30-Mamak
"Han.... Panggil kawan kamu tu turun makan."
Fathan yang mendengar panggilan dari arah dapur itu segera melangkah ke sana.
"Err dia keluar pagi tadi ma... Urgent katanya." Fathan mereka cerita.
"Lah habis tu dia datang sini balik tak nanti?" Puan Sharifah mengawal riaknya.
Mahu tidak terkejut. Baru sahaja tahu anak sendiri sudah pulang tiba2 sahaja menghilang sekali lagi.
"Erm tak tahu la ma. Nanti Han try contact dia eh."
Puan Sharifah hanya menbalas dengan anggukkan.
Seketika itu kelibat tuan Umar terlihat. Mereka bertiga bersarapan bersama seperti biasa.
Usai bersarapan Fathan meminta diri untuk keluar sebentar.
Setelah mendapat izin dari tuan Umar kunci kereta terus di capai.
Dalam beberapa kedipan mata sahaja kelibat Fathan sudah menghilang bersama keretanya.
Dan sekarang hanya tinggal puan Sharifah dan tuan Umar sahaja di dapur.
"Budak tu pergi mana Sharifah. Kenapa dia tak makan sekali?" Tuan Umar menyoal sambil membaca sesuatu di dalam ipadnya.
"Han kata dia ada hal. Pagi2 dah keluar. Tapi kan abang...." Puan Sharifah yang sedang membasuh pinggan tadi menghentikan kerjanya.
Kakinya melangkah mendekati suaminya itu. Kerusi di hadapan tuan Umar di duduki puan Sharifah.
"Saya risau lah bang..."
"Awak nak risau apa? Hidup je kan budak tu." Tuan Umar memandang ke arah isterinya.
"Ish abang nih. Saya risau lah. Mana dia pergi selama ni. Dengan siapa dia tinggal. Cukup ke tidak makan pakai dia. Itu je." Puan Sharifah mengemukakan persoalan yang sering bermain di dalam fikirannya.
"Awak jangan risau lah. Saya selalu ja pantau dia. Dia baik2 je." Jawab tuan Umar.
"Apa?! Kenapa awak tak pernah bagitahu saya pun sebelum ni?" Soal Puan Sharifah tidak berpuas hati.
"Ha tengok. Saya baru cakap sikit dah nak meroyan. Cuba kalau saya bagitahu semua. Entah runtuh tak rumah ni gamaknya." Jenaka Tuan Umar.
Puan Sharifah hanya menarik muka manakala Tuan Umar hanya tertawa kecil.
"Dah2 awak tu bila nak mula kerja?" Soal tuan Umar.
"Ada la dalam tiga empat hari lagi rasanya..." Balas puan Sharifah malas2.
Tuan Umar hanya mengangguk faham.
"Tapi kan bang. Syifa pergi mana eh time lari rumah dulu?"
"Saya hantar dia pergi rumah anak yatim." Ujar tuan Umar tanpa melihat ke arah wajah isterinya.
Wajah puan Sharifah serta serta-merta berubah.
"Abang! Tergamaknya abang...."
"Habis tu awak nak tengok anak awak merempat ke? Kira bagus la tu saya hantar situ. Kalau saya hantar juvana nanti awak nak?"
Puan Sharifah terdiam. Dia bukan tidak tahu kisah anak daranya seorang itu. Jangan dibuat main.
Kes juvana tu!
"Ha diam pun. Tahu pun awak perangai anak awak tu. Tapi sekarang saya tak tahu la dia ingat ke tak apa yang dia pernah buat."
Mendengar kata2 yang keluar dari mulut tuan Umar puan Sharifah jadi tidak senang duduk.
"Awak buat kerja dengan Noel lagi ke?! Awak tak kesian ka dekat anak kita tu."
"Lagi bagus dari dia ingat apa yang dia pernah buat. Sekurang-kurangnya dia boleh mulakan hidup baru. Tapi itu lah...."
Kata2 tuan Umar terhenti. Nafasnya ditarik dalam.
"Tapi apa abang?....."
"Dia macam... Dah start ingat balik. Itu yang saya takut tu. Atuk dia memang dah sah la dia ingat. Kerja berkepit ja dekat universiti tu dulu. Kita ni lagilah dia tahu" Ujar tuan Umar.
Walaupun wajahnya tidak kelihatan resah namun kata2 cukup membuktikan dirinya begitu risau akan anak gadisnya itu.
Tuan Umar agak tersentak apabila merasakan ada haba yang menyentuh tangannya.
"Mungkin dah sampai masanya. Abang still ingatkan pesan abah dulu." Ujar puan Sharifah sambil mengusap lembut tangan suaminya.
Tuan Umar hanya berdiam diri. Hatinya masih memikirkan soal anak gadisnya itu.
***
"Where else we wanna go after this Syifa?" Isabella menyoal. Boleh di katakan si Isabella ni tak penat sangat la walaupun dah shopping sampai penuh tangan.
Syifa tertawa kepenatan mendengar kata2 dari mulut seorang Isabella.
"You tak penat ke?"
"Well my mom selalu beli lagi banyak dari ni. So... Dah biasa rasanya." Ujar Isabella mudah.
Syifa hanya tersenyum janggal.
Orang kaya la tu... Think positive Syifa. Duit dollar tukar Malaysia memang banyak.
"Erm macam ni lah Bella. Aku ada nak jumpa kawan aku. Maybe kita boleh lepak dekat kedai mamak dekat hujung sana dulu?" Cadang Syifa.
"Kedai mamak? Kedai yang banyak orang indian tu ke?."
"Err haah... Betul la tu. Kau ok kan? Or nak cari cafe berdekatan sini?"
"Eh tak! I thinks maybe it'll be fun to try new things right?" Isabella menafi.
Syifa tersenyum lega.
Nasib tak demand!
Selepas sampai mereka mengambil tempat duduk di bawah kipas lalu meletakkan semua barangan mereka di situ.
Usai itu. Mereka memesan minum masing2.
"Ini adik manis mau minum apa?" Ujar pelayan mamak itu.
"Err air apa yang sedap eh kat sini?" Soal Isabella kepada Syifa.
Syifa hanya merenung ke arah wajah Isabella sebelum ketawa kecil.
"Kau suka air macam mana?"
"Sweet maybe?"
"Ha kalau macam tu bagi teh ais sudah la."
Pelayan mamak itu hanya mengangguk.
"Lah ada teh ais ke. Tak cakap."
"Kau tahu ke teh ais tu apa?"
"Aku tak lah jakun sangat sampai teh ais pun tak tahu. Milk tea right?"
"Pandaiiiiii."
Isabella sudah kembang semerbak.
Isabella melihat Syifa seperti sedang menghubungi seseorang.
Dia hanya membuat tidak endah. Barangan yang dibeli mereka tadi dibeleknya.
"Kau dah berapa tahun tinggal dekat sini?" Soal Syifa tiba2.
"Err 7 years maybe?" Ujar Isabella ragu-ragu.
"7 tahun?!! And kau tak pernah lepak mamak langsung?"
Isabella hanya menganggukan kepalanya.
"Fuh rugi gila.. hilang satu nikmat kehidupan kau."
Isabella menunjukkan wajah hairan dengan kata2 Syifa tadi.
"Nikmat hidup? Means?"
Sejurus Isabella menyoal seorang lelaki datang sambil melambaikan tangan ke arah mereka.
Tepat pada masanya....
Syifa hanya memberikan senyuman manis. Matanya sudah bersinar-sinar.
Road to travel kedai mamak popular!!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro