20-News
"Siapa tu?"
"Deniel, cousin aku." Ujar Rafael.
"Ouh..." Balas Syifa bersahaja. Anginnya masih tidak baik.
Rafael hanya menggelengkan kepalanya. Nampaknya gadis ini terlampau berfikir.
"Kau janganlah macam ni. Aku faham apa kau rasa tapi ini bukan alasan untuk kita terus bersedih." Ujar Rafael panjang.
Namun langsung tiada sahutan.
Dia mengeluh kecil.
"Hidup ni penuh dengan cabaran. Setiap cabaran mesti diredah dengan kekuatan. Jadi kita kenalah bina kekuatan untuk meredah cabaran ni." Ujar Rafael bersemangat.
"Hmm..." Balas Syifa malas.
"Bapak ah... Punya panjang aku cakap itu ja dia balas. Bertuah betul..." Gumam Rafael sendiri.
Lama mereka berdiam diri sebelum Syifa tiba2 sahaja memecahkan kesunyian.
"Raf ...mak ayah kau pergi mana." Soalan yang tidak dijangka keluar dari mulut Syifa.
Rafael terdiam seketika. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang reaksi.
"Diorang dah lama meninggal." Jawab Rafael tanpa perasaan.
"Erm.. sorry la se--"
"Tak apa aku faham. Lagipun ada hikmah disebalik kematian diorang."
"Maksud kau?" Soal Syifa hairan. Wajah Rafael yang fokus memandu itu ditatap lama.
"Aku... Aku bukan asal sini." Ujar Rafael ragu2.
Syifa sudah berkerut dahi. Musykil dengan kata2 yang dilontarkan Rafael tadi.
"Tapi bukan kawan dari tadika lagi. Tak ka--"
"Sebelum...." Rafael memintas sepatah.
"Apa?" Soal Syifa hairan.
Rafael mengeluh berat. Wajah putih bersih itu ditolehnya sekilas.
"Sebelum kita kenal aku bukan menetap dekat sini."
"Habistu dekat mana?" Syifa bertanya polos. Haih macam2 lah dia ni.
"Itu aku tak boleh bagitahu." Syifa sudah mencebik. Rafael hanya mampu menggelengkan kepalanya apabila melihat kelakuan gadis itu
"Kau akan tahu juga nanti."
"Macam mana?"
Rafael terdiam seketika. Matanya hanya fokus dihadapan jalan raya.
Tiba2 sahaja Rafael memecahkan kesunyian dengan perkataan yang tidak di jangka.
"Syifa..." Syifa terkedu. Buat pertama kali Rafael menggelarkan dirinya sebegitu rupa.
"Kalau aku bagitahu kau sesuatu aku harap kau dapat maafkan aku."
Masa dirasakan bergerak dengan sangat pantas. Tanpa mereka sedar kereta Rafael sudah selamat terpakir dihadapan rumahnya.
"Kau akan tahu dekat dalam." Kata Rafael sekilas.
Syifa masih lagi memproses apa yang sedang berlaku. Namun dia hanya menuruti langkah Rafael sehingga ke pintu rumah.
***
"Dia dah datang balik."
"Bila kau jumpa diorang."
"Semalam."
"Kau betul2 nak bagitahu dia ke?"
"Aku rasa ini masa yang sesuai."
Kelihatan dua orang lelaki sedang bertentang mata dengan sangat tajam. Langsung tidak berkedip.
Syifa hanya mampu melihat dari jauh. Pelbagai persoalan yang masih bermain di dalam fikirannya.
Rafael asal mana?
Siapa lelaki tu?
Apa yang dia nak cuba bagitahu?
Dan dia amat terdesak untuk mengetahui segalanya. Namun sabar menjadi pilihan.
Dia tidak mahu bertindak melulu. Lagipun dua ekor makhluk tu sudah mulai mahu menghampiri dia.
"Syifa..." Panggil Rafael. Sejak tadi dia asyik panggil Syifa je. Dah kenapa pulak.
Syifa hanya tersenyum kecil mendengar namanya dipanggil.
"Ni cousin aku Deniel." Perkenal Rafael
"Deniel."
"Syifa."
"Jadi dia ni lah yang call kau tadi kan?" Syifa bertanya.
Rafael hanya mengangguk sekilas.
"So kenapa kau bawak aku datang sini. Kalau tak ada apa2 rasanya aku boleh balik dulu. Lagi pun rumah aku sebelah je kan." Ujar Syifa panjang. Dia sudah berura-ura untuk bangun dari tempat duduknya.
Dia sebenarnya kurang selesa berada di situ. Tambahan dia seorang saja hawa di situ. Memang kalau boleh dia nak lari terus dari situ.
Belum sempat dia berdiri tegak Rafael terlebih dahulu menarik hujung bajunya.
"Duduk." Arah Rafael sarkastik.
Rafael memandang Deniel silih berganti. Masing2 masih tidak mahu mengalah.
Deniel menghembus nafas berat.
Dia memandang tajam ke arah Rafael.
Kau menang kali ni!
Deniel duduk betul2 menghadap je arah Syifa. Matanya menatap Syifa dengan pandangan bersalah.
"Aku... Aku nak minta maaf."
***
Isabella membelek majalah-majalah kecantikan yang tersusun elok di atas meja kopinya.
Kaki disilangkan sambil memegang secawan nescafè. Matanya masih tidak lekang dari menatap majalah-majalah yang baru sahaja dibelinya.
Matanya tertarik pada sebuah cincin emas tahan karat yang dipamerkan di dalam majalah itu.
Perlahan-lahan dia mengusap gambar itu. Pandangan matanya bertukar sayu.
Kenapa la susah sangat aku nak dapatkan kau Rafael......
Isabella menetup semula majalah itu. Dia membuang pandang kosong ke arah dapur.
Kelihatan ibunya sedang mengemas dapur. Dia memandang malas. Hembusan nafas berat keluar dari mulut gadis itu.
Ding... Dong...
Isabella tersentak. Dia memandang ke arah pintu rumahnya. Kakinya malas-malas dilangkah menuju ke sana.
Pintu dikuak perlahan.
"Mi mejor amigo! I miss you so much!" Gadis yang muncul dihadapan pintu itu segera memeluk Isabella.
Isabella hanya memandangnya dengan riak kosong.
"Pandai pun kau cari jalan balik. Ingatkan dah jumpa rumah tumpangan baru." Isabella menyindir. Dia kurang senang sebenarnya dengan sikap kawannya seorang ini. Agak.....
Menyusahkan?
Apa-apa jelah...
"Who's that belle?" Kedengaran Puan Julia melaung dari arah dapur. Isha sudah tersenyum sumbing. Perlahan-lahan dia menapak ke dapur meninggalkan Isabella di situ.
Isabella hanya mampu menggelengkan kepalanya. Sungguh dia tidak senang dengan kehadiran Trisha Lutfa.
Kawan baiknya itu sebenarnya hanya mahu mengambil kesempatan ke atas keluarganya sahaja.
Namun tiada apa yang dapat di katakan apabila gadis itu menawarkan diri untuk membantu dia dan ibunya bagi mendapatkan Rafael.
Katanya untuk mendapatkan lelaki mudah sahaja. Macam kacang rebus.
Acah sangat. Diri sendiri pun single. Cakap tak serupa bikin!
"Aunty! Isha datang ni." Kedengaran Isha sedang beramah mesra dengan ibunya di dapur. Isabella hanya mampu melihat dari jauh. Malas mahu pergi menapak dihadapan perempuan itu.
Dia dapat melihat Isha sedang menyelongkar peti sejuk mereka. Sebotol jus oren di ambilnya bersama sedikit snek.
Namun mata Isabella membulat tatkala melihat Isha mencapai sesuatu.
No way! Tu aku punya la betina!
Isabella menapak laju ke arah Isha. Kelihatan Isha sedang mengambil sekotak coklat bar perisa strawberry.
Kotak itu dirampas kasar dari pergelangan Isha. Isabella sudah menunjukkan sisi perengusnya. Dia paling pantang ada orang sentuh barangan dia.
Termasuk makanan!
"Sorry Isha tapi yang ni kau tak boleh makan!" Isabella berkata tegas sebelum menyimpan semula makanan itu ke dalam peti sejuk.
Isha merengus kasar. Dia memandang tajam je arah Isabella.
"AUNTY JULIA! ISHA NAK MAKAN COKLAT TU!!"
What the?!
Isha menjerit nyaring. Dirinya tidak ubah seperti seorang kanak2 perempuan yang menyebalkan. Kalau aku ada adik pun belum tentu perangai teruk macam ni.
Masuk rumah orang buat macam rumah sendiri.
MENUMPANG PULA TU!
"Apa bising2 ni... Belle bagi je lah Isha tu makan coklat. She's your friend right?" Puan Julia berkata usai habis membuang sampah. Terkejut dia mendengar jeritan gadis itu dari luar.
Isabella menghentakkan kakinya ke lantai seperti anak-anak kecil. Sempat lagi dia menjeling ke arah Isha.
Tunggu kau perempuan!
Puan Julia hanya menggelengkan kepalanya melihat telah dua orang gadis ini.
Budak2 muda memang macam ni eh?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro