Bab 15
Setibanya aku di restoran Manhattan Fish, aku memilih tempat duduk. Nampaknya, aku hadir awal sepuluh minit. Beg tangan yang ku kepit di celah lenganku aku letak di atas meja. Aku mengangkat tangan memesan makanan.
Seusai membuat pesanan, aku menunggu kelibat Airin yang dimaksudkan. Setelah beberapa minit menunggu, aku lihat seorang gadis berkaca mata menghampiriku. Ragu-ragu sahaja gayanya.
Hampir terbeliak mataku apabila melihat kelibat gadis itu. Kami sama-sama tercengang. Mulut gadis di hadapanku ternganga bila melihat aku yang turut sama berdiri menghadapnya.
"A.. Airin? Kau ke ni?"soalku semacam tak percaya.
Airin menekup mulutnya. Nampaknya dia lebih terkejut dari apa yang aku rasa. "Aira?!"Laungnya dan tak semena-mena memeluk tubuhku erat.
Aku yang teruja turut sama membalas pelukannya. Sudah lama rasanya kami tak berjumpa. Semenjak Airin berpindah sekolah ke luar negara, aku terus putus berhubung dengannya. Waktu itu, aku tidak mempunyai telefon bimbit untuk menghubunginya. Jadi, sangat susah untuk berhubungan.
"Kau buat apa sekarang?"soal Airin mengambil tempat di hadapan aku.
Kami masih berpegangan tangan di atas meja. Melepaskan rindu masing-masing. Airin aku lihat makin cantik sahaja wajahnya. Dulu, tak cantik sangat.
"Aku.. ermm.. panjang ceritanya."ujarku perlahan.
"Kenapa?"soalnya ingin tahu.
Aku mengeluh perlahan. "Mak aku dah meninggal dua tahun lepas. Sekarang, aku.."
Belum sempat aku menghabiskan ayatku. Seorang pelayan lelaki datang sambil membawa menu yang aku pesan tadi. Dua pinggan pasta dan beberapa hidangan lain dihidangkan di atas meja.
"Banyak makanan yang kau order ni. Untuk siapa?"soal Airin memandang ke arahku. Terkejut melihat pesanan aku.
Aku tersenyum. "Aku nak jumpa orang sebenarnya tapi sampai sekarang dia tak datang lagi. Aku tak ingat sangat nama dia."ujarku sopan.
"Samalah kita. Aku pun ada nak jumpa client sekejap. Nak bincang problem sikit. Cari punya cari, ternampak pula kau kat sini. Nama client aku itu iras-iras nama kau."balas Airin menyungging sengih.
Aku tertawa kecil mendengar kata-kata Airin. Nama Aira itu merata orang pakai. Jadi, tak ada yang pelik pun kat situ.
"Ha, kau nak tau.. client aku kali ini bukannya calang-calang. Dia ni sepupu Karl. Orang yang kita sama-sama benci dulu."hambur Airin disertai tawa lucunya.
Hampir tersembur air yang aku hirup. Apa? Sepupu Karl? Aku ke? Berkerut dahi aku dibuatnya.
"Siapa nama dia?"soalku mahu kepastian.
"Aira Fazrin binti Tan Sri Ridhwan."
Kali ini mataku tak berkedip. Wajahku selamba terpaku diam. Bila lihat wajahku berubah semacam, Airin turut sama terkejut. Dia menekup mulutnya.
"Itu kau ke Aira?"soalnya semacam tak percaya.
Aku tidak mengangguk dan tidak juga menggeleng. Faham akan reaksiku. Airin berbisik perlahan. "Macam mana boleh jadi macam ini?"soalnya kehairanan pula.
"Panjang ceritanya."
"Pendekkan."
Satu keluhan kecil aku lepaskan. "Tan Sri Ridhwan itu ayah aku. Dia sebenarnya anak kandung Tan Sri Mukim tapi dia tak pernah ceritakan semua itu pada aku. Ibu pun tak pernah buka cerita ini. Selepas ibu meninggal baru ada peguam datang dan cakap aku kena tuntut harta ayah aku yang telah diwariskan."nak pendekkan, aku ringkaskan setakat ini saja mampu.
"Jadi, kaulah Aira yang aku nak jumpa ini?"ulang Airin masih dalam tak percaya.
Aku anggukkan kepala. "Macam mana kau boleh jadi penasihat Tan Sri Mukim?"kini giliran aku pula yang bertanya. Kenapalah dalam banyak-banyak Tan Sri, Airin bekerja juga untuk Tan Sri Mukim?
"Papa aku rapat dengan Tan Sri Mukim jadi papalah yang recommend aku jadi penasihat Tan Sri. Aku pun setuju ajelah. Sebelum itu memang aku tak tahu yang dia ni atuk Karl dengan Fakhrul."jelasnya lancar.
Aku menganggukkan kepala tanda faham. Jadi, semuanya sudah dijelaskan. Tidak ada apa yang perlu dikejutkan lagi. Lagi tak sangka, aku boleh berjumpa dengan Airin semula. Si budak perempuan yang sama-sama kongsi perasaan bencikan Karl.
"Jadi, senanglah sikit kerja aku. Kau nak bercakap formal ke tak formal?"soal Airin. Boleh pula nak pilih formal tak formal.
Aku tayang penumbukku di depan mukanya. Terus Airin ketawa berdekah. Nampaknya, aku masih tak kekok berdepan dengan Airin walaupun sudah lama tak bersemuka dengannya.
Airin mengeluarkan beberapa fail dan sampul berwarna coklat dari beg bimbitnya. Dia membuka salah satu fail lalu mengeluarkan surat-surat penting lalu dibentangkan di hadapan aku.
"Okey, ini semua surat wasiat yang Tan Sri Mukim titipkan sebelum dia meninggal dunia. Dia wariskan separuh dari hartanya kepada Tan Sri Ridhwan. Disebabkan Tan Sri Ridhwan sudahpun tiada jadi harta ini sepenuhnya akan diturunkan kepada kau since umur kau dah melebihi 18 tahun."lancar Airin menerangkan butir bicaranya.
Aku mengangguk faham. "Jadi, sekarang kesemua harta itu milik aku?"soalku minta kepastian.
"Yup! Syarikat Mukim Holdings yang sekarang dipegang sementara oleh Tan Sri Afran juga milik kau. Segala aset dan tanah di sekitar kawasan Shah Alam dan beberapa negeri juga milik kau."ujar Airin sambil menghirup jus epal yang aku pesan untuknya.
"Berapa nilai kesemuanya?" soalku lagi.
Airin mengukir senyum. "Nilai yang kau tak boleh gambarkan. Nilai yang mencecah berbillion-billion ringgit."
Terbuntang mataku dibuatnya. Seriuslah berbillion? Tak pernah aku pegang nilai wang sebanyak itu? Takkanlah semuanya di bawah nama aku?
"Kau boleh pilih sama ada nak teruskan kami menyimpan atau kau boleh pilih untuk simpannya sendiri."ajuk Airin.
Aku mengetap bibir. "Buat masa ini, korang uruskan dahulu harta itu."ujarku.
Airin menganggukkan kepala mengikut arahan. "Baiklah, cik Aira. Saya akan laksanakan perintah cik."
Aku menarik senyum.
...
"Aira pergi mana tadi?"soal Fakhrul apabila melihat aku memasuki ruang tamu.
Dia yang tadi sedang menonton televisyen terus berjalan ke arahku. Aku menjeling ke arah rancangan bola sepak yang berlangsung. Bibirku menguntum senyum. Lelaki dan bola sepak takkan pernah terpisah.
"Aira jumpa kawan tadi."ujarku.
Fakhrul menganggukkan kepala. Matanya menilik memandangku atas bawah. Tak semena-mena aku lihat segaris senyuman terhias di bibirnya.
"Aira cantik bila pakai selendang gaya ini."pujinya tiba-tiba.
Aku tersimpul malu. Aduh, Fakhrul ini boleh pula puji aku time macam ini. Aku ni taklah secantik Dayana itu. Tiba-tiba kepalaku teringatkan lukisan Dayana beberapa tempoh yang lepas. Abang Fakhrul kata gambar itu gambar lama. Gambar sewaktu dia dan Dayana bercinta dahulu tapi sekarang dia kata dia sudah tidak ada hubungan dengan Dayana. Aku percayakan saja.
"Malam ini, abang ingat.. abang nak ajak Aira makan malam."ajak Fakhrul serius.
Aku tergamam. "Abang nak ajak saya makan malam?" Date ke abang? Omaigod!!! Aku sudah terloncat-loncat dalam hati. Abang Fakhrul mahu lebih serius dengan aku ke?
Fakhrul anggukkan kepala. "Malam ini, kita berdua.."ujarnya dengan nada lembut.
Aku sudah senyum melebar sampai ke telinga. Laju sahaja aku menganggukkan kepala. Inilah kali pertama aku terima ajakan seorang lelaki. Lelaki itu lelaki yang aku cinta pula itu. Siapa tak gembira sakan?
"Malam ini, abang tunggu pukul 9 malam."
"Okey, Aira akan pergi."jawabku.
Tanpa izin pergi, aku terus berlari-lari anak memanjat anak tangga. Teruja yang amat aku kali ini. Hati aku berdebar tak menentu. Kalau betullah abang Fakhrul mahu serius dengan aku macam mana? Kalau dia minta couple dengan aku macam mana? Aku sudah fikir lain.
Ini pertama kalinya aku diajak berdating. Pakaian apa yang patut aku pakai malam ini?
Masuk sahaja ke dalam bilik, aku terus selongkar almari pakaian ku.. Habis berselerak bilik pakaian yang tersusun rapi tadi. Beberapa jenis gaun aku padankan pada tubuhku. Ah, banyaknya pilihan!!!!
Tak tahu nak pakai mana satu?! Gaya mana yang abang Fakhrul suka eyh? Aku bertanya sendirian sambil aku padankan beberapa pakaian ke tubuhku.
...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro