Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Blurb

Blurb

Ain dan Luqman. Tak pernah sebulu sejak dari kecil. Pantang berjumpa, ada saja perang mulut yang berlaku.

"Kau dengar sini perempuan. Lelaki yang dapat kau sebagai isteri, memang malang nasib dia. Silap-silap, kau jadi janda."-Luqman

"Entah-entah, kau jadi bujang terlajak tapi kau jangan risau. Kalau aku masih tak kahwin lagi atau dah bergelar janda, biar aku pinangkan kau."-Ain

Tiba-tiba hati masing-masing sudah pandai menderhaka. Mulut kata benci tapi di hati, perasaan lain yang muncul. Di saat Ain dilamar seseorang, dia cuba dapatkan kepastian.

"Pernah tak kau suka aku?"- Ain

"Memang tak lah aku nak suka kau. Nak anggap kau kawan pun tak pernah."- Luqman

Ain akur dirinya bertepuk sebelah tangan. Selepas bergelar isteri, Ain tiba-tiba menghilang hampir 10 tahun. Sehinggalah...

"Ada orang meminang Man. Mak dah setuju."- Mak Yam

"Mak! Kenapa mak pandai-pandai sangat ni buat keputusan? Mak sedar tak siapa yang pinang Man tu? Ain mak... Ain!"- Luqman

Hidup Luqman jadi huru hara dipinang Ain yang kini sudah bergelar janda. Takkan disebabkan sumpahan Ain dulu, dia terkena sumpahan. Tapi gara-gara pengakuan Ain, Luqman nekad untuk menjadikan wanita itu isterinya.

"Ain harap, kehadiran Ain dalam hidup Man bukan satu beban." - Ain

"Aku akan cuba bahagiakan kau dengan tulang empat kerat aku ni. Tapi kau kena hadaplah lelaki muka berkilat ni."- Luqman

Apakah yang berlaku dalam hidup Ain sepanjang dia tinggalkan kampung? Dan adakah rumah tangga mereka sama seperti dulu yang sering dihiasi dengan pergaduhan?


Akan datang. Cerita ni pernah muncul 5 tahun lepas dalam tajuk Bidadari Buat Luqman versi Limited Edition. Kali ini kita bawakan dalam bentuk yang lebih panjang berbanding dulu. Tunggu dah ready stok, baru kak ambil order.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro