Bab 10
Aku terkelu. Terkedu dan terbisu. Mata menatap ke dalam anak mata pekatnya itu. Aku dengan pandangan yang takut dan dia dengan pandangan yang sangat tajam lagi berbahaya. Kedudukan kami sangat rapat sehingga aku dapat rasakan nafas mintnya ditarik dan dihela di wajahku.
Diam. Aku nak bernafas pun takut.
Tapi aku masih sedar yang tangannya masih utuh di leherku yang bertudung. Tiada tekanan pada pegangannya itu. Hanya memegang utuh. Tapi kalau aku bergerak, tiada jaminan yang tekanan pada tangannya tidak akan ditambah. Silap-silap sampai putus nyawa aku dicekiknya.
Aku telan liur. Masih belum berani berbuat apa-apa. Nak bergerak, takut. Nak bersuara, gerun. Apatah lagi kedua-dua kaki dah macam kena strok. Hemiplegic. Paraplegic. Quadriplegic. Semua jenis plegic la. Kalau bukan tangannya yang memegangku, aku yakin aku mesti melorot jatuh.
"Tell me, dolce cuore. How much did you hear?"
Keras suaranya. Amaran bahaya! Tangannya sedikit ditekan. Tak sakit tapi cukup menggerunkanku.
"Nothing much. Saya dengar yang akhir aje. Yang encik jerit tu." Aku menjawab jujur.
Aku nampak sesuatu di balik mata hitamnya walaupun ekspresi mukanya tetap sama. Lega! Dia lega bila cuma itu yang aku tahu. Jangankan dia, aku pun lega itu aje yang aku tahu. Kalau aku tahu lebih, agaknya apalah yang dia akan buat? Dan lepas kejadian hari ni, aku tak rasa aku nak tahu apa-apa lagi tentang dia.
Are you sure, Nurissa?
Tersentak dengan kata hati sendiri. Aku pun ragu-ragu.
"You disobey me, Rose. I asked you to not wander around alone. I asked you to not be curious. I asked you to not show your face while the event was taking place. But, did you listen to me? No! You broke all of them!" Suaranya memarahiku.
Aku sedar sesuatu. Dia betul. Semua larangannya aku dah langgar. Stupid, Nurissa! Stupid!
Aku masih pegun. Masih tak berani nak bersuara. Bila dia dah marah macam ni, aku nak tatap anak matanya pun dah tak berani. Terus aku larikan anak mata.
"Look at me when I am talking to you!" Suara penuh authority.
Terus aku angkat kepala. Pandangan kami yang terputus tadi kembali bersabung. Aku takut! Serius aku takut dengan Dheo yang sekarang. Sangat bahaya! Aku tahu ketakutanku jelas terpancar melalui mataku. Dan memang satu keajaiban air mata belum mengalir lagi.
Mungkin melihatku yang ketakutan, aku dapat tangkap mata Dheo berubah lembut. Lama dia merenungku. Tangan yang berada di leherku terasa diangkat. Naik ke pipiku. Dia mula tegakkan sedikit tubuhku. Menjadikan jarak antara kami sedikit bertambah. Tapi masih dekat.
Nafas naik turun. Mata kami tak lepas dari berpandangan. Aku pula bagaikan tenggelam di balik anak mata cantik Dheo itu. Rasa bagaikan ditarik. Pandangan Dheo bagaikan punya seribu satu rahsia. Punya pelbagai rasa. Aku bagaikan dipukau. Hilang semua rasa takut.
Macam pernah dilihat. Tapi di mana?
Dheo juga masih diam. Dia bagaikan tenggelam dalam dunianya. Jemarinya yang berada di pipiku itu dielus lembut. Kepala masih memikirkan di mana aku pernah melihat mata cantik itu. Tiba-tiba jadi keliru.
"Bos!"
Aku kembali ke alam nyata. Dheo pun sama. Pegangan pada tubuhku dilepaskan bagaikan baru sahaja memegang besi panas. Nasib baik kaki dah ada kekuatan. Masih mampu berdiri sendiri.
Dheo berpaling ke arah suara itu. Wajah kembali ke versi sejuk beku.
Lucca tercungap-cungap mencari nafas. Nampak macam baru lepas lari pecut seratus meter gaya semputnya. Bila tengok Lucca, aku baru teringat yang aku sepatutnya menunggunya di depan lobi hotel.
"Here you are, signora. I think I lost you." Wajah Lucca nampak penuh kelegaan.
Aku diam. Masih tak berani nak bersuara bila di depan Dheo.
"I asked you to do one thing, Lucca. Keep her away. Takkan itu pun tak boleh buat?"
Suara amarah Dheo kepada Lucca bukan sedikit. Aku yang dengar pun rasa nak menikus lari. Itu aku yang hanya jadi pendengar. Belum lagi berada di tempat Lucca.
Tapi wajah Lucca tak beriak. Bagaikan sudah biasa dengannya.
"Sorry, bos. Won't happen again." Suara Lucca bagaikan satu janji.
Kali ini Dheo diam. Pandangan dihalakan ke arahku. Matanya mengecil. Seolah-olah memikirkan apa yang harus dilakukan denganku.
"Come with me," arah Dheo.
Belum sempat aku membantah, terasa pergelangan tanganku disambar. Terus tenggelam tanganku di balik tangan besarnya itu. Dia heret aku. Bila aku cuba rungkaikannya, jelingan amaran dihadiahkan. Terus putus segala usahaku. Sudahnya, macam lembu kena cucuk hidung, aku mengikut arah tanganku ditarik.
Dheo menuju ke arah penthousenya. Kalau bukan ada Lucca yang mengekor di belakang kami, aku gerun juga. Sekurang-kurangnya tak adalah aku berdua-duaan dengan Dheo.
Amboi, pagi tadi tak ada pula kau fikir nak berdua-duaan dengan Dheo, ya?
Pagi tadi lain. Pagi tadi sebab aku jalankan tugasku sebagai personal housekeeper dia. Tapi sekarang ni lain. Sekarang ni dah luar skop kerja. Dah jauh terpesong. Ni kalau ada orang nampak, silap-silap orang ingat aku ni kekasih tak berapa cerah Dheo.
Sebaik sahaja dia membuka pintu rumahnya, aku ditolak masuk dulu. Kemudian dia dan barulah Lucca menjadi orang terakhir. Aku rasa macam boneka bila sekali lagi Dheo tolak aku ke arah sofa.
"Duduk," arahnya sepatah.
Betullah aku dah macam boneka! Dengar aje suara dia, lutut automatik membengkok, punggung tanpa disuruh berlabuh di atas sofa lembutnya itu. Dheo pula masih berdiri di depanku. Tangan disilang di dada. Lucca pula berdiri agak jauh dari kami.
"Apa yang awak buat di sini? Awak tahu ni kawasan larangan kalau bukan waktu kerja," siasat Dheo.
"Saya tertinggal jam tangan saya di rumah encik. Saya cuma nak ambil jam saya. Sumpah tiada niat lain." Aku berkata jujur.
"Kenapa awak masih berada di hotel? Saya dah pesan, awak boleh balik lepas habis kemas rumah saya? Kenapa ingkar?"
Bila dia dah ungkit kesalahanku, aku mula telan liur.
"Saya dah nak balik dah lepas kemas rumah encik. Tapi Puan Rasyidah panggil. Cakap staf available kena stand by untuk menolong. Saya dah bagi tahu yang encik suruh saya balik. Tapi Cik Nancy tak percaya. Dia cakap kalau betul, mesti Encik dah bagi tahu dia. So, saya cuma ikut aje la. Anggap Encik tak maksudkan."
"Nancy?"
Aku angguk.
"Merda!"
Aku dengar dia berkata sesuatu dalam bahasa Itali. Haraplah dia bukan mencarut kat aku.
Nampak dia tarik nafas dalam-dalam.
"Ni hotel saya atau Nancy?"
"Hotel encik."
"Saya atau Nancy bos awak?"
"Encik bos saya."
Macam budak darjah satu, aku masih menjawab.
"Tahu pun. Dah tu kenapa ikut cakap Nancy? Gaya dia macam bini saya ke yang awak nak ikut kata-kata dia?"
Aku terkedu. Tak dapat jawab. Dia betul. Ya... Dia memang selalu betul pun.
"Lain kali, ikut apa yang saya cakap. Kalau orang lain tak percaya, suruh dia orang pergi tanya saya. They can call me. Or come to my office. Anything. But never defy my commands. Understood?"
"Baik, encik."
Aku patuh.
Dia cuma pandang aku dengan mata yang dikecilkan. Dia pun dah musykil. Macam dah tak percayakan kata-kataku. Undang-undang dia yang aku langgar, semuanya tanpa sengaja. Sumpah!
"Awak dah langgar segala undang-undang saya. Saya pernah cakap yang sesiapa yang langgar perintah saya, they will face with consequences."
Mataku terus meluas mendengarnya.
"Encik nak bunuh saya ke?"
Dengan polosnya aku bertanya.
Nampak tubuhnya mengeras. Macam tak menyangka aku cakap macam tu. Lucca pula aku nampak macam tengah tahan gelak. Bila dia perasan dengan pandanganku, terus dia buat-buat batuk.
Bila Dheo pula yang pandang dia, terus dia kejung. Berdehem sesaat, sebelum wajahnya kembali normal. Tak berekspresi.
"Ce cosi tanto che potrei fare per voi, voi non nemmeno conto." Lidahnya digulungkan dengan bahasa Itali.
Sebab aku tak tahu maksud, lagilah aku gerun. Lantas aku pandang Lucca.
"Dia cakap apa?"
Aku tahu hanya Lucca yang boleh jadi abang Google Translate terbaik saat ni.
Tapi Lucca hanya jongket bahu. Cis!
Melihat Dheo, aku nampak hujung bibirnya seakan-akan cuba tahan senyum. Apa yang kelakar? Kemudian aku tersedar sesuatu. Mungkin dia suka tengok aku macam ni. Resah di bawah ihsan dia. Macam villain dalam cerita kartun. Bila tengok mangsa makin takut, lagi dia suka. Apa orang kata? Seeking pleasure in other's misery.
"Encik betul-betul nak bunuh saya!"
Aku tuduh lagi. Sekarang rasa nak menangis.
"I told you curiosity doesn't kill you but your freedom. You know something you shouldn't so I have to make sure you walk away with your mouth shut."
Gulp! Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perilaku silap-silap 24 jam aku di bawah perhatian Dheo.
"Saya janji saya tutup mulut saya. Saya takkan cakap kat orang lain. Sumpah!"
Entah berapa kali aku dah bersumpah hari ni.
Betul! Aku takkan cakap kat siapa-siapa tentang hari ni. No harms done! Tiada pembunuhan terjadi. Tiada tembak-menembak. Lelaki itu pun aku rasa boleh berjalan dengan kedua-dua kaki. Aku anggap tadi Dheo cuma bergurau-gurau manja dengan lelaki itu.
"Tak sesenang tu, tesoro."
Betapa aku rasa aku nak terjun dari tingkat lima puluh lima ini. Semoga amnesia lagi sekali.
"I'm going to watch you. You cannot run from Dheo Han."
Automatik aku teguk liur. Dia tak ugut aku pun. Kalau aku tak buat apa-apa, atau tak cerita pada sesiapa, aku akan selamat, kan?
See... Mudah! Harapnya la!
"Okey."
"Okey?"
"Yalah... Okey. Encik boleh buat sesuka hati. I'm under your mercy."
"You don't understand, tesoro. It's not about me only. It's about you. Kalau awak ingat, bukan hanya saya yang tahu kewujudan awak malam ni. I won't harm you. But I can't promise he won't." Kata-katanya buatkan wajahku kering darah.
"Tapi... Saya tak dengar apa-apa." Aku mula takut!
"Tapi dia tak tahu. Kalau dia tahu, belum tentu dia percaya." Dia sengaja menakut-nakutkan aku.
Memang takut pun! Aku yakin Dheo takkan apa-apakan aku. Tapi lelaki yang seorang lagi tu? Gulp!
"That's why my darling, starting from now, obey to my every command. Every. Please. Don't put yourself into trouble again."
Oh. My. God! What have I gotten myself into? 2.0.
"Apa saya kena buat lepas ni?"
"Act normal. Pergi kerja, balik kerja. But, I have my eyes on you."
Rela dalam paksa, aku angguk. Kalau aku tak buat apa-apa, maka semuanya yang jadi mungkin akan dilupakan, kan?
Tapi... Sebenarnya, apa yang jadi tadi ni? Mereka bercakap pasal apa? Apa sisi gelap Dheo yang disembunyikan di sebalik imej profesionalnya? Siapa Dheo Han sebenarnya?
Stop, Nurissa! Stop being curious. Look at what it got you into!
"Awak ada apa-apa bantahan?"
Geleng. Apa lagi pilihan yang aku ada?
"Ada apa-apa soalan?"
Aku pandang Dheo yang masih tak lepas memandangku. Muka masih serius. Pandangan terarah kepada Lucca yang berada sedikit belakang dari Dheo. Mata juga tak lepas dari tengok aku dan Dheo berinteraksi. Sekali tengok gayanya, macam dia tengah enjoy tengok drama swasta.
"Are you gay?"
Aku nampak Dheo kejung. Mulutnya sedikit ternganga. Matanya pula kelip-kelip pandang aku. Off-guard!
"What?"
"Are you both gay?" ulangku lagi. Bergilir-gilir pandang Dheo dan Lucca.
Mereka berdua berpandangan. Dan lepas tu, kedengaran ketawa Lucca memenuhi ruang besar itu. Dheo pula aku nampak raup wajah sendiri dengan sebelah tangan. Kemudian hela nafas panjang-panjang. Muka reda.
Kenapa? Kelakar ke soalanku itu? Aku cuma nak tahu.
"You just don't understand when I said don't be curious, do you?"
Suara dia dah macam reda yang amat.
Aku diam. Terkena balik. Dia betul lagi.
"Lucca, pergi oderkan makanan," arah Dheo.
Suara cuba tahan rasa annoying. Annoying dengan Lucca agaknya. Apatah lagi dengan Lucca yang masih belum reda ketawanya.
"Baik, bos!"
Tapi dia masih patuh. Ketawanya dah habis. Tapi dia masih sengih. Nampak dia lap hujung mata. Bukan main seronok dia gelak, sampai berair mata.
"You make my day, principessa," kata Lucca sambil geleng-geleng kepala.
Dengan bibir yang masih senyum, aku nampak susuk tubuh Lucca menghala ke pintu utama rumah. Tak lama lepas tu, kedengaran bunyi isyarat menandakan pintu rumah sudah tertutup.
Berdua lagi. Dengan Dheo Han lagi.
Diam. Aku pandang dia, dia pandang aku.
"So, I'm gay, huh? Dengan Lucca?"
Gulp!
Bibir dia mula naik sikit. Senyum misteri.
"Saya cuma tanya."
Aku memberanikan diri untuk menjawab.
"What makes you think that I am a gay? Do I look like I'm a gay?" Sebelah kening terangkat bila bertanya.
"Saya dengar orang-orang cakap. Saya cuma nak pastikan. Sebab nanti saya tak nak fitnah encik," jawabku lagi.
Dia masih belum menjawab persoalanku. Adakah dia seorang yang sukakan lelaki?
Dheo renung aku lama-lama. Kakinya mula menghala ke arah sofa yang aku duduk sekarang ni. Duduk di sebelahku. Automatik aku mengengsot ke tepi. Tak selesa duduk dekat-dekat dengan dia. Entah apa dia akan buat padaku nanti.
"Kenapa, tesoro? Nak takut apa? Saya, kan gay. Gay tak makan perempuan." Dia senyum sinis.
"Jadi... Betul ke encik gay?"
Tak tahu nak menangis ke nak lega kalau dia angguk.
Dheo tak jawab. Tapi dia mengengsot rapat ke arahku. Bila aku dah berada di hujung sofa, aku terus bangun. Namun belum sempat kaki nak berdiri, Dheo menahanku dengan sebelah tangannya. Aku kini terperangkap di antara dia dan sofa.
Rasa sesak nafas sekejap. Apatah lagi kedudukan kami yang agak rapat. Dia mungkin gay, tak rasa apa-apa. Tapi aku ni perempuan normal. Kalau dekat dengan lelaki, apatah lagi lelaki kacak macam dia hatiku mesti rasa nak meletup.
Semua ni salah!
"Well... Let me tell you a secret, tesoro. But you must not tell others."
Dia dekatkan bibirnya ke arah telingaku.
"I'm not gay. And I like female."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro