Bab 20
Mataku yang sembap aku buka perlahan. Peritnya mata hanya Tuhan saja yang tahu. Cahaya pagi yang menerobos ke dalam bilikku sedikit sebanyak mengganggu penglihatanku. Aku sedikit berkedip.
Ah, sudah!
Disebabkan aku lihat adegan bermesra antara Fakhrul dengan Dayana semalam, sehari suntuk aku menangis. Apalah nasib aku ni? Kenapa mudah sangat aku percayakan orang? Kenapa mudah sangat aku ditipu? Sudah terang lagi bersuluh, Fakhrul memang ada hubungan dengan Dayana. Mesranya itu sampai buat hati aku ni bagai ditusuk. Fakhrul membelai pipi Dayana dan Dayana pula genggam erat tangan Fakhrul. Aku makan hati.
Aku ni siapa sebenarnya pada abang Fakhrul? Dia kata dia tiada hubungan dengan mana-mana perempuan tetapi semalam tu.. apa dia? Huh! Aku kecewa. Lelaki yang selama ini aku simpan baik-baik dalam hati sudahpun sakitkan hati. Aku rasa marah dan sedih. Perasaan ku bercampur baur.
Aku menarik nafas dalam-dalam. Aku akan cuba lupakan abang Fakhrul. Mungkin ini jalan yang terbaik untuk aku dan dia. Terus aku menuruni katil lalu mencapai tuala yang tergantung di hujung katil. Bilik air terus aku jejaki untuk membasahkan badan.
Seusai berkemas, aku pandang cermin. Mataku yang sembab aku belek. Memang dah tak boleh nak sembunyi. Kesan macam orang menangis jelas terserlah. Aku mengeluh. Aku capai bedak compact ku lalu aku tepek ke bawah mataku. Berharap agar kesan itu dapat hilang. Namun beberapa kali aku cuba, kesan itu masih tak hilang. Aku mengeluh. Percuma betul usaha aku ni. Sia-sia saja.
Akhirnya, aku cuba idea lain. Mataku dikecilkan. Okey, kali ini idea ini menjadi. Nampak macam tak menangis dah. Lepas rasa lega sedikit, aku mengatur langkah kakiku keluar dari bilikku. Ketika aku keluar, ketika itu jugalah Karl mahu masuk ke dalam biliknya. Tak semena-mena aku berlanggar dengannya.
Dahiku yang sakit melanggar dadanya ku urut. Mataku menjelingnya setelah itu aku berura-ura pergi. Tiba-tiba aku rasakan tangan Karl mencengkam daguku lalu dihadapkan wajahku ke arahnya. Dia belek wajahku seketika lalu dia ketawa berdekah.
Terus aku menepis tangannya. "Apa ni?! Suka hati sentuh saya. Isy!"aku mendengus lalu menarik muka geram.
Tak selesa betullah bila duduk satu rumah dengan Karl ini. Lelaki itu memang tak kenal halal haram. Semua dipegangnya. Aku menggerutu geram. Tak senang dengan kehadiran Karl di sini. Karl masih galak mentertawakan ku sambil menekan-nekan perutnya. Aku buat muka jengkel. Apa yang kelakarnya?
"Pfft.. sembab macam menangis hilang suami."ejeknya sambil menuding-nuding ke arahku.
Aku terdiam. Cepat-cepat aku sembunyikan mata ku. Kenapalah aku boleh terlupa tentang mata aku ni. Segera aku kecilkan mataku dan berura-ura mahu pergi.
Sekali lagi, Karl menyambar lenganku. Langkah kakiku mati. Aku menepis kasar tangannya lalu menoleh lelaki itu dengan wajah geram.
"Tak puas lagi ketawakan orang?"soalku apabila melihat Karl masih tersengih-sengih mengejek.
Karl menggelengkan kepala. Perlahan-lahan wajahnya berubah tanpa perasaan. Matanya redup menikam anak mataku.
"Kau menangis sebab Fakhrul kan?"soalnya tiba-tiba.
Terus aku alihkan mataku ke tempat lain. Aku berpeluk tubuh sambil tarik muka marah.
"Abang Karl tak perlu tahu.."ujarku lalu mengatur langkah meninggalkannya.
"Aku yakin yang kau dah nampak dia dengan Dayana kan? Betul tak apa yang aku cakapkan ni?"soal Karl dengan nada ingin tahu.
Tak semena-mena langkahku mati. Macam mana Karl tahu? Dia intip aku ke? Tebakku sendiri.
"Aku kesian tengok kau. Kena tipu dengan orang yang kau sangat suka."luah Karl. Aku dengar langkah kakinya mendekatiku dari belakang.
Sekarang, aku dapat rasakan aura lelaki itu dibelakangku. Dingin. Aku tak menoleh. Aku masih tercegat membelakanginya.
"Saya tak perlukan rasa kesian daripada abang. Selama ni, saya hidup tanpa rasa kasihan daripada sesiapa dan sekarang saya di sini.. jadi, abang boleh simpan rasa kesian abang tu jauh-jauh."ujarku. Baru sahaja aku mahu mengangkat kaki, Karl bersuara. Kali ini, nada suaranya sinis.
"Jadi, kau pun mesti tak tahu yang Fakhrul dah bertunang dengan Dayana kan?" umpan lelaki itu.
Kali ini, aku terkedu. Aku terus menoleh ke arahnya. Jantungku berdegup kencang. Wajah Karl aku renung tajam. Tak mungkin.. lah?!
"Abang tipu! Jangan fitnah abang Fakhrul sampai macam itu sekali." balasku masih tak percaya.
"Fitnah?"kata-kata Karl diselangi tawanya. Terus dia mengeluarkan telefin pintarnya lalu mencari-cari sesuatu.
Setelah itu, dia berikan telefonnya kepadaku. Aku pandang wajahnya lalu aku menerima hulurannya itu. Satu persatu gambar dalam telefon aku lihat. Mataku makin berkaca. Sedih yang teramat bersarang dalam hatiku. Apakah semua ini? Kenapa? Kenapa orang yang aku cinta lakukan semua ini kepada aku?
"Itu semua gambar resepsi pertunangan Dayana dan Fakhrul. Jadi, bukti apa lagi yang kau nak? Rakaman video? rakaman suara? Semuanya aku ada."tutur Fakhrul.
Aku menundukkan pandanganku ke lantai. Telefon itu aku serahkan kepada Karl semula. Runtun hatiku dibuatnya. Selama ini, abang Fakhrul tipu aku. Dia khianati kepercayaan aku. Semua pandangan, ucapannya benar-benar menyiat hatiku. Aku fikirkan dia heroku tapi rupanya lebih kejam dia buat pada aku. Air mataku satu persatu mengalir membasahi pipiku. Karl di hadapanku berdiam diri. Buat sementara waktu, dia tak bersuara.
"Kenapa abang beritahu Aira semua ni?"soalku tanpa memandangnya.
Karl menguntum senyum nipis. Dia mendekatiku selangkah. Aku tidak berganjak. Aku dapat hidu aroma tubuh Karl. Wangi dan menghangatkan jiwa. Aromanya sungguh maskulin.
"Aku taknak orang yang aku cintai terus menerus ditipu. Aku buat semua ini supaya kau sedar yang Fakhrul tu bukannya orang yang betul untuk kau percaya." ujar Karl dengan nada sebal. Tangan Karl berura-ura mahu memegang pipiku namun terus aku tepis lembut. Aku seka air mataku sendiri lalu aku pandangnya semula.
"Abang pun ada niat nak dekati saya kan?"aku menebak.
Karl mengukir senyum. Dia menarik nafas dalam-dalam lalu dihembusnya perlahan. Kedua-dua tangannya menyeluk kocek seluarnya.
"Niat aku nak memperisterikan kau, Aira. Sejak hari pertama aku nampak kau, aku mula sukakan kau."luah Karl dengan wajah redupnya.
Aku tergamam. "Bukan abang bencikan saya ke? Bukan abang tak suka ke orang kampung macam saya ni duduk dalam rumah ini?"
"Itu dulu sampailah aku perasan aku ada hati pada kau."ujarnya lagi.
Mulutku terkunci. Kedua-dua mata Karl aku renung dalam. Aku ingin tahu betul ke Karl benar-benar cintakan aku? Aku ragu. Wajah redupnya yang penuh mengharapa buatkan aku jadi serba-serbi. Wajahnya benar-benar meyakinkan aku. Aku mengeluh.
Tapi, aku tak cintakan Karl. Aku masih sukakan Fakhrul. Hati aku masih pada dia. Boleh ke aku lupakan Fakhrul dalam masa yang singkat.
Bila melihat aku diselubungi perasaan ragu-ragu, Karl menyeru namaku. Aku memandangnya semula.
"Aira, kau boleh pilih.. sama ada kau pilih lelaki yang sudah jadi tunang orang ataupun lelaki yang ingin kau menjadi isterinya. Itu pilihan kau untuk bahagia."luah Karl.
Aku menggumam sendiri. Lama aku diamkan diri. Kata-kata Karl ada benarnya juga. Aku perlu pilih sama ada terus hidup macam ini atau pilih Karl untuk lupakan Fakhrul. Aku mendiamkan diri.
"Abang Karl.."seruku perlahan. Wajahnya aku pandang.
"Kalau abang betul cintakan saya, saya sudi jadi isteri abang." putusku mengukir senyum hambar.
Karl mengukir senyum. "Terima kasih, Aira sebab balas cinta abang."
...
"Aira!"
Dari jauh aku dengar suara abang Fakhrul memanggil-manggil namaku. Aku mempercepatkan langkahku meninggalkannya. Tak betah aku berlama berhadapan dengan seorang lelaki penipu. Selfish!! Pentingkan diri sendiri.
"Aira."akhirnya, Fakhrul menaeik lenganku.
Aku segera mematikan langkahku. Terus aku tepis tangannya lalu aku berpeluk tubuh. Pandanganku dialihkan ke tempat lain.
"Apa?!"soalku acuh tak acuh.
"Betul ke apa yang abang dengar dari auntie Tania tadi? Aira memang setuju nak kahwin dengan Karl?"soal Fakhrul dalam nada tak percaya.
"Ya."jawabku sepatah.
"Kenapa tiba-tiba, Aira?"
Tak semena-mena aku pandang tajam Fakhrul. Wajah lelaki itu berkerut semacam. Peluh renek membasahi ubun kepalanya. Nampaknya dia memang betul-betul tak tahu apa-apa.
"Abang tanyalah soalan itu sendiri pada diri abang. Abang tanya siapa saya pada abang dan kenapa abang sanggup permainkan saya sampai sejauh ni?!"luahku geram.
"Ap.. apa? Abang tak faham."
Maraku sudah berkaca. Mahu saja air mataku mengalir deras saat ini namun aku tahan juga. Buat masa ini, aku tak mahu terlalu beremosi.
"Abang dah bertunang dengan Dayana kan?"
Wajah Fakhrul terkejut. Dia diam lama. Bibirnya diketip. Lalu, Fakhrul mengalihkan pandangannya ke tempat lain.
"Ap.. apa Aira cakapkan ni?"soalnya dengan nada perlahan.
Aku tersenyum sinis. "Selama ini, abang tipu Aira. Abang cakap abang tidak ada apa-apa hubungan dengan Dayana. Abang cakap Dayana kisah lama tapi sekarang...??? Huh, Aira betul-betul tak faham. Kenapa sampai macam ini sekali abang tipu Aira?"suaraku kesal.
Kali ini, aku tak dapat menahan air mataku. Makin laju air mataku deras mengalir. Di hadapan lelaki itu aku menangis semahunya. Fakhrul diam membisu. Dia membiarkan aku menangis di depannya.
"Siapa bagitahu Aira tentang semua ini?"
"Abang Karl."
"Jadi, Aira rela jadi isteri abang Karl sebab semua ini?"soal Fakhrul.
Aku tidak mengangguk dan tidak menggeleng. " Saya akan belajar untuk cintakan dia. Sekurang-kurangnya abang Karl ikhlas cintakan saya."
Aku dengar dengus sinis Fakhrul. "Cinta? Ikhlas?"
"Karl tak pernah kenal erti ikhlas. Apa yang dia buat pasti ada maksud."tambah Fakhrul memandangku.
Aku mengeluh. "Jangan burukkan dia di depan Aira. Tak lama lagi, dia bakal jadi suami Aira."ujarku dan terus berlalu tinggalkan Fakhrul sendiri.
Air mata yang bersisa aku kesat dengan lengan baju kurungku. Kenapalah aku perlu berjumpa dengan Fakhrul di pejabat Tan Sri Imran. Huh...!!!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro