Bab 23
Masuk sahaja ke dalam bilik tidur, aku dengar suara orang mandi. Bibirku menguntum senyum. Tak lain dan tak bukan pasti Karl. Aku merapati katil lalu mengeluh penat. Malam yang sangat memenatkan. Jam menunjukkan 1 pagi, jadi bermakna 6 jam kami terpaksa melayan tetamu yang hadir. Aku kelelahan.
Malam ini, Tan Sri Imran tempahkan bilik hotel untuk kami berdua. Mungkin papa tahu kami pasti akan kepenatan memandu ke rumah nanti. Jadi, aku setuju tinggal di hotel untuk satu malam.
Beberapa minit kemudian,aku dengar Karl melangkah keluar dari bilik air. Terus aku menoleh ke arahnya. Dia hanya memakai jubah mandi yang hotel sediakan. Ketika itu, Karl sibuk membersihkan rambutnya. Aku melemparkan senyum padanya.
"Cepatnya abang naik? Saya ingat abang masih kat bawah lagi." ujarku.
Karl terus melabuhkan punggung di atas sofa tidak jauh dari katil. Satu keluhan penat dilepaskannya.
"Penat dah. Tak larat nak layan tetamu. Mau sakit kaki dibuatnya."rengek Karl sambil mengurut-ngurut kakinya yang sakit.
Aku tersenyum. Tak semena-mena aku dekati Karl. Kasihan pula lihat dia urut kaki begitu. Jelas sangatlah tahap penat dia itu dah sampai kritikal. Aku duduk di bawah lantai lalu aku urut kakinya perlahan. Karl tergamam namun dibiarkan saja kakinya diurut olehku.
"Ini baru dalam hotel, Aira dengar mama cakap lepas ni dia nak buat lagi resepsi di tempat lain. Dia kata dia nak buat dua hari berturut-turut tau."sendaku lalu menjeling ke arah Karl.
Senyumanku pudar apabila melihat pandangan Karl yang redup menikamku. Bibirnya menguntum senyum menggoda. Dia meraih tanganku lalu ditariknya aku untuk duduk di sebelahnya. Aku turutkan saja.
Entah kenapa, dadaku berdebar tak berhenti. Wangian syampu yang Karl pakai menusuk batang hidungku. Wajahku amat dekat dengan wajah Karl. Karl menopang kepalanya di sofa sambil merenung aku dalam. Dia masih tak henti-henti tersenyum melihatku.
"Kenapa kau tak nak buka tudung? Kau kan dah halal untuk aku?"soal Karl dengan nada yang sangat seksi.
Aku mengetap bibir. Aku terlupa yang sekarang ini aku dah sah jadi isteri Karl. Perlahan-lahan, aku tanggalkan tudung di kepalaku. Tangan Karl tak semena-mena menanggalkan ikatan sanggul di kepalaku. Rambutku yang ikal mayang paras bahu terlepas. Warna rambutku juga semula jadi perang ikut ibu. Makin melebar senyuman Karl. Tak semena-mena dia membelai ubun rambutku.
"Cantik betul isteri abang ni." pujinya masih bermain dengan rambutku. Aku biarkan saja.
Karl menarik kepalaku mendekati wajahnya lalu dahiku dikucupnya. Makin berdebar dadaku dibuatnya. Ya, Allah. Tak sangka, aku boleh berdebar sehebat ini?! Erm.. aku makin menggumam dalam hati. Karl terus mengelus pipiku dan ibu jari akhirnya menyentuh bibirku. Dia mengusap lama bibirku. Aku terpana. Aku lihat Karl merenung lama bibirku. Aku jadi tak keruan. Dia menarik wajahku mendekatinya. Aku pejam mata. Makin lama aku rasakan nafas hangatnya menyapa kulit wajahku.
Tak semena-mena aku tolak tubuh Karl. Aku lihat Karl sudah tercengang. Aku juga turut tergamam dengan reaksi spontan yang aku berikan tadi. Tak sangka aku boleh tolak Karl sekasar itu. Cepat-cepat aku menekup wajah lalu berkali-kali memohon maaf.
Karl tersenyum lalu ketawa kecil. Aku terdiam. Isy, dia gelakkan aku ke sebab gabrah semacam? Lelaki tak guna! Aku menggerutu dalam hati.
"Kenapa? Tak selesa ke bila abang buat macam tu?"soalnya memandangku.
Aku menganggukkan kepala. Rasanya, aku masih belum bersedia untuk lalui semua itu. Berikan aku masa. Umur ku juga masih tak masuk 20 tahun lagi, jadi.. aku masih remaja mentah sebenarnya.
Karl mengeluh perlahan. Dia meraup wajahnya. Wajahnya berubah sebal. Aku jadi rasa serba-salah bila melihat reaksi lelaki itu begitu.
"Maafkan abang. Sepatutnya, abang tanya Aira dulu sama ada Aira ready ataupun tidak. Abang.. abang mungkin terlalu cepat sangat tadi."keluh Karl sebal.
Tak semena-mena aku meraih tangan Karl. Lelaki itu menoleh ke arahku. Aku ukirkan senyuman padanya. Berharap agar dapat melupakan kegusaran dalam hatinya. Kasihan melihat Karl tak henti-henti menyalahkan diri sendiri.
"Bukan salah abang pun. Aira belum mandi lagi, Aira busuk sekarang ini. Aira takut nanti abang terganggu pula dengan bau peluh Aira yang semerbak ni." bohongku sambil mengipas-ngipas tubuhku.
Aku segera bangkit dari sofa untuk berlalu mandi namun Karl menarik tanganku ke bawah membuatkan aku duduk di sampingnya semula. Karl pandang aku sambil memegang kedua-dua belah tanganku.
"Kalau Aira tak ready lagi, jangan teruskan. Abang tak suka kalau Aira terpaksa lakukan semua itu untuk abang."ujar Karl bersalah.
Aku tergamam. Karl di hadapanku memang jauh beza dengan Karl yang aku kenal dulu. Karl dulunya memang seorang yang sangat menyampah, berlagak bagus dan perangai playboy dia memang semacam. Aku pun memang meluat tengok perangai dia tapi sekarang.. Karl yang aku lihat adalah seorang yang sangat prihatin, baik dan sangat lemah lembut. Aku akui perlahan-lahan aku tertarik dengan sikapnya. Dia sudah berjaya buatkan aku berdebar bila dengannya. Aku yakin itu cinta.
"Abang.."seruku sebak.
Bibirnya menguntum senyum. Pipiku diusapnya perlahan. "Dah, Aira pergilah mandi. Abang dah nak siap untuk tidur ni."ujar Karl lalu bangun meninggalkan aku di sofa.
Seraya itu aku bangun lalu menuju ke bilik air. Bibirku menguntum senyum. Aku bersyukur yang Karl adalah suami aku. Dia berubah dan berjaya ubah aku untuk mengenalinya. Aku rasa aku dah mula sayangkan dia.
Selesai sahaja mandi, aku lihat Karl sudah lena di atas katil, aku menarik senyum. Wajah Karl nampak sangat comel bila tidur. Sangat-sangat comel. Aku memakai pijama tidurku.
Setelah itu, aku mengeluarkan telekung yang ku bawa dari rumah. Nampaknya, malam ini aku tak boleh solat tahajjud. Hanya mampu tunaikan solat hajat dan solat taubat saja. Kalau dah tidur pukul 1, takkan rajinnya aku bangun pukul 3.. pasti terlajak punya. Dugaku. Jadi, lebih baik aku solat sahaja sebelum tidur.
Pada masa yang sama, Karl membuka matanya sedikit perhatikan Aira yang sedang menunaikan solatnya. Lama dia memerhatikan Aira solat. Entah rasa apa yang terpahat dalam hatinya. Dia rasakan hatinya tenang saat melihat Aira menunaikan solat. Apa kena entah dengannya. Apalah jampi serapah yang perempuan kampung itu gunakan agaknya sampai aku jadi macam ni?, getus Karl dalam hati.
Selesai menunaikan solat sunat hajat, aku menoleh ke arah katil. Aku mahu pastikan Karl betul-betul sudah tidur. Aku takut kalau-kalau Karl akan terdengar bacaan doa aku selepas ini. Apabila aku sudah pastikan Karl tidur, segera aku tadahkan tangan.
"Ya Allah, ya Tuhanku... bukakanlah hatiku untuk mengenali suamiku. Jaga dan peliharalah dia dari sebarang dosa dan maksiat. Engkau peliharakan hubungan kami agar dapat kekal sampai ke Jannah. Panjangkanlah usia perjodohan kami semoga suatu hari nanti, kami dikurniakan rezeki anak yang baik soleh dan solehah. Aamiin." doaku penuh hemat. Apa yang setiap aku ucapkan semuanya ikhlas datang dari hatiku.
Aku tersenyum melihat Karl masih lagi tidur. Tak semena-mena aku merangkak mendekatinya. Makin rapat, baru aku perasan yang suami aku ni kacak sebenarnya. Aku puji segala yang tercipta di wajahnya. Bibir yang merah dan juga alis mata yang tebal. Patutlah, Karl merangkul piala Playboy sepanjang masa. Dia ada segalanya.
Aku menopang dagu di birai katil lalu leka merenung wajahnya. Dadaku berdebar lagi kali ini lebih kencang. Aku sukakan debaran ini. Debaran yang menghangatkan jiwaku.
"Tak tidur lagi ke, sayang?"sapa Karl tiba-tiba. Dia membuka mata lalu memandang ku. Tak semena-mena belakangku ditolaknya menyebabkan aku tertolak menghampirinya.
Bibirku tak semena-mena menyentuh bibirnya tanpa sengaja. Aku terkedu. Terus aku menutup mulutku. Karl yang turut sama terkejut terus menarik senyum.
"Nakal juga sayang abang ini kan?"sakat Karl memandang mataku. Sudahlah wajah aku sangat dekat dengan wajahnya. Terasa merah sudah pipiku kali ini. Segan!!!!! Kenapalah boleh tercium?!
Karl masih menahan belakangku dengan tangan sasanya. Dia pandang bibirku semula. "Nak lagi, boleh tak?"sakatnya.
Cepat-cepat aku tenyeh tanganku ke mukanya. Terus Karl melepaskan aku lalu urut wajahnya. Aku sudah galak mentertawakannya. Nak lagi kan? Itu makan dia.. Ahahaha!!!
...
"Malam ini, Dayana rasa Dayana nak tinggal dalam rumah ni. Boleh tak mummy?"soal Dayana meraih tangan Puan Sri Yati.
Puan Sri Yati membelai ubun rambut Dayana perlahan. Dia memang sayangkan Dayana kerana Dayana memang gadis pilihannya. Sudahlah cantik, gadis kacukan.. kaya pula itu. Belajar pun tinggi. Siapa lah tak suka Dayana jadi menantu?
"Boleh. Ada bilik kosong untuk Dayana kat atas tu. Mummy rasa Fakhrul boleh tunjukkan."pelawa Puan Sri Yati memandang ke arah Fakhrul yang sedari tadi mendiamkan diri.
Fakhrul mengeluh berat. "Mama lah yang tunjukkan. Fakhrul tengah penat ni."ujar Fakhrul dengan wajah lelah.
Memang sekarang dia sudah lelah. Lelah melayan rasa sakit hati yang sedari tadi berkecimpung dalam jiwanya. Betapa sakitnya hati bila lihat Karl dan Aira duduk bersanding di pelamin. Dia makan hati namun dia hanya mampu pendam sahaja. Walau apapun, dia masih tunang orang.. sudah tiada benda yang perlu dia halang.
"I rasa I nak you tolong tunjukkan."rengek Dayana manja. Lengan sasa Fakhrul digenggam nya erat lalu dia menopang kepala ke bahu Fakhrul.
Fakhrul mengeluh perlahan. Akhirnya, dia terpaksa mengalah. Ikutkan hati, memang dia nak terus tidur saja. Malas rasanya mahu menghadap perangai mengada Dayana. Sebal pula hati ini.
"Ma, Fakhrul hantar Dayana naik atas lepas itu, Fakhrul masuk tidur,okey?"spoantan Fakhrul bicara.
Puan Sri Yati menganggukkan kepala. Matanya melirik melihat Dayana dan Karl memanjat tangga sehinggalah mereka bersua hilang daripada pandangan.
"Abang, saya sukalah tengok Dayana itu bila berdua dengan Fakhrul. Bila pula kita mahu melihat diorang bersanding?"soal Puan Sri Yati apabila melihat Tan Sri Afran memasuki rumah.
Tan Sri Afran berjalan ke arah ruang tamu lalu dia membuka tv. Puan Sri Yati menuruti langkah suaminya dari belakang.
"Macam mana nak kahwin kalau Fakhrul asyik menangguh saja?"tempelak Tan Sri Afran.
Puan Sri Yati mengeluh perlahan
Betul juga apa yang dikatakan suaminya itu. Banyak betul alasan yang diberi Fakhrul apabila ditanya fasal kahwin. Tak ready lah, busy lah semua.. Naik muak Puan Sri Yati dengar ayat yang sama.
"Korang belum tidur lagi?"soal Tan Sri Imran menuruni anak tangga.
Tan Sri Afran dan Puan Sri Yati berpandangan ke arah Tan Sri Imran. Tan sri Imran memang pulang awal ke rumah kerana katanya esok ada mesyuarat penting dengan luar negara, jadi dia pulang awal. Puan Sri Tania lambat lagi untuk pulang. Masih banyak perkara yang belum siap lagi.
"Abang tak tidur lagi?"soal Puan Sri Yati memerhati Tan Sri Imran duduk berkumpul dengan mereka sekali.
"Mata tak boleh tidur." Tan Sri Imran beri alasan.
Tak semena-mena Tan Sri Afran ketawa berdekah. "Macam mana nak tidur kalau hari ini dah dapat menantu. Teruja lah tu."sakat Tan Sri Afran.
"Bukan main gembira tadi saya tengok abang dengan Tania kat majlis. Betul-betul meraikan saya tengok."sampuk Puan Sri Yati memandang ke arah Tan Sri Imran.
Tan Sri Imran tergelak kecil. Dia memperbetulkan duduknya di atas sofa.
"Mungkin itulah yang orang katakan jodoh agaknya kan? Terharu juga Karl boleh terpasang niat nak berkahwin."balas Tan Sri Imran diselangi tawanhya.
"Dia itu lelaki. Pasti akan terfikir juga nak beristeri. Lumrah hidup, Imran." Tan Sri Afran mencelah.
" Yalah. Erm.. aku nak naik atas kejap. Nak call Tania. Entah pukul berapa pula dia nak balik ke rumah agaknya?."senda Tan Sri Imran.
Dia mengorak langkah memanjat tangga. Apabila melihat adik iparnya itu pergi, Puan Sri Yati mencebik.
"Apalah yang nak dibanggakan dengan menantu yang datang daripada kampung itu? Kalau sayalah dapat Aira tu jadi menantu, jangan harap saya nak bercerita fasal dia." hina Puan Sri Yati.
Tan Sri Afran menggelengkan kepala. "Awak kena ingat. Aira itu lagi kaya daripada kita. Walaupun dia datang dari kampung, hartanya lebih dari kita." Tan Sri Afran beri peringatan kepada Puan Sri Yati.
Tak semena-mena Puan Sri Yati membetulkan posisi duduknya. Dia menghadap suaminya yang ketika itu sedang leka menonton televisyen.
"Abang, sebab Aira kayalah Karl itu sanggup kahwin dengan Aira. Saya tak bodohlah bang. Saya tahu taste Karl bukannya bawahan. Aira tu dia pandang sebelah mata aje sebenarnya." ujar Puan Sri Tania.
"Abang pun tahu itu. Takkan sesenang hati Karl boleh terima perempuan. Dia itu meninggi juga citarasanya."balas Tan Sri Afran menjeling ke arah isterinya.
"Tapi, bang.. Kenapa rasanya Karl nak sangat harta itu?"
Tan Sri Afran mencebik. "Syarikat Imran sedang ada problem sekarang ini. Dia tak boleh nak back up hutangnya dengan bank. Dia paksalah Karl kahwin dengan Aira untuk pujuk Aira berikan separuh hartanya untuk back up kerugian itu." jelas Tan Sri Afran tanpa secalit informasi pun tertinggal.
Tercengang Puan Sri Yati dibuatnya. " Macam mana abang tahu?"
"Imran pernah minta tolong dengan abang tapi abang buat tak peduli. Bagi abang, dia patut berkendiri untuk selesaikan semua masalah yang dia lakukan sendiri."luah Tan Sri Afran tegas.
Puan Sri Yati anggukkan kepala. Setuju!
...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro