Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 34

Sejak tadi, fikirannya entah ke mana. Tangan masih bergerak kerja namun fikirannya memikirkan orang rumah. Karl akhirnya mengeluh perlahan. Kerja yang tadi dia buat terus ditangguhkan serta-merta. Laptop yang berada di depan mata ditutupnya lalu ditolak tepi. Tak semena, Karl termenung sendiri.

Fikirannya asyik terfikirkan tentang Aira. Senyuman gadis itu, memek muka comelnya dan tak lupa juga kata manis yang gadis itu berikan.. semuanya berulang kali mengusik fikirannya. Apa dah jadi pada kau ni, Karl? Semuanya Aira?! Lol, apa sebenarnya perempuan itu dah gunakan pada aku sampai aku asyik terfikir pasal dia ni? Karl mencemuh dalam hati.

Plaster comel yang masih tertampal diwajahnya tak semena-mena disentuh. Sudah tiga hari berturut-turut dia pakai plaster yang sama. Plaster itupun makin lama makin lusuh. Namun, entah kenapa berat hati Karl untuk menanggalkan plaster itu dari wajahnya walaupun luka dipipinya sudah beransur pulih.

"Gila?! Takkan aku dah mula sukakan dia? Come on, lah Karl. She's not your dream wife lah."rungutnya sendiri sambil menggosok-gosok kedua-dua belah pipinya.

Argh! Kalau boleh padamkan memori, dia mahu luputkan wajah Aira daripada ingatannya. Gadis itu tak layak untuk dicintai olehnya. Bagi Karl, cinta yang diberinya ini terlalu mahal untuk gadis kampung seperti Aira. Akhirnya, Karl mengeluh perlahan.

Wajahnya diraup perlahan lalu dia menyembamkan wajahnya ke meja. Kalau hari-hari macam ni, habislah dia. Papa marah, mama marah dan dia pun marah.

Ketukan di pintu bertalu-talu langsung tak diendahkan Karl. Dia masih menyembamkan wajahnya ke meja kerjanya.

Perlahan-lahan pintu pejabatnya dibuka, PA nya Kareena memasuki ruang pejabat. Pintu pejabat dikuncinya bagi mengelakkan sesiapa melihat adegan mesra mereka berdua kelak. Langkah kaki kemas diatur oleh Kareena menghampiri Karl.

"You.."seru Kareena sambil mengurut lembut bahu Karl tanpa dipinta. Karl masih tidak memberikan sebarang respons. Dia diam tidak menyahut.

"You, jom lunch."ajak Kareena dengan suara manja.

Karl mengangkat wajahnya memandang Kareena. Matanya menandakan dia tak acuh pada Kareena. Berkerut saja. Pandangan menyampah pun ada juga.

"You lunch lah sorang-sorang. I nak bersendirian sekarang ni."tegas Karl lalu menopang dagunya malas.

Kareena mengacip gigi. Isy, ini yang malas ni. Karl ini kalau mood tak baik dia datang, semua orang dia marah. Hmm.. Kareena tidak mengalah. Dia cuba untuk membetulkan tali leher Karl tanpa disuruh.

"You, jomlah."pujuknya dengan lenggoknya yang menggoda.

Karl tak semena-mena menepis kasar tangan Kareena daripada menyentuh tali lehernya. Dia sudah berdiri menghadap gadis itu dan sebuah pandangan marah dia berikan pada gadis itu. Kareena yang terpaku dengan tindakan Karl terus menikus.

"Apa kau nak ni, perempuan? Kalau aku cakap aku taknak lunch. Aku taknak lah! Kau jangan nak paksa aku!" jerkahnya dengan nada suara marah. Giginya dikacip ketat.

Kareena sudah buat muka seposennya. Konon, nak minta simpati daripada lelaki itu. Namun, muka seposennya itu mengundang rasa menyampah dalam hati Karl.

"I cuma nak ajak bf I lunch. Takkanlah tak boleh."dia cuba memberanikan diri untuk bersuara.

Karl mendengus. "Mulai saat ini, aku bukan bf kau. Aku bos dan kau PA aku. Fullstop!"tegas Karl.

"What do you mean? You nak break dengan I ke?"tergamam Kareena dibuatnya. Dia dengan Karl baru sahaja couple. Tak sampai dua minggu tapi lelaki itu sudah memutuskannya. Dia pun ada harga diri juga!

"You tak faham bahasa manusia ke? Kalau I cakap you bukan gf I lagi thats mean you just only my PA. No more." balas Karl. Serentak itu dia berlalu meninggalkan Kareena terkebil-kebil sendirian di pejabatnya.

Karl mengatur langkah laju sepanjang koridor. Mata-mata staf yang memandangnya langsung tak dipedulikan. Dia sedang serabut jadi lantaklah mata orang itu. Bukan bawa problem pun.

"Karl!"seru suara seseorang dari belakang.

Karl mematikan langkahnya dan menoleh ke belakang. Kelibat Dayana yang sedang mengatur langkah ke arahnya dipandang sekilas. Gadis itu kelihatan tersenyum melihatnya.

"Kenapa laju semacam ni? Lambat date dengan another girl ke?"tebik Dayana dengan nada memerli.

Bukannya dia tak tahu skandal Karl sekarang ini. Walaupun dah ada isteri but stay nak pasang perempuan lain. Kasihan juga dia melihat Aira dipermainkan oleh Karl. Namun, ketika ini.. dia masih tak dapat nak membantu Aira.

"You buat apa kat sini? Hari ni, Fakhrul tak masuk kerja."balas Karl dengan pandangan hairan.

Dayana mengukir senyum. "I tahulah Fakhrul tak masuk kerja hari ni since dia yang temankan I tadi. I datang sini sebab nak jumpa you."

"Jumpa I?"Karl sudah mengerut hairan.

"Tadi I jumpa Aira dekat mall. Guess what we talking about?"

Karl angkat bahu. Dia bukan tahu sangat pun apa yang perempuan selalu bualkan. Make up? Fashion? Ada lagi ke?

"Aira tanya fasal Mia, your beloved ex-girlfriend."kata-kata Dayana mengundang rasa terkejut pada diri Karl. Aira tanya pasal Mia? Kenapa pula perempuan itu tiba-tiba tanya fasal Mia pula?

"You cakap apa?"

"I tell her the truth."
...
Di hadapan cermin, aku sisir rambutku perlahan. Pandangan kosongku aku buang ke cermin sedangkan fikiranku melayang memikirkan perkara lain. Perbualan antara aku dan Dayana petang tadi buatkan aku jadi termangu sendiri.

Ekor mataku tak semena-mena mengerling ke arah gambar yang terletak di sebelahku. Gambar Mia dan Karl itu aku tilik lama. Bibirku tak semena-mena tersenyum hambar.

"Dayana, saya nak tanya something pada awak.. boleh tak?"soalku masih ragu-ragu.

Dayana yang ketika itu sedang menghirup jus minumannya sudah berkerut dahi. "Apa yang Aira nak tanya?"

"Ini.."aku menyerahkan sekeping gambar yang sehingga sekarang aku tak mampu untuk selesaikan persoalannya. Gambar lama antara Karl dengan seorang gadis. Siapa pula gadis di dalam gambar itu?

Gambar itu bertukar tangan. Dayana membelek gambar itu lama. Matanya tak semena-mena menoleh ke arahku dengan dahi yang berkerut seribu.

"Dari mana Aira dapat gambar ni?" soalnya minta jawapan.

"Beberapa hari lepas, saya jumpa gambar ni. Saya tanya abang Karl tentang gadis dalam gambar itu tapi.. dia marah. Awakkan rapat dengan abang Karl, boleh saya tahu siapa perempuan dalam gambar itu?" jelas ku. Aku sudah berkerut untuk mendengar cerita. Telingaku sudah dilebarkan untuk menadah cerita.

Reaksi yang Dayana berikan menjelaskan bahawa dia sedang ragu-ragu. Bibirnya diketap. Matanya mengerling ke arahku sekejap sebelum perhatiannya tertumpu sepenuhnya pada gambar tersebut. Akhirnya, satu keluhan berat dilepaskan oleh Dayana.

"Perempuan ni nama dia Mia. Dia.. erm.. dia.. dia pernah jadi tunang Karl tapi lepas itu dia pergi macam itu aje. Baru sekarang kita dapat tahu yang dia dah pun berkahwin."cerita Dayana dengan jelas.

Bibirku ketap. Abang Karl pernah bertunang? Kenapa tak ada orang pernah beritahu aku tentang semua ni? Aku rasa ditipu.

"Jadi, Mia ni lah penyebab Abang Karl tak sukakan orang kampung macam saya selama ni?"

Dayana mendiamkam diri. "Erm.. tapi, sekarang Karl dah ada Aira. Jadi, kita tak perlu ungkit kisah lama. Mia dah ada hidup dia sendiri dan Karl dah ada Aira sekarang ni."ujar Dayana cuba memujukku untuk tidak terlalu memikirkan perkara itu.

Pinggangku tak semena-mena dipeluk dari belakang. Tersedar aku dari lamunan pendekku. Segera kepalaku aku toleh memandang Karl dibelakangku. Dia menyandarkan kepalanya ke kepalaku. Aku biarkan saja dia buat begitu.

"Termenungkan apa itu, sayang?"sapa Karl dengan nada penuh romantis.

Aku menarik senyum nipis. Pipi Karl ku pegang. Mata kami bertembung menerusi cermin.

"Terfikirkan suami Aira ni. Lama tunggu tapi still tak balik lagi."bohongku dengan suara menguja.

"Abang dah balik ni. So, what next?" Karl melepaskan pelukannya pada pinggangku lalu dia mendepakan tangan. Aku menyungging sengih. Ada-ada sajalah mamat ni. Nak buat babak romeo juliet pulak dah dalam bilik ni. Malu tau!

"Tak naklah."aku menidakkan.
"Come on lah. Dah lama abang tak rasa pelukan daripada sayang."rengek Karl mengada.

Aku membuat muka jengkel. Isy, mengada betul orang tua ni. Lambat-lambat aku bangun lalu langkahku merapati tubuh Karl. Tanganku menjalar memeluk tubuhnya. Bau haruman minyak wangi Channel yang melekat pada tubuhnya menyapu hidungku. Sungguh wangi. Senang.

Karl memelukku erat. Lagaknya seperti tak mahu melepaskan aku. Aku tidak meronta malah aku berasa nyaman bila dia buat begitu. Rambutku dibelainya lembut.

"Abang rasa.. abang dah mula sayangkan Aira."bisiknya perlahan. Aku tergamam mendengar kata-katanya. Ubun rambutku dikucupnya lembut.

"Now, im in love with you." bisik Karl namun kali ini telingaku tidak dapat menangkap bisikan halusnya. Sangat halus.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro