Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

24-Effect

"Encik... Minta tolong keluar sekejap. Kami nak periksa pesakit sebentar."

Deniel memandang wajah nurse itu dengan riak sayu.

"Kawan saya dah tak ada. Nak periksa apa lagi." Deniel merengus kasar. Dia bangun lalu menuju ke katil yang menempatkan sepupunya itu.

Nurse dan doktor saling berpandangan. Seketika kemudian mereka tergelak besar.

"Doktor tak tahu hormat jenazah ka..." Ayat itu terlintas dari mulut Deniel. Orang tengah sedih ni dia boleh gelak pula. Ingat Maharaja Lawak Mega?

"Boleh saya tanya. Ini Rafael Diaz bukan? Pesakit yang accident haritu." Doktor itu bertanya lembut.

Deniel menunjukkan reaksi keliru. Perlahan-lahan kepalanya dianggukkan.

Doktor itu tersenyum kecil.

"Nampaknya kesan ubat tu agak keterlaluan." Doktor itu berkata. Dia kembali melihat kepada kertas senarai yang dipegang nurse tadi.

"Mak...maksud doktor? Ubat apa ni?" Deniel meramas rambutnya. Otaknya sudah berpusing 480 darjah. Apa benda pulak ni!!!!

Doktor tadi menghembus nafas berat. Dia amat mengerti dengan situasi yang dihadapi lelaki dihadapannya ini.

"Macam ni lah. Saya rasa elok encik balik dulu. Buat solat hajat supaya rakan encik ni tak apa2." Jelas doktor itu.

Deniel memandang sekilas kearah Rafael. Nafasnya dihembus berat.

"Kalau perlukan sponsor keranda jangan hubungi saya. Saya tak ada duit." Kata Deniel sebelum melangkah keluar.

Selepas bayangan Deniel sudah tidak kelihatan. Mereka berdua sekali lagi tertawa besar.

"Kenapa doktor tak bagitahu ja dia perkara sebenar?" Soal nurse itu sambil menghabiskan sisa tawanya.

"Biarkan je lah. Lagipun saya tengok pesakit ni macam suka berfoya-foya ja. Biar dia rasa macam mana di ambang kematian." Balas doktor itu.

"Maksud doktor?" Nurse itu bertanya kembali.

Doktor itu melihat ke arah nurse itu sebelum tersenyum kecil.

"Tak adalah Suzy. Cuba awak tengok betul2. Dah la warnakan rambut." Ujar doktor itu sambil memandang sekilas ke arah Rafael.

"Satu lagi selalunya kalau orang sakit mesti ahli keluarga atau kenalan yang islam mesti akan bacakan yassin atau berdoa untuk pesakit kan." Ujar doktor itu lagi.

"Jadi?"

"Awak ada nampak lelaki tadi buat semua benda tu?"

"Tak pula. Saya nampak dia meraung sorang2 adalah. Lepastu ambil gambar pesakit. Nak post dekat social media rasanya." Balas nurse tadi.

Doktor tadi menarik nafas sambil memasukkan tangannya kedalam poket kotnya.

"Saya bukan apa Suzy. Manusia zaman sekarang dah macam tak ingat tuhan. Tahu bersosial ja. Solat semua tu entah buat ke tak. Tudung pun ada yang tak pakai sekarang ni." Ujar doktor tadi sayu.

"Eh doktor... Macam nak cakap dekat saya ja?"

Doktor tadi tergelak kecil.

"Awak islam ka sampai nak terasa bagai ni?"

Nurse tadi hanya tersenyum manis sambil menggelengkan kepalanya.

"Tapi doktor yakin ka dia islam. Nama  pesakit ni pun bukan macam islam ja?"

"Cuba awak tengok rekod pesakit tu. Religion dia apa?"

"Islam doktor." Kata nurse Suzy sambil ketawa kecil.

"Tahupun. Lain kali buat kerja tu fokus. Jangan malas."

"Maaf doktor..." Nurse itu hanya menunduk bersalah.

"Dah2. Awak tarik balik selimut pesakit tu. Kang lemas pulak dia. Tak pasal2 mati betul2 nanti." Doktor itu berkata sambil mencatat sesuatu di atas kertas laporan.

TENG!!!!!!!!!

Bunyi siren kedengaran di seluruh pelosok hospital.

Kelihatan seorang jururawat sedang terbongkok-bongkok sambil mengutip kertas-kertas yang jatuh.

"Anies! Kenapa tu?" Doktor itu memanggil.

"Doktor Nabil! Ada... Ada patient hilang!" Ujar nurse Anies itu.

***

"Bos! Bos ok tak ni?!" Razen berkata sebaik sahaja tuannya itu memasuki kereta mereka.

"Ubat... Ubat aku..." Fathan berkata lemah. Dadanya dicengkam kuat.

"Josh ubat bos mana?" Razen bertanya cemas.

Josh menyeluk begnya lalu menghulurkan sebotol ubat kepada rakannya itu.

"Nah cepat2!"

Botol ubat itu dibuka lalu dihulurkan kepada Fathan.

Selepas beberapa minit nafas Fathan kembali normal.

"Macam mana bos boleh sakit balik ni?" Josh bertanya perlahan. Dia tidak mahu menimbulkan semula suasana tegang seperti tadi.

Fathan berdiam diri selama beberapa saat sebelum mulutnya kembali dibuka.

"Aku jalan kaki dengan Syifa tadi. Banyak sangat bergerak kot." Balas Fathan bersahaja.

Josh dan Razen sudah membulat mata dengan kata2 bos mereka itu.

"BOS JALAN KAKI?! Dari jalan Tiga Suku tadi sampai rumah Puan Sharifah?!" Soal Josh terkejut. Bukan mereka tidak tahu kondisi bos mereka itu.

Fathan tidak berkata apa-apa. Dia hanya menunjukkan wajah risau.

"Kenapa ni bos? Sakit lagi ka?" Razen menyoal prihatin.

"Aku rasa macam... Dah tak lama lah." Ujar Fathan lemah. Dia menyentuh perlahan dadanya yang sakit tadi.

Josh dan Razen saling berpandangan. Riak wajah kasihan terpampar di wajah mereka.

Mereka bukan gangster jalanan ataupun kaki pukul.

Mereka hanya pengawal peribadi yang diupah. Mereka juga mempunyai keluarga dan mudah tersentuh.

"Kami faham tapi bos kena berusaha. Walaupun sakit bos ni dah sampai stage terakhir tapi bos tetap kena bersyukur sebab ramai orang yang sayang bos."

"Kami pun sayang bos." Ujar Josh dengan senyuman yang lebar. Tangannya di depakan.

Fathan tergelak kecil. Tangannya sudah selamat menunjal kepala anak buahnya itu.

"First time kau cakap benda yang berguna." Ujar Fathan bersama tawa kecilnya itu.

Mereka bertiga turut ketawa. Sekurang-kurangnya mereka dapat melegakan sedikit perasaan tuan mereka itu.

Fathan memandang ke arah kedua2 anak buahnya itu. Satu perasaan menerpa kedalam dirinya.

"Dah berapa lama korang berkhidmat untuk aku?" Soal Fathan bersahaja.

Razen dan Josh sedikit hairan dengan pertanyaan tuan mereka itu.

Razen melihat ke arah Josh yang sedang mengira menggunakan jarinya.

"Ermm... Kitorang start berkhidmat time bos umur 19... Empat tahun jugak la rasanya plus time dekat overseas tu." Ujar Razen ragu-ragu.

Sebab sebelum ni mereka berkhidmat untuk Tuan Umar jadi agak keliru untuk mengira tahun sebenar mereka mula berkhidmat kepada Fathan.

"Dah banyak rahsia aku korang tahu. Dan korang pun banyak tolong aku." Ujar Fathan bersama senyuman kecil.

"Err.. kenapa ni bos?" Razen sudah kelihatan resah. Bos aku ni sakit balik ke apa.

Fathan menarik nafasnya dalam.

"Mulai sekarang aku lepaskan korang."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro