29-Don't
Lagu yang dipasang itu menimbulkan susana bingit dan rancak. Di tambah dengan nyanyi seorang gadis di situ.
Ianya terdengar seperti suasana bahagia ataupun seperti melepaskan segala penat lelah harian.
Namun tidak bagi seorang Isabella....
"YOU'RE GONE AND I GOTTA STAY.... HIGH! ALL THE TIME! TO KEEP YOU OFF MY MIND! OOH-OOH,OOH-OOH!"
Isabella mengemam bibirnya. Tangan dikepal kuat.
Matanya mencerlung tajam ke arah gadis dihadapannya itu.
"CAN YOU JUST SHUT UP ISHA!"
Amarahnya meletus.
Suaranya bak kilat memancar itu dapat didengari sehingga ke rumah cik semah hujung taman.
Namun tidak disangka suaranya itu langsung tidak dapat didengari gadis di hadapannya itu walau hanya sedikit.
Isha masih hanyut di dalam dunia nyanyiannya.
TAP!
Lagu berhenti.
Tapi Trisha Lutfa masih asyik dengan nyanyiannya.
"Isha." Tegas
"Trisha." Makin tegas
BUK!
"Berapa kali aku nak panggil baru kau dengar ha?!! How many times Isha!"
Kotak tisu berwarna pink selamat mendarat di batang hidung Isha.
Isha menggosok perlahan hidungnya itu. Dengan malas dia menoleh ke arah si pembaling.
"Alah kau ni kecoh ah. Dah la sakit kau balik kotak tisu tu. Nasib tak patah hidung aku yang cantik ni." Ujar Isha manja.
Isabella hanya menggulingkan matanya. Dah biasa dah dengan perangai minah ni.
"Aku just nak kau stop memekak je. Aku nak buat kertas kerja. Cuti aku dah nak habis. And sorry pasal hidung kau." Isabella memohon maaf. Dia tahu salah dia buat anak orang sesuka hati.
"Auuu so sweet Belle! By the way sekejap lagi kawan2 aku nak datang tau. Kau boleh buatkan air tak nanti? Aku malas la..." Pinta Isha dengan senyuman tidak bersalah.
Isabella membuntangkan matanya.
Buat air?
Dia ingat aku BIBIK ke apa?!!
Baru sahaja mulut hendak dibuka. Bunyi loceng di luar menghentikan segala niatnya.
"Ha dah sampai pun. Belle tolong buka--"
Hempasan pintu yang kuat memotong percakapan Isha. Kelihatan Isabella telah keluar dari bilik itu.
"Wow laju."
Lagu kembali dibuka sekuat hati.
Dan segalanya di buat seperti harta sendiri.
***
Pintu rumah dibuka kasar.
5 wajah manusia terpampang di hadapannya. 2 perempuan 3 lelaki.
"Eh dia ni lah Isabella kan. Alah yang Isha cakap suka guna barang dia tanpa izin tu."
"Eh haah la. Eeii harap muka je lawa tapi perangai hampeh. Lepastu tak silap aku dia ni attention seeker kan?"
Mendengar kata2 cemuhan yang dikeluarkan oleh dua orang perempuan di hadapannya itu. Isabella hanya berdiam diri.
Pintu rumah dihempas kuat.
Dia melangkah keluar dengan aura yang luar biasa.
"Kalau tak tahu apa2....." Isabella menghampiri gadis yang pertama bersuara tadi.
Mulutnya didekatkan di telinga gadis itu. Pipi gadis itu di ulus menggunakan kukunya yang panjang.
"Jangan acah tahu... Macam orang bodoh kau tahu tak." Kukunya disimpan kembali. Dia masih waras lagi nak buat orang ni.
Dengan wajah yang masam dia menghidupkan enjin kereta lalu meninggalkan kawasan rumahnya.
"Aura dia macam seram tapi acah je tu. Kan Diana?" Ujar lelaki di sebelah Diana yang merupakan si mulut celupar tadi.
Dia hanya berdiam diri.
"Eh dah la jom masuk. Kita layan diri je lah nampaknya." Cadang salah seorang diantara mereka.
***
Isabella berhenti di sebuah kedai serbaneka. Nafas ditarik lalu dihembus melepaskan segala beban di dalam fikirannya.
Tanpa disangka setitik mutiara jernih tumpah dari kelopak matanya. Dan makin lama makin melimpah seperti aliran sungai yang tiada hentinya.
Esakkan juga menemani hati yang sangat terluka.
Beban apa lagi yang dia perlu tanggung.....
Ada keluarga macam anak yatim. Si ayah tidak pernah mengambil tahu tentang dirinya. Si ibu pula hanya pentingkan kerjayanya di dalam dunia gelap.
Adik?
Tak pernah mengaku bahawa dia ialah kakaknya. Dia seolah-olah hanya sebatang kara.
Kawan?
Macam yang jadi tadi. Jenis tikam belakang ni memang banyak. Cukup lah satu tu ja.
Di tempat kerja pula tiada siapa yang berani mendekat. Hanya kerana dia pernah cuba membunuh diri dari tingkat 23 dahulu.
Tapi itu kisah dulu. Tapi dah nama pun manusia kan? Diorang tengok yang buruk je. Lepastu suka ungkit kisah silam.
Di sebabkan hingus tidak berhenti meleleh Isabella cuba mencapai kotak tisu.
Selepas mencuci apa yang patut dia mengambil keputusan untuk pergi membeli air mineral bagi membasahkan tekak yang perit.
Pintu kedai ditolak perlahan. Hawa dingin menyapa wajahnya.
Sejuk...
Kawasan peti sejuk di tuju. Pintu peti sejuk ditarik.
Lagi sejuk....
Air mineral botol 1.5 liter di ambil. Banyak sikit boleh buat bekal.
"Awak...." Satu suara menegur dari belakang.
"Err... Ye?"
"Minta maaf tapi saya nak ambil air soya atas tu. Tapi....." Gadis itu tergelak janggal.
"Tapi?" Soal Isabella hairan.
"Saya... Tak sampai nak ambil." Ujarnya sambil tersenyum manis.
Isabella sedikit terpana.
Wehhhh comelnye dia nieee!!!!
Isabella tergelak kecil.
Dia mencapai botol air soya di bahagian atas sekali. Kakinya terpaksa dijongket sedikit.
Tempat air soya tu memang tinggi eh bukan sebab aku pendek.
"Nah." Isabella menghulurkan botol itu kepada gadis tadi.
"Terima kasih eh. Sorry menyusahkan." Ujar gadis itu sambil membuat muka yang agak sedih.
"Eh tak ada apa sangat lah." Isabella menjawab dengan riak yang sopan. Tapi dalam hati bongkak tak habis dah tu. Tinggi lah katakan.
"By the way nama awak apa eh?" Gadis itu bertanya.
"Erm saya Isabella. Panggil Bella je." Isabella cuba untuk beramah mesra.
"Wah sedapnya nama. Mesti bukan asal sini kan?"
"Eh haah. Saya bukan asal sini. Awak pun sama kan?"
Gadis tadi hanya tersenyum. Sudah agak akan ditanya sebegitu.
"Ye ke? Mana ada lah. Saya memang asal sini." Gadis itu menjawab.
Isabella sedikit terkejut.
"Rambut awak tu colo--"
"Ori."
"Mix?"
Gadis itu tersenyum lebar.
Isabella yang seakan mengerti itu juga turut tersenyum lega.
"Ouh lupa nak perkenalkan. Nama saya Syifa Ayuni tapi awak boleh panggil saya Ayu je."
"Syifa tak boleh?"
Syifa terdiam.
"Boleh je." Ujar Syifa kembali.
Mereka beborak sehingga keluar dari kedai itu.
"Weh kau teman aku boleh tak?"
Ha tengok. Bila dah ramah sangat borak kata ganti nama diri pun boleh tukar.
"Pergi mana?" Isabella menyoal.
"Ada la jom!" Syifa menarik tangan Isabella.
Selang beberapa kedai dari situ terdapat pasaraya besar. Mereka berdua melangkah masuk lalu meneruskan langkah.
"Dah sampai dah." Ujar Syifa.
"Butik tudung?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro