5-Bro
Diri seperti dibawa angin. Terbang melayang tanpa arah tujuan. Kaki sudah seperti separuh lumpuh. Walau penat berjalan langsung tidak berasa apa2. Tekak yang kering tidak juga terasa peritnya.
Kerana segala rasa itu ada di hati.
Syifa berhenti di sebuah lorong kecil. Kalau tadi masih ada sinar senja tapi sekarang hanya lampu jalan yang menerangi.
Jam di tangan dikerling.
8:02 p.m
Sudah hampir 2 jam dia berjalan. Sepatutnya sekarang ni dia sedang berada di atas bas.
Entah apa yang dia perlu jawab kepada ibu dan ayahnya nanti. Sudah tentu Encik Zul dan Puan Hanani akan risau.
Kaki diberhentikan di antara longgokkan kotak. Getaran tulang di seluruh tubuh tidak dapat dibandingkan dengan hatinya itu. Dia juga hairan mengapa hatinya sakit apabila mendengar kata2 Rafael tadi.
"Kenapa....kenapa aku rasa sakit..."
"Sebab kau suka dia..."
Syifa menoleh ke arah pemilik suara. Seorang lelaki tegap berpakaian serba hitam mendekatinya.
"Kkk...kau siapa?!" Syifa cuba menjauhkan diri dari lelaki itu.
"Bertenang cik.. saya orang baik lah."
"Betul ka? Kau pasti."kata Syifa sedikit menyindir. Sempat lagi ye kau Syifa.
Lelaki itu tertawa kecil.
"Ada nampak muka saya macam orang jahat ka?"
"Adala sikit...."
Sekali lagi lelaki itu tertawa kecil. Geli hati mungkin dengan gelagat Syifa.
"By the way nama saya Razen, Razen Hagen." Razen hanya tersenyum manis ke arah Syifa.
"Ayuni... Syifa Ayuni. Kau asal mana. Tak nampak macam melayu pun."
"Ouh...hehe cik Syifa perasan ye. Saya ni foreigners. Saya asal Denmark. Cik Syifa pula." Soal Raven. Entah mengapa dia terlebih ramah pula dengan Syifa ni.
"Ayu.... Panggil Ayu je. Lagi satu kau tak payah nak ber'cik' sangat dengan aku. Aku tak suka formal. Aku asal Kedah" Kata Syifa mendatar.
"Ouh jadi ci- Ayu buat apa dekat sini. Sini bukan Kedah." Kata Raven sedikit tersasur saat ingin memanggil 'cik' tadi.
"Aku student." Jawab Syifa masih mendatar. Mungkin masih bersedih agaknya.
Raven melihat Syifa seperti tidak bermaya. Mungkin kerana kejadian tadi.
Suasana agak sendu diantara mereka. Masing2 berdiam diri.
"Mana kau tahu aku suka dia." Syifa memecahkan kesunyian.
"Sebenarnya.....
Pakk!!
Seorang lelaki berbadan tegap dan berpakaian serba hitam mendekati Raven.
"Tak apa ka kita pukul dia ni Josh?" Soal Raven kepada lelaki tadi.
"Nak buat macam mana. Kalau tak pukul kau ingat dia nak ikut kita ka?" Jelas Josh kepada Raven.
Raven memikul Syifa masuk ke dalam kereta. Sepertinya gadis ini sudah berjaya mengambil hatinya.
Namun dia sedar dia tidak layak terhadap gadis itu. Kerana gadis itu kepunyaan seseorang. Seseorang yang dia amat kenali.
***
Dushh!! Dushh!!
Punching bag ditumbuk bertubi-tubi. Bagai melepaskan segala yang terpendam pada setiap tumbukan.
Aaarrhh!!! Bodoh!
Bodoh! Bodoh! Bodoh!
"Woi king kong! Kau dah kenapa?! Kalau marah sekali pun jangan lah bising. Mengganggu tahu tak!"
Ini Deniel Adryus. Semua orang panggil dia Den. Mak dia ja panggil dia Ry termasuk Rafael.
Tapi dia tak bagi so Rafael panggil ja dia ni Den. Kalau tak memang nak kena sebat dengan tangan besi dia tu. Bak kata Deniel mak dia ja boleh panggil nama special dia tu.
Dia ni sepupu Rafael. Sama umur sama universiti. Satu rumah tapi lain kepala. Tapi kadang2 lebih kurang ja otak tu. Dia memang gila dan kurang ajaran.
Biadap? Perkara wajib dalam hidup. Tapi itu semua kalau ada orang nak cari nahas dengan dia. Percaya tak kalau aku cakap yang perangai Rafael sebenarnya sama ja macam Deniel ni?
Rafael menjeling tajam ke arah Deniel.
"Woo... Relax la bro. Cer cerita." Deniel cuba menenangkan Rafael.
"Kau siapa nak tahu hal aku..." Ujar Rafael mendatar.
"Alah...kau ni chill la... Meh sini aku bagi something." Deniel melangkah ke arah Rafael.
"Apa?"
"Motivation."
"Lawak kucing kau...." Kata Rafael mendatar. Malas dia ingin melayan lawak hambar sepupunya itu.
Deniel merengus kasar.
"Aku tak buat lawak lah biawak!"
Deniel menarik telinga Rafael.
"Dan satu lagi aku tak bela kucing sebab aku alah bulu kucing. Puas!"
Ok dia tak buat lawak.
"Aaaa!!!! Sakit lah ! Lepas lah woi!!"
"Dah duduk sini diam2. Kalau kau degil lagi ini makan dia." Deniel mencubit lengan aku.
"Auch! Sakit lah bongok!" Rafael mengadu kesakitan.
1...
2...
3...
Senyap
Deniel menghembus nafas berat.
"Now tell me. Apa masalah kau sebenarnya?" Deniel bertanya.
"Ayu..." Jawab Rafael sepatah.
"Kenapa dengan dia?"
"Gaduh."
Deniel menggelengkan kepala.
"Macam mana boleh gaduh."
"Marah."
"Siapa marah siapa?"
"Aku."
Ya allah punya lah panjang aku tanya dia boleh jawab sepatah2 ja. Haih sabar je lah Den.. desis hati Deniel.
"Kenapa kau marah dia?"
"Sakit."
"Apa?"
"Hati."
Ok aku penat
"Kau cakap elok2 boleh tak! Pening la aku dengar!" Deniel meluahkan isi hatinya. Ha puas pun!
"Aku gaduh dengan dengan Ayu sebab aku marah dia sebab aku sakit hati sebab aku cemburu sebab cara dia kena tenung dengan lelaki yang dia langgar tadi!" Dengan satu nafas sahaja semua yang terbuku di hati Zarif Rafael dikeluarkan.
Senyap
"Pfftt!!! Bahaahaha!!! Tu jer? Hahaha!! Kau ni pandai buat lawak la Raf!!" Kata Deniel dengan sisa tawanya. Seronok sangat dapat gelakkan orang.
Rafael merengus kasar
"Betul la apa yang aku cakap. Kau jangan la gelak! Sepak juga mulut kau tu nanti!" Marah Rafael. Orang tengah serius dia boleh main2.
"Lah..ok2 lepas tu apa jadi?"
"Aku tak sedap hati lah Den... Mata lelaki tu macam rindukan dia ja. Kau tahu kan yang aku sayang dekat Ayu tu." Luah Rafael.
"Kau biar betul. Mana kau tahu. Mana tahu entah abang dia ka
"Mula tu aku ingat siblings dia jugak tapi aku pun lelaki lah Den. Aku nampak apa yang lelaki tu nampak." Jelas Rafael bersungguh-sungguh.
"Aku pun lelaki jugak. Tapi kenapa aku tak nampak apa2 pun?" Deniel mula membuat lawak hambarnya kembali. Sungguh dia tidak selesa dengan situasi terlebih jiwang tadi.
"Kalau ikut auta kau mana ada dekat sana. Kalau ikut fakta pulak kau tu perempuan bukan lelaki." Rafael jugak rancak bermain permainan Deniel ini. Kau ingat kau sorang yang tahu buat lawak? Ini Zarif Rafael la.
Air muka Deniel berubah. Pantang di cabar dia ni. Perlahan-lahan dia melangkah mendekati Rafael. Senyuman sinis terukir dibibir.
Rafael pun tak adalah bengap sangat nak tunggu Deniel tu datang cekik dia. So apa lagi. Cau dulu.......
Deniel mengejar Rafael.
Let's start the REAL game.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro