'. Aku sekadar menarik sengih paksa. Nampaknya aku diselamatkan oleh seorang playboy yang setaraf dengan Karl.

Lelaki itu terus berlalu pergi meninggalkan aku sendirian. Apabila merasakan kelibatnya sudah jauh, aku sekadar mencebik. Kad yang diberinya, aku belek sejenak.

"Encik Haril, saya ni isteri orang. Encik ni salah target ni.."bisikku sendirian.

Tak semena-mena kadnya aku keronyokkan lalu aku buang ke dalam tong sampah berdekatan. Haih, lelaki ni mata meliar je kalau nampak perempuan cantik. Hmm... persoalannya sekarang, aku ni cantik ke?
...
Karl mengeluh perlahan. Siling putih ruang tamu ditatapnya penuh dengan perasaan kosong dan lemah. Kenapalah dia perlu tersepit antara dua insan yang amat dia sayangi. Dahulu, dia sendiri yang buat perangkap tetapi sekarang.. dirinya terjebak dalam perangkapnya sendiri.

"Karl, ini papa nak bagi pada kamu." Tan Sri Imran melemparkan sekeping surat di atas meja kerja Karl.

Karl yang ketika itu sedang leka menyiapkan kerjanya tak semena-mena terpana. Wajah bersih Tan Sri Imran dipandangnya sejenak sambil surat yang kini berada di hadapannya dicapai perlahan.

"Surat apa ni, pa?"soal Karl masih tidak memahami situasi. Wajah kusam Tan Sri Imran menimbulkan lagi tanda tanya dalam kepalanya.

"Kamu bacalah sendiri."ujar Tan Sri Imran. Tanpa pamitan, dia mengambil tempat di hadapan Karl.  Wajah Karl yang masih kebingungan dipandangnya dengan mata garang. Dahinya berkerut tidak puas hati.

Karl membuka surat itu. Perkataan pertama yang menarik perhatiannya adalah 'surat amaran terakhir'. Selebihnya, Karl baca. Bukan satu dua kali dia belek surat itu namun berkali-kali. Akhirnya, wajah Karl berubah kesah. Kini, baru dia faham kenapa papanya itu membengis pada pagi itu.

"Disebabkan kamu tak ambil tindakan awal, syarikat kita terus diberi notis amaran untuk yang terakhir. Kamu penyebab semua ni jadi!"bentak Tan Sri Imran dengan nada kesal. Tiada lagi senyuman menghias wajahnya.

Karl mengeluh perlahan. Pelipis matanya diurut perlahan. Matanya kembali singgah membaca isi surat itu untuk kesekian kalinya. "Habis, papa nak Karl buat apa?"

"Kamu masih tak sedar lagi? Papa tanya kamu. Apa tujuan kamu masa kahein dengan Aira dulu?"tempelak Tan Sri Imran dengan nada lantang.

Karl terdiam. Matanya sengaja dilarikan ke bawah.

Tan Sri Imran tersengih sumbing. "Kenapa pula kamu taknak jawab? Dah ubah fikiran pula ke sekarang ni?"soal Tan Sri Imran.

"Karl dah fikir masak-masak pa. Karl taknak libatkan Aira dalam masalah kita ni. Problem ni datang sebab kelalaian papa dalam uruskan syarikat ni."balas Karl dengan nada mendatar. Langsung wajah sinis Tan Sri Imran tidak dipandangnya.

"Apa kamu cakap tadi? Kamu taknak libatkan Aira? Owh.. mentang-mentanglah kamu dah jadi suami dia, kamu biarkan papa dan mama terkapai-kapai macam ni? Anak macam manalah kamu ni?"

"Papa yang buat masalah, papa selesaikan sendiri. Jangan libatkan Aira dalam hal ni."Karl ulang semula ayat keramatnya itu.

Tan Sri Imran mengetap giginya kuat. Bengang apabila dibalas jawapan biadap oleh Karl. "Disebabkan perempuan kampung itu, kamu jadi biadap pada papa? Tak kira apa pun, papa nak kamu minta juga tandatangan Aira."luah Tan Sri Imran.

Sebuah dokumen berwarna merah dilemparkan di hadapan Karl. Tak semena-mena Tan Sri Imran berlalu dengan wajah sugul. Karl mengeluh sambil wajahnya diraup berkali-kali. Serabut!

"Assalamulaikum!"aku hulurkan salam memasuki rumah.

Masuk sahaja ke dalam rumah, aku lihat kelibat Karl sedang terbaring di ruang tamu. Bibirku menguntum senyum. Barang-barang yang aku beli dipasar aku letak ke tepi lalu aku datang menghampirinya.

Karl masih leka berbaring di atas sofa. Sebingkis senyuman diberikannya apabila melihat aku menghampirinya. Aku duduk di bawah lantai menghadapnya. Tak semena-mena Karl mengusap kepalaku perlahan sambil matanya redup memandang aku.

"Baru balik dari mana ni? Kenapa tak beritahu abang yang Aira nak keluar hari ni?"soal Karl dengan nada suara penuh lembut.

Aku menyengih panjang. "Aira saja nak keluar naik bas. Sekali sekala. Penatlah asyik naik kereta aje memanjang." rungutku dengan nada suara manja. Semenjak dua menjak ni aku manja semacam dengan Karl. Mengalahkan budak-budak.

Karl ketawa kecil. "Aik? Naik kereta pun penat?"

"Hmm.. yelah. Abang pula? Kenapa awal sangat balik ni?"soalku pula hairan. Jarang betul nampak Karl melepak kat rumah petang-petang ni. Selalunya masih kat pejabat.

"Saja. Abang minta balik awal hari ni. Nak tolong jaga Aira kat rumah." bodek Karl. Tangannya kini membelai pipiku lembut. Aku biarkan saja dia buat begitu.

Aku tersenyum bila dia katakan begitu. Dia memang tak habis-habis dengan pickup linenya itu. Tak pernah tak menjadi. Mesti setiap kata-katanya itu mampu buatkan aku tersenyum dan paling ketara pun.. berdebar.

Mataku tak semena-mena terpandangkan fail merah yang berada dalam pelukan Karl sedari tadi. Tanpa pamitan, aku menyambar fail tersebut lalu aku buku. Entah datang dari mana pula keberanian aku buat macam itu agaknya? Karl yang tergamam melihat tindakanku sekadar diam. Dia membetulkan posisinya untuk duduk di atas sofa.

"Fail apa ni, bang?"soalku berkerut dahi.

Karl tidak membalas. Segera dia rampas fail itu dari tanganku. Namun sebelum dia merampas fail itu, mata aku sempat membaca beberapa isi dalam surat yang terkandung dalam fail itu.

"Kenapa ada nama Aira dalam fail itu? Surat apa sebenarnya itu, abang?" soalku makin kehairanan.

Karl menarik nafas dalam. "Aira abaikan aje surat ini. Benda ni tak penting pun."dalih Karl cuba meminta aku untuk lupakan tentang surat itu.

Namun bak pepatah melayu.. terlanjur perahu boleh diundur, terlanjur membaca banyak persoalannya. Aku dah nampak jadi tak ada sebab benda itu tak penting pada aku.

"Abang sembunyikan sesuatu pada Aira ke?"tebakku dengan wajah yang sudah penuh curiga.

Karl mengetap bibir. Lama dia mendiamkan diri namun akhirnya dia mengeluh perlahan. Rambutnya disauk ke belakang.

"Abang sebenarnya taknak Aira tahu tentang semua ni."keluhnya dengan nada suara kesal.

Aku mengacip gigi. Wajahnya yang sugul aku pandang dengan penuh rasa kasihan. "Aira isteri abang. Kalau abang ada masalah. Abang beritahulah, Aira." pujukku.

Karl mengeluh. Dia mengerling ke arahku sejenak sebelum akhirnya dia tunduk memandang lantai.

"Syarikat papa sedang ada dalam krisis sekarang ni.  Syarikat abang dah diberi notis akhir disebabkan gagal bayar hutang bank. Kalau kami masih jelaskan hutang tu, syarikat kami mungkin akan di blacklist dan diisytiharkan muflis.  Abang tak tahulah nak buat cara apa sekarang."luah Karl dengan nada bercampur baur.

Aku diam mendengar ceritanya. Dahiku sudah berkerut.  Tiba-tiba aku terfikirkan idea gila. Perlu ke aku berikan separuh dari hartaku untuk menanggung kerugian itu? Wajah kesal Karl yang bermain buatkan aku jadi kasihan. Comot pula muka handsome suamiku kalau wajahnya asyik keruh saja.

"Abang.."seruku dengan nada perlahan.

Karl tak semena-mena mengalihkan pandangannya padaku. Wajahnya masih keruh memikirkan masalah yang menimpanya. Aku tarik nafas dalam-dalam lalu bibirku mengukir senyum nipis.

"Aira akan tolong abang. Biarkan saja semua itu nanti Aira akan uruskan. Sekarang, abang beri fail itu pada Aira dan Aira akan selesaikan semuanya." ujarku dengan nada bersungguh.

Karl berkerut dahi. "A.. Aira nak tolong macam mana?"

"Aira akan bayar kesemua hutang tu." balasku dengan yakin.

Hampir tergamam Karl dibuatnya. "Aira, abang taknak Aira terlibat langsung dalam masalah ni. Ini hal company papa dan abang, abang taknak Aira terlibat sama. Abang share semua ni bukan nak minta belas kasihan Aira."tegasnya dengan nada sedikit marah.

Aku sekadar menyungging senyum. Aku mengambil tempat di sebelah Karl lalu tangan kanannya aku pegang kemas. "Apa gunanya Aira kalau suami sendiri pun Aira tak dapat tolong kan?" tebikku.

Karl mengeluh. "Tapi, abang taknak.." cepat-cepat aku minta Karl untuk diam. Aku taknak tengok wajah Karl yang kusut. Aku nak tengok muka dia yang sentiasa tampan dan penuh kasanova itu.

"Biar Aira selesaikan semuanya."ujarku sambil menghulurkan tanganku kepadanya. Fail merah itu perlahan-lahan dihulurkan oleh Karl kepadaku. Aku menyambutnya dengan rasa gembira.

Gembira sebab aku dapat bantu Karl. Akhirnya, aku jalankan juga tanggungjawab aku sebagai isteri mithali. Ahakks!!
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro