Bab 13
"Kenapa ni Karl? Tak seronoklah kalau macam ini."rungut Fazura menggenggam erat tangan teman lelakinya itu.
Terus hilang moodnya untuk berdating dengan Karl. Inilah impiannya selama ini. Bercinta dengan Karl dan jalan berpegangan tangan dengan lelaki pujaan ramai itu. Tak ada yang lebih indah daripada semua ini kan?
"I tak sihat.."bohong Karl sambil berpura-pura mengurut dahi. Kononnya dia sedang pening kepala lah tu.
Fazura mencebik. "You tipu. Muka you tak menunjukkan yang you sakit. You ada problem besar ke sayang?" ujar Fazura memberi perhatian.
Lama lelaki itu mendiamkan diri. Akhirnya Karl mengeluh perlahan. Apa guna kalau ada awek tapi tak boleh cerita masalah kan? Karl memandang Fazura dengan pandangan redup.
"I memang ada problem sekarang ini."luahnya lemah.
"Apa dia?"
"I have new cousin yang selama ini I tak tahu langsung asal usul dia. Dialah problem besar I sekarang. Disebabkan dia, hubungan I dengan mama I jadi hambar. Bagi I dia dah rampas kebahagian I."jelas Karl. Nada suaranya sedikit meninggi.
"Cousin baru? What do you mean? Tan Sri Afran kahwin lagi ke?"seloroh Fazura masih terpinga-pinga.
"Nope. Cousin I tu anak abang papa I. Selama ni baru I tau yang I ada uncle lagi tapi sekarang dia sudah tiada."jelas Fakhrul. Lucu pula bila dengar ayat Fazura tentang Tan Sri Afran kahwin lain. Mau naya pakciknya itu kena cincang dengan Puan Sri Yati.
Fazura menganggukkan kepala. "So apa plan you, sayang?"
Karl mengangkat bahu. "Now, i tak ada plan langsung. For now, im just give her a chance."
"Her did you said? Your cousin perempuan ke?"
Karl anggukkan kepala. Dia sudah angkat kening bila melihat Fazura buat muka risau. Tak semena-mena pinggang gadis itu dipeluknya erat.
"Why?"
" I risau."keluh Fazura lemah.
Tak semena-mena Karl tersengih. Risau? "Darling, you risau I sukakan cousin I ke? She's not my taste. She just a pity kampung girl. Kesian tengok kambing sesat kat bandar."perli Karl disertai tawa galak Fazura.
Jahatnya mulut Karl ini. Sesedap hati panggil orang kambing. Fazura tak pedulikan pun siapa sepupu Karl itu. Dia hanya ketawa bila dengar Karl gelarkan sepupunya itu kambing.
"Jahat tau mulut you sayang."manja Fazura sambil mengelus dada Karl yang sedikit tegap.
Karl ketawa kecil. "I memang jahat pun sayang. Lagi jahat daripada apa yang you fikirkan."
Fazura ketawa manja. Tangannya terus memaut pinggang Karl lalu mereka bergandingan masuk ke dalam kedai kasut. Fazura memang penggemar koleksi kasut.
...
Petang yang hening pada hari itu, aku isikan dengan aktiviti duduk santai di taman mini. Dari jauh, aku lihat Puan Sri Tania mendekatiku. Aku menyambutnya. Dia duduk di sebelahku di atas buaian.
"Tak keluar pergi mana-mana ke? Selalu ada aje masa kamu berdua dengan Fakhrul itu."ujar Puan Sri Tania memulakan bicara.
Aku sekadar meleret sengih. Nampak sangat ke kemesraan hubungan aku dengan abang Fakhrul itu? Semenjak dua menjak ni memang aku selalu habiskan masa dengan abang Fakhrul. Hubungan kami makin mesra dan aku rasakan tidak kekok bila berdua dengannya. Tak sangka, sekarang aku boleh rapat dengan crush aku sendiri.
"Hari ini, abang Fakhrul kata nak jumpa orang. Lagipun, Aira memang nak spent time duduk rumah aje hari ini."balasku sambil menikmati pamandangan kolam yang berdekatan dengan taman mini.
Tan Sri Mukim memang ada seleranya tersendiri. Rumah agam yang aku duduki tidak menunjukkan gaya moden namun lebih kepada gaya klasik. Rumah itu juga dilengkapi dengan kolam renang, kebun kecil dan juga taman mini. Duduk di rumah ini terasa seperti duduk di kawasan pendalaman rasanya. Tenang dan tidak bingit dengan kesibukan kota.
Suasana sepi membelenggu aku dan Puan Sri Tania. Wanita itu mengetap bibir sambil berkira-kira mahu katakan sesuatu. Kadang dia mengelus-ngelus lengannya dan kadang aku dengar suara keluhan beratnya menyapa.
"Aira, apa pendapat kamu tentang anak mama.. Karl?"soal Puan Sri Tania.
Aku terkejut mendengarkan soalan yang dihamburkan wanita itu. Terus aku menoleh ke arahnya.
"Kenapa mama tanya?"
"Mama saja nak tahu pendapat kamu saja."
Bibir ku ketap perlahan. Nak jawapan jujur ke tak eyh? Aku ni pun jenis suka kelentong orang. Takkanlah aku nak hina perangai Karl yang memang sudah terang lagi bersuluh jelik itu. Tapi.. kalau aku jujur, Puan Sri Tania mungkin akan terguris hati. Aku suka termangu sendiri.
"Jadi, Aira. Apa pendapat kamu?" ulang Puan Sri Tania memecahkan belengu ku tadi.
"Abang Karl itu nampak garang sikit tapi Aira tahu yang dia tu baik sebenarnya. Mungkin Aira masih belum rapat sangat dengan abang Karl jadi Aira tak boleh nak nilai lebih fasal dia. So far, Aira rasa dia okey." hak tuihhh!! Baik tang mananya? Disebabkan mamat itu, cermin mata arwah ayah aku rosak. Terkenang pula zaman sekolah.
Aku lihat Puan Sri Tania tersenyum. Senyuman menggambarkan perasaannya gembira bila anaknya dipuji. Aku hanya tersenyum nipis. Nampaknya penipuan aku berjaya melegakan hati wanita itu.
"Macam mana Aira nak rapat dengan Karl kalau Aira selalu keluar dengan Fakhrul?"
Aduh, datang pula dah soalan cipumas nya di situ. "Abang Karl macam tak selesa aje bila keluar dengan Aira. Mungkin, dia masih susah kot nak terima Aira tapi dia baik."bohongku masih melempar senyum manis. Ingat! Jangan terlupa puji Karl itu baik walaupun sebenarnya perangai dia jahat.
"Oh ye ke? Lepas ni, Aira cubalah rapat-rapat dengan Karl. Mana tahu, kamu boleh berkawan dan lepas itu berkahwin."
Hampir nak tercekik aku dibuatnya bila Puan Sri Tania sebut perkataan kahwin. Ini macam tanda-tanda tak baik aje ini. Aku masih kekalkan senyumku. Senyuman ini senjata untuk menjaga hati Puan Sri Tania.
"Ka-Kahwin? Ahahaha. Kalau ada jodoh, adalah.. ma."ha, mantap jawapan yang aku bagi. Jodoh dengan Karl? Perkara paling gila yang takkan pernah berlaku dalam hidup aku.
"Kalau macam itu, Aira tak kisahlah kalau mama lamar Aira jadi isteri Karl, kan?"
Ini bukan tahap tercekik dah ni, ini sudah tahapa terjerut dah ni. Mama bagi sign nak melamar aku untuk Karl ke ni? Aku masih maintain kan senyuman ku tapi kini senyuman ku kelihatan terpaksa. Eheheh.. Nak kahwin dengan Karl? Tidak sama sekali tapi tapi.. Puan Sri Tania baik. Takkanlah aku nak tolak pula.. Aduhh!! Kecik hati dia nanti.
"Umur Aira baru 20 tahun. Tak sesuai lagi nak fikir fasal kahwin kan?"ujarku tersengih-sengih.
"Eh, mana ada. Anak kawan mama, umur 20 tahun dah kahwin dah. Sekarang dia sedang mengandung tau."tempelak Puan Sri Tania.
Pandai betul Puan Sri Tania balas. Ada saja jawapan yang dia bagi untuk patahkan jawapan aku. Nak jujur ke tak sekarang ni? Nak jujur ke tak? Aku berteka-teki.
Tanganku tiba-tiba digenggam oleh Puan Sri Tania. Makin bersalah perasaan aku dibuatnya. Aduh. Karl itu kaki perempuan, perangai pun tak serupa bikin. Takkanlah aku nak pilih dia jadi suami aku? Kalau baru dua hari kahwin selepas itu dia ceraikan aku? Macam mana? Hmm.. Tak naklah aku jadi janda.
"Aira nak tak kalau jadi isteri Karl?"soal Puan Sri Tania. Dia seperti merayu kepadaku.
Aku sudah mati akal. Gigiku menggigit bibir. Perasaan bersalah bercampur baur. Takkanlah demi nak menjaga hati manusia, aku sanggup buat benda yang aku tak suka. Kahwin dengan Karl itu idea gila yang tak pernah terfikir dek otak aku yang waras ni.
Tiba-tiba bunyi deruman kereta memasuki perkarangan rumah mematikan drama antara aku dan Puan Sri Tania. Mata kami berdua beralih ke arah kereta Audi R8 yang sudah terparkir di depan taman mini yang kami duduki. Kelibat Karl keluar dari kereta makin menyimpulkan senyuman Puan Sri Tania.
Tak semena-mena wanita itu mendekati Karl. Dia menarik Karl ke tempat aku duduk. Karl sekadar mengikut. Dia yang memakai kaca mata hitam sempat memandang ke arahku. Aku sudah larikan wajahku ke tempat lain. Kenapalah Puan Sri ni. Kenapa bawa Karl datang menghadap aku ni? Menyampah tau!
"Apa mama suruh Karl buat ini?"soal Karl memandang ke arah mama kandungnya.
Puan Sri Tania memegang tangan Karl lalu dia menoleh ke arahku. "Mama sekarang ini sedang melamar Aira untuk jadi isteri Karl."teruja nya dengan senyuman lebar sampai ke telinga.
"What?!" Karl sudah buat muka terkejut. Dia terus menanggalkan kaca matanya lalu melirik ku atas bawah. Jengkel.
"Mama nak pinang budak bawah umur ini untuk Karl?"soal Karl sudah mencebik.
Budak bawah umur dia kata? Dia tu pun bawah umur juga. Dia fikir tua sangat ke 24 tahun itu? Sedarlah diri sikit. Perliku dalam hati. Dalam pada masa yang sama. Aku juga sudah mulai gusar.
"Kenapa Karl cakap macam itu?"
"Yes, dia memang budak bawah umur. And one more thing, even dia cucu Tan Sri Mukim but she came from kampung. Mama nak Karl kahwin dengan budak kampung?"kini dia menyindir aku pula. Karl sudah berpeluk tubuh.
Aku mengetap bibir. Tak habis-habis nak menghina aku. Aku sudah berdiri. Lama sudah rasanya aku menatang telinga mendengar caciannya selama ini.
"Jadi, kalau perempuan kampung kenapa? Abang ingat perempuan kampung macam saya ni hina sangat ke?"aku sudah mulai bersuara. Tak boleh dah ini. Sekarang Karl sudah mulai memijak-mijak maruah aku.
"Yes, kau hina! Kalau kau rasa kau bagus sangat, kau boleh simpan bagus kau itu. Apa yang aku tengok kat kau semuanya malang."lepas Karl dengan nada suara tinggi. Lancang betul mulut Karl ini.
Aku menggenggam penumbuk ku. Lelaki perasan ni memang patut kena penumbuk sebiji rasanya. "Sekurang-kurangnya perempuan kampung macam saya jadi orang tau. Abang masih nak hina saya?"balasku masih menahan amarah yang sudah memuncak.
Karl menyengih. "Kau orang ke? Selama ini aku ingat orang kampung macam kau ni ibarat lembu dicucuk hidung. Haha.. kelakar rasanya bila.."
Sebiji tamparan dihadiahkan Puan Sri Tania pada pipi kanan Karl. Aku kelu lidah. Tak semena-mena aku menoleh ke arah Puan Sri Tania. Karl terdiam. Pipinya yang sudah merah sakit dipegangnya. Dia terus menjeling ke arah Puan Sri Tania.
"Puas kamu menghina orang? Puas? Mama tak pernah ajar kamu jadi berlagak macam ini. Hina orang kampung bagai." nada suara Puan Sri Tania meninggi. Wajahnya berubah serius.
"Apa yang bagus sangat perempuan ini sampai mama bela dia?"lancang Karl bersuara. Jarinya menuding-nuding ke arahku yang berdiri di sebelahnya.
"Apa yang Aira cakapkan itu betul. Walaupun dia datang dari kampung, dia membesar menjadi orang tapi kamu.. kamu yang kami besarkan dengan penuh kemewahan ini langsung tak menjadi orang. Kamu bergayut dengan perempuan sana-sini. Tak pernah nak duduk rumah, pergi clubbing semua.. kamu tak fikirke macam mana masa depan kamu kalau kamu teruskan juga semua ini? Mama sedih tengok kamu, Karl. Tak ada benda yang mama nak bangga kan tentang kamu. Apa yang kamu buat benar-benar menjatuhkan air muka mama dan papa."luah Puan Sri Tania. Air matanya mengalir deras. Aku merapati Puan Sri Tania. Bahunya ku elus perlahan. Berharap agar ini dapat meredhakan kesedihannya.
Karl di hadapan tergamam sejenak. Dia mengetap bibirnya. Wajahnya berkerut. Matanya redup memandang lantai.
...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro