Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

1


Jam ditangan aku pandang. Sudah lebih setengah jam, namun batang hidung Amir masih belum nampak. Mesej malam tadi pun masih belum dibaca.

Aku pandang sekeliling. ramai kawan-kawanku yang sudah tiba. Aku mengeluh perlahan. Farah pula tiada. Katanya ada kerja yang hendak diselesaikan.

Telefon di dalam beg, aku keluarkan. Aplikasi WhatsApp aku terjah masuk. Ruang mesej Amir aku tekan.

Secret❤️

Awak?
11 pg ✅✅

Awak sibuk ke?
11 pg ✅✅

Tolong jawab mesej saya.
11:01 pg ✅✅

Sekali lagi Amir melakukan hal yang sama. Air mata yang hampir jatuh aku seka cepat-cepat. Nanti orang lain nampak, apa aku nak jawab.

Ting!

Mesej dari Amir! Cepat-cepat aku baca.

Ye, i sibuk.
11: 02

Saya minta maaf, saya ada sesuatu nak bagitau awak.
11: 02 pg ✔️✔️

I pun ada sesuatu nak bagitahu u.
11:03 pg

Apa tu? Awak bagitau lah dulu.
11:03

Sebenarnya i dah lama nak bagitau u. Dan i rasa mungkin harini yang sesuai. I nak kita putus. U tau kan Farah, kawan baik u? Sejak kali pertama i jumpa dia, memang i ada hati dengan dia.
11 : 05

Dada aku mula berombak.

Bila?
11 : 06

Waktu kali pertama u kenalkan i dengan dia. Waktu tu u pergi tandas dan tiba-tiba dia minta nombor i. I pelik tapi i bagi juga. Dan sejak tu dia selalu ambil berat pasal i. Dan semalam kitorang keluar sama-sama. Semalam juga i lamar dia jadi isteri i.
11:07

I harap lepasni u jangan chat i lagi. U pun tau kan Farah kuat cemburu. I taknak dia tak selesa. Masa wedding nanti, u datang tau.
11 : 07

Aku terus off telefon. Aku dah agak semua ni akan berlaku. Farah, sampai hati kau buat aku macam ni!? Kau kawan baik aku! Tapi sanggup kau tikam belakang aku!

Airmata mengalir, aku kesat dengan kasar lalu aku bangun.

Amani, si makwe Aizat datang menghampiri aku. Mungkin dia perasan akan tingkah laku aku.

"Syaf... Kau ok?" Tanyanya.

Aku geleng. Diturutkan hati aku, mahu sahaja aku mengamuk disini. Bukan tidak kenal dengan sikap aku yang kuat marah. Cuma sejak aku kenal dengan Amir, aku cuma untuk kawal nafsu marah aku.

"Majlis macam mana?" Tanyanya lagi. Suaranya kedengaran agak takut.

"Batalkan." Jawab aku singkat lalu segera beredar dari situ.

Sebelum keluar dari dewan itu, mata aku sempat menjeling ke arah kek tiga tingkat. Kek yang bakal dipotong oleh Amir tapi hancur dalam sekelip mata. Cincin yang akan disarungkan pada jari manis Amir, aku keluarkan dari beg aku lalu aku buang ke dalam tong sampah. Geram! Lelaki tak guna!

"Amanda, kek tu nanti kau bagi je lah dekat sesiapa. Pakcik tepi jalan ke, apa ke." Ucap aku lalu keluar dari dewan itu.

Amanda yang terpinga-pinga hanya mengangguk.

Masuk sahaja bilik, satu jeritan khas keluar dari mulut aku. Aku menjerit sekuat hati aku. Biar puas! Tak cukup dengan itu, telefon aku ambil lalu dibaling ke arah dinding sekuat tenagaku. PRANG!!! Pecah berderai seperti pecahnya hati aku.

"Seperi yang kau nak, Amir. Aku takkan chat kau lagi dan tak akan pernah untuk berhubung dengan kau lagi!"

Mata aku tertumpu pula sebuah bingkai gambar aku bersama dengan Farah. Hati aku betul-betul hancur. Mulut aku sedaya upaya ditahan agar tidak mengeluarkan sebarang carutan.

Sama seperti telefon aku. Bingkai gambar itu juga aku baling ke arah dinding sehingga pecah.

"Kalau ini yang kau nak Farah, silakan. Mulai sekarang, kau bukan lagi sahabat aku!"

Airmata semakin deras mengalir. Biarkan aku menangis. Biarkan aku puas. Mungkin Amir bukan lelaki yang aku sering doakan didalam doaku. Dia bukan imam yang dihantar untuk aku. Dan aku bukanlah makmumnya.

Abang. Abang aku satu-satunya aku ada.

Dari terduduk lemah diatas lantai, aku bingkas bangun lalu almari pakaian aku tuju.

Semua pakaian aku, aku keluarkan dan dimasukkan ke dalam bagasi. Barang-barang pemberian Amir kepada aku, aku kumpulkan lalu dimasukkan ke dalam plastik hitam. Aku akan bakar semua ini!

Hampir setengah jam, aku siap mengemas barang aku. Tak tunggu lama, aku melangkah kaki keluar dari rumah itu.

Kenapa aku keluar dari rumah itu? Ini kerana aku serumah dengan Farah. Aku yakin lambat-laun pasti dia akan 'menghalau' juga aku untuk keluar dari rumah itu. Lagipun siapalah aku? Aku hanyalah penumpang.

Farah... Susah senang kita bersama... Sedih dan gembira kita kongsi bersama... Suka duka kita harungi bersama... Tapi takkan lah lelaki aku pun kau nak kongsi bersama? Macam lah anak bujang, Amir seorang?

🌤️🌤️🌤️

Pintu rumah abang aku diketuk beberapa kali oleh aku. Tiada tanda-tanda yang pintu akan terbuka. Tapi aku tak putus asa. Aku ketuk lagi. Namun hampa.

Baru sahaja aku pusing untuk melangkah pergi, bunyi pintu terbuka.

Cepat-cepat aku menoleh lalu aku peluk dengan erat tubuh abang aku. Tangisan aku pecah.

"Adik? Abang kat sinilah.."

Aku mendongak. Terus hilang airmata aku. Ops! Tersalah orang! Lelaki yang dipeluk aku itu hanya terdiam. Mungkin terkejut kerana dipeluk aku.

Abang aku yang berada dibelakang lelaki itu dipandang aku. Terus aku leraikan pelukan itu.

Airmata kembali berlagu. Tubuh abang aku dipeluk erat. Aku hamburkan tangisku pada bahunya.

"Dik, kau ok?" Tanya abang aku. Namun aku tetap dengan tangis aku. Dia tanya lagi dan tangisan aku makin menjadi-jadi!

"Bro..." Si Aizat menghalakan skrin telefonnya ke arah abang aku. Bukan main terkejut lagi abang aku apabila melihat nama Amir dan Farah yang akan melangsungkan perkahwinan pada hujung minggu ini. Tahulah abang aku, bahawa Amir berlaku curang dengan aku.

"Tak guna punya jantan!!"

Tubuh aku dibawa ke sofa lalu didudukkan. Aku hanya menundukkan wajahku. Takut. Merah padam juga muka abang aku kerana marah.

"Telefon mana?" Soalnya.

"Dah hancur.."

Abang aku, Syafiq Amar meraup wajahnya dengan kasar. Padan muka kau, Amir! Kau yang mulakan permainan ni dulu! Sekarang kau hadaplah!

"Fiq, sabar Fiq.. kita selesaikan baik-baik." Kata Aizat. Cuba untuk menenangkan abang aku. Ini kalau dah terbawa emosi, memang tidak sedar lagi apa yang di lakukannya.

"Sekarang ni kau nak pergi mana dengan bagasi bagai?" Soalnya lagi. Ish! Dah macam penjenayah pula aku! Banyak betul soalan!

Aku hanya menggeleng. Abang aku pula buntu. Namun sedari tadi aku perasan, yang lelaki dipeluk aku tadi hanya diam membisu. Tak nak masuk campur atau sedang fikirkan jalan terbaik untuk tolong aku?

"Abang, kau ada rumah kosong tak?" Giliran aku pula yang menyoal.

Ha sudah! Lagilah abang aku tak ada! Ya Allah, soalan jenis apa yang aku bagi dekat abang aku? Sah-sah lah dia tiada! Kerja pun cukup makan je!

"Aku ada." Lelaki yang dipeluk aku tadi akhirnya bersuara. Pergh, suara dia! Garau ditambah dengan serak-serak basah! Memang rawr! Eh ya Allah, kuatkanlah iman aku..

Aku dan juga abang aku memandang ke arahnya.

"Kau boleh duduk kat apartment aku. Lagipun dah lama aku tak pergi ke sana." Tambahnya lagi. Namun sedikit pun dia tak pandang ke arah aku. Ahh jaga pandangan lah kot!

"Aiman Zafrel, kau dah banyak tolong aku. Takkan sekarang pun kau nak tolong lagi?" Aku hanya diam. Ouh ada nama. Sedap.

Lelaki itu hanya tersenyum.

"Jangan risaulah. Soal ikhlas atau tak ikhlas, biarlah Tuhan yang tahu. Sekarang ni kau bawa adik kau balik. Biar dia rehat."

Auch! Aku pulak yang angau! Ya Allah sedarkan aku dari mimpi ini.. aku berharap agar semuanya adalah mimpi.

Abang aku hanya akur. Nak tak nak, dia terpaksa ikut. Lagipun ketika lelaki itu susah, abang aku lah yang turun padang menolongnya. Bangga sekejap!

"Dik, kau nak datang wedding dia?" Soal abang aku.

Serta merta bibir aku mengukir senyuman sinis. Rugilah tak datang! Mesti ada makanan yang sedap-sedap!

"Datang bersama dengan watak yang baru. Adik nak tengok juga 'kebahagiaan' dia. Mana tahu lepas dah tengok, bolehlah adik slow-slow masuk line."

Abang aku hanya menggeleng. Aiman Zafrel mahupun Aizat hanya diam. Apa? Korang ingat aku kena berdiam diri lepas apa yang dah jadi! Ini Syafa Aqierah lah! Kalau dia boleh khianati aku, aku pun boleh buat benda yang sama! Kau tunggu Farah! Amir Rayden bakal aku rampas semula seperti mana kau buat pada aku! Kau tunggu!



















Mwah!💖💖

Huwaaa 😭 thanks for support! 😜❤️

Jangan lupa vomment tau! 😉❤️




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro