Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

23-Outstanding

"Aku tak nak masuk."

Syifa berpeluk tubuh. Pagar rumah itu dipandangnya sepi. Memang simpang 44 malaikat la.

Jangan harap!

"But why?" Fathan menyoal hairan. Tangannya genggam kuat. Dia cuba untuk mengawal dirinya.

"Aku... Aku belum bersedia." Syifa menghela berat. Sudah satu dekad lebih  dia tidak bertemu orang tuanya. Bukan mudah baginya untuk melupakan apa yang berlaku.

Fathan memandang Syifa sayu. Dia mengusap lembut rambut Syifa itu.

"It's gonna be okay. Aku ada." Syifa mengangkat wajahnya. Mata kelabu Fathan dipandangnya lama. Fathan tersenyum kecil.

"Tapi... Aku takut. Macam mana kalau tiba2 baba nak bunuh aku ka? Ataupun dia tikam aku time kau tak ada dengan aku? Dia kan benci aku."

"Hey... Jangan cakap macam tu lah. Kalau kau nak tahu kau lah anak yang paling diorang sayang. Percaya aku okay. Jangan fikir jauh sangat." Dia tersenyum manis ke arah Syifa. Syifa hanya mengangguk perlahan.

Loceng ditekan sekilas.

Setelah menunggu beberapa saat pintu pagar akhirnya terbuka.

"Kau serius la bangunan macam istana ni rumah kita." Ujar Syifa tidak percaya. Matanya setia memandang tepat ke arah rumah dihadapannya ini.

Syifa sedikit hairan apabila tiada suara yang menyambut.

"Fathan?" Kepalanya ditoleh ke belakang.

Pulak dah.....

"Han? Woi jangan la main2!" Syifa sudah gelisah. Tak guna punya abang angkat. Cakap ja lebih last2 tinggalkan aku.

Haprak betul!

Syifa masih terkebil-kebil mencari kelibat Fathan. Kaki dah bergetar sampai tulang dah ni.

"Siapa tu?" Satu suara muncul dari arah hadapan. Kelihatan seorang wanita tua menghampiri dia.

Masak!

"Ye kamu ni nak cari siapa?" Wanita itu menyoal lembut. Syifa sudah menelan pahit air liurnya.

Ini ialah wanita yang kandungkan dirinya selama 9 bulan lebih.

Mama....

"Err.. aunty tak kenal saya ka?" Syifa menyoal teragak-agak.

Puan Sharifah mengangkat sebelah alis matanya.

Mak aih... Muka garang tak patut.

"Kamu kenal saya ka?" Dia menyoal hairan. Syifa sudah mengurut dada turun.

Dia tak perasaan aku?

Fuh... Nasib baik.

"Err.. tak.. saya tak kenal aunty. Sebenarnya tadi saya datang dengan kawan saya. Tapi dia dah hilang pulak. Hehe maaf mengganggu aunty." Syifa menggosok belakang lehernya. Habis laju dia cakap. Nervous punya pasal.

Puan Sharifah tertawa kecil.

Syifa sedikit tersentak. Sudah lama dia tidak mendengar tawa yang sebegitu rupa. Rindunya usah dikata.

Teramat sangat

"Kelakar lah awak ni. Pandai ambil hati orang." Puan Sharifah berkata. Tangan Syifa diraupnya perlahan.

Syifa tersentak.

"Dah jom jemput masuk." Wanita itu menjemput. Tangan Syifa ditariknya kedalam rumah.

Syifa hanya membiarkan. Ni kalau tegur ni mahu awkward habis nanti.

Usai melangkah ke dalam rumah satu suara datang menyapa.

"Siapa yang datang tu sharifah?" Kelihatan seorang lelaki bermisai serta T-shirt maroon kosong menghampiri.

Ya itulah baba.

Syifa membetulkan cermin matanya. Takut juga kalau orang tua tu perasan.

"Ni ha tetamu." Puan Sharifah berkata sahaja.

Syifa melihat babanya dengan gerun. Air liur ditelan kesat.

Relax Syifa... Relax...

Sorang je lagi...

Tuan Umar tidak menunjukkan sebarang reaksi. Matanya masih sibuk menghadap i-padnya. Secawan kopi ditangannya dicicip perlahan.

"Abang..." Puan Sharifah memanggil lembut suaminya.

Tuan Umar hanya mengangkat anak matanya memandang ke arah Syifa dan Puan Sharifah.

"Kalau sibuk sangat pun tanya la khabar dengan tetamu dulu. Hormat sikit orang datang rumah. Kita kena muliakan tetamu. Baru rezeki melimpah." Ujar Puan Sharifah lebar. Sudah masak dengan sifat suaminya yang kurang ramah itu.

Syifa agak terkilan dengan layanan babanya itu. Sungguh berbeza jikalau ingin dibandingkan dengan zaman dahulu.

"Baba syapa yan tatang." Syifa menyoal babanya polos. Gadis kecil itu berjalan terkedek bersama sebuah teddy bear putih di dalam dakapannya.

"Tetamu sayang... Syifa pergi naik dulu."

"Tanak.. nak itut baba umpa tetemu." Syifa mencebik. Tuan Umar hanya tersenyum manis.

"Ye lah... Meh sini baba dukung." Syifa kembali mengukir senyuman.

Setelah lama berbual sesuatu yang tidak diingini berlaku.


"

Sayang... Kenapa buat Aran macam tu....." Puan Sharifah mengusap lembut pipi seorang budak lelaki.

"Aran jayat! Dia pukul Syifa!" Gadis kecil itu berpeluk tubuh. Memang perangai keras kepalanya ditanam sejak kecil.

"Aran... Aran buat apa dekat Syifa..." Puan Sharifah menyoal lembut kanak2 lelaki itu.

"Aran... Aran cubit pipi dia ja. Sapa suyuh pipi dia bam...." Budak lelaki itu tertunduk bersalah.

Tuan Umar tergelak besar.

"Haih budak2 ni. Macam2 lah kan Faz." Tuan Umar berkata.

Lelaki bernama Fazrul itu juga turut tergelak.

"Apa susah2.. kita kahwinkan ja dua ekor ni. Senang..."

Tanpa disangka sebuah ikatan telah terjalin sebaik sahaja Uncle Fazrul berkata bagitu.

Dan sekarang aku hanya menunggu kehadiran lelaki yang bergelar tunang itu.

Daran Amer

Syifa tersenyum kecil apabila terkenang kembali kisah lama.

Dia tidak mengharapkan apa2 daripada pertunangan itu. Dia hanya anggap itu sebagai olok-olok sahaja.

Lagipun selepas baba menghantarnya ke rumah anak yatim dia sudah rasa seperti tiada ibu bapa.

Hidupnya hanya dipenuhi kesepian dan kesejukkan. Sehinggalah Encik Zul dan Puan Hanani mengambilnya. Seperti satu sinaran baru menyuluh hidupnya.

Dan itu sahaja yang dia fikirkan sekarang.

Syifa Ayuni. 23 tahun. Pelajar universiti tempatan. Anak yatim piatu.

Heyyo guys🐣

Amacam dah lama raya. Duit raya paling banyak setakat ni berapa?

Jom asah minda sikit.  Bosan2 jwbla soalan mengarut author ni.

Mad or Sadness

New or Old

Kenapa kita tak dapat banyak duit raya?

That's all guys. Terus support author okay. Jangan lupa vote and jwb soalan author tu.🍅

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro