3-Again
Sehinggalah....
"Ayu kau ok tak? Ada sakit dekat mana2? Cermin mata kau mana?" Raf yang baru sahaja tiba menyoal.
Namun dia sendiri terkaku melihat apa yang terjadi. Mata Syifa yang masih setia merenung Fathan dilihatnya dengan penuh curiga.
Syifa pula seperti tidak perasan bahawa cermin matanya sudah selamat mencium lantai.
"Err.. kau kenal dia ka? " Sekali lagi Raf menyoal.
"Tak!"
"Ya..."
-Serentak
Ya? Apa maksud dia? Desis hati Syifa.
Melihat Syifa yang masih terkaku itu dia sudah faham. Fathan memulakan bicara. Sebenarnya itu hanyalah helah semata-mata.
"Dia hutang saya...." Kata Fathan dingin.
"Maafkan saya encik. Saya rasa encik dah tersilap orang. Saya rasa saya tak pernah hutang apa2 dengan encik." Bidas Syifa tegas.
Fathan hanya berdecit lalu tersenyum senget.
"Orangnya cantik tapi sayang otak tak guna. Cik rasa cik akan selamat ka kalau saya bawa hal ini ke mahkamah. Heh maaf lah cik tapi saya tak rasa ya-
Pukk!!
***
Panas.
Segalanya panas sekarang ini. Hati, jiwa, perasaan, otak dan segalanya.
Kalau lah aku boleh potong mulut dia tu. Memang dah lama bisu rasanya.
Syifa bertindak diluar jangkaan. Dengan beraninya tangan diangkat lalu dicopkan tepat keatas kepala Fathan.
Habis rosak rambut dia 😝
Masing2 terkejut dengan apa yang baru sahaja berlaku.
Syifa sendiri tidak menjangkakan begitu. Tangannya dengan sendiri melakukan tanpa sebarang niat.
"Aaaa.... Raf jom2 kita pergi makan dekat cafe sana. Sini macam ramai lah." Syifa cuba lari dari situasi itu. Cermin mata langsung tidak dipandang dia.
Namun Fathan hanya tetap di situ. Langsung tidak bergerak walaupun seinchi.
Cermin mata yang jatuh tadi diambil Fathan. Bukan sahaja retak malah sudah terbelah cerminnya.
Kepala Fathan tiba2 sahaja berputar hebat. Seperti ada satu pesanan yang menerpa ke ruang akal fikiran.
Gelap.
Beberapa minit sebelum kejadian ini berlaku...
"Boleh tahan besar tempat ni."
Kaki dibawa melangkah bersiar-siar di universiti kepunyaan keluarga mamanya itu.
"So inilah tempat belajar aku sekarang ya." Ujar Fathan sendiri.
Tak sangka permintaannya untuk kembali ke tanah air di luluskan oleh babanya. Hari tu nak sangat dia belajar di luar negara.
Lagipun dia langsung tidak selesa belajar di sana. Salah satunya adalah kerana seorang perempuan.
Ya, perempuan yang mengaku kekasihnya suatu ketika dahulu. Sapa entah dia tu sebenarnya.
Selepas menjelajah disekitar pelosok universiti dia kembali dengan tujuan asalnya iaitu mengambil segala barangan dan fail kepunyaan arwah atuknya.
"Siapalah yang akan jadi pewaris tempat ni. Dah la luas. Cantik pula tu." Kata Fathan bersahaja.
Bagi dia dirinya akan sibuk dengan syarikat babanya itu nanti. Tapi rasa sayang pula jika ingin lepas tangan terhadap universiti ini. Dah la cantik tenang pula tu.
Selesai sahaja urusan dia mengatur langkah untuk pulang.
Namun sesuatu diluar jangkaan berlaku.
Gedebuk!!
Woi!!
Woi!!
Dia?
***
"Siapa dia."
"Siapa?"
"Lelaki tadi."
Dingin
Suasana agak tegang antara Syifa dan Rafael. Entah kenapa mamat ni jadi dingin tiba2.
"Kenapa kau nak tahu?" Soal Syifa.
"Tak boleh ka."
"Kau rasa?"
Dumm!!
Meja dihempuk kasar. Kerusi ditolak keluar. Rafael bangun dari tempat duduk. Wajah tegangnya sukar untuk ditafsirkan.
"Kau kenapa? Melenting tak tentu pasal. Tak kan koyak kot." Sindir Syifa. Padanya itu hanya suatu gurauan semata-mata.
Rafael hanya diam. Makanan diatas meja langsung tidak terusik. Namun dia pergi tanpa sebarang ucapan.
Sungguh Rafael berubah 360° dengan sekelip mata. Sikapnya berubah selepas peristiwa perlanggaran tadi.
Hendak dikejar sudah terlambat. Makin hilang seleranya yang membuak tadi. Dia bangun lalu membawa diri.
Kenapa dengan dia tu?!!
Rungsing Syifa memikirkan hal tadi. Namun apa yang di risaukan Syifa ialah
Dia tidak tahu apa puncanya.
Aarrhhh!!! Biarkan lah dia!
***
"
Saya takut awak.... Saya tak nak Fathan tinggalkan saya. Saya dah serik awak....tsk...tsk."
"Sharifah... Sudah la tu. Jangan mengungkit kisah lama."
"Saya rindu Syifa awak... Saya sayang dia. Saya serik awak.... Saya tak dapat nak lindungi dia."
"Kita dah cuba yang terbaik untuk dia Sharifah. Sekarang kita doa yang terbaik untuk Fathan pula. Mudah-mudahan dia cepat sedar."
Kisah lama?
Syifa?
Apa maksud mama?
"Saya teruk awak.... Saya ibu yang teruk...."
"Sudah la tu. Dah jom balik. Kesian Fathan nanti."
Fathan mendengar bunyi seretan kerusi. Kedengaran bunyi tapak kaki mereka juga semakin menjauh.
Dia dengar segalanya. Namun entah apa yang menghalang matanya dari terus terbuka. Kegelapan masih tidak mahu meninggalkan dia.
Sunyi
Fathan bagai terpana apabila melihat bayangan seseorang. Entah mengapa laju sahaja air matanya mengalir.
"Fathan...kenapa Han baik dengan Syifa."
"Kenapa Syifa cakap macam tu?"
"Tak ada lah. Orang suka ejek Syifa mata pelik. Tapi Fathan ja yang tak ejek Syifa."
"Sebab mata kita sama2 cantik."
"Eii Fathan ni cakap lah betul2."
"Betul la. Mama cakap Han kena kawan baik2 dengan Syifa sebab mata kita sama cantik."
"Ooo.. sebab mama suruh je ka. Tak apa lah. Syifa tak suka Fathan lah macam tu."
"Han pun tak suka tapi Han sayang."
"Sayang? Sayang apa?"
"Sayang Syifa lah!"
"Tipu!!"
"Mana ada. Siapa kata!"
"Isha cakap Han sayang dia!"
"Eii Han tak suka lah dia tu. Baca ABC pun dia tak tahu ada hati nak suka Han."
"Han ni tak baik lah cakap macam tu."
"Syifa ni comel lah kalau marah. Geram Han tengok pipi Syifa tu. Meh nak cubit sikit."
"Fathan!! Sakit lah!!"
"Kejar la Syifa!! Kejar la!"
"Fathan!!! Tolong!!"
"Syifa!"
Gelap
Tit...tit...
Terang
Fathan terjaga.
Siapa Syifa?!
Wajahnya diraup kasar.
"Eh?! A..aku dah bangun"
Wajah Fathan disentuh dirinya beberapa kali.
Jam di sisi dilihat sekilas.
6:30 a.m
"Lah dah pagi..."
Fathan cuba mengangkat kakinya. Jari kaki juga cuba untuk digerakkan.
Alhamdulillah semuanya baik.
Fathan bangun untuk menunaikan solat. Segala wayar di tangannya dicabut.
Usai solat Fathan masih terfikir akan mimpinya sebentar tadi. Seperti ada sesuatu yang tidak kena.
Badan direbahkan semula ke atas katil. Fikiran masih terbang memikirkan mimpi tadi.
Mata dia....
Light purple!!
Usia menyedari hal itu dia teringat akan kata2 mamanya.
"Aku kena tahu siapa dia..."
Tanpa Fathan sedar dia sudah tenggelam dibuai mimpi.
***
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro