Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2


Sebaik sahaja kaki aku melangkah masuk ke dalam rumahnya, seluruh ruang rumah itu aku pandang. Cantik dan kemas. Pasti Aiman seorang yang pengemas dan pembersih.

Bukti? Rumah ini sudah lama tidak didiaminya. Namun masih terjaga dan dalam keadaan yang baik.

Keluhan panjang sempat aku lepaskan sebelum tubuh aku dibaringkan ke atas katil. Ah, selesanya! Dengan tilam yang begitu empuk, pasti lena tidur aku nanti.

Namun ada satu soalan yang bermain didalam fikiran aku. Kenapa dengan mudahnya Aiman Zafrel menyuruh aku menginap dirumahnya? Jap, jangan-jangan ada sesuatu yang dia nak dari aku? Yela, mungkin nak balas dendam ke sebab aku peluk dia tadi? Atau mungkin dia ada niat yang buruk kat aku?

Aku menjerit kecil. Tidak! Tidak! Aku yakin Aiman Zafrel lelaki yang baik.

Jam ditangan aku pandang. Ya Allah, dah maghrib! Tapi aku masih berlengah-lengah.

Tanpa berlengah, aku segera bangkit. Tuala aku capai lalu terus menuju masuk ke dalam bilik mandi.

🥀🥀🥀

Aiman Zafrel's pov...

Aku duduk termenung ditepi kolam. Entah mengapa kejadian aku dipeluk gadis tadi membuatkan aku terasa tenang. Allahu, sepatutnya aku takut sebab dipegang wanita yang bukan mahram aku. Yela, berdosa lah pegang yang bukan mahram. Tapi aku bukan setakat pegang, kena peluk lagi tu. Tapi orang kata, kalau tak sengaja, ia satu rezeki. Jadi tadi tu rezeki akulah?

Aku ketawa kecil namun tidak lama apabila Syafiq Amar menegur aku.

"Allahu! Nasib aku tak jatuh kolam." Kata aku. Syafiq Amar mengambil tempat disebelah aku.

"Aku nak tanya sikit, boleh?" Soalnya. Aku terdiam seketika sebelum aku mengangguk.

"Kenapa kau beria sangat nak suruh adik aku tinggal kat apartment lama kau tu?" Soalnya.

Sebenarnya ada sesuatu yang aku sembunyikan dari mereka. Mungkin waktu ni waktu sesuai aku nak bagitau Syafiq Amar.

"Ada sesuatu yang aku nak dari adik kau." Balas aku. Cukup membuatkan Syafiq Amar terkejut.

"M-maksud kau?"

Aku tahu pasti Syafiq Amar sedang ketakutan. Aku baik lah.

"Sebenarnya aku sedang mencari seseorang untuk dijadikan pedamping hidup aku. Kau tahu kan mak aku tu jenis macam mana? Dalam tahun ni kalau aku tak jumpa juga, boleh jadi seluruh jawatan aku akan jatuh."

"Jadi kau nak gunakan adik aku untuk pertahankan jawatan kau?" Suara Syafiq Amar sudah kedengaran serius. Kecut juga perut aku.

"Yup, tapi bila difikirkan balik. Aku ikhlas untuk jadikan dia isteri aku. Aku tahu dia baru sahaja putus cinta. Tak salah kan kalau aku nak masuk line?"

"Kau mampu nak hadapi cabaran ni? Kau mampu untuk ubah hati adik aku supaya beralih ke arah kau? Kalau kau tak mampu, lebih baik kau tarik balik kata-kata kau." Kata-kata Syafiq Amar memang ada benarnya. Aku takut kalau aku tak mampu. Namun kita sebagai seorang Islam, kita ada Allah.

"Aku akan cuba. Jangan risau, Allah sentiasa bersama kita. Insya Allah, kalau boleh aku akam pastikan dia melupakan lelaki yang pernah hancurkan hatinya. Kalau kau setuju, aku akan bersedia dari sekarang."

Tuhan, beri aku semangat. Jika dia gadis yang berada didalam doaku, mudahkan lah jalan untukku agar kami dapat disatukan.

Itu salah satu doa yang sering aku ungkapkan. Umi memang pesan kat aku, kalau nak jodoh yang seperti kita nak, doalah dari sekarang. Insya Allah, cepat atau lambat, Allah pasti akan mengabulkan permintaan kita.

"Kau yakin?" Soalnya lagi. Aku hanya mengangguk.

"Kalau macam tu, beri aku masa. Aku akan bincang dengan adik. Teruskan semangat kau. Aku percayakan kau. Jadi jangan musnahkan kepercayaan aku. Kalau tak, aku tak pasti jika aku dapat maafkan kau ataupun tidak." Ucap Syafiq Amar.

Langit biru aku pandang bersama dengan satu senyuman. Semoga Allah permudahkan urusanku.

End pov...









































Get ready for next chapter! Btw thanks for support! 😭💖

Don't forget to vote n comment! Luv u guys! 💖💖

5 vote for unlock next chapter! If tak menyusahkan korang, jemputlah promote book ni! 😉💖 Thanks! 💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro