Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 2:-

Aku mengerling jam tanganku semalam. Ah, sudah!!!! Aku sudah lewat 15 minit. Entah macam mana pula aku boleh tersasul bangun pukul 9.15? Nasib baiklah sempat bangun untuk solat subuh lepas tu tidur balik. Inilah padahnya.

"Dah lambat! Dah lambat!" bebelku pagi-pagi.

Aku menyarungkan kasut kerjaku dengan tergesa-gesa. Baru sahaja aku mahu turun keluar dari rumah, tiba-tiba sebuah kereta BMW masuk ke perkarangan rumah kampungku. Kalut ku tadi tak semena-mena hilang. Yang kini timbul, adalah persoalan. Siapakah pemilik BMW ini?

Sedang galak aku perhatikan BMW itu, tak semena-mena seorang wanita berumur dalam lingkungan 40-an keluar dari perut kereta bersama-sama dengan seorang lelaki.

Wanita itu mendekati ku yang masih terkebil-kebil di atas tangga usang itu. Bibirnya menguntum senyum memandang ku.

"Cik Aira Farzan binti Ridhwan Amri?"lancar sahaja wanita itu menyebut namaku.

Walaupun aku masih diterpa rasa hairan, aku anggukkan kepala juga.

"Ya,saya. Kenapa?"soalku.

"Ada benda yang kami nak bincangkan dengan cik Aira. Cik Aira tak sibukkan sekarang?"

Aku ketap bibir. "Sebenarnya saya dah nak gerak pergi kerja sekarang ni. Dah lambat."balasku.

"Benda ni penting."
"Tapi.."aku jadi serba-salah.
"Ini melibatkan hal keluarga kita Aira."ujar wanita itu dengan wajah serius.

Aku tergamam. Hal keluarga KITA? Jadi, dia adalah saudara aku? Aku pandang semula kereta BMW yang terparkir di hadapan rumahku lalu aku berpaling ke arah wanita itu semula.

Bukan calang-calang saudara aku ni rupanya. Siap ada kereta BMW tapi aku ada rumah pondok yang buruk sahaja. Hmm.. ibu tak pernah pun beritahu pada aku yang selama ini aku ada saudara orang kaya.

"Maksud auntie, saya keluarga auntie?"

Wanita itu memberikan senyuman. Dia faham situasi yang aku alami saat ini. Mesti aku pelik semacam.

"Kita cakap kat dalam. Nanti saya terangkan semuanya."ujar wanita itu.

Aku pun nak taknak terpaksa akur pada permintaannya. Pintu rumah yang terkunci, aku buka semula. Selepas itu, aku menjemput mereka untuk naik ke dalam rumah.

"Silakan masuk, auntie.. uncle.."jemputku dengan sopan.
......
Hari ini, segala apa yang aku lakukan semuanya tak kena. Cuci pinggan, pinggan pecah.. serve customer, terjatuh lah pulak. Senang cerita semuanya tak kena.

"Kau kenapa ni? Lingkup bisnes aku kalau tiap-tiap hari kau jahanamkan pinggan aku."bebel Encik Khalid.

Pinggan lebih penting daripada pekerja dia.. Hmm.. nampaknya manusia lebih pentingkan harta dunia daripada akhirat.

"Erm.. saya-saya tak sihatlah encik Khalid."aku beri alasan. Untuk mantapkan lagi lakonan, aku tambah adegan nak termuntah.

Encik Khalid terpedaya. Dia sempat memberikan aku pandangan jengkel. Setelah itu dia mendengus.

"Ada sajalah kau ni, Aira. Sudahlah tadi lewat sejam. Kalau orang lain, dah lama maki hamun suruh balik. Sekarang, sakit pula? Ni mesti nak minta balik awal kan?"duga encik Khalid.

Terus aku menggelengkan kepala. Agaklah nak balik, tak ada duit woo..

"Boleh saya minta rehat 1 jam tak? Mungkin lepas saya bangun, saya segar balik ke.."cadangku.

Lama Encik Khalid berfikir. Siap garu dagu sambil tilik aku atas bawah. Dia masih ragu-ragu mahu beri masa tambahan untuk aku berehat. Namun akhirnya, dia setuju juga. Garang-garang dia pun, masih ada belas kasihan lagi.

"Awak rehat lepas itu sambung kerja semula."

"Baik bos."

Setelah itu dia berlalu masuk ke pejabatnya. Aku sudah tarik nafas lalu ku lepaskan perlahan. Akhirnya, dapat juga aku berehat. Sambil langkah kaki aku atur, fikiran aku menerawang pada kejadian pagi tadi.

Sungguh kejadian tadi langsung tak mampu untuk diterima akal yang sihat.

"Ayah Cik Aira merupakan anak sulung kepada Tan Sri Hashim Mukim. Maka, Tan Sri mewasiatkan 2/4 daripada hartanya kepada ayah cik Aira."jelas lelaki tua yang bernama Encik Jalil.

Aku terpana sejenak. "Sekejap?! Apa encik cakap tadi? Ayah saya anak Tan Sri?"soalku pelik.

"Encik dan Puan Sri dah salah rumah ni. Ayah saya orang biasa sahaja. Dia hanya penoreh getah di ladang orang saja."aku cuba ingatkan pada mereka semula.

Wanita itu mengeluh. Mungkin penat melayan karenah aku yang bermacam. Tak semena-mena dia mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya. Aku mulai alih perhatian padanya.

Dua keping gambar diberikannya pada aku. Terdiam aku sejenak. Gambar itu bertukar tangan. Lama aku membelek gambar itu. Makin lama, aku makin jadi keliru.

Sekeping gambar menunjukkan gambar keluarga dan gambar yang lagi satu merupakan gambar ayah bersama-sama dengan dua orang lelaki yang aku rasa macam aku pernah nampak mereka. Latar belakang gambar tersebut seperti dihadapan rumah agam yang besar.

Tak semena-mena aku alihkan pandangan aku pada Puan Sri Tania. Dia menganggukkan kepala. Fahamlah itu yang sekarang aku sedang keliru.

"Itu keluarga ayah awak yang sebenar. Dia ada dua orang adik lelaki. Seorang itu, suami saya.. Tan Sri Imran Amar dan seorang itu.."

"Dia pengetua sekolah saya, Tan Sri Afran Amar."celahku dalam keliru.

Tak semena-mena, Puan Sri Tania menganggukkan kepala.

"Mereka sebenarnya adik lelaki ayah awak. Awak tak pernah ke terfikir, kenapa awak dimasukkan ke sekolah menengah itu?"soal Puan Sri Tani cuba mengingatkan aku kembali.

Aku sekadar diam. Tak mampu aku berfikir buat masa ini. Saat ini, aku hanya menanti jawapan daripada Puan Sri Tania sahaja.

"Awaklah waris sebenar sekolah itu tetapi ibu awak sendiri suruh kami sembunyikan semua itu daripada kamu. Dia tak mahu kamu tahu tentang semuanya."ujar Puan Sri Tania dengan jelas.

Aku jadi kelu bila dia jelaskan segalanya. Entah reaksi apa yang patut aku berikan. Patutkah aku gembira kerana dapat tahu selama ini l, aku adalah anak orang kaya ataupun bersedih.. kerana bukan ibu sendiri yang beritahu aku tentang semua ini?

"Mungkin Puan Sri salah orang.."aku masih pertahankan apa yang aku fikirkan.

Selama ini, aku hidup sebagai orang susah dan aku sudah kehilangan kedua-dua ibu bapaku. Dan, sekarang.. ketika usia aku mencapai 20 tahun, ada orang beritahu aku, ayah aku adalah anak Tan Sri? Gila ke??

"Bukti apa lagi yang cik Aira mahukan? Tak cukup lagi ke bukti itu untuk mengesahkan?"

Tak semena-mena aku mengeluh. Air mata aku mengalir deras. Perkara ini sungguh mengejutkan ku.

"Bagi saya fikir dulu."pintaku dengan nada lemah.

"Ada perkara lagi yang saya belum beritahu kepada cik Aira."ujar Encik Jalil sebagai peguam.

Aku tidak memberikan sebarang reaksi. Mungkin kerana aku masih terkejut dengan apa yang sedang berlaku sekarang ini.

"Disebabkan ayah cik Aira sudah tiada, maka harta itu akan diwariskan pada cik Aira. Umur cik Aira juga sudah melebihi usia 18 tahun dan cik Aira boleh mewarisi harta itu."ujar Encik Jalil dengan penuh teratur.

Makin tergamam aku dibuatnya. Kenapa semuanya berlaku secara tiba-tiba? Tak ada angin, tak ada hujan.. tup-tup aku dapat harta? Rezeki ke apa ni?

"Saya-saya..."aku tak tahu nak kata apa. Terasa ayat yang mahu aku ucapkan tersekat di kerongkong.

Puan Sri Tania sekadar tersenyum nipis. Dia menganggukkan kepala faham. Tahulah dia yang aku sekarang masih blur pada keadaan.

"Kami boleh beri masa pada awak sehingga lusa. Take your time, my dear."ujar Puan Sri Tania.

Tangan kanan wanita itu tiba-tiba mengusap bahuku perlahan. Setelah itu, dia meminta diri untuk pergi.

"Hah, duk apa termenung panjang itu?"

Terperanjat aku apabila ditegur mengejut begitu. Terus aku menoleh ke belakang dan lihat Danny sudah tersengih-sengih melihat aku.

Lelaki itu tak semena-mena mengambil tempat di sebelah aku. Air coke McDonald yang dibelinya dihirup perlahan sambil matanya tak lepas memandang aku.

"Kau fikir apa sebenarnya, hah?"soalnya tersenyum sumbing pada aku.

Aku mengeluh. Aku alihkan mataku ke tempat lain. Waktu itu, aku tak fikir apa. Aku hanya fikirkan tentang arwah papa sahaja.

"Kau rehat ke?"aku cuba alih tajuk.

"Mulalah itu.. orang dah tanya, jawablah."dia pula yang dapat hidu.

Aku mengeluh lagi. Kali ini keluhan ku lebih berat. Nampak sangatlah sekarang ini fikiran aku sedang berserabut.

"Hal family."jawabku dua patah.

Dia angkat kening. "Kenapa?"

Aku tak semena-mena memandangnya. Pandangan tanpa perasaan aku berikan padanya. Tak ada mood lah nak buat happy face.

"Kalau aku cerita pun, bukannya kau boleh tolong aku."

"Kalau aku boleh tolong, aku tolonglah."ujarnya beria-ia mahu mendengar cerita aku.

Aku mencebik. " Problem kau pun kau tak boleh settle. Nak settle problem orang konon.. Piii dahh!!"ejek ku buat muka kononnya menyampah.

Mendengarkan ejekan ku, Danny justru ketawa. Aku pula yang pandang pelik.

Setelah tawanya reda, dia pandang aku semula. Kini, wajahnya sudah serius tapi masih tercalit senyuman padaku.

"Masalah kau adalah masalah aku."ujarnya spontan.

Aku sudah angkat kening. Pelik pula perangai mamat ni hari ni. Semalam pun pelik juga tapi tak sepelik hari ini.

"Kau dah kenapa? Demam eh?" sakatku cuba teraengih. Suasana dengan Danny aku rasakan janggal.

Tiba-tiba Danny mendekatkan wajahnya dengan ku. Aku tergamam. Automatik, aku undurkan kepala ku ke belakang.

"Demam sebab kau."tuturnya penuh serius. Wajahnya tak memainkan reaksi yang dia bergurau.

Aku sudah cuak. Tak semena-mena fikiran aku teringat pada perbualan semalam. Meremang bulu roma dibuatnya.

Tiba-tiba aku dengar suara Danny ketawa terbahak-bahak. Aku tergamam. Apahal pula dia ni? Kadang serius, kadang gelak. Dah stress kerja ke macam mana?

"Cuaknya kau! Hahahaha!!! Kalau aku rakam tu, confirm pecah panggung."kata Danny masih bersisa tawa.

Aku mengetap gigi. Jantan tak guna!

"Encik Khalid! Danny ponteng kerja!!"laungku sekuat mungkin.

Terus tawa Danny mati. Terkejut mendengar aku menjerit sekuat itu. Cepat-cepar dia menekup mulut aku. Dia sudah mulai gelisah. Kiri kanan dia pandang.

Namun, Encik Khalid pandai menghendap. Tak sampai beberapa saat, encik Khalid sudah berdiri di sebelah Danny sambil menarik jambangnya. Aku sudah tahan tawa.

Danny sudah merengek sakit. Dia meronta minta dilepaskan tetapi Encik Khalid tak bagi chance.

"Kau sakit apa pula ni?"soalnya masih menarik jambang Danny.

"Sa-sakit kepala." jawab Danny menahan sakit.

Aku yang mendengarnya tak semena-mena meletus ketawa. Sakit kepala ke sakit hati? Hahaha!!! Namun, apabila terjeling pada encik Khalid cepat-cepat aku tutup mulut.

"Engkau pun satu. Kata tadi sakit, dah sembuh pula dah?!" bebelnya memandang tajam ke arahku.

Terus aku menikus. Cepat-cepat aku berlakon urut kepala yang kononnya sakit itu.

"Danny kacau saya. Macam mana saya nak rehat?"aku berikan alasan.

"Dah, aku taknak dengar alasan lagi. Kau berdua pergi kerja sekarang!!" tegas Encik Khalid.

Aku dan Danny tergesa-gesa bergerak ke dapur. Gerun juga kalau dengar encik Khalid terpekik melolong.
......

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro