Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

26-Home

"Bos sakit lagi eh?"

Josh memegang dahi Fathan. Takut-takut tuan mereka ini diserang demam sawan pula.

Banyak sangat nengarut!

Fathan hanya membiarkan Josh menyentuh dahinya. Senyuman masih tidak lekang dari bibir Fathan.

"Aku rasa bos memang demam lah." Ujar Josh lagi.

Tiba2 sahaja tubuh Fathan rebah menimpa mereka.

"Josh... Kepala bos panas ka tadi?"

"Sebaliknya. Sejuk gila woiii!!"

Belum sempat mereka mengangkat Fathan lelaki itu sendiri kembali terduduk di hadapan mereka.

"Dah pukul berapa sekarang ni?" Fathan menyoal mamai.

"Err.. bos dah ok ka?" Josh menyoal.

Fathan memandang ke arah Josh. Mata kuyunya langsung tidak berkelip.

"Ouhh!!! Amer!! Lama aku tak nampak kau. Kau pergi mana ha?"

Razen dan Josh saling berpandangan.

"Amer!!!" Tiba2 suara Fathan menjadi cemas.

"Syifa tu dah tahu lah tentang aku!! Apa aku nak buat ni." Fathan mengusutkan rambutnya.

"Mer.. tolong lah aku..." Sayu sahaja kata2 Fathan. Tiba2 sahaja dia rebah kembali.

"Tak kan effect ubat kot." Ujar Razen.

Josh hanya mengangkat kedua bahunya tanda tidak mengetahui.

Mereka cuba menggerakkan sedikit wajah Fathan. Pipi Fathan ditepuk Razen perlahan.

"Bos.... bos bangun bos..." Setelah beberapa kali baru lah Fathan kembali bangun.

Dia memegang kepalanya perlahan.

"Aku ada meroyan ka tadi..." Soal Fathan perlahan.

Razen dan Josh hanya menganggukan kepala mereka.

"Aku cakap apa?"

"Bos cakap nak lepaskan kitorang."

"Lagi?"

"Bos panggil saya Amer tadi." Ujar Josh.

Fathan memandang kosong wajah Josh. Seketika dia tergelak kecil.

"Err.. bos tak ok lagi ka?" Josh berkata takut. Seram juga lah tengok Fathan meroyan tadi.

"Tak lah.. aku dah ok." Balas Fathan bersahaja.

Mereka terdiam seketika.

"Err.. Amer tu siapa bos?" Razen menyoal setelah mengumpulkan segala keberaniannya.

"Tak kan korang tak kenal?" Soal Fathan hairan. Mereka ni sudahlah lebih lama bersama Tuan Umar berbanding dirinya.

Namun hanya gelengan yang diberikan kepada Fathan.

"Kau kenal Daran?"

"Encik Daran anak Tuan Fazrul tu?"

Fathan mengangguk sekilas.

"Nama penuh dia Daran Amer. Aku panggil dia Amer." Ujar Fathan malas.

Mereka hanya mengangguk faham.

"Dah sekarang ni hantar aku balik cepat. Kang budak tu terkial pula jumpa mak bapak sendiri." Arah Fathan.

"Err.. bos. Yang bos cakap nak lepaskan kitorang tu... Betul ka?" Josh menyoal.

"Korang nak ka?" Soal Fathan tanpa memandang wajah mereka.

"Tak nak lah bos. Kitorang selesa kerja dengan bos."

"Dah tu? Tak payah nak mimpi."

Mereka berdua hanya tersenyum senang.

Bos dah sihat!!

***

Tuan Umar masih merenung ke arah Syifa. Namun riak wajahnya masih biasa.

Syifa sedaya-upaya untuk tidak mengendahkan tenungan itu.

"Ayu ni ada berapa adik beradik? Mak ayah tak kesah ka Ayu datang sini?" Soalan spontan terpacu keluar dari mulut Puan Sharifah.

Syifa hanya memandang wajah Puan Sharifah dengan senyuman yang terpaksa dilakarnya.

"Saya anak tunggal. Parents saya tak kesah rasanya sebab saya dah inform yang saya tak balik rumah cuti sem ni." Tenang sahaja Syifa menjawab.

Puan Sharifah hanya mengangguk faham. Keadaan kembali tegang kembali.

"Err.. saya rasa saya patut balik dulu lah. Nanti saya bagitahu kawan saya tu." Seraya Syifa berkata sedemikian satu suara menahannya.

"Kamu betul ka nak balik..." Tuan Umar menyoal mendatar.

Syifa hanya mengangguk perlahan.

"Apa ni nak balik dulu. Awak cakap awak nak tunggu saya." Suara Fathan tiba2 muncul.

"Eh kawan awak ka Han?" Puan Sharifah menyoal anak angkatnya itu.

"Yer ma... Dia ni kawan Han. Dia cakap nak tumpang tidur rumah kita. Boleh kan ma.. baba?"

Puan Sharifah memandang ke arah suaminya. Riak wajah tidak senang ditunjukkan.

Syifa dan Fathan juga turut memandang ke arah Tuan Umar. Masing2 menanti jawapan yang akan keluar dari mulut lelaki tua itu.

Tuan Umar tidak menunjukkan sebarang reaksi di wajahnya.

Dia hanya berdiam diri sebelum memandang kosong pemandangan di hadapannya.

"Baba izinkan..." Selafaz perkataan itu keluar dari mulut Tuan Umar. Sejurus itu dia melangkah pergi dari ruang tamu itu.

Fathan dan Puan Sharifah hanya tersenyum senang manakala Syifa sudah menjeling tajam ke arah Fathan.

"Awak pun tak bagitahu nak bawa bakal menantu mama datang rumah. Kalau tak boleh la mama masak sedap2." Puan Sharifah berkata riang kepada Fathan.

Serta-merta senyuman Fathan mengendur. Matanya beralih melihat ke arah Syifa.

"Eh... Aunty dah silap ni. Saya kawan ja dengan anak aunty ni. Tak lebih." Nafi Syifa.

"Betul tu ma... Lagipun Ayu ni dah ada pilihan sendiri. Siapa la Han ni kan..." Fathan juga turut menyokong kata2 Syifa di samping menambah sedikit ayat yang kedengaran agak sendu itu.

Syifa sedikit tersentak mendengar kata2 Fathan tadi. Namun riak wajahnya sedaya-upaya dikekalkan.

"Hmm ye lah tu.... Tapi Han ingat eh. Kalau dah tetap tarikh jangan lupa bagitahu. Nanti Ayu tidur dekat bilik adik Han yet. Dah mama nak naik solat jap." Puan Sharifah beredar pergi sambil menghadiahkan senyuman manis.

"Ya Allah mama....." Fathan hanya menggelengkan kepalanya. Seketika dia menoleh memandang ke arah Syifa.

"Tengok-tengok apa? Tak solat?"

Syifa terkedu sebentar. Namun dia segera beriak biasa.

Syifa hanya tersenyum manis sambil menayangkan jarinya yang diangkat dua.

Fathan hanya membuat muka toya.

"Dah aku naik dulu. Kau buat lah macam rumah sendiri."

"Memang rumah aku pun lah!" Syifa mengangkat sebelah alis matanya.

Fathan hanya menjelirkan lidahnya. Suka hati kau lah.....

"Eh Han.." Syifa menahan Fathan.

"Apo lagi........"

"Sendunya kau cakap dengan mama tadi HAHAHAHAHAHA." Syifa berkata dengan bangganya sambil tergelak besar. Namun masih ditahan agar tidak didengari orang tuanya.

Fathan hanya menggulingkan matanya. Seketika dia memandang tajam ke arah Syifa.

"Asal kau?" Syifa yang pelik melihat kelakuan Fathan itu segera bertanya.

Fathan hanya diam sambil memandang tajam ke arah Syifa.

"Tak lawak la...." Syifa sudah semakin gerun. Kakinya sudah bersedia untuk diangkat pergi.

"Tunggu jangan gerak. Nanti dia lari." Fathan menahan.

Perlahan-lahan Fathan mendekati Syifa. Tangannya bergerak ke atas kepala Syifa.

PUKK!!

"Dapat pun." Ujar Fathan sambil menayangkan seekor lipas kepada Syifa.

Mata Syifa sudah membulat.

"Jaa--ngan bagi dia dekat dengan aku." Ujar Syifa sedikit gagap. Tangannya sudah habis bergetar.

Fathan yang melihat Syifa tergetar-getar begitu memandang Syifa dan lipas itu silih berganti.

Tiba2 sebuah ketawa besar terletus.

"Han... Jangan gelak kuat sangat. Mama nak solat ni." Tanpa dijangka suara Puan Sharifah menyapa dari atas.

"Sorry ma.." ucap Fathan. Dia kemudian kembali memandang kearah Syifa.

"Kau takut lipas ke? Bukan kau ni ganas macam mak singa ka?" Ujarnya sambil mengelap air mata ketawanya tadi.

Syifa hanya mencebik. Kakinya dilangkah laju menuju ke biliknya.

"Eh2.. tau ke tak bilik adik aku yang mana."

"Kau ada adik lain ka selain aku?" Syifa berkata tanpa menoleh langsung ke arah Fathan

Dah rumah sendiri kan. Dia tahu lah dekat mana.

"Elok2.. bilik kau tu dah lama tak guna. Entah berapa ratus ribu lipas pun aku tak tahu." Fathan hanya gelak jahat.

Syifa sedikit tersentak. Nafasnya ditarik sedalamnya lalu dihembus.

"Don't worry Syifa. Dia datang kau fight okay. Bismillah...."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro