Bab 39
Hari ini adalah hari pernikahan antara Fakhrul dan Dayana. Pernikahan mereka dijalankan di salah sebuah hotel yang terkemuka di Malaysia. Al-maklumlah, Dayana merupakan anak kepada Tan Sri Mokhtar, pengusaha minyak yang berjaya jadi sekadar menempah hotel enam bintang bukan masalah besar bagi mereka sekeluarga.
Aku dan Karl sampai awal ke majlis tersebut. Disebabkan aku merupakan ahli keluarga terdekat, jadi aku kenalah tolong sikit-sikit. Papa bawa Karl ke tempat lain manakala mama pula angkut aku ke tempat lain. Aku turutkan saja langkah mama. Wanita itu lebih arif soal selok-belok majlis. Majlis pernikahan kali ini, Puan Sri Tania lah yang menjadi pengurusnya. Wanita itu sebenarnya patut ada butik pengantin sendiri dan businessnya mungkin akan berjaya. Tengok sajalah hasil tangannya. Tempat bersanding pengantin benar-benar indah hasil tacapan Puan Sri Tania.
"Macam mana Aira? Cantik tak tempat bersanding ni?"soal Puan Sri Tania cuba meminta pendapatku.
Aku anggukkan kepala lalu aku peluk lengan wanita itu. Puan Sri Tania sekadar membiarkan aku buat begitu padanya. Sekarang, aku sangat manja pada Puan Sri Tania. Wanita itu sudah aku anggap seperti ibu kedua untukku. Mungkin kasih sayang yang dicurahkannya tak sehebat ibu tapi dia berusaha jadi ibu yang baik untuk aku. Jadi, aku amat menghargai jasanya.
"Nanti mama bukalah business. Aira confirm kalau mama buka butik, mesti business mama akan maju."cadangku sambil melentokkan kepala ke bahu Puan Sri Tania.
Wanita itu tak semena-mena meluku kepalaku lembut. Terus aku mengaduh sakit. Haish.. bagi idea pun kena luku juga ke? Erm-erm.. Aku terus mengurut kepalaku perlahan.
"Pandailah, Aira. Mama kalau tolong orang itu bolehlah, kalau nak buka business.. mama tak ready lagi tau." ujar wanita itu menegakkan pendiriannya.
"Wah, mesra betul Puan Sri dengan menantu ye? Cemburu pula saya tengok."celah suara seorang wanita dari arah belakang kami berdua.
Aku dan Puan Sri Tania sama-sama menoleh ke belakang dan melihat kelibat Puan Sri Fatehah sedang berdiri di belakang kami. Sebingkis senyuman terhias di raut wajahnya yang sangat manis.Puan Sri Fatehah, ibu kepada Dayana.
"Tak ada apalah, Tehah. Erm, saja gurau-gurau."sampuk Puan Sri Tania sambil memeluk bahuku erat. Aku biarkan saja. Tangan Puan Sri Fatehah aku kucup. Salam hormat.
"Erm, Aira. Dayana ada suruh saya panggil kamu. Katanya nak berjumpa dengan kamu."ujar Puan Sri Fatehah.
Aku berkerut dahi. "Nak jumpa saya? Kenapa?"
Wanita itu sekadar angkat bahu. Nampak sangatlah dia pun tak tahu. Tanpa banyak kata aku mengatur langkah ke bilik pengantin yang berada di tingkat satu bangunan.
Setibanya di hadapan pintu, aku ketuk pintu beberapa kali. Pintu bilik hotel terbuka dan terlihat kelibat Dayana sedang berdiri di muka pintu. Gadis itu menggayakan baju kebaya berwarna putih bersama kain songket. Dayana memang kelihatan cantik berdandan begitu. Sudahlah dia jenis kacukan.. mat saleh pakai kebaya pula bila tengok sekali pandang.
"Aira, jom masuk!"ajak Dayana lalu menarik tanganku untuk masuk ke dalam biliknya. Tiada sesiapa di dalam itu kecuali aku dan Dayana saja.
"Cantik tak baju yang Dayana pakai ni?"soal gadis itu meminta pendapat daripadaku.
Aku anggukkan kepala. Tipulah kalau tak cantik. Padan sangat baju itu dengan tubuh langsing Dayana. Aku pun rasa camburu pada Dayana. Patutlah Fakhrul tak pandang orang lain dulu, Dayana memang sangat sempurna untuk dilepaskan.
"Cantik. Erm.. kenapa tak pakai selendang lagi?"soalku memandang ke arah Dayana.
Gadis itu tersengih panjang. Terus tangannya mencapai selendang yang terbentang di birai katil lalu diserahkannya kepadaku. Aku kerut dahi lalu aku alihkan pandanganku padanya. Wajahku menggambarkan tanda tanya.
"Dayana nak Aira yang tolong pakaikan selendang ni pada Dayana."pintanya seperti berharap aku menerima permintaannya.
Aku tidak membalas untuk seketika namun akhirnya aku sambut juga selendang yang diberikan Dayana itu. Teruja gadis itu dibuatnya. Terus dia memelukku seketika lalu melabuhkan punggung di meja solek. Senyumannya mekar di wajah. Aku merapati Dayana lalu memulakan langkah menggayakan selendang di kepalanya.
Suasana sedikit hening antara aku dan Dayana. Tanpa aku sedar, Dayana perhatikan gelagatku menerusi cermin. Bibirnya menguntum senyum nipis.
"Dulu, kita tak pernah kenal. Kita dibezakan dengan darjat dan pangkat tapi sekarang kita jadi kawan pula. Tak sangka, Dayana mudah masuk dengan Aira."ujar Dayana tak beralih menatapku melalui cermin.
Aku ukir senyum. "Mungkin Dayana selesa berkawan dengan Aira. Syukurlah kalau kita dapat jadi kawan sekarang."balasku sambil memandangnya menerusi pantulan cermin.
Dayana sekadar menganggukkan kepala. Senyuman yang terukir di birai bibirnya mulai berubah hambar. Keluhan kecil meniti di birai bibirnya.
"Fakhrul itu.. seorang lelaki yang baik dan setia. Dayana rasa sangat beruntung kerana akhirnya dia akan menjadi milik Dayana. Lelaki setia seperti dia memang satu dalam seribu." topik perbualan gadis itu terus lari. Aku kerut dahi bila Dayana bahaskan fasal Fakhrul pula.
Sebagai orang yang sudahpun dilantik sebagai kawan, aku tadah saja telingaku. Mungkin Dayana perlukan seseorang untuk berkongsi cerita gembira.
"Baguslah kalau macam itu. Aira tumpang gembira untuk Dayana." ucapku ikhlas. Sebagai tacapan terakhir, aku kemaskan selendang Dayana. Gadia itu sangat manis mengenakan selendang.
"Tapi.. hati dia dah tak setia seperti dulu. Dayana dah lama faham dia. Dayana pun tahu yang sekarang hati dia dah beralih pada orang lain..." kata-kata Dayana buatkan aku jadi tergamam. Tak semena-mena tindakan ku mati.
"Hati dia sekarang pada awakkan, Aira?"
Aku mengetap bibir. Entah kenapa, dadaku berkobar hebat. Aku cuba untuk berlagak biasa namun aku tak mampu. Tindakan jadi serba tak kena.
"Ap.. apa Dayana cakapkan ni? Aira tak faham."dalihku cuba sungging senyum pura.
Dayana mengeluh perlahan. Senyumannya masih bersisa namun kelihatan sangat tak berperisa. "Nampaknya, saya kena pikat dia semula untuk ada hati pada saya semula."ujarnya dengan nada berbaur senda. Tanganku tak semena-mena dicapainya sambil dia memusingkan kepalanya memandang padaku.
"Saya tak pernah marahkan awak, Aira. Fakhrul berhak sukakan sesiapa pun sebab hati dia bukan dalam tangan saya."nada suara Dayana berubah sayu. Senyum kelatnya diukir di birai bibir.
Hati siapa yang tak sakit bila dapat tahu hati orang yang dicintainya ada pada orang lain? Aku kalau bertukar tempat dengan Dayana pun, aku akan rasakan perkara yang sama.
Aku mengeluh perlahan. Aku menyapu bahu Dayana lembut. "Walau apapun yang terjadi, hati saya pada Karl. Dia satu-satunya lelaki yang ada dalam hati saya ni, Dayana. Fakhrul masa lalu saya. Dulu, memang saya sukakan Fakhrul tapi.. sekarang.. Karl yang saya cintakan."luahku.
Tangannya aku genggam erat. Aku duduk menghadap Dayana. Aku mahu yakinkan dia bahawa Fakhrul masih cintakan dia.
"Kalau Fakhrul tak cintakan awak, dia takkan kahwin dengan awak. Sejak dulu, Fakhrul bersama dengan awak.. takkan mungkin hati dia berubah terlalu mudah. Even dia ada hati pada saya pun.. saya yakin masih banyak lagi cinta awak ada dalam hati dia, Dayana."aku berikan kata-kata semangat.
Dayana terdiam membisu bila aku katakan begitu. Akhirnya terlihat lirikan senyuman di bibirnya. Tak semena-mena Dayana memelukku erat. Aku yang tergamam.. perlahan-lahan membalas pelukannya.
"Terima kasih Aira."ucapnya lirih.
Aku tidak membalas. Namun, aku berusaha untuk mendamaikannya. Dayana memang gadis yang baik walaupun gedik. Dan.. aku tak sangka, aku kini berteman baik dengannya.
...
Karl melabuhkan punggung di birai katil tanpa pamitan. Fakhrul yang ketika itu sedang membetulkan kolar baju melayunya menjeling sejenak ke arah Karl sebelum kembali menyambung tindakannya semula.
"Siapa suruh kau masuk sini?"soal Fakhrul acuh tak acuh. Memang taklah dia nak menghadap muka Karl yang akan buatkan dia badmood sepanjang hari?
Karl tersengih sumbing. "Salah ke kalau aku.. datang melawat sepupu aku? Disebabkan kau datang pada hari bahagia aku.. maka, aku datang pada hari bahagia kau."balas Karl dengan nada memerli.
Fakhrul memusingkan tubuhnya menghadap Karl. Kakinya diatur mendekati Karl yang masih bersantai di birai katilnya.
"Kau fikir dengan mudahnya aku lepaskan kau? Karl, kau kena ingat.. orang yang ada niat tak baik macam kau ni.. senang dapat bala. Suatu hari nanti, Aira akan tahu juga niat kau yang sebenar." Fakhrul memberi peringatan kepada Karl.
Karl mengeluh perlahan. Kenapa beria sangat Fakhrul nak merosakkan rumah tangganya ni? Dia sudah ada hati pada Aira jadi.. kenapa dia perlu takut? Sekarang niatnya ikhlas mencintai Aira. Dan.. mungkin dalam pada masa yang sama juga.. Karl masih mengharapkan harta Aira.
"Aku dah cintakan dia, bro. Sekarang, tak ada apa yang aku perlu takutkan. Bagi aku, perkahwinan kau ni penyelesai bagi semua masalah aku." ujar Karl sambil bangun dari duduknya. Kini mereka berdiri berhadapan.
Fakhrul tersengih. "Karl, Karl.. kau fikir aku akan biarkan Aira diperbodohkan oleh kau untuk selamanya? Cinta konon.. playboy jenis yang tak setia macam kau, cuma tahu gunakan perempuan untuk kepentingan kau aje. Aku takkan biarkan Aira jatuh dalam tangan kau."
"Kenapa kau perlu judge aku dengan setia? Salah ke kalau aku dah cintakan Aira? Dia isteri aku! Tak ada sebab, kalau aku cintakan dia."luah Karl. Nada suaranya meninggi.
Isu hati dan perasaan kini bukan lagi topik sampingan buat Karl. Kerana Aira, perasaan dan hati kini menjadi perkara sensitif untuknya. Dia sudah cinta dan setia pada gadis itu.. maka, tak ada siapa yang mampu menidakkannya. Termasuklah Fakhrul sekali.
Fakhrul mencebik. "Basilah, Karl. Hmm.. aku nak ingatkan kat kau, nikmatilah hidup sebagai suami Aira seboleh-bolehnya sebab aku.. aku akan rampas dia daripada kau."ugut Fakhrul dengan suara lantang.
Karl mengetap bibir. Penumbuknya sudah mahu dihayunkan ke pipi Fakhrul namun tak semena-mena matanya terpandangkan seseorang di celah pintu. Jelas terlihat kelibat Dayana yang sedang berdiri menunduk memandang lantai. Karl membatalkan niatnya.
Fakhrul tersengih bila Karl tak jadi menumbuknya. Kenapa? Karl tak cukup jantan ke mahu menumbuknya? Pfft..
Karl mengeluh perlahan. Dia kembali memandang wajah Fakhrul. Dada Fakhrul ditepuknya beberapa kali. "Selagi kau boleh jaga hati Dayana, kau jagalah baik-baik. Dia satu dalam seribu. Walaupun kau curang, dia masih terima kau."ucap Karl lalu melangkah keluar dari bilik.
Keluar saja dari bilik Fakhrul, Karl terus menarik Dayana jauh dari bilik Fakhrul. Apabila merasakan mereka sudah jauh, Karl mematikan langkahnya. Terdengar sedu-sedan keluar dari mulut gadis itu. Karl pasti Dayana sedang bersedih.
"Kau abaikan aje apa yang Fakhrul katakan itu. Dia itu kadang meroyan tak pakai otak."pujuk Karl dengan nada suara acuh tak acuh.
Dayana tidak membalas. Dia masih menekur memandang lantai sambil lengan baju pengantinnya disapu ke tubir mata. Air matanya diseka laju.
"Kau anggap aje apa yang kau dengar tu semuanya mimpi belaka. Fakhrul tu kadang tak waras juga. Biasalah, berdebar sampai cakap benda merapu. Kau pun tahu sendiri kan."tambah Karl cuba mnyedapkan hati Dayana.
"Aku tak kisah kalau dia sukakan Aira. Aku pun sebenarnya dah lama tahu hati dia pada Aira cuma aku tak sangka dia ada niat nak rampas Aira dari kau. Aku.. aku.."tak mampu Dayana meneruskan kata-katanya. Apa yang dia dengar tadi benar-benar menyiat hatinya. Sanggup Fakhrul buat begitu padanya?
Karl mengeluh. "Selagi aku boleh pertahankan Aira, aku akan cuba. Fakhrul atau sesiapa pun.. tak boleh rampas Aira dari aku. Dia selama-lamanya isteri aku."ujar Karl dengan nada mendatar.
Dayana tersengih. "Bagusnya jadi Aira. Dua orang lelaki terkejar-kejar nak dapatkan dia. Huh.." luah Dayana menjeling ke tempat lain.
Mata Dayana beralih memandang Karl. Bibirnya menguntum senyum kelat. "Aku okey. Kau jangan risau." ujar Dayana sebelum berlalu meninggalkan Karl sendirian.
...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro