Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 4:-

"Assalamualaikum."

Ketukan di pintu bertalu-talu membuatkan aku bergegas membuka pintu. Hari ini aku cuti, jadi di rumahlah jawabnya. Kalau nak bersiar-siar pun rasa malasnya yang amat.

Apabila pintu dibuka, terlihat kelibat Puan Sri Tania tersenyum memandangku. Wanita yang memakai selendang merah jambu itu kelihatan sangat manis. Aku turut membalas senyumannya. Takkan tak balas pula.

"Jemputlah Puan Sri."pelawaku.

Puan Sri Tania mengatur langkah kemas ke ruang tamu. Aku menuruti dari belakang. Setelah dia duduk, aku juga mengambil tempat di hadapannya. Mata wanita itu meliar melihat sekeliling ruang tamuku. Aku hanya tersenyum nipis.

"Erm, Puan Sri nak air apa? Biar saya buatkan."

Berura-ura aku mahu pergi ke dapur, Puan Sri terus menyeru namaku.Aku tak semena-mena mematikan langkahku. Dia menggelengkan kepala.

"Tak payah susah-susah. Saya sekejap saja kat sini, lepas ni saya nak kena flight ke Johor. Ada urusan. Saya saja singgah jumpa kamu."terang Puan Sri Tania.

Aku sekadar menganggukkan kepala. "Puan Sri.."

"Tak perlu panggil Puan Sri. Panggil saja saya mama."

Kelu lidah aku apabila Puan Sri Tania berkata begitu. Aku mengukir senyuman nipis.

"Ma-mama.. nak jumpa saya kenapa?"terkebil-kebil aku mahu memanggilnya. Tak biasa.

Puan Sri Tania senyum pandang aku. Ekor matanya melirik memandangku. Entah kenapa, pandangannya padaku penuh dengan rasa kasihan. Redup sahaja matanya. Lama dia diam sebelum akhirnya wanita itu membuka bicara.

"Aira, nak tinggal di rumah datuk tak?"soal Puan Sri Tania.

Aku sudah berkerut dahi. Terimbau pula kejadian semalam. Dimana, Fakhrul juga turut mengajak aku tinggal di rumah datuk.

"Saya perlu fikir dulu."

"Semua orang menantikan awak, Aira. Awaklah satu-satunya cucu perempuan arwah Tan Sri Mukim. Awak taknak ke kembali kepada kami semula?"soal Puan Sri Tania. Nadanya menjelaskan pelbagai emosi.

Aku menggigit bibir. "Saya masih perlukan masa untuk semua ini."

Puan Sri Tania diam. Dia tak semena-mena bangun lalu mengambil tempat di sebelahku. Tiba-tiba sahaja tangannya mengurut bahuku. Dia seakan-akan memujukku.

"Mama faham. Semua ini masih mengejutkan kamu."ujarnya dengan nada lembut.

Aku diam. Entah kenapa, aku dapat rasakan kasih sayang yang mahu dia berikan padaku. Aku selesa dengannya seperti mana aku selesa dengan arwah ibu dahulu.

"Sa-saya masih ada satu soalan."
"Apa dia, Aira?"

"Kenapa ibu dan ayah keluar daripada rumah? Apa salah diorang berdua?"bertubi-tubi soalan aku hamburkan.

Terlihat Puan Sri Tania mengeluh kecil. Dia menunduk memandang lantai. terdengar satu keluhan kecil meniti keluar dari mulutnya.

"Panjang ceritanya, Aira." keluhnya.

Aku sudah berkerut dahi. Seluruh pancaindera ku, aku tumpukan sepenuhnya pada dia. Kebenaran perlu dibongkarkan sekarang juga.

"Keluarga Tan Sri Mukim pentingkan status level. Ibu kamu pada mulanya tak diterima oleh Tan Sri Mukim namun selepas Puan Qaisara mengandungkan kamu, Aira... Tan Sri terima dia dalam keluarga. Namun, tak lama selepas itu.. ada seorang maid memberitahu kami yang ibu kamu mencuri barang. Tanpa usul periksa, Tan Sri menghalau ibu kamu keluar dari rumah. Ayah kamu sayangkan ibu kamu jadi dia rela lepaskan semuanya semata-mata mahu bersama ibu kamu."cerita Puan Sri Tania panjang lebar.

Mataku buntang. Aku terkejut dan tergamam. Terkejut kerana ada yang menuduh ibuku seorang pencuri. Aku percayakan ibu, takkan mungkin ibu sanggup buat perkara seperti itu.

Puan Sri Tania tiba-tiba menggenggam tanganku yang terletak di atas ribaku erat. Aku membiarkan lalu pandanganku dialihkan kepadanya. Dia menghadiahkan senyuman nipis. Aku tidak memberi sebarang respons.

"Beberapa bulan lepas itu, kami dapat tangkap siapa pelaku yang sebenar. Ibu kamu bukan seorang pencuri. Ada orang fitnah dia tetapi sampai sekarang kami tak dapat tangkap siapa dalang semua yang terjadi."tambah Puan Sri Tania.

"Jadi, kenapa ibu masih dibiarkan hidup begini kalau tahu dia bukannya pesalah?"

"Sudah beberapa kali kami memujuk Qaisara untuk tinggal bersama kami namun dia menolak. Ayah kamu pun masih tak dapat nak maafkan datuk kamu. Bagi menebus kesalahan kami, Aira tinggal dengan kami ya?"pujuk Puan Sri Tania penuh mengharapkan jawapan daripadaku.

Aku mengetap bibir rapat. Dahiku sudah berkerut mempertimbang- kan pujukannya. Matanya yang redup memandangku buatkan aku jadi rasa serba-salah.

"Bagi saya masa lagi."ujarku masih tak mampu buat keputusan buat masa sekarang ini.

Puan Sri Tania menarik nafas dalam. Bibirnya cuba menguntum senyum padaku. Mungkin rasa lelah untuk memujukku pulang ke pangkuannya semula.

"Baiklah"keluh Puan Sri Tania. Dia berura-ura mahu mengeluarkan sesuatu dari tas tangannya.

Sekeping kad diberikannya kepadaku. Teragak-agak aku mahu mengambilnya namun aku sambut juga. Sejenak aku tilik kad itu.

"Itu kad number mama. Kalau Aira dah buat keputusan. Call mama , okey?"ujarnya.

Aku menganggukkan kepala perlahan. Sekali lagi aku menilik kad itu semula.

Walaupun mataku ligat menilik kad itu namun fikiranku sudah menerawang jauh. Banyak persoalan yang timbul dalam kepalaku.
.....
"Tania pergi mana tadi?"soal Puan Sri Yati yang sudah bersandar pada dinding dapur. Matanya tak lepas dari memandang Puan Sri Tania yang ketika itu sedang meneguk segelas air kosong.

Mata Puan Sri Tania teralih pada Puan Sri Yati. Matanya hambar saja memandang wanita itu. Memang perasaan tak suka sudah bersarang dalam hatinya pada wanita itu.

"Pergi jumpa Aira."

Kening Puan Sri Yati sudah berkerut. Dia perlahan merapati Puan Sri Tania. Wajahnya menggambarkan bahawa dia sedang ketagih jawapan daripada Puan Sri Tania ketika ini.

"Buat apa pergi sana?"
"Saja nak melawat anak saudara saya."balas Puan Sri Tania spontan.

Lama Puan Sri Yati membisu. Setelah itu, terdengar pula suaranya ketawa kecil. Lucu ke?

"Nak melawat ke atau something sebenarnya?"

"Apa maksud Yati?"

" Aku tak bodohlah Tania. Aku tahu abang Imran sedang ada masalah syarikat sekarang ni kan? Kau cuba nak gunakan budak itu untuk back up kan?"duga Puan Sri Yati masih tersisa senyuman sinisnya di birai bibir.

Tergamam Puan Sri Tania dibuatnya. Dia cuba berlagak biasa. Tali pijama tidur yang dipakainya diikat untuk mengalihkan perhatian. Melengahkan masa untuk meredakan perasaan gemuruh yang tiba-tiba saja muncul.

"Apalah yang Yati merepekkan ni?Haih, dari saya melayan Yati lebih baik saya tidur."ujar Puan Sri Tania lalu pergi melintasi Puan Sri Yati.

Puan Sri Yati ketap bibir menahan marah. Pantang benar jika ada orang pergi semasa dia sedang bercakap. Matanya tajam melirik pada Puan Sri Tania yang bergegas naik ke biliknya.

"Ma...mama!!!"seru suara garau dari arah ruang tamu.

Puan Sri Yati menarik senyum. Dia toleh ke belakang apabila merasakan suara itu makin merapatinya. Dia kenal gerangan pemilik suara itu. Tak lain tak bukan pasti anak lelakinya, Fakhrul.

"Sayang mama..."ujarnya lalu memeluk erat anak lelakinya. Fakhrul sekadar membiarkan.

"Kenapa mama tak tidur lagi ni? Dah lewat." ujar Fakhrul dengan nada risau. Matanya sempat dikerling pada jam dinding. Jam sudah menuding ke angka 12 tengah malam.

Puan Sri Yati mengukir senyum nipis. Sepasang matanya merenung wajah anak tunggalnya itu dengan penuh kasih sayang. Fakhrul bagaikan anak yang ditantang dengan penuh kasih sayang. Dia mahukan Fakhrul hidup dalam kesempurnaan. Kalau boleh jangan dekat kedukaan buat anaknya itu baik mental mahupun fizikal.

"Mama tunggu Fakhrul lah. Lambat balik hari ini."rungutnya sambil membelai pipi kiri Fakhrul lembut.

"Biasalah ma. Papa kan outstation jadi Fakhrul lah kena ganti tempat papa."luah Fakhrul melangkah mendekati ruang tamu. Puan Sri Yati menurut dari belakang.

Mereka berdua duduk berhadapan. Fakhrul sudah mengeluh lemah. Kepalanya disandarkan ke bahu sofa.

"Kamu tu kerja jangan kuat  sangat. Nanti kalau kamu sakit, susah hati mama."keluh Puan Sri Yati yang sudah buat muka resah.

"Ya, ma."

Suasana hening antara mereka berdua. Puan sri Yati beri sedikit masa untuk Fakhrul melepaskan penat.

"Dayana balik bila?"soal Puan Sri Yati setelah lama mendiamkan diri.

Fakhrul mengeluh perlahan. Entah kenapa, bila sebut fasal Dayana dia pula rasa malas nak berbincang. Dulu masa zaman sekolah, cinta pada Dayana sangatlah menebal. Namun selepas bertunang dengan gadis itu, rasa kasihnya makin berkurang buat gadis itu.

"Kenapa ni, mengeluh pula?"tegur Puan Sri Yati hairan. Dia sedar akan perubahan air wajah Fakhrul yang tiba-tiba sahaja mendung.

"Ma, Fakhrul hmm... Fakhrul rasa malas nak bincang fasal Dayana buat masa sekarang ni."ujarnya dengan nada lemah.

Puan Sri Yati berkerut dahi. "Kenapa cakap macam itu?"nadanya sedikit meninggi.

"Hmm.. tak ada apa-apalah. Mungkin Fakhrul penat kot. Fakhrul nak tidur dulu."ujar Fakhrul lalu bangun dari tempat duduknya.

Selepas mencium tangan Puan Sri Yati, Fakhrul bergegas ke biliknya. Puan Sri Yati sekadar melirik kosong pada kelibat anaknya itu sehinggalah Fakhrul hilang daripada pandangan.

"Kenapalah kamu susah hati pula, Fakhrul.."bisiknya sendiri lalu menggelengkan kepala perlahan.
...





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro