Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 10


BERSUNGGUH-SUNGGUH aku mengait baju sejuk sampai Mun pun dah mula buat muka bosan melihat diriku yang terlalu khusyuk dengan hobiku itu. Dia hidang sejag air soya, lepas tu mengambil telefon dia. Tak payah tanya pun aku dah tahu yang Mun akan mesej kepada Rina dan Nur yang aku duk tercongok di rumah dia dengan tiba-tiba tanpa undangan.

"Kau ada masalah ke, Rian?"

"Tak."

"Kalau tak ada masalah, jarang kau tiba-tiba datang macam ni."

"Siapa cakap? Rina ke Nur?" Soalanku bersambut dengan sengihan panjang Mun.

"Nur."

Aku mengambil gelas berisi soya sejuk di atas meja yang baru dihidangkan oleh Mun tadi.

"Let me help you. Cerita je masalah kau, nanti aku jadi pakar kaunseling. Kau bukan tak tahu yang aku ni bab-bab menasihat, terror. Dah, jangan nak mengait lagi. Kantoi sangat kau tak tahu mengait. Rosak aje kaitan aku ni, nanti." Mun menarik benang serta jarum kait yang ada di tanganku.

Aku mencebik kecil. Cakap je menasihat tapi satu nasihat dia tak boleh pakai.

"Ma asyik kata Adif tu bagus."

"Jadi, apa masalahnya?"

Aku menggaru ubun-ubun, sedikit resah untuk meluahkan perasaan kepada Mun sebab sebelum ni kalau ada apa-apa pun aku lebih selesa menyimpan perasaan sendiri.

"Kau memang nampak normal. Tapi sejak ada Adif, kau nampak agak kurang normallah Rian..." Lepas Mun cakap macam tu dia gelak berdekah-dekah.

"Kau janganlah cakap macam tu."

"Kau tak pasti hati sendiri kan? First time jumpa lelaki idaman ke apa? Tu lah dari dulu lagi aku suruh kau bercinta, biar merasa pengalaman tu, kau tak nak. Jual mahal sangat. Bila dah macam ni baru menggelabah cicak."

"Mun, bercinta tu haramlah."

"Yalah... yalah... aku faham. Tapi maksud aku bukan bercinta sayang-sayang macam tu. Cuba dari dulu kau berkawan juga dengan lelaki, kenal hati budi dia orang, cara nak handle dia orang. Ni, kau pening kepala fikir berat-berat bukan si dia tahu apa-apa."

Dalam hati mengiyakan fakta Mun yang boleh dikira bernas. Kalau aku berkawan dan faham perangai lelaki, taklah aku menggelabah macam ni. Tapi aku tetap tak setuju 'berkawan' dengan lelaki dan dengan tujuan yang romantis.

"Kau rasa aku ke yang salah?" soalku ingin tahu.

"Kau tak salah, tapi terlalu sensitif. Dan dia pula terlalu ambil mudah. Jadi aku rasa kedua-dua korang ni sama-sama newbie dalam hubungan cinta. Aku dengar cerita dari Nur teruk juga kau bergaduh dengan calon suami pilihan pa kau tu kan?"

Bibirku terjuih mendengar komen Mun.

"Kau relaks je Rian. Kan ke kahwin pilihan keluarga tu pilihan yang terbaik. Aku dengar dari Khai hari tu muka dia macam Cina. Mata sepet, kira bajet playboy. Betul ke?"

"Erk. Si Khai cakap?"

"Yalah nak harap kau yang beritahu tunggu kucing kat kampung aku bertanduklah gamaknya."

"Playboy Khai cakap?" Keningku sudah bertaut rapat. Mun tersengih lebar.

"Kalau Khai cakap aku percaya sebab Khai ni fasal lelaki dia lebih tepat. Dia kan agak lembut sikit."

Aku menghabiskan air soya dengan sekali tuang je. Mun setia memerhati gerak-geriku.

"Betul ke dia playboy, Rian?"

"Mana aku tahu."

"Aku rasa betul sebab kau minum air tu sekali teguk aje macam orang tengah makan hati."

"Aku tak pernah nampak perempuan lain dengan dia. Tapi tak tahulah kalau betul cakap Khai tu. Dia agak sinis orangnya." Aku membuat spekulasi terhadap Ahmad Adif Rayqal. Terbayang-bayang smirk Adif yang kadang-kadang membuat hati rasa tercabar. Senyum yang menyakitkan sebenarnya.

"Oh..." Terlongo aje mulut Mun apabila aku cakap macam tu.

"Langsung tak romantik macam husband kau. Kaku plus kayu."

"Kira baiklah tu. Sekarang ni banyak lelaki pandai jual minyak wangi tahu. Konon born with the talentlah, walhal perangai tu memang tak boleh blah."

Aku tersengih kecil. "Kau mengutuk husband kau ke?"

Mun memicingkan anak matanya sambil menyeringai. "Aku tak kutuk okey. Aku takut je dia perturunkan romantik dia tu pada perempuan lain. Eloklah dapat suami seperti Adif tu."

Mun bercakap macamlah dia yang menghadap muka Adif. Kalau dia tengok perangai Adif, memang dialah yang awal lari pecut sebab setahu aku Mun ni pun jenis yang berangin dengan lelaki jenis cool. Katanya, perasan macho perasan bagus. Ha dah betullah tu, si Adif bajet perasan bagus!

"Dia cakap dia cintakan aku tapi aku rasa macam dia tipu."

Ternaik kening Mun mendengar kata-kataku. "Gila cepat?" balas Mun pula.

Cepat ke? Dah berbulan-bulan pun tapi apabila dikira-kira berapa kali aje aku pernah ketemu dengan dia, memang kira cepat sangat. Hatiku berdetak tak keruan. Jadi maknanya Adif menipu aku ke? Tapi kenapa?

"Cepatkan? Kau rasa dia serius ke?"

"Entah-entah dia desperate macam kau tak? Nak kahwin awal tapi tak ada calon."

Laju je tanganku mencapai bantal sofa dan melemparkannya ke muka Mun. Ayat nak minta kena sumpah seranah betullah Mun ni. Buat sedih aku je. Ada ke patut dia kata aku terdesak nak kahwin!

"Aku gurau je, jangan marahlah. Aku rasa dia suka kat kau juga sebab orang gila aje akan meluahkan kata-kata cinta pada orang yang dia tak cinta. Bawa bertenang ya Cik Rian Aulia..."

Aku tarik muka masam sebelum menghela nafas dalam. Bukan aku tak tahu Mun suka je cakap main aci redah, jadi tak ada sebab untuk aku berkecil hati.

"Aku marah kat dia hari tu. Dia ingat aku couple dengan Abang Afeeq."

"Kau marah kat dia?" Mun menongkat dagu.

"Ya."

"Biar betul kau marah budak Cina tu?"

"Dia tak Cina lah. Mata dia sepet tak bawa maksud dia Cina, okey!"

Mun menyengih. Geram je aku tengok dia.

"Tapi kenapa kau marah dia? Mesti dia salah faham tu sebab kau rapat sangat dengan Abang Afeeq. Kau tak terang kat dia betul-betul tu..."

"Janganlah back up dia. Aku ni rasa terhina tahu tak bila dia kata aku jenis open."

Mun gelak kuat. "Tu tanda dia suka dengan kaulah tu. Dia nak kasi tahu kau bila kau open sangat nanti dia cemburu tapi dia tak reti ekspresskan perasaan dia. Entah-entah dia pun sama je macam kau, beginner." Dia gelak lagi. Aku tepuk bahu Mun geram.

"Betullah. Kau pun baru first time suka dengan orang, kan?"

"Aku tak suka dialah!" ucapku dengan wajah yang sudah berona merah. Kalau boleh aku nak cili-cilikan mulut Mun ni sebab main aci redah ketika bercakap.

"Eh, orang buta pun tak percayalah kalau kau cakap macam tu."

Aku memicingkan anak mata memandang ke muka Mun yang bersahaja itu. Nak kena jugak minah ni karang! Dari tadi asyik ungkit kisah orang buta aje.

"Okey aku tak suka dia, tapi aku tak benci dia. Normal macam perasaan kawan kepada kawan. Kau faham tak?" Aku menekankan suara. Harap-harap je otak Mun yang agak lembab ni meresap maklumat dengan baik sekali.

"Kau malu ke Rian? Jatuh cinta ni perkara yang biasa, tak perlu nak malu segala. Benda tu normal, semua orang normal akan merasa. Kau janganlah merumitkan keadaan... Sampai bila kau jadi macam ni? Buka sikit hati tu. Nak kata kau pernah trauma disebabkan kekasih lama, jauh sekali."

"Aku tak pernah suka dia, lah." Sekali lagi aku menegakkan fakta yang aku sendiri tak pasti.

"Rian, kau dengar dulu jangan tutup telinga tu!" Mun menarik tanganku kasar apabila aku menekup kedua-dua telingaku dengan tapak tangan.

"Kau dengan dia sama-sama single, tak salah kalau jatuh cinta sekalipun. Jangan terlampau fikir benda-benda yang complicated. Ikut je ketentuan Allah untuk kau. Kau fikir banyak pun tak guna tahu. Aku faham kau ni macam mana Rian, bila dengan orang lain normal aje tapi bila dengan lelaki yang kau suka mulalah fikiran tu merapu-rapu entah ke mana. Pakwe kau tu normal juga jadi tak payah kau terfikir lebih-lebih yang dia tak suka kau lah, dia berpura-puralah, dia main-mainkan kaulah. Umur dia dah berapa kalau nak jadikan kau bahan mainan. Baik dia kahwin je terus daripada try test market."

Aku tergamam mendengar kata-kata Mun.

"Umur kau pun dah meningkat. Let Adif love you. Jangan takut sangat dengan cinta ya cik adik. Positif sikit boleh tak? Tak pernah betul aku jumpa orang macam kau ni, unik gila."

Dalam-dalam dia mengata aku, dia masih lagi menyatakan aku unik.

"Kau rasa aku patut terima Adif, ke?"

"Absolutely!"

Aku menyandar lemah di atas sofa. "Kenapa?"

"Sebab kau suka dialah."

"Tapi aku tak happy pun bila dengan dia. Dengan dia aku jadi kekok, tak tahu nak cakap apa, selalu mati akal. Sebab selalu mati akal tu la, aku jadi tak reti nak call dia. Bayangkan, dalam berbulan aku kenal dia, sekali dua je kami bersembang di phone. Tu pun cepat gila. Dia pun... kerana jenis cool la sesangat sampai tak reti juga nak contact aku."

"Kau yang terlebih fikir, kalau kau positif mesti kau dah kahwin dengan dia. Aku dengan Pian dulu tak sampai tiga bulan kenal dah kahwin."

"Kau lainlah Mun, kau jenis mesra alam. Laki kau pun jenis yang happy go lucky je. Kau tengoklah si Adif tu, selalu sangat buat muka tak ada perasaan. Aku nak melawak pun rasa memperbodohkan diri sendiri je."

"Kau rasa macam tu ke?" Mun bantai gelak lagi.

"Mun, aku blur ni... yang kau asyik gelak, kenapa?" Aku menekan suara. Mun menggeleng kepala sambil memandang wajahku dengan senyuman melebar.

"Aku rasa kelakar dengar kes cinta orang yang baru mula nak kenal erti cinta ni. Take it easy lah, jangan stress-stress..."

Aku menarik muka masam. Tak membantu langsung jawapan dia. "Kau ni la..."

Bukan nak tolong kawan selesaikan konflik dalaman, tolong gelak lagi ada.

"Setakat tu je ke yang kau kalut, Rian? Itu boleh diselesaikan, jangan risau sangat. Aku ingat ada masalah negara sampai kau tiba-tiba serbu rumah aku ni."

Aku diam mendengar bebelan Mun. Sebaliknya berfikir... Aku serba salah nak cakap ke tak kat Mun, tapi selagi aku tak cerita selagi tu aku tak tenang. Tak ada orang lain lagi yang aku rasa selesa bercerita kecuali Mun, Rina dan Nur walaupun ma aku sendiri. Cumanya, Rina dan Nur tinggal jauh sangat dari rumah aku, sebab tu aku ke rumah Mun.

"Dia lamar aku hari tu."

Mun membulatkan mata. "Serius?"

"Macam serius."

"Bila?"

"Aku tak tahu..."

Tiba-tiba Mun mengangkat telefon bimbitnya ke muka.

"Kau dengar tak Rina, Nur? Ada orang yang dah kena pinang!"

Sesaat aku blur.

Tapi apabila Mun tunjukkan kepada aku skrin telefonnya, terus aku jatuh rahang. Dia buat video call selama aku meluahkan perasaan kat dia rupanya. Bertuah punya kawan.

"Kau!"

"Jangan marah, Rian. Dia orang pun nak dengar," terang Mun tersengih panjang. Aku jeling Mun tajam-tajam. Punyalah otak Mun ni licik sejak Pian belikan telefon canggih.

"Usaha Rian. Jangan nervous nervous, aku sayang kau, tahu. Bila kau dah jumpa Mr. Right ni aku pula yang rasa ketinggalan," ucap Nur sambil tersengih-sengih di skrin telefon canggih Mun. Aku membatu tanpa kata.

"Jangan marah kita orang, Rian. Aku sayang kau sebab tu aku nak dengar sendiri dari mulut kau. Adif okey apa, sesuai sangat dengan kau," sambung Nur lagi.

Aku letakkan tangan di atas dahi, tidak mahu memandang skrin telefon bimbit yang disuakan oleh Mun.

"Nanti kalau Adif tu main-mainkan kau, aku dengan Rina dan Mun gerenti tendang-tendang si Adif tu. Jangan risau punyalah!" ucap Nur penuh semangat. Aku menala mata ke arah telefon bimbit yang ada di tangan Mun.

"Kau orang janji tahu? Kalau dia sakitkan hati aku, tolong aku kasi dia penampar seorang satu."

Mun tersengih nakal. "Masa tu gerenti kau tak kasi kita orang sentuh Adif pun. Sayang punya fasal..." Pecah tawa mereka bertiga. Aku yang dah bengang bertambah bengang jadinya.

"Aku dapat bayangkan muka anak Rian, mesti Cina jugak, kan?" usik Rina pula.

Alamak! Penat pula aku cerita tapi mereka langsung tak nak faham. Adif bukan Cina! Mata dia tak adalah sepet sangat. Cuma agak tirus dan tajam. Dan memang dia putih melepak. Tapi dia Melayu. Ada ramai bersepah jejaka Melayu yang good looking kan? Asal kacak sikit terus jadi Cina. Tak pernah jumpa tapi beria-ia claimed Adif tu Cina. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro