Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 32

Dengan penuh berhati-hati, aku menghidangkan sambal hijau ikan bilis di atas meja. Hanya lauk ini sahaja yang mama kata Karl akan makan dengan nasi. Jadi, aku harap masakan ku yang satu ini dapat menambat seleranya. Harap-haraplah Karl dapat menjamu masakan aku ni sambil buat happy facenya itu.

Aku mengerling ke arah jam yang tergantung di ruang makan. Jam sudah menuding ke angka 7 malam namun masih belum ada tanda-tanda Karl mahu pulang ke rumah. Lelaki itu kata dia pulang awal hari ni tapi.... erm, dah lewat satu jam dah ni.

Punggungku aku labuhkan di kerusi meja makan. Satu keluhan kecil aku lepaskan. Aku memang nak buat suprise untuk Karl hari ini. Dia pun tak tahu yang aku masak makanan ini untuk dia. Aku takut bila Karl pulang ni makanan ni dah sejuk. Tak sedaplah kalah dah sejuk. Tak selera nanti. Tak fasal-fasal jadi kes membazir pula.

Perasaan risau dan gusarku mulai timbul. Entah kenapa, hati aku rasa tak sedap. Harap-haraplah perjalanan Karl pulang ke rumah selamat dan dilindungi Allah. Aku taknak Karl terluka pun bila sampai di rumah.

Selang berapa minit kemudian, terdengar deruman enjin kereta memasuki perkarangan rumah banglo kami. Aku dah hafal sangat bunyi enjin kereta Karl. Berlari-lari anak aku membuka pintu rumah mahu menyambut kepulangan Karl ke rumah. Bibirku sudah melingkar senyum sampai ke telinga. Tak sabar mahu lihat reaksi Karl menikmati masakanku nanti.

Keluar sahaja dari perut kereta, raut wajah Karl seperti masam mencuka. Tiada pun sebingkis senyuman dia hadiahkan pada petang itu. Dia pun.. langsung tak memandang ke arahku bila masuk ke rumah. Aku tergamam.

"Abang.."seruku memaut tangannya.

Karl menepis lembut tanganku dari terus memaut tangannya. Entah kenapa, hati aku terguris bila dia buat begitu padaku.

"Abang penatlah. Bagi abang rehat." balasnya dengan nada mendatar.

Aku tidak mengangguk tidak menggeleng. Malah, aku mendekatinya. Pipinya yang kemerah-merahan menarik perhatianku. Aku terpana sejenak. Terus aku memegang pipinya berhati-hati. Karl mengaduh sakit.

"Pipi abang luka ni. Kenapa boleh sampai macam ni?"soalku sudah mulai risau.

Karl meraung perit bila aku menekan lembut pipinya. Terus dia menolak tanganku kasar dari terus menyentuh wajahnya. Dia sudah berkerut marah namun aku langsung tak pedulikan raut wajahnya. Dia tak tahu ke yang sekarang ni aku risaukan cacat cela yang menghias wajahnya?

"Abang, abang duduk dulu. Aira nak tengok luka abang itu. Dalam ke tak.." pintaku masih ralit membelek luka pada pipinya.

Karl yang pada mulanya enggan akhirnya mengalah juga. Aku menarik tangan Karl untuk duduk di sofa. Dia menjerit pedih bila aku sentuh lukanya. Beberapa kali juga dia menepis tanganku kerana pedih yang amat namun aku tak pedulikan.

"Nasib baik luka abang ni tak dalam. Saya sapu ubat dan lepas itu, saya tampal dengan plaster."ujarku sendirian.

Tanpa membuang masa, aku berlari anak ke dapur untuk mengambil first kit. Beberapa minit kemudian, aku kembali sambil membawa kotak kecemasan itu. Bila aku keluarkan ubat luka, bersungguh-sungguh Karl mahu menjauhkan diri.

"Abang, sinilah... tak sakit pun." pujukku yang sudah puas mencuba untuk menyapu ubat itu pada wajahnya. Aku ni bukan kuat sangat pun. Sudah memang terbukti kudrat Karl memang tak mampu untuk aku lawan.

"Pedih.."rengeknya manja sambil buat muka duckfacenya. Isy, comel betullah suami aku ni.

Aku tertawa kecil bila dengar rengekan Karl yang seperti budak kecil itu. Alah, sakit sikit aje pun bukannya pedih sampai nak mati pun. Isy, tua bangka pun still nak mengada-ngada. Ada juga yang kena hempuk dengan tudung saji kang...!!

"Sakit sikit aje, bang. Tak apa.. Aira sapu lembut-lembut. Aira takkan biarkan suami Aira ni meraung sakit." janjiku padanya.

Karl tersenyum. "Okey. Sapu dengan penuh kasih sayang tau."pintanya merepek. Disebabkan dia sakit sekarang ni, aku iyakan saja permintaan merepeknya itu. Tak adanya istilah sapu ubat dengan penuh kasih sayang. Phuihhh!!

Dengan penuh berhati-hati, aku sapukan ubat itu pada lukanya. Dia merengek sakit. Sekali-sekala aku dengar dia merengus pedih. Erm.. manja betul mamat yang seorang ni. Isy! Setelah siap menyapu ubat, aku tampal sekeping plaster yang bercorak hati pada tempat lukanya. Hati itu hati aku tau. Ahakkksss!!!

Aku menarik nafas lega. Akhirnya siap juga tugas aku merawat orang sakit ini. Mataku memandang ke arah Karl. Dia juga turut sama memandang ke arahku dengan senyuman yang tak mampu aku tafsir. Tapi, jelaslah senyumnya seperti senyuman bangga kepadaku. Aku angkat kening bila rasakan matanya lama meremung wajahku. Bukan tak biasa tapi rasa pelik.

"Kenapa abang pandang Aira macam itu?"soalku teragak-agak.

Karl menarik nafas. Akhirnya dia alihkan matanya ke tempat lain. Senyumannya masih mekar di birai bibirnya. Hmm.. baru nampak dia senyum kalau tak kelat aje.

"Mana Aira belajar ilmu mengubat orang ni? Tak pernah cerita pada abang pun."ujar Karl dengan nada merajuk acah-acahnya itu.

Aku tersengih. "Aira memang suka rawat orang. Masa kat sekolah dulu, Aira ambil BBSM.. sebab masa kecil Aira memang nak jadi doktor tapi hmm.. bila fikir duit, rasanya biarlah Aira korbankan cita-cita Aira itu dulu." balasku dengan nada hambar. Memang sesih bila memikirkan zaman aku dulu. Sangat menyedihkan.

"Jadi, Aira nak jadi doktor? Keputusan SPM Aira okey tak?"soal Karl cuba mengorek lubang.

Aku menjungkit senyum hambar. "Aira dapat 8A SPM. Waktu itu, Aira dapat banyak tawaran tapi disebabkan tak mampu.. Aira tolak semuanya. Lagipun, waktu itu Aira dah tak ada ibu kan?" keluhku perlahan. Sebak bila kenangkan cerita lama.

Karl mengeluh perlahan. Dalam hati, dia juga turut berdukacita pada nasib yang menimpa isterinya itu. Tak dapat terbayangkan oleh kepalanya jika dia kehilangan kedua ibu bapanya pada usia yang masih muda. Entah betah ke dia hidup agaknya? Karl mengusap-usap kepalaku lembut. Aku yang terkejut mendapat reaksinya itu terus mendongak memandangnya.

"Abang tak sangka isteri abang ni adalah orang yang kuat. Aira jangan sedih.. sekarang ni, abang ada untuk Aira."ujarnya dengan nada semangat.

Aku mengukir senyum. "Sebab itu, Aira taknak kehilangan abang. Hanya abang yang Aira ada sekarang ni."balasku lalu memeluk tubuh sasanya.

Karl terkebil-kebil bila aku memeluk tubuhnya. Perasaannya lain macam. Entah kenapa, dia rasa kasihan pada Aira dan pada masa yang sama.. dia juga rasa bersalah.

"Abang, jangan tinggalkan Aira." bisikku masih tak melepaskan pelukan dari tubuhnya. Aku rasa selesa bila setiap kali berada dalam pelukan Karl.

Karl mengurut belakangku lembut. "Abang takkan pergi mana-mana tinggalkan sayang."balasku dengan nada serba-serbi.

Watdehek? Kenapa sekarang kau tiba-tiba rasa bersalah pada Aira pula ni? Kau kena ingat misi utama kau. Bro, jangan cakap kau dah mula sayangkan Aira pula.
....
Karl ke hulu ke hilir sambil menekup telefon pintarnya ke telinga. Termasuk kali ini, sudah berapa kali dia mendail nombor telefon Fazura. Dia kasihan melihat gadis itu tadi. Dirinya yang salah, gadis itu pula yang terkena tempiasnya.

Dalam senarai girlfriendnya, Fazura lah yang paling lama dia couple. Dia rasakan aura Fazura ni lain. Kalau yang lain mahukan duitnya tapi Fazura dia rasakan gadis itu ikhlas sukakannya. Karl mengeluh perlahan.

Akhirnya, Karl mengalah. Dia meletakkan telefon pintarnya di atas meja kopinya lalu meraup wajahnya. Kejadian petang tadi asyik bermain dalam fikirannya. Setiap kata-kata yang dilontarkan Puan Sri Tania bagai menyentapkan hatinya. Mungkin kerana kata-kata yang dihamburkan mamanya itu, dia mulai rasa serba salah pada Aira.

Karl bergerak ke arah beranda yang terbuka. Suasana larut malam itu cuba untuk dinikmatinya. Fikiran yang kusut pula dia cuba untuk tenangkan. Sekali lagi Karl mengeluh perlahan.

"Aira.."nama itu meniti di bibirnya. Sebuah senyuman tersemat di bibirnya. Tak semena-mena luka petang tadi dipegangnya. Plaster comel yang dipakaikan Aira masih melekat diwajahnya.

"Aira Farzan binti Tan Sri Ridhwan Azmi.. isteri aku." tuturnya perlahan.

Tak sangka dia boleh segila ini? Dia sudahpun mengahwini perempuan yang pernah dia katakan benci dulu. Karl mengusap dagunya sambil dia membayangkan wajah manis Aira ketika merawatnya tadi.

Dia pun tidak menyangka gadis itu akan merawatnya. Karl ingat Aira tak tahu banya benda tapi nampaknya dia silap. Gadis itu memang serba boleh.

Karl mengeluh perlahan. Terus dia mengatur langkah keluar dari bilik rehatnya itu menuju ke bilik semula. Buka sahaja pintu, Karl terdengar suara merdu membaca Al-Quran. Terus dia membuka kecil pintu. Matanya mengintip kelibat Aira yang sedang bertelekung membaca Al-Quran.

Dia tergamam. Sekali lagi ayat suci itu buatkan dia terpaku. Karl menikmati setiap bacaan yang keluar dari mulut isterinya itu.

Selesai mengaji, Aira berdiri untuk menunaikan solat sunatnya. Karl masih mengintip.

Setelah itu Karl menuruni anak tangga satu persatu. Ketika dia melintasi ruang makan untuk ke dapur. Matanya tiba-tiba terpandangkan tudung saji yang masih bertutup di atas meja makan. Dahinya sudah berkerut.

Perlahan-lahan dia dekati meja makan dan membuka tudung saji. Karl terpana sejenak. Dia lihat beberapa hidangan lauk di bawah tudung saji itu. Ada telur, dan yang paling menarik perhatiannya adalah.. sambal hijau ikan bilis.

Kali ini, Karl tergamam. Perempuan itu masakkan aku sambal hijau ikan bilis? Dari mana dia tahu aku suka benda alah ni?, getusnya sendiri. Perut yang berkeroncong buatkan Karl jadi terliur. Dia ambil tempat di meja makan. Sesenduk nasi diletakkan di atas pinggan lalu dia menyenduk sambal hijau ikan bilis bersama telur.

Baru sesuap sudu singgah ke dalam mulutnya. Karl jadi terlopong. Ermmmmm~~.. sedapnya! Inilah sambal hijau ikan bilis paling sedap yang dia pernah makan. Lupakan diet buat sementara waktu. Karl tibai dua pinggan nasi.

Berani nak mengaku.. tapi sambal hijau ikan bilis style kampung memang terbaik ah!
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro