Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 26

Sudah hampir seminggu, aku tinggal bersama Karl di dalam banglo ini. Perhubungan kami masih meriah. Layanan Karl pada aku pun nampaknya makin manis. Kini, baru aku faham kenapa ramai sangat yang tergila-gilakan Karl. Dia pandai melayan perempuan. Buktinya, aku yang dulu bencikan dia perlahan-lahan boleh mula menyayanginya. Setiap hari, Karl tak pernah lepas menyebutkan ungkapan 'I love you' kepadaku.

Sekarang, aku yakin sepenuhnya hati aku pada Karl. Tiada sudah nama Fakhrul atau sesiapa dalam hati aku ni.

Pagi-pagi lagi, aku sudah bangun untuk mengemas rumah. Itulah kerja harian aku sekarang. Pagi, siapkan sarapan untuk Karl dan mengemas rumah. Petang pula, beli barang apa yang tiada di rumah.Kalau datang malas itu... erm, aku pilih tidur.

Aku mengemas ruang tamu dengan teliti. Maklumlah, aku jenis pantang nampak ruang tamu bersepah. Kalau dah start nampak bersepah itu, gatallah tangan ini nak mengemas.

Sedang aku leka mengemas kabinet, aku terbuka sebuah laci yang terletak di bahagian bawah kabinet. Perlahan-lahan aku membukanya. Tiada apa di situ kecuali sebuah bingkai gambar yang diterbalikkan. Aku menggigit bibir. Kelihatan bingkai itu sudah berhabuk teruk. Tak semena-mena aku mencapai bingkai tersebut lalu membeleknya.

Nampaknya, memang Karl tak pernah tengok gambar yang satu ini. Cerminnya penuh berhabuk. Aku bersihkan dengan tanganku. Gambar Karl bersama seorang perempuan bertudung. Aku meleret senyum. Manis betul gadis itu. Pemandangan di dalam gambar memaparkan suasana kampung. Karl dan gadis itu berdiri di bawah pokok rendang. Di bawah pokok itu terdapat sebuah buaian.

"Aira.."seru Karl merapatiku.

Tak semena-mena aku menyembunyikan gambar itu di belakangku. Aku terus bangun dari sofa dan berdiri menghadapnya. Bibirku aku paksa senyum bagi menyembunyikan rasa gemuruh di hati.

Karl berura-ura mahu memeluk pinggangku namun aku jauhkan diri sedikit. Lelaki itu terus mematikan tindakannya. Dahinya sudah berkerut seribu melihat tindakan drastikku.

"Kenapa ni sayang?"soalnya dengan nada hairan.

Aku sekadar menggelengkan kepala. Senyuman masih meniti manis di raut wajahku.

Karl sudah angkat kening. Kepalanya dipanjangkan melihat dibelakangku. Pelik sebab aku letakkan kedua-dua belah tanganku ke belakang.

"Sayang sembunyikan sesuatu ke?"soal Karl ingin tahu.

Cepat-cepat aku gelengkan kepala. Gila nak mengaku yang aku selongkar laci keramatnya itu.

"Tak, Aira tak sembunyikan apa-apa."aku menidakkan kata-katanya.

Karl meleret sengih panjang. Terus tangannya menyambar bingkai itu dari tanganku. Belum sempat aku mengelak, tangan Karl sudahpun menjangkau bingkai gambar itu. Aku terus terpaku di depannya.

"Lain kali, jangan main sembunyi-sembunyi dengan abang."sakat nya dengan tawa kecilnya.

Mata Karl terus membelek gambar tersebut. Aku lihat senyumannya makin lama makin pudar. Kini, wajahnya tegang. Tiada lagi reaksi senda dimainkan di raut wajahnya. Karl menoleh ke arahku dengan ekor mata tajam.

"Dekat mana Aira jumpa gambar ini?"tegas saja dia bertanya.

Aku sudah terkebil-kebil. "Kat situ."balasku sambil menuding ke arah laci yang masih terbuka.

"Siapa itu, bang?"soalku takut-takut.

Karl mendengus geram. Tak semena-mena dia membaling gambar itu ke dinding. Cermin bingkai pecah. Aku terpana sejenak.

Kemudian, mata Karl tajam menikam mataku. "Lebih elok, jangan sentuh barang dalam rumah ini."dia berikan amaran tegas kepadaku sebelum melangkah keluar dari rumah.

Aku dengar bunyi kereta Karl berderum di luar rumah. Laju sahaja kereta lelaki itu meninggalkan perkarangan rumah kami.

Bibirku ku ketap. Nampaknya tadi, Karl memang betul-betul marah. Tiada langsung kata sayang dia ucapkan padaku.

Perlahan-lahan aku menghampiri bingkai gambar yang sudah berkecai. Gambar yang berada di bawah pecahan kaca aku capai penuh berhati-hati. Nasib baiklah keadaan gambar itu masih elok.

"Siapa dia ni?"soalku sendirian. Mataku merenung wajah gadis itu.

Kenapa Karl benci sangat bila tengok gambar ini? Siapa perempuan dalam gambar ini? Kekasih Karl? Kawan? atau.. perempuan simpanan? Bertubi-tubi soalan menghentam fikiranku.

Telefon pintar yang berdering di kocek seluarku membuatkan lamunanku mati. Segera aku keluarkan telefon lalu membelek nama pemanggil yang tertera. Panggilan daripada nombor yang tak dikenali. Serta-merta aku angkat.

"Assalamualaikum."suara seorang gadis menyapa di corong telefon.

Aku balas salam yang diberinya. "Siapa ni?"

"Saya Inspektor Nina bercakap, adakah cik ni Aira Firzan binti Ridhwan?"soalnya dengan nada serius.

Dahiku makin berkerut. "Ya saya. Kenapa inspektor?"

"Macam ini cik Aira. Saya telefon cik Aira ni sebab saya nak tanya sama ada cik Aira mahu membuka semula tentang kes langgar lari ibu cik Aira atau mahu tutup terus?"soal Inspektor Nina.

Mataku buntang tatkala perempuan itu menyebut semula kes ibuku beberapa tahun lepas. Aku terdiam sejenak. Sudah lama kes ini diberhentikan disebabkan tiada bukti sahih untuk menyabit pesalah. Pesalahnya sampai sekarang masih berkeliaran bebas.

"Kenapa Inspektor tanya? Ada apa-apa berita ke?"

"Terdapat seorang saksi bagi kejadian itu. Dia seorang perempuan berumur dalam 20-an ke atas. Saksi kata dia nampak kereta yang melanggar ibu cik Aira. Kereta jenama Toyota Vios. Plat keretanya juga dia sempat lihat, nombornya PKA0023. Pemandu kereta tersebut merupakan seorang lelaki tapi saksi tak boleh lihat jelas disebabkan terhalang oleh tempat duduk kereta tersebut."jelas Inspektor Nina panjang lebar.

Aku tergamam. Akhirnya, aku dapat juga membela kematian ibu!

"Bila kita boleh jumpa?"soalku tanpa teragak-agak.

"Lagi cepat lagi bagus."
...
Teh ais dihirupnya rakus lalu cawan tersebut ditolaknya tepi. Iqram di hadapan sudah buat muka pelik. Apahal lah membernya yang seorang ini. Stress semacam.

"Kau apahal ni, Karl? Dah dapat bini pun stress?" sakat Iqram lalu meneguk teh tarik panas yang dipesannya.

"Stress lah. Dapat bini suka sibuk hal aku, siapa tak stress?" jerkah Karl dengan nada bengang.

Iqram di hadapannya tak semena-mena ketawa berdekah. Tak sangka, playboy pun boleh stress dengan perangai perempuan. Lagi tak sangka bila dapat tahu playboy Karl sudahpun ada bini dalam rumah.

Karl sudah dikenalinya sejak zaman universiti lagi. Dia, Karl dan Haril memang kawan satu kepala. Melepak, berfoya itu adalah kerja mereka di kala senggang. Tapi, sekarang dia dah tak boleh nak praktikkan perangai playboynya sebab sekarang ini dia dah ada tunang.

Karl sudah buat muka pelik. Orang tengah dalam masalah, dia boleh pula ketawa. Aku tak buat lawak free lah, bengap!

"Kau gelak apahal? Suka tengok aku stress macam ni?"duga Karl dengan nada membentak.

Iqram terus menggelengkan kepala. Dia menghabiskan sisa baki ketawanya lalu dia memandang wajah Karl yang seperti tenuk tak makan sebulan. Masam saja.

"Bukan,bro. Aku cuma kesian dengan kau. Baru seminggu kahwin, dah ada problem. Cuba kau cerita sikit, aphal? Wife kau ada buat hal ke?" ujar Iqram mahu kepastian.

Karl mendengus geram. "Dia skodeng gambar lama aku." balas Karl dengan nada mendatar.

Iqram angkat kening. "Gambar apa?"

"Gambar aku dengan Mia. Dia terjumpa gambar aku dengan perempuan sial itu. Hmm.." balas Karl. Nada suaranya mulai meninggi.

Terangguk-angguk faham Iqram dibuatnya. Dia sudah menggaru dagu. Lama juga dia tak dengar kisah fasal Mia. Mata Iqram memandang wajah Karl.

"Mana Mia sekarang?"soal Iqram.

"Aku taknak ambil tahu fasal dia. Dia bukan problem aku sekarang ni."jawab Karl acuh tak acuh.

Iqram anggukkan kepala. "Jadi, bukan hal besar pun. Aira itu tak tahu apa-apa tentang hubungan kau dengan Mia. Jangan salahkan dia disebabkan gambar aje." Iqram membela Aira. Pada pendapatnya, Aira tak buat silap.

Karl mengeluh lemah. Perlahan-lahan dia mengurut dahinya. Terimbau pula kejadian pagi tadi di mana dia marah Aira. Entah kenapa, rasa bersalahnya menyerbu.

Suasana sepi antara mereka. Karl mendiamkan diri sambil mengacau-ngacau ais di dalam cawan minumnya.

"Kau masih nak teruskan apa yang kau rancangkan ke? Kahwin dan cerai?"soalan itu tiba-tiba sahaja terpacul keluar dari mulut Iqram.

Mata Karl merenung wajah Iqram tajam. Segera dia larikan matanya ke tempat lain. "Dia bukan taste aku. Aku taknak hidup dengan perempuan yang bukannya taste aku."balas Karl dingin.

Terdengar gelak sinis Iqram bergema. "Ini bukan fasal taste kau, tapi.. ini fasal hati kau. Kalau kau cintakan Aira suatu hari nanti.. kau masih tetap nak ceraikan dia?"

Kini giliran Karl pula ketawa. Entah kenapa, perkara itu dirasakan lucu. Apa? Jatuh cinta dengan perempuan kampung? Cukup-cukuplah. Dia taknak terkena untuk kedua kalinya.

"Kau buat lawak ke? Benda itu takkan terjadi lagi? Aira adalah barang aku. Barang pakai buang aku. Selepas bisnes papa aku okey, aku ceraikan dia. Takkan ada cinta dalam hati aku untuk dia."balas Karl.

"Kau yakin ke, Karl? Cinta itu datang tak diduga. Aku takut kau pula nanti yang melaram taknak lepaskan dia."tebik Iqram cuba mengenakan Karl.

"Itu takkan terjadi, bro. Aku berani bertaruh."

"Wait and see, Karl."cabar Iqram tak mengalah.

Sedang mereka asyik bersembang ,seseorang datang merapati mereka. Namun perlahan-lahan langkahnya mati tatkala melihat Karl di situ. Pada masa yang sama Karl turut sama memandang ke arah gerangan itu. Mata mereka bertentang. Iqram yang melihat reaksi tercengang Karl turut sama menoleh ke belakang. Bibirnya menguntum senyum.

"Haril, sampai pun kau."sambut Iqram memandang Haril yang sudah tercengang berdiri.

"Kau ajak dia sekali ke?"soal Haril menuding ke arah Karl yang sudah memandang ke tempat lain. Sengaja Karl larikan matanya memandang tempat lain.

Dahi Iqram sudah berkerut seribu. "Kenapa kalau Karl lepak sekali dengan kita? Dia kawan kita juga kan?"

Haril tersengih sinis. "Dia bukan kawan aku. Aku tak ada kawan seego dia."

"Aku balik dululah. Banyak lagi benda yang aku nak buat." pinta Haril lalu berlalu pergi.

Iqram sudah tercengang. Terus dia pusing pandang Karl yang sedari tadi mendiamkan diri. Apahal ni?

"Apahal Haril itu? Kau ada problem dengan dia ke?" kehairanan Iqram dibuatnya. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba bergaduh.

"Biarlah dia."selamba Karl membalas. Wajahnya tak memainkan rasa bersalah. Tenang saja.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro