Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

9-Now

Iyaz belanja satu chap je eh. Ni pun sampai tertungging dah taip. Sorry sgt2 sbb phone Iyaz buat hal. Nanti bila dah okay Iyaz update balik okay

-----------------------------------------------------------

Pintu berwarna putih ditatap kosong. Dua keputusan berlegar-legar di akal fikiran.

Cermin mata yang dipegang segera di pakai. Balkoni di jeling sekilas. Nafas dihembus kasar.

"Patut ka aku buat macam tu."

Jari dimain sengaja. Syifa akhirnya bangun lalu mengorak langkah ke balkoni. Kejadian semalam masih bermain difikiran.

"Tengku Syifa Ayuni Syed Umar Khalid."

Fathan masih membuntangkan matanya. Dia seperti tidak menjangka hal itu yang menjadi tanda soal dalam hidupnya akan terungkai dengan satu lafaz daripada gadis ini.

"Aku tak faham lah. Siapa kau ni dalam hidup aku sebenarnnya. Kenapa kau suka muncul dalam mimpi aku. I need an explenation."

Syifa tergamam. Dia tak sangka yang lelaki ini selalu bermimpi akan dia. Tiba2 sahaja rasa bersalah menyelubungi diri. Tapi apakan daya. Kebenaran memang selalu pahit.

"Aku anak kedua Syed Umar Khalid dan Sharifah Dayana Ainiyah. Your adopted sister. Got it?"

"Tak. Apa maksud kau adopted?"Fathan seakan keliru dengan apa yang diontarkan dari mulut gadis di hadapannya ini.

Syifa tersenyum sinis

"Adopted sister bermaksud adik angkat. Aku anak kandung dan kau ........."

Syifa melihat kearah Fathan dengan pandangan membunuh. Sungguh dia berasa tidak sabar ingin mengungkapkan perkataan ini. Sebuah bingkai gambar diberikan kepada Fathan.

"anak angkat."

Dan pada malam itu semuanya telah terbongkar tapi bukan segala-galanya. Perasaan Fathan sangat bercelaru ketika itu. Lantas dia bangun meninggalkan Syifa. Namun langkahnya berhenti di hadapan pintu bilik.

"Kanta dan cermin mata kau aku dah beli baru. Pagi esok Raven hantarkan." usai itu Fathan terus hilang dari pandangan.

Syifa menghembus nafas berat.

"Aku tak adalah benci kau sangat tapi hakikat tak boleh di ubah. Kau tipu aku Fathan. Tapi sadis sebab kau lupa kesalahan kau tanpa diminta. Dan aku perlu tahu siapa dalangnya."

Dan malam itu akan menjadi malam yang penuh keperitan bagi kedua-dua pihak.

Dalam masa beberapa saat sahaja dia selamat mendarat ke bawah. Tak sia2 dia belajar semua ni dari Rafael.

Dia berjalan perlahan-lahan. Siang2 macam ni kalau silap langkah senang ja orang tangkap nanti.

Kiri kanan dilihat dia. Sampai sahaja ke pintu belakang dia melihat 2 orang bodyguard sedang berkawal di situ.

"Da*n you!"cemuh Syifa perlahan. Tapi tanpa dia sangka kedua2 bodyguard itu saling berpandangan kearah dia.

I see man....

Langkah seribu diambil apabila dua orang bodyguard itu sudah menapak meneju ke arahnya.

"Such a muffin one! Macam mana la badut dua ekor tu boleh dengar!" Syifa melangkah dengan lebih laju apabila melihat dua ekor manusia itu makin menghampiri dia.

Salah seorang daripada mereka hampir menarik rambutnya yang diikat ekor kuda tadi.

"Woii!! Jaga sikit. Suka hati mak bapak kau ja nak sentuh rambut aku!"

Syifa masih setia dengan lariannya. Tanpa dia sedar dia sudah tersilap langkah.

Dihadapannya ialah pintu pagar utama. Lima orang bodyguard sedang berkawal di situ. Syifa toleh ke belakang. Bayangan dua ekor manusia tadi mulai kelihatan.

Sepertinya dia tiada pilihan. Pokok yang tinggi di sebelahnya itu dipandang sepi.

Nafas dihembus berat.

"Kali ni jer....."

***

Pen digenggam dengan kasar. Wajah dua orang manusia dihadapannya direnung tajam. Kedua-dua mereka masih tertunduk bersalah. Fathan kembali merenung suatu bingkai gambar yang dipegangnya.

"Sorry bos, si Bob dengan Steven tu la yang cuai. Boleh dia biar perempu---" belum sempat Josh menghabiskan kata-katanya lengan Josh terlebih dahulu disiku Raven. Kau dah telanjur cakap tu bro.

"--- Ci--ci-kk Syifa lari." tergagap dia melontarkan suara. Josh kembali mendiamkan diri. Dah lah silap cakap tadi. Mahu di pancung kepalanya nanti. Bukan tak biasa dengan sifat bosnya sorang ni. Lagi-lagi lepas dapat tahu yang gadis itu lah yang di cari-cari bosnya selama ini.

Fathan masih tidak berkata apa-apa. Wajahnya masih setia menatap bingkai gambar ditangan.

"Bos.... nak kita orang cari dia ka?"

"Tak payah." Josh dan Raven saling berpandangan.

"Err....kalau macam tu kita orang keluar dulu ya bos?"

"Blah" sepatah. Iu sahaja yang keluar dari kotak suara Fathan.

Wajah Fathan masih dingin. Bingkai gambar tadi diletakkan di atas meja.

"Aku tahu kau ada penjelasannya. Aku bagi kau masa."

Sekali lagi Fathan menghembuskan nafas berat. Kepalanya di letakkan di atas meja.

Tanpa dia sedar pintu diketuk berkali-kali.

"Masuk...." dengan malasnya Fathan berkata. Namun riaknya terus berubah selepas melihat gerangan yang membuka pintu.

"Fathan....."

***

Pak!

"Fuhh... Blah pun badut2 tu. Boleh tahan susah nak lari dari rumah ni." Syifa berkata sambil menggosok-gosokkan tangan dan lutut dia yang kotor kerana melompat turun dari pokok tadi. Cermin mata yang sedikit senget itu di perbetulkan.

Panjang sebenarnya cerita dia. Kalau nak dipendekkan anggap jelah dia ni lari sembunyi atas pokok. That's all.

"So our next destination is......." Syifa membuka maps di telefonnya.

"This house...." Kata Syifa sambil memandang sinis ke arah satu tompok merah di dalam peta itu.

Syifa memanjat pagar tinggi berhampiran tempat dia berada sekarang. Sejujurnya sekarang ni dia hanya mahu berterima kasih kepada Rafael. Kalau bukan sebab monyet jadian separuh abad tu memang tak ada harapan lah dia dapat keluar dari situ.

Langkah terus diatur menjauhi rumah itu. Dah la jauh dari pekan. Entah pelusuk hutan mana tah si Fathan tu angkut. Nasib still ada line.

Stesen bas di cari. Kenapa lah tak ada grab dekat area sini. Musykil betul.

Usai menaiki tangga bas itu dia memanjangkan leher bagi mencari tempat duduk. Sesak juga dalam ni. Harap2 ada kosong la.

Setelah puas menelaah sekeliling bas matanya tertacap pada satu tempat kosong. Fuh rezeki tapi........

Perlu ka ada lelaki dekat situ?!

Syifa memandang lelaki itu atas bawah. Tengah bersandar. Hoodie dark green. Pakai earphone. Topi kelabu. Muka? Tak nampak sebab topi lindung.

Arh! hadap je lah. Tak kan nak bersila atas lantai kot.

Perlahan-lahan Syifa mendekati lelaki itu. Erm... nak tegur macam mana ni?

"Err.. weh aku tumpang sebelah boleh?" lelaki itu sedikit terkejut. Dia tidak mengangkat kepala sebaliknya hanya membuka earphone yang dipakainya.

"Kau cakap apa tadi?" tanya lelaki itu. Suara macam baru habis nangis ja. Dia ada masalah ka?

"Aku nak tumpang duduk boleh tak?" tanya Syifa sarkastik. Lelaki tu pun beku ja.

"Hermm duduk la." lelaki itu berkata selamba. Tanpa melengahkan masa lagi Syifa terus duduk di situ.

Lebih kurang 10 minit telah berlalu. Syifa masih ralit dengan telefonnya. Walau begitu dia masih dapat menangkap anak mata lelaki itu yang sedang memerhatikannya. Dia mengambil keputusan untuk berbuat tidak tahu sahaja.

15 minit telah berlalu. Keadaan masih lagi sama. Syifa sudah berasa sedikit rimas.

"Kau dah kenapa tenung aku macam tu. Tak pernah makan penampar ka..." senada Syifa berkata. Lelaki itu langsung tidak mengendahkan kata2 Syifa. Malah wajahnya semakin rapat dengan Syifa.

"Kau dah kenapa!" Syifa cuba menahan nada amarahnya agar tidak di dengari penumpang lain.

Lelaki itu masih tidak berkata apa2. Tanpa sebarang amaran lelaki itu licah menanggalkan cermin mata Syifa.

"Eh apa kau buat nih?! Bagi la balik." tanggan Syifa uba menggapai cermin matanya yang diambil oleh lelaki tadi.

"Buka kanta lekap kau." sarkastik. Syifa sedikit tersentak.

"Aa-pa kk-au cakap" soal Syifa gagap. Mak aih sapa lah dia ni. Fishy sangat ni.

"I said remove your contact lenses before I ruined your glasses" kata lelaki tadi sambil menghayunkan cermin mata Syifa dihadapan gadis itu.

Syifa merengus geram. Dia memang pantang di cabar tapi apakan daya kalau dah terhimpit dalam bas yang sesak ni. Susah sikit la nak buat show. Dan akhirnya dia memang tiada pilihan.

Matanya setia direnung oleh lelaki tadi. Tengok apa entah. Bukan ada cerita kartun pun dalam mata aku ni.

"Nama kau apa?" soalan yang datang secara tiba2. Hujan pun tak banjir pun tak.

"Pahal kau sibuk tanya nama aku?"

"Jawab je lah."

"Ayu...."

"Ayu? Apa Ayu?" dia mendesak

"Ish perlu ka kau tahu?!"

"Banyak mulut pulak kau ni. Cakap je lah nama kau." sekali lagi mamat ni mendesak. Aduh leceh betul.

"Ayu je lah!!!!!" suara cuba dikawal. Sabar2...

"Or I will......" sekali lagi dia menghayunkan kaca mata itu. Main ugut pulak dia nieee!!!

"Okay2! Syifa Ayuni puas kau!" namun kata2 Syifa tidak dibalas dengan apa2 perkataan selain pelukan yang sangat erat.

Syifa masih terkaku disitu. Entah kenapa otak tiba2 lambat nak proses.

"I found you" katanya sebelum mata dialih menghadap mata light purple itu.

"my little sister"

~so how about this chap? terus support and still tuned guys!~

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro