Bab 29
Aku membelek tubuhku di hadapan cermin. Omaigod.. terasa angin sejuk aircond menyapa kulitku. Sejuk! Dress malam itu memang tersangat menganiaya aku! Sudahlah singkat sampai peha, terserlah peha putih mulusku dibuatnya. Jarangnya juga boleh tahan. Ermmm... nak buat macam mana! Aku sudahpun berjanji pada mama.
Terdengar kereta Karl memasuki perkarangan rumah. Aku sudah mati akal. Gila nak suruh Karl tengok aku berpakaian begini? Malu gila!! Aduh, aku sudah mundar-mandir memikirkan apa yang patut aku buat ketika ini.
Nak sembunyi kat mana? Dalam almari? Erm.. tak logik! Hmm.. ke aku redha aje berdepan dengan Karl macam ni? Itu lagi tak logik! Ha... aku sudah mati akal!
Aku dengar tapak kaki melangkah masuk ke dalam bilik kami, terus aku melompat ke atas katil lalu aku tarik selimutku menutupi tubuhku sampai ke leher.
Bila Karl memasuki bilik, aku lemparkan senyum kepadanya. Karl merapatiku. Lelaki itu melonggarkan tali lehernya sambil pandangan hairan diberikannya kepadaku. Aku masih tersengih kerang.
"Abang ingat sayang dah tidur. Kenapa taknak tunggu abang kat luar?"soalnya duduk di birai katil. Rambutku diusapnya lembut. Aku biarkan dia buat begitu.
"Er.. Aira on the way nak tidur. Mengantuk."bohongku. Untuk memantapkan lakonanku, aku tenyeh mataku. Comel-comel gitu. Selepas itu aku berpura-pura menguap.
Karl tersenyum. "Ni, kenapa berselimut pula ni?"soalnya lagi lalu menarik selimut aku.
Terus aku halang tindakannya itu. Aku menolak tangannya daripada menyentuh selimut yang aku pakai lalu aku tersengih lagi. Aku lihat dahi Karl sudah berkerut seribu.
"Ini.. er.. erm.. air cond sejuk sangat, abang. Itu yang saya berselimut macam ni. Sejuk."alasanku.
"Are you sure? Sayang tak sembunyikan apa-apa ke dari abang?"dia sudah mula siasat.
Aku angguk kepala laju. Dadaku tak semena-mena berkobar-kobar bila lihat Karl sudah mulai curiga. Malunya aku kalau Karl dapat tahu aku pakai baju macam ni. Ini bukan dikira baju dah ni.. ni dah dikira azab dah ni.
"Hahaha! Sembunyikan apa, bang?"soalku berpura-pura tenang. Sedangkan jelas sangat kegusaran yang melanda aku ketika ini. Aku ni pun bukan pandai sangat menipu.
Tiba-tiba sahaja Karl menarik selimut lalu dia membaringkan tubuhnya di sebelahku. Aku terpana. Sungguh, aku terkejut dengan tindakannya itu. Baru sahaja aku mahu menjauhkan diri, Karl terus menarik tubuhku merapati tubuhnya. Tubuh aku bersentuhan dengan tubuhnya. Makin berdebar aku dibuatnya.
"Ab.. abang buat apa ni?" terketar-ketar aku bertanya. Aku rasakan pelukannya makin erat di pinggangku.
"Mama suruh Aira pakai dress itu ke?"soal Karl tiba-tiba dengan senyuman meleret.
Terus pipiku merona merah. Aduh! Kantoi! Haih, macam manalah boleb kantoi ni? Aku rasa aku dah selindung tubuhku baik-baik tadi.
"Macam mana abang tahu?"
"Mama yang bagi hint pada abang. Jadi, abang tahulah." balas Karl masih tak melepaskan pelukannya pad pinggang aku.
Aku gigit bibir. "Jadi, abang suka ke kalau Aira pakai dress ni?"soalku. Hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan aku sekarang ni. Malunya gamak sangat. Selepas ni, aku takkan pakai dress ni kalau Karl ketawakan aku.
Tangan Karl menjalar memegang ubun rambutku. Dia usap sambil bibirnya menguntum senyum nipis. Matanya membelek wajahku. Aku pula yang sudah gusar semacam.
"Abang tak kisah Aira nak pakai apa. Bagi abang, apa yang Aira pakai semuanya cantik belaka. Tak ada cacat celanya."ucap Karl dengan nada romantis.
Aku tergamam bila mendengar kata-kata Karl. Dadaku mulai berdebar tak menentu. Perlahan-lahan, aku memegang tangan Karl yang ketika itu sedang mengusap kepalaku. Bibirku menguntum senyum nipis.
"Abang.. Aira akan cuba jadi isteri yang baik untuk abang."balasku sambil menggenggam erat tangan Karl.
Karl menarik nafas perlahan. "Aira memang dah jadi isteri terbaik buat abang. Bagi abang, tak ada perempuan yang sesuai untuk abang kecuali Aira." ujar Karl.
Aku menarik nafas dalam-dalam. Mungkin inilah masanya untuk aku betul-betul menjadi isteri Karl. Perlahan-lahan, aku dekatkan bibirku ke bibir Karl. Bibir kami bersentuhan lama. Karl tergamam.
Aku meleraikan bibirku daripada bibirnya lalu aku memandang wajahnya dengan pandangan dalam. Bibirku menguntum senyum nipis.
"Aira, dah sedia untuk jadi isteri abang." putusku.
Karl masih berkerut dahi. Spontan, aku mencapai butang bajunya lalu aku buka satu persatu. Namun, Karl segera menepis tanganku daripada meneruskan niatku. Pandangannya masih tertumpu kepadaku. Aku memandangnya. Pandangan kami bertemu.
"Betul ke Aira dah sedia? Abang taknak Aira.."belum sempat Karl menghabiskan ayatnya.
Aku meletakkan jari telunjukku ke mulutnya. "Aira dah sedia sekarang ni."balasku dengan nada perlahan.
Pada awalnya, Karl terdiam. Namun, akhirnya dia mengukir senyum. Tubuhku didekatkan ke tubuhnya. Makin lama makin rapat. Karl mengucup dahiku setelah itu kedua-dua belah
pipiku sehingga akhirnya bibirnya menyentuh bibirku.
Aku biarkan dia buat begitu. Aku biarkan malam itu berlalu. Akhirnya, aku benar-benar sudah jalankan tugas aku sebagai seorang isteri. Mungkin, ini adalah titik penentuan pada perhubungan aku dan Karl.
...
Puan Sri Tania keluar dari dapur bersama segelas air. Baru sahaja dia mahu naik semula ke bilik, dia lihat kelibat Tan Sri Imran di meja makan. Lelaki itu sedang berteleku seperti sedang memikirkan sesuatu yang berat saja.
Terus Puan Sri Tania merapati suaminya yang masih berteleku di meja makan.
"Abang, saya ingatkan abang dah tidur. Kenapa ni, bang?"tegur Puan Sri Tania. Dia mengambil tempat di hadapan suaminya. Gelas berisi air diteguknya separuh setelah itu perhatiannya beralih pada suaminya.
"Karl."jawab Tan Sri Imran pendek. Namun, cukup buat isterinya kerut dahi. Apsal pula Karl jadi problem suaminya pula?
"Kenapa dengan Karl, bang?" soal Puan Sri Tania sudah resah. Kalau berita baik tak apalah juga.. ni macam tak baik aje rasa. Dengan ekspresi Tan Sri Imran yang semacam. Siapa tak risau. Takut juga kalau ada apa-apa terjadi pada Karl.
Tan Sri Imran mengeluh perlahan. Layu sahaja matanya membelek wajah bersih isterinya itu. Dia masih berkira-kira sama ada mahu berkongsi cerita tentang Karl ataupun tidak. Namun, dia bukannya jenis suka berahsia dengan Puan Sri Tania. Setiap masalah yang menimpanya, hanya Puan Sri Tania yang mendengar dan membantunya. Jadi, tiada sebab untuk dia berkongsi masalah Karl bersama Puan Sri Tania.
"Karl, ada perempuan lain belakang Aira?" balas Puan Sri Tania dalam nada terkejut.
Mahu tak mahu, Tan Sri Imran anggukkan kepala. Dia memang sudah dapat menebak reaksi isterinya itu. Dia pun pada awalnya terkejut bila dapat tahu Karl ada perempuan lain di belakang Aira.
"Macam mana abang tahu?"
"Ada staff beritahu abang dan ada yang nampak diorang keluar berjalan di shopping complex." jawab Tan Sri Imran.
Puan Sri Tania mengacip giginya. Berdesing telinganya apabila mendengar penerangan suaminya. Karl buat hal! Hal yang bukan biasa-biasa. Hal yang melibatkan hati dan perasaan!
"Siapa perempuan itu, bang?"
"Anita."
Puan Sri Tania mendengus marah. Tak habis-habis perempuan itu. Tak reti bahasa. Tangan Puan Sri Tania menghempas meja. Dia benar-benar marah sekarang ini.
"Perempuan tu memang tak faham bahasa melayu ke apa? Saya dah beritahu dia yang Karl itu suami orang tapi dia berdegil juga. Isy, memang nak kena budak itu!"gerutu Puan Sri Tania lalu mendengus marah.
"Karl.. memang sengaja ambil Anita jadi temannya."celah Tan Sri Imran.
Dahi Puan Sri Tania sudah berkerut seribu. " Apa abang cakapkan ni?"
"Karl kahwin dengan Aira sebab dia ada niat lain. Dia kahwin sebab nak tolong bisnes abang.. Karl tak pernah cintakan Aira." terang Tan Sri Imran dengan nada mendatar. Dia mengerling ke arah Puan Sri Tania yang sudah terpinga-pinga.
"Karl beritahu saya semuanya. Dia katakan selepas semuanya selesai, Karl akan lepaskan Aira." tambah Tan Sri Imran tanpa meninggalkan secalit pun informasi.
"Kenapa Karl boleh tergamak buat macam ni? Saya.. huh.. saya ingat Karl dah betul-betul berubah tapi.." lirih Puan Sri Tania bersuara.
Tan Sri Imran mengusap perlahan bahu isterinya. Tangannya terus mencapai tangan Puan Sri Tania lalu digenggamnya erat. Mungkin, cara ini dapat menenangkan Puan Sri Tania ketika ini.
"Mungkin ini yang terbaik untuk mereka. Kita doakan sajalah hubungan Karl dan Aira berjalan dengan lancar."ujar Tan Sri Imran. Dia harap doanya dimakbulkan Allah.
Baginya, Karl dan Aira patut bahagia bersama. Sekarang, syarikat bukan persoalannya. Selama ini dia salah, kerana harta.. dia sanggup korbankan kebahagiaan Karl dalam memilih pasangan namun sekarang.. dia sedar kesilapannya. Dia tak patut melibatkan soal hati dan perasaan dengan Karl dan Aira.
"Saya akan pastikan anak kita bahagia."janji Puan Sri Tania. Dia menggenggam tangannya erat. Dia sudahpun terpanah dengan semangat.
...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro